Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, April 30, 2012

CIRI-CIRI MEMBAWA KEPAPAAN


Assalamualaikum..

Hari ni M x berpeluang nak update my blog..M just blogwalking my followers saja. So malam ni mai M nak cerita skit pasai ciri-ciri yang membawa kepada kepapaan. Mungkin ramai yg tak tau hal ni termasuk la M. So M nak share dengan hangpa semua ye. Semoga kita dijauhi kepapaan. Ciri2 tersebut adalah:


1.Menggeringkan tangan dengan pakaian sendiri.

2.Meninggalkan longgokkan sampah di rumah

3.Membiarkan bekas makanan "pinggan mangkuk"tanpa membasuhnya.

4.Meringan-ringankan sembahyang.

5.Tidak mendoakan ke atas kedua ibubapanya.


p/s: Harap2 lepaih ni tak buat dah la. Hu hu hu....

Saturday, April 28, 2012

Larangan Bagi Kaum Wanita

Assalamualaikum...

Apa perancangan cuti2 hujung minggu ni? M dok kat rumah saja. Almaklum la housewife mithali. Hu hu hu mithali la sangat. Lepas dok belek2 majalah yg lama2, M ada terbaca satu artikel menarik daripada sebuah majalah berbentuk islamiah yang boleh M kongsi dgn pembaca khususnya untuk kaum wanita.

Terdapat beberapa larangan yang tak sepatutnya di lakukan oleh kaum muslimah tetapi banyak yg x kisah dan dok buat jugak. Antaranya:

~Memakai gelang kaki berloceng. 'Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan' petikan surah An-Nur ayat 31

Menampakkan kaki dan melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama seperti pelacur di zaman jahiliyah.

~'Rasulullah melaknat wanita yg mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening' hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

~Memakai wangi-wangian. Wanita yg memakai wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap2 mata ada zinanya.

~Tidah melabuhkan tudung. 'Hendaklah mereka(perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka' Surah An-Nur ayat 31

~Gigi. 'Rasulullah SAW melaknat wanita yg mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya' Petikan dari hadis riwayat at-Thabrani.

'Dilaknat wanita yg menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yg merubah ciptaan Allah' Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

~Muka dan leher. Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang Jahilyah yg dahulu (bersolek) dan membiarkan ikatan tudung yg menampakkan leher seperti orang Jahiliyah.

~Muka dan tangan. Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yg tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yg telah berhaid tidak tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja' Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

~Tangan. 'Sesungguhnya kepala yg ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yg tidak halal baginya'. Hadis riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.

~Mata. 'Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya'. Surah An-Nur ayat 31.

Nabi Muhammad menyatakan dalam sebuah hadis, 'Jangan sampai pandangan yg satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandang yg pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumannya haram'. Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

~Suara. 'Janganlah perempuan2 itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yg ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan2yg baik'. Surah Al-Ahzab ayat 32

Sabda Baginda Rasulullah lagi, 'Sesungguhnya akan ada umatku yg minum arak yg mereka namakan dengan yg lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelaman mereka itu dalam bumi'. Hadis riwayat Ibn Majah.

~Rambut. 'Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yg akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dlm neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yg bukan mahramnya'. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

~Pakaian. 'Barang siapa memakai pakaian yg berlebih-lebihan terutamanya yg menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti' . Hadis riwayat Ahmad, An Nasai dan Ibn Majah.

Surah Al Ahzab ayat 59 menghuraikan, 'Hai Nabi2, katakanlah kepada isteri-isteri org mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab ( baju labuh dan longgar ) yg demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.

'Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan2 yg berpakaian tetapi telanjang yg condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya'. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Seseorang wanita yg mentaati Allah, Rasul dan suami dan menjaga auratnya maka syurgalah tempatnya.


p/s: Jadi, senang atau susah menjaga aurat ni. Apa komen anda?





Friday, April 27, 2012

Renungan Di Pagi Jumaaat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya.


p/s: jom kita pakat2 bersedekah dan beramal jariah dihari Jumaat yang mulia ni.

Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang

Sekadar gambar hiasan


Assalamualaikum... Ari ni M nk cerita satu kisah yg menyayat hati + suspen hu hu hu....camni cerita dia..


Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.

Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.

Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.

Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.

Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.

Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.

Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.

Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.

Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.

Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.

Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.

Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.

Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.

Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,

Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :

1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.

UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)


p/s: M dah terkena dah. So jom kita pakat share cerita Hampeh ni ye...

Sumber: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000985790207
Pict Kredit: Google


Thursday, April 26, 2012

Santapan Rohani


Assalamualaikum..

AMAR MA’RUF NAHI MUNKAR (SURUH YANG BAIK, CEGAH YANG MUNKAR)…

Saidatina 'Aishah r.ha. berkata : "Ada sekali Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah, dan saya agak dari air mukanya bahawa sesuatu telah berlaku kepadanya.. Baginda s.a.w. tidak bercakap kepada sesiapa pun, dan setelah berwudhu beliau masuk ke mesjid... Saya cuba dengar dari belakang dinding apa yang beliau bersabda.. Beliau duduk di atas mimbar, dan setelah memuji Allah s.w.t. beliau berkhutbah: " Hai manusia, Allah telah memerintah kamu supaya menyuruh orang berbuat baik dan melarang mereka dari melakukan maksiat; kalau tidak, akan tiba satu masa manakala kamu berdoa kepadaNya, Dia tidak akan mendengar doa mu; kamu memohon keperluanmu dariNya tetapi Dia tidak akan memberinya; kamu memohon akan bantuanNya terhadap musuh-musuh kamu, tetapi Dia tidak akan membantu kamu." ( H.R. Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)..

PERKARA INI ADALAH SANGAT ASAS dalam Islam.. Islam tertegak dan tersebar luas, kerana adanya amar ma'ruf dan nahi munkar.... RASULULLAH S.A.W., para anbiya', para pengikut mereka, dan pengikut kepada pengikut mereka, telah melaksanakan tugas ini dengan cemerlang... Namun, umat pada hari ini tidak lagi melaksanakan perkara ini, atau melakukannya secara sambil-lewa, dan memandang ringan dan remeh sahaja.... Akibatnya, GENERASI HARI INI DAN AKAN DATANG, AKAN JAUH DARIPADA ISLAM, JAUH DARI AL QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W., SERTA MENGABAIKAN AMAL-AMAL IBADAH ISLAM... Malah mereka akan meniru tatacara kehidupan musuh-musuh Islam, seperti Yahudi dan Nashrani....

Akhirnya, seperti di dalam hadith di atas, Allah Azzawajalla TIDAK AKAN MEMPERKENANKAN DOA KITA, TIDAK AKAN MEMBANTU KITA, DAN MUSUH-MUSUH ISLAM AKAN MUDAH MENGUASAI KITA....

MARILAH KITA KEMBALI MELAKUKAN AMAR MA'RUF & NAHI MUNKAR.. Mulailah dengan DIRI SENDIRI, DAN AHLI KELUARGA SERTA ANAK-ANAK KITA....


Sumber: http://www.facebook.com/mazniMardhotillah

Waktu-waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Assalamualikum....

Hari ni M nak bercerita tentang waktu-waktu yang sesuai dan mustajab untuk kita memohon doa kepada Allah SWT. Allah memberikan kemuliaan dan keutamaan tertentu kepada setiap waktu. Oleh yang demikian janganlah kta mensiakan-siakan setiap detik tersebut untuk memohon keberkatan, kejayaan dan sebagainya.

Antara waktu-waktu tersebut adalah:

~Setiap selepas solat fardhu

~Doa di antara azan dan istiqamah

~Sewaktu turunnya hujan

~Ketika sedang sujud dalam solat

~Ketika berpuasa

~Malam Lailatul Qadar

~Ketika ayam berkokok

~Saat perang sedang berlaku

~Ketika bangun tidur di waktu malam bagi orang yang sebelum tidurnya dalam keadaan suci dan berzikir kepada Allah yang
Maha Esa.

~Sewaktu bermusafir

~Sewaktu menerima ujian dari Allah

~Sewaktu iman sedang meningkat kerana mentaati Allah SWT

~Sewaktu berjihad

~Sewaktu melaksanakan ibadah haji dan umrah

~Sewaktu sepertiga akhir malam

~Sewaktu berbuka puasa bagi orang yg berpuasa ( yang tak berpuasa M tak tau la yek, pikiaq sendiri la)


So...lepas ni pilih antara waktu2 tersebut untuk berdoa ya kengkawan...Semoga doa kita semua dimakbulkan Allah SWT.


Wassalam.







Tuesday, April 24, 2012

Jom Berdoa

Assalamualaikum... Sihat ka ari ni? Ari ni M tak da apa nak cerita tapi M nak berkongsi beberapa doa yang boleh kita amalkan dalam kehidupan harian kita..










Selamat Beramal ye...

DOA BUAT IBU....

Assalamualaikum...

Sempena Hari Lahir Ibu M, M nak berkongsi doa yang yang bleh kita amalkan untuk kesejahteraan ibu kita...








SAYANGILAH IBU KITA YE....SELAMAT HARI LAHIR  MAK...

p/s : M sayang kat mak sangat2

Monday, April 23, 2012

AMERCORNER 1st GIVEAWAY

BERMINAT??? KLIK  SINI   UNTUK JOIN

Pemenang
1.Lawak Kampus kompilasi
2. Saguhati untuk perserta yang bertuah.
5 orang bertuah akan ditempek ke ruang iklan amercorner selama sebulan. :D 

Nak join giveaway ni mudah je syaratnya,
@Kena jadi follower Amercorner 
@Buat satu entry paling simple tentang giveaway ini bersertakan gambar diatas.(gambar komik) 
@Then jangan lupa linkkan blog entry ini dalam entry korang k
@Sila tinggalkan URL blog korang kat komen k.
@Wajib tag sekurang2nya seorang je kawan korang and makesure dorang tahu dorang ditag
@blogger warganegara Malaysia


Pemenang akan dipilih menggunakan sistem RANDOM dan akan diumumkan pada 30.4.2012  


Tag

Jenis-jenis Syaitan


Assalamualaikum... Hari ni M nak cerita pasai jenis2 syaitan di sekeliling kita. Moga2 kita dilindungi Allah dari syaitan2 laknatullah ni.


Berdasarkan riwayat terdapat 9 jenis syaitan, hal ini seperti yang dinyatakan oleh Sayyidina Umar al-Khattab r. a berkata. antaranya :

1. Zalituun : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.

3. A'awan : Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (seperti disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.

6. Masuud : Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata.

7. Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.

8. Walahaan : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Sebarkanlah pada rakan-rakan kita sebagai peringatan setiap hari dimana syaitan-syaitan ini mengganggu hidup harian yang selama ini menghasut kita tanpa kita sedari. Sampaikan kepada saudara Muslim yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. anda boleh copy entri ini dan jangan lupa berikan bsumber link entri blog ini kembali.  atau share di akaun fb anda.

Rujukan dari http://redzuan-ridz.blogspot.com

Sunday, April 22, 2012

Kelebihan Penghafaz AlQuran



Assalamualaikum semua pembaca blog mymatatajam.blogspot. Hari ni M nak berkongsi cerita tentang kelebihan orang2 yang membaca dan menghafal Al-Quran.

Antara Kelebihan Orang Yang Menghafal Al-quran : 

1. Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini”. 

2. Para penghafaz al-Quran merupakan orang yang dimuliakan oleh Allah S.W.T 

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia”. Lalu mereka bertanya : “Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?” Jawab baginda : “Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

3. Penghafaz al-Quran mendapat ganjaran berlipat kali ganda.

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf”.
(Hadis Riwayat Tarmizi)

 Sumber: http://www.facebook.com/pages/Islam-Iman-Ihsan

Jom Shopping Sat

Alyssia Frilly Slouch

Carmen Pactwork Tote


Kalau berminat  ada banyak lagi cuma klik jer.....

Jom Terjah Blog Masak-memasak

Assalamualaikum semua yang bijak2 belaka...he he kalau tak bijak camana nak bukak blog ni kan! Ari ni M nak cerita pasai masak memasak sket. Akhir-akhir ni M dah jatuh cinta kat blog masakan pulak. Dok gian masak resepi2 yang di entrykan oleh otai2 blog masakan. Dari lauk pauk sampai la bakaq membakaq ni. He he bakaq kek la. Bukan bakaq benda lain.

Antara blog yang M suka terjah resepi depa ni blog annaqawina ( M cuba resepi kek oren blended), blog Hasue ( M wat resepi puding karamel ) blog kongsiresepi ( M wat kek coklat ). Lepaih ni M nak cuba resepi dari blog kak CT Delima pulak ( otai ni jangan memain tau ) dan blog Hana ( nak try wat puding roti pelangi ). Tak tahan la asyik tengok saja. Tu pasai la kena cuba try test..ha ha lingkup bahasa buleh kat M.

Pada blogger2 yang teringin nak memasak @ teringin tengok ja masakan yang best2 pakat2 la terjah blog depa ni. Tambah2 yang ketandusan idea nak masak apa kat family lagi la peluang baik....punya... Try jangan tak try. M dah cuba buat cuma ada yang M tak ambik gambaq. So tak dapat la nk post kat blog ni. Tapi yang pastinya memang sodap lah kalau ikut step yang betoi.

SELAMAT MENCUBA NA......


Kek  Oren



Kek  Cekelat



Puding Karamel yang tak berapa cantik

Tutuplah Aurat Sebelum Terlambat


Assalamualaikum semua. Ari ni M nak kongsi cerita pendek tapi bermanfaat untuk wanita Islam di luar sana. Baca dan hayatilah ye.

Cantik rambut kamu.. lurus.. panjang.. wangi... lembut pula tu..
cuba kamu bayangkan rambut kamu tu , digantung ..

Kemudian di bakar dengan api neraka hingga mendidih otaknya. Kamu mati , kemudian dihidupkan semula.. digantung..dan di bakar lagi hingga mendidih otaknya..

Begitulah azab ahli neraka yang berlarutan.

Bila lagi wahai wanita Islam kamu hendak menutup aurat ?

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)."

(al-Ahzab: 33)






Sumber:http://www.facebook.com/pages/Islam-Iman-Ihsan


p/s: jom pakat2 share kisah ni ye



Thursday, April 19, 2012

Renungan Buat Kita Semua


Hari ni M nak kongsi satu cerita yang sangat menyentuh hati nurani M hu hu hu... Baca jangan tak baca ye buat pedoman kita semua.

Seorang pemuda tentera yg berkerja sebagai tentera di sebuah negara asing sering dihina kerana dia mempercayai adanya ALLAH. Seorang Kapten yg berkepercayaan atheist mahu menguji beliau dlm usaha memalukan beliau kpd kalangan tentera yg lain. Kapten tersebut memanggil beliau utk mengambil kunci Jeep askar untuk dialihkan kedudukan Jeep tersebut ke tempat yang disediakan.

Jawab pemuda itu : saya tidak boleh memandu kapten kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dlm memandu Jeep yg canggih tersebut..
Kapten tersebut berkata : kamu mintalah pada tuhan kamu dan tunjukkan bahawa tuhan kamu itu berkuasa atau tidak.

Lalu pemuda itu mengambil kunci tersebut dan berdoa kepada ALLAH s.w.t, ketika beliau sedang berjalan menghampiri Jeep tersebut.Dengan penuh berhati-hati beliau mengerakkan JEEP tersebut ke tempat asalnya,lalu beliau mematikan enjin Jeep tersebut.Pemuda itu keluar dari Jeep tersebut degnan perasaan teruja kerana pertama kali beliau memandu Jeep secanggih itu walaupun hanya beberapa meter sahaja pergerakan yg dilakukan.

Keluar sahaja dari Jeep tersebut, kelihatan Kapten dan tentera yang lain menangis kesemuanya...lalu mereka semua berkata "KAMI MAHU BERIBADAH KPD TUHAN KAMU!!" kata tentera2 yg lain.Pemuda tersebut berasa hairan,lalu Kapten yg menyuruh pemuda itu mengalihkan Jeep tersebut membuka hud Jeep tersebut dan menunjukkan kepada pemuda itu bahawa Jeep tersebut tidak mempunyai enjin.

MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA ESA LAGI BERKUASA
Melutut pemuda tersebut bersama tentera yg lain bersujud kepada ALLAH S.W.T.
PEMUDA ITU BERKATA : Tuhan yang memberikan kehidupan kepada apa yang tidak wujud.

Anda mungkin fikir ada perkara yang masih mustahil, namun sekiranya Allah mengkehendakinya apa sahaja boleh terjadi.. Jangan lupa untuk SHARE link ni sebagai saham kita di akhirat nanti. Wallahualam..


Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday

~~~~~~~~ANY COMMENT~~~~~~~~

Info Diet Rasulullah

Ari ni M nak share dengan uollss pasai pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW nabi junjungan sekelian umat Islam.
Rasulullah mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang hidup baginda dan sentiasa bersederhana dalam semua perkara.

Antara yang diamalkan Rasulullah SAW dalam diet baginda:

-Tidak makan susu bersama daging
-Tidak makan daging bersama ikan
-tidak makan ikan bersama susu
-Tidak makan ayam bersama susu
-Tidak makan ikan bersama telur
-Tidak makan ikan bersama daun salad
-Tidak makan susu bersama cuka
-Tidak makan buah bersama susu ( contoh:koktail buah)

Rasulullah SAW juga tidak meninggalkan makan malam kerana ia akan menyebabkan kolestrol dalam badan akan berganda dan cepat dimamah usia. Baginda menggalakkan makan buah sebelum memakan makanan berat contohnya nasi.

Jadi mulai hari ni jom amalkan diet sihat amalan Rasulullah SAW.

Monday, April 16, 2012

Jom Tolong Bob Kuman...



SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF). SILA BANTU ATAU SEBARKAN KPD YANG LAIN. TERIMA KASIH KPD BERHATI MULIA.

Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.


Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.

"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.

"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.

Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.

"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.

Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.

"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

Hebahkan ye all bloggers
Sumber: http://www.mazidulakmal.com/




Tips Istimewa Untuk Lelaki Yg Bergelar Suami

Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantik tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.

Berikut adalah Tips untuk Suami.

1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.

2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.

3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)

4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.

5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.





Kredit to: http://www.facebook.com/Allah.Is.Always.With.Me
Pict kredit to http://www.facebook.com/pages/Islam-Iman-Ihsan

Sunday, April 15, 2012

Shah Rukh Khan Ditahan

Shah Rukh Khan


M ada dengar cerita pasai Shah Rukh Khan di tahan pihak berkuasa Amerika Syarikat di lapangan terbang New York kelmarin. Shah Rukh Khan pi sana sebab nak hadiri satu majlis kat Universiti Yale. Kiranya ni kali kedua la SRK kena tahan selepas 3 tahun yang lepaih tp yang tu kat New Jersey. Kata Shah Rukh Khan, pihak terbabit tahan dia sebab nama Islam.. Heran M sat.... Betoi ka? Tak kan la sebab nama 2 kali kena tahan? Ntah tak tau la M.

Tapi menurut pihak berkuasa tersebut, tu hanya sekadar soal siasat saja. So, nak jernihkan keadaan pihak kedutaan Amerika yang dok kat India minta maaf la kat SRK bebanyak kalau depa dah menganggu urusan SRK. Memang la dah kacau orang ada keja nak buat, mesti la terganggu ye dak? Dah tu baru kalut nak mintak mahap bagai... Kan dah gempaq satu dunia.. Hangpa rasa2 pasai apa dia kena tahan na???

Cuba tekan kotak komen tu.. Cuba2 bagi jawapan sket walaupun tak dapat 100 markah dalam exam.

Saturday, April 14, 2012

OK TAK?

Assalamualaikum,

Selepas beberapa jam dok tekan, tukaq, preview, tukaq, preview then tukaq lagi, preview lagi dan akhirnya baru puas
ati M. Amacam ok tak wajah baru blog M yang tak seberapa nih. Saja la M tukaq nak bagi sahabat blogger yg visit blog M x boring. Kalau ada yang nak kutuk ka, kritik ka apa ka, dipersilakan yek. M tak kisah kalau kena kutuk pun coz kadang-kadang ada kritikan yang bleh improve diri kita betoi kan. Kalau kritikan yang tak membina tu wat derk saja la hu hu..

Wassalam;-)

Pantun Nasihat Ustazah Siti Nor Bahyah


Makan mee atas pelantar, Bila tsunami kenapa gentar? Anak rusa dalam perigi, Rupanya dosa menggunung tinggi. Hang Jebat kena tambat, Jom taubat sebelum terlambat.

 Tahukah sahabatku sekelian yg kukasihi, Bencana alam seperti tsunami,banjir & kemarau pada hakikatnya adalah BICARA & MESEJ ALLAH kepada kita yang sarat dengan didikan agar kita insaf di atas segala kelemahan,kemunkaran & kejahilan.Contohilah sikap Rasulullah saw pabila Kota Madinah diselubungi awan gelap atau ternampak tanda2 ribut akan berlaku,Baginda akan pergi ke masjid lalu bersolat & berdoa dengan:'Ya,Allah,janganlah Engkau turunkan bala ke atas umatku',amin..

 Sumber: http://www.facebook.com/pages/Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood

Friday, April 13, 2012

Batang Kurma Pun Rindukan Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum all my blogger frenz. Salam Jumaat dan Salam ukhwah. Masa M dok belek2 Facebook M td, M tertarik ngan Satu entry ni. Mungkin ramai yang dah tau cerita ni, mungkin ada juga yang tak tau lagi. Jadi M nak berkongsi la Cerita pasai batang Kurma yang bersedih dan merintih kerana rindukan Rasullulah SAW. Alkisahnya..Masjid Nabi mula-mula dibuat dari batang-batang kurma. Atapnya dari pelepah kurma. Baginda bersandar pada sebatang kurma dan berkhutbah dekat batang kurma itu. Suatu hari seorang Sahabat berkata, wahai Rasulullah apakah engkau izinkan kami buatkan sesuatu untuk berdiri di hari Jumaat, agar orang dapat melihat dan mendengar suaramu? Baginda berkata, ya. Maka dibuatlah mimbar 3 tingkat. Ketika Rasulullah saw menuju mimbar, baginda melalui batang kurma yang pernah digunakannya untuk berkhutbah. Ketika Nabi melaluinya, batang kurma tersebut menjerit hingga terbelah. Mendengar jeritan tersebut RSAW turun dan mengusapnya dengan tangan hingga senyap dan tenang, kemudian Rasulullah saw kembali ke mimbar. Selepas berkhutbah dan turun dari mimbar baginda bersembahyang di tempat berdekatan dengan batang kurma tersebut. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa suara jeritan itu seperti suara rintihan unta yang sedang hamil 10 bulan.( Ibnu Majah,no.1414; Sahih Bukhari,3585). Imam Hasan al-Basri ketika menceritakan mimbar tersebut,beliau menangis sambil berkata: wahai manusia, batang kurma pun merintih merindukan Rasulullah SAW dan meminta baginda kembali ketempatnya, semestinya kita semua lebih merindukan pertemuan dgn Rasulullah SAW (Syarh al-Syifa' li al-Qari' ,3/63). Selepas M baca kisah ni, malu rasanya Kat batang Kurma tu sebab sedangkan batang Kurma pun rindukan Nabi kesayangan seluruh umat Islam ni apatah lagi kita umat Muhammad yang sangat disayangi Rasulullah SAW yang kadang2 terleka dan melupakan Nabi kerana sibuk dengan hal duniawi. Jadi, sebagai tanda kita merindui Rasulullah SAW, M menyeru semua pembaca entry ni marilah kita pakat2 berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi ni.

Sumber:www.facebook.com/Allah.Is.Always.With.Me
Cerita diolah semula oleh Si matatajam.


Thursday, April 12, 2012

Nak duit poket tak? Klik n Join la

Now you can earn rewards by sharing through Facebook & Twitter with #ChurpChurp! Mesti best kan..

Nak tau cuba klik

Oh my. Look at the tumultuous challenges #Agent77 had gone through. I wonder how the stories will end…

Klik la

If you love shopping and fashion, you really should watch this video. #ZaloraMY

Ya Allah Gempa Lagi

Mai M nak Cerita skit ari ni pasai gempa bumi yg terjadi pada ptg ni ( waktu M menaip ni pada hari kejadian gempa tu la, cuma publish lambat skit). Alkisahnya.... Masa tu tengah M dok layan baik punya cerita Korea Que Sera Sera kat Ton Ton, tetiba ja rasa sofa yang M dok landing ni bergoyang skit skit..skit skit...ala sepoi2 bahasa gitu.. M ingatkan sapa la pulak dok goyang sofa aku ni, padahai tak dak orang lain pun selain M ngan my baby. Baby plak tdoq. Dok pikiaq sorang2, mental problem ka aku ni? Tetiba cik Abang M kol tanya, terasa dak gempa bumi tadi? La baru M tau yg tadi tu gempa bumi. Almaklum la sebelum ni tak penah rasa gempa bumi tu camana. He he... Lepaih tu apa lagi M pun kalut la bukak TV tengok RTM 1 ngan Astro Awani sebab nak tau perkembangan terkini. Rupa-rupanya gempa berskala richter 8.9 melanda bumi Acheh lagi. Semenanjung Malaysia pun terasa gak gegaran tu.Tambah2 M yg kat Langkawi ni lagi la terasa gegarnya. Bimbang gak tsunami melanda Langkawi sekali lagi. M harap semua blogger pakat2 berdoa ke hadrat Ilahi semoga negara kita selamat dari bala bencana. Amin....



Foto Kredit to (http://www.informasi.my)

Tuesday, April 10, 2012

BW Again n Again

Assalamualaikum member2 blogger semua... Sambil2 M dok buat segala mak nenek keja umah td sempat lg M menaip untuk entry ni he he ( ala mcm sambil window shopping pastu try segala tester product yg tgh dipromote kat Tesco tuh). Sebelum wat entry ni, rutin cam biasa la BW lagi la. Kali ni M dok terjah blog Masak memasak plak. Amboi meleleh ayaq lioq M tgk entry depa yg sedap mata memandang ( lg sedap kalau bleh rasa kan!)... Yang paling M tak tahan tu puding karamel kat blog SueHasue.. Yummy!!!! Hati ni melonjak-lonjak n tangan ni gatai2 nak try semua resepi yg ada kat blog2 tu. Lepaih ni nk wat manja2 kat cik abang M suruh beli bahan2 resepi yang nak d coba tuh... Harap-harap semangat M nak jd chef amatur kat dapoq sendiri akan SUKSES gitew. Bukan apa, M kadang2 risau gak bla dok try resepi kat majalah asyik kurang menjadi saja. Kalau nak di banding hasil ayaq tangan M ngan hasil yang ada kat majalah tu memang beza sangat la rupa dia... Huk huk. Tapi kali ni akan ku teruskan jua niat murni ini har har har ( cam gelak orang jahat dalam filem dulu-dulu). K lah M nak sambung wat keja umah lagi. Bye uollss;)

Monday, April 09, 2012

Aaron Oh Aaron

M baru ja lepaih tengok Anugerah Bintang Popular 2011 kat TV3 tadi. Banyak  pencalonan yang M teka akan menang menepati jangkaan. Antaranya Aaron Aziz yang meraih anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular. Kemenangan Aaron malam ni rasanya memang sudah dijangka oleh ramai pihak. Selain Aaronators (fan club Aaron) pastinya Diyana Halik wife Aaron adalah orang yg paling hepi. Mungkin ramai yang tak tau kesusahan yang diharungi oleh Aaron sekeluarga sebelum mencapai tahap populariti tertinggi yang sememangnya diidam-idamkan oleh retis seMalaysia. Alhamdulillah, sememangnya Allah Maha Pengasih dan Maha Pemurah. Rezeki Aaron mencurah-curah akhir-akhir ni. Berkat kesabaran Diyana yang menjadi 'tulang belakang' Aaron Aziz dan kesetiaan peminat beliau, akhirnya meletakkan Aaron sebagai Bintang Paling Popular pada ABPH 2011. Tahniah Aaron Aziz. M harap Aaron akan tetap humble dan menghargai peminat yang bertungkus lumus mengundi Aaron.


Aaron  & Diyana bersama 2 trofi yg dimenangi Aaron pada ABPH 2011
(photo kredit to Lockerz)


Sunday, April 08, 2012

Blogwalking Again....

Ari ni M asyik blogwalking saja kejanya... Best la tengok blog2 yang cantik2. M ni baru nak bertatih tot tet tot tet Baru nk mula he he... Macam lyssa pesan suruh rajin2 terjah blog org lain br la org nk terjah blog kita. Kita kena lah follow org dulu baru org follow kita... ( tu pun kalau ada yg rasa nak follow balik la ) terutama blogger Otai yang rasa nak bagi semangat kat blogger baru macam M ni kan!!!!! K la M nk sambung blogwalking lg la. Nak cari inspirasi dan maklumat dalam dunia blogging ni.. Chow;)

Friday, April 06, 2012

Demam Lagi.....

Susah hati betoi M malam ni. My bb boy demam lagi. Risau la awat my bb asyik demam setiap awal bln. Bukannya M x protect my bb, macam2 M bg supplement kat dia dr Scott emulsion, multivitamin, tablet susu kambing N segala mak nenek supplement yg baguih2 kat my bb. Dah tu dia ni asyik Demam malam. Asal malam ja panas makin naik. Waktu siang active kemain, malam ja macam ayam berak kapoq. Layu ja..... Kalau my bb demam kompem M jd JAGA 24 jam la jawabnya. Walaupun mata ni berat macam ada batu ladung dok tergantung, tapi M tetap dok gagah x mau lena sebab dok susah hati takut panas badan dia makin naik. La ni pun my bb x tidoq lg siap dok layan katun kat Disney Junior. So... Ibu dia pun amik la ksempatan dok wat new entry. M berdoa sangat2 my bb cpt la sembuh. Kalau byk malam dok Demam lg, alamatnya lg lama la M dok kena wat part time jd JAGA tak bergaji...

cian anak ibu demam ye....

Thursday, April 05, 2012

Buat-buat bz

Hari ni M dok terjah blog2 yg dh otai kat alam maya ni. Antara blog yg M terjah n follow kupukupukecik, jejariruncing, Azzaazman, akakdisebalikpintu dll... Interesting tul blog depa. M ni org tua br nk blajaq jd blogger. Harap2 ada la komentar yg membina jati diri M untuk jd slh sorang blogger yg terbaik( chewwah semangat dok berkobaq-kobaq la konon)

Tuesday, April 03, 2012

Dah selesai

Assalamualaikum Lega rasanya bila majlis pertunangan adik M dh selesai semalam. Alhamdulillah semua berjalan lancaq. Berseri-seri bakal adik ipaq M. Adik M pun hepi tak terkata almaklum la dh jd tunangan orang. M harap semua yg baca blog M bleh tolong doakan jodoh adik M berpanjangan ke jinjang pelamin seterusnya Ke akhir hayat. Meriah betul majlis semalam. Ramai sedara-mara kedua belah pihak pakat mai. Lauk kenduri pun sedap. Tp nasib M la x buleh makan banyak (Diet la konon he he). Tapi M tetap rasa kenyang bla tengok muka adik M senyum. Tahun ni adik M dapat hadiah besday yg sangat bermakna wat diri dia...


*Cantik bakal menantu mak*

Sunday, April 01, 2012

Pening Kepala

Adoi!!! Sakit kepala dok pikiaq nk bagi lancaq segala urusan pertunangan adik M sok malam . Orang len nk btunang M plak dok pening ha ha... Ni br btnang bab nk kahwin nanti tak tau camna pulak.. Kul 3pg td dah siap wat hantaran untuk cekelat. M gubah Ferrero Roche( betoi dak tah eja tu) lantak lah. Petang ni nak ajak hubby M p cari buah-buahan plak kat pasar malam. M tengok buah-buah kat situ elok2. Dah tu banyak pilihan. Then, mlm ni gubah buah plak. Ala M nak wat simple saja. Bubuh dalam raga hias ngan bunga sudah. Ok kan! Harap-harap semua berjalan ngan elok la...Bak kata lagu Maher Zain,>Insyaallah ....

Ni la  hantaran pertunangan yang M hasilkan (dulang hantaran M sewa je kat butik). Sorry lambat post pict ni. Ada problem skit masa nk upload.


Gubahan ni la yg M paling sayang n puas hati. he he

Salam Perkenalan

Assalamualaikum, apa habaq? Mai M nk cerita skit hari ni kat uollss.. Mula-mula M dok pikiaq apa aku nk wat ari ni? Nk tengok tv ank aku memang dh kawai 100% sejak dh besaq ni. Amboi sampai dah xdak peluang M nk jd Queen of the TV dah la ni. Cerita katun kira dh jd bestpren da.... Mula2 dulu susah gak nk terima kenyataan yg takhta dah kena rampas. Tp nk wat camana anak ksayangan la katakan. Terima ja la..... So tot tet kot nu, tot tet kot ni tepikiaq la nak try blogging. Tekan kot nu, Tekan kot ni, akhirnya wujud la Myblog:matatajam ni. M harap lepaih ni ramai yg bminat nk share cerita2 best ngan M. Setakat ni saja la kot untuk 1st post matatajam. Nanti jumpa untuk post yg seterusnya k...

Hope all blogger can accept my blog..TQ

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers