Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, May 31, 2012

Dah Takdak Harapan


Apa habaq member2 blogger dan semua pembaca blog M ni? Harap semua sihat la na.. Mulai malam ni M mungkin akan kurang ada masa skit nak bw blog hangpa sebab bapa mentua M dah agak tenat. Jadi M ngan my hubby akan stay kat kg my hubby. Kata kak ipaq M, 3 malam berturut- turut depa nak wat majlis bacaan yassin start malam ni. Jadi kami hubby n wifey akan busy sesangat la nak arrange majlis tu. Kalau Ada peluang M akan bw blog hangpa ok. Tu pun kalau M singgah kat mana2 yang ada wifi service coz kat umah mentua M takda WiFi untuk M bertenet...

Untuk pengetahuan semua, bapa mentua M ni menghidap kanser usus dan skang dan merebak ke hati. Baru2 ni masa p ziarah kat hospital, doktor kata hati dia dah rosak teruk. Mata dia dah kuning dan perut pun dah kembung dan mengeras.. Tu antara simptom kalau hati kita bermasalah. Sian dia..Badan dah kurus sangat sebab kurang makan.. Allah dah tarik selera makan dia. Mungkin masa dia dah hampir untuk menemui Penciptanya....

M harap kawan2 M kat dunia maya ni dapat mendoakan kesejahteraan my FIL dan semoga Allah berikan kesudahan yang terbaik untuk my FIL. Wassalam...

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday#2




**Subhanallah**

Wordless Wednesday




Pict kredit: jokeroo.com

**Any comment**

Tuesday, May 29, 2012

Khas Buat Teman Muslimah

Pict Kredit: http://roseislam18.wordpress.com


p/s: M sayang hangpa semua wahai teman muslimahku
     

Tudung Murah Collections GIVEAWAY



Assalamualaikum (^__^)

Sambil dok blogwalking punya blogwalking punya blogwalking (ai brapa banyak blogwalking da...), ternampak la satu blog yang menawarkan pelbagai koleksi tudung ngan harga yang murah dan berpatutan dah tu siap wat GA pulak. Sapa tak berkenan saja la, terutamanya kaum hawa ni mesti eksaited kan. Jadi jangan tunggu lagi, sapa nak join GA ni cepat join sebab due date dia dah dekat tau 7 June ni ja. Klik banner untuk join ok.

Macam biasa ada ja yang nak kena tag ngan M ni.. Insan2 bertuah ni adalah >>>>>


So...Doakan M menang na...

**Wassalam**

Jangan Gunakan Kalimah SALAM!!!




Apa habaq member2 yang M kasihi semua.Hari ni mai M nak cerita ngan hangpa semua pasai kalimah salam. Masa M dok godek2 google tetiba M ada terbaca kat satu blog pasai kesalahan penggunaan perkataan SALAM.  Selama ni M pun tak tau lagi pasai hal ni & ramai juga yg M dok tengok masih dok gunakan kata salam sebagai pengganti ucapan Assalamualaikum..

Jadi hujah-hujah  seterusnya tolong baca kat >>>sini na...

Sempurnakah Solat Kita?



Sumber: Mariah Qibtiah

Monday, May 28, 2012

Bila Ini Sujud Terakhirku



Mai nak cerita apa yg M baca masa dok belek2 fb M. Menusuk jiwa betoi la Kalau dihayati bait2 ayat dari Mariah Qibtiah ni.. Hangpa baca pula na... Sampai abih tau...


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Ya Allah
Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma'Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh...

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali....Amiin ya Rabbal 'alamin..


By: Mariah Qibtiah

p/s: Amacam? Tersentuh tak hati nurani hangpa semua...

Sunday, May 27, 2012

Tanaman Syurga




Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka,

Bahawasanya; syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir,

سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ

(Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar).

(Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wassalam bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?

" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga.

(H.Riwayat At Tirmidzi)


Sumber: Muhasabah Diri


p/s: Jom kita bertasbih, bertahmid dan bertakbir..


Cerai Bukan Perkara Main-main...



Kalau kita dok dengaq la ni macam2 cerita kat media massa pasai kahwin cerai, cerai kahwin... Sememangnya cerai ni dihalalkan dalam Islam tapi cerai juga perkara halal yang sangat di benci Allah swt. Bergegaq Arasy tatkala cerai dilafazkan sang suami.

Zaman skang ni ramai yg kita dok dengaq dan dok tengok hal cerai berai ni macam depa main dangau (pondok2). Dah tu suka pulak dok canang heboh merata. Tak baik tu...Sebab masa tu masih ada ikatan lagi selagi ia tak disahkan. Jadi kita dah buat dosa sebab dok cerita keaiban suami @ isteri dan pergolakkan dalam rumah tangga sendiri yang mana sebelum ni orang yang tak tau dah abih tau hal dalam 'kain' kita. Kan malu tu...

Ada jugak yang boleh main2 lafaz cerai lepas tu tarik balik pulak..ishk2 macam2 la....Sebab tu la sebelum cerai dilafazkan, sang suami sepatutnya fikir la 14 ratus ribu kali dulu. Sebab benda ni sangat dibenci Allah swt. Setan pulak dok hip hip horrayyy bila laki bini bergaduh sampai tak hengat....

Memang la M ni bukannya perfect wife and perfect person yang buleh cakap tu cakap ni. Tapi sekadar luahan rasa...harap ada yang ngerti dong ngapain M bicara gini...Jangan salah paham ok...

Niat M supaya kita terutamanya yang menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri lebih bertanggungjawab dan bukannya suka2 dok berjabat tangan dengan tok kadi masa akad nikah. Kesian la kat anak2 yang sesetengahnya masih kecil dan tak tau apa2 yang dok jadi kat ibu dan ayah depa. Hari2 dia terpaksa dok hadap tengok 'perang teluk' kat dalam rumah dia. Bleh tekanan jiwa budak tu nanti. Hmmmm... harap2 kita tak dok dalam situasi camtu na. Sayangilah Keluarga Anda...Peace...

Wassalam ^_^


p/s: Semoga Allah panjangkan jodoh kami suami isteri dengan limpahan kasih sayangNya.

7 Ayat-ayat Cinta


Mai M nak share ngan semua tentang 7 ayat2 cinta yang kita patut amalkan. Mungkin dah ramai yang dok amalkan dah...tapi bagi yang tak tau lagi, jom berkenalan ngan ayat-ayat cinta ni...

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1. Bismillahhirrahmannirrahim : Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Alhamdulliah : Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4. Insyaallah : Jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5. Lahaulawalaquataillahbillah : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6. Innalillah : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7. Laailaahaillallah : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sumber: Dunia Macam-macam.


p/s: Amal jangan tak amal (pesan untuk diri sendiri) & untuk semua (^_^)

Saturday, May 26, 2012

Cabutan Bertuah Untuk GSF


Mai M nak cerita skit pasai M ada buat cabutan bertuah untuk Group Segar Follower. Saja la tetiba ja gatal tangai nak main cabut2 kertas pastu nak bagi hadiah kat geng GSF. Ni 1st time M wat cabutan bertuah dalam seumur hidup. Tu pun bukannya wat besar2an pun. Ha ha wat bodo2 ja. Tulis nama geng GSF pastu pejam mata then cabut. Saja nak suka2.

Jadi mesti hangpa nak tau sapa pemenang yg bertuah tu kan. Jeng jeng jeng... Pemenangnya adalah Chic Na (The Coklat Blog). tahniah ye Chic Na. Nanti PM nama,alamat, ngan no.phone kat fb M ye. Kalau tak tau lg fb M leh klik kat Fb badge kat side bar bawah blog M ni.

Ops lupa pulak nak bagi tau, hadiahnya perfume Avon Far Away Paradise( he he mentang2 la M ni dealer Avon ). Insyaallah lepas ni kalau dimurahkan rezeki, M akan wat cabutan bertuah untuk semua follower yang SETIA mengunjungi blog mymatatajam ni. So sapa2 yang tak menang tu jangan sedih2 ye. Nanti2 mungkin rezeki hangpa pulak na.. Tunggu tau!!!

Wassalam^_^

Lima Fakta Mengenai KOPI



Apa habaq hari ni? Pagi tadi breakfast minum ayaq apa? M rasa pasti ada penggemar kopi di kalangan member2 blog ni. So mai M nak cerita pasai beberapa fakta mengenai kopi yang dikemukakan oleh Rob Van Dam, PHD, Harvard School of Public Health.

5 fakta tentang kopi yang perlu hangpa tau:-

* kandungan kafein memang dapat meningkatkan aliran darah. Jadi, jika anda memiliki keluhan hipertensi, ada baiknya agar kurangi pengambilan kopi.

* Kafein juga dapat mengurangkan rasa mengantuk. Jika anda memiliki kesulitan tidur, apatah lagi insomnia, jauhi minuman ini.

* Dalam Jurnal Archives of Internal Medicine, didapati bahawa mengambil secawan kopi sehari dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes sehingga 25%, kerana kandungan antioksidan yg dikenali sebagai asid chlorogenic.

* Antara yang lain, kopi juga mampu memangkas risiko penyakit Parkinson, Alzheimer dan kanser hati.

* Kopi juga boleh meningkatkan risiko stres, tegang, cemas dan gelisah akibat pengambilan yg berlebihan.

Penyelidik menyarankan ada baiknya anda mengambil kopi secara bijak. Cukup meminumnya satu atau dua cawan kecil sahaja setiap hari. Jangan lupa perhatikan juga tambahan perasa lain seperti gula, krim ataupun pemanis lain yg boleh mengundang kesan negatif.


Terlioq aih...


p/s: Minum boleh cuma jangan lebih2 ^_*


Sumber: Mingguan Wanita

Friday, May 25, 2012

Walaupun Kepala Sakit

Assalamualaikum semua kengkawan (^_^)

Mai nak cerita pasai apa yang jadi kat M mlm ni. Amboi tak tau la Awat yang kepala ni dok berdenyut saja dari lewat petang tadi. Sakit sangat. Tapi dalam dok sakit kepala pun sempat lagi p pasar malam beli kuih muih . He he malam ni M bagi tekak ni layan kuih ja. Tak rasa nak makan yang berat2 sangat.

Lepas settle semua baru la berpeluang nak balas ziarah member2 yang sudi bertandang kat blog M ni. Malam ni mungkin M tak blogwalking sangat kot sebab mata ni rasa letih sangat Dan kepala pun still dok berdenyut lagi. Lepas ni nak cari bantal nak bagi kepala ni landing. Esok, Insyaallah M akan wat gerak gempur kat followers blog M ni. Harap2 Allah izinkan....ok la M nak chow cin cau.

Selamat Malam Semua Na.... Wassalam ^_^

Surprise Dari Mama Arina (BHM)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukur Alhamdulillah, memang murah rezeki blog M semalam. Mula2 dapat award follower bertuah dari Fariz Reza, lepas tu pulak dapat free header surprise dari Mama Arina( otai GSF ). Amacam mabeles tak? Siap Mama Arina tolong pasang lagi header tu. Terima kasih banyak2 la Mama sebab murah hati dan sanggup tolong M yang baru blajaq blogging ni. Banyak lagi yang M kena blajaq dari Mama Arina & member2 blogger yang lain.

Skang blog mymatatajam dah berwajah baru dan lebih ceria ( perasan la pulak). Mesti la ceria sebab sebelum ni blog M tak dak header yg cute miut ni. Wording biasa ja....so big kredit to owner Bunga Hati Mama. Jadi sesapa yang belum terjah n follow blog Mama Arina, cepat terjah n follow sebab kehadiran anda sentiasa beliau alu-alukan.



Pas tu sapa yang nak kenai2 ngan geng Group Segar Follower bleh terjah sini.

Sure tak rugi punya bila terjah depa semua. Kita kalau nak berkawan jangan segan2 berkenalan & blogwalking blog orang lain. Terutamanya blogger baru cam M ni. Kalau dok syok sendiri tunggu orang lain saja dok ziarah kita, jawabnya kim salam ja la...

So, malam ni leh la M dok sengih sorang2 sambil dok belek blog M yang lebih ohsem ni. Har har har (dok gelak bangga sorang2) Apa saja la aku dok merapu ni...Kalau ada yang nak bagi pendapat untuk memperbaiki lagi blog M ni, sila-sila la na...Harap2 lepas ni makin ramai yang singgah kat blog M yang tak seberapa ni yek. Insyaallah anda akan menerima kunjungan balas dari Si Matatajam. Wassalam...



p/s: Any Comment???

Thursday, May 24, 2012

Dapat Saguhati Follower Bertuah Dari FR

Assalamualaikum to my beloved friends and readers^_^

Tengah M dok check komen2 kat my blog, ternampak la satu komen dari Fariz Reza. Dia kata M follower bertuah dia. So M pun dengan perasaan eksaited tak hengat gitu teruih bukak blog FR, baca punya baca rupanya M ni salah sorang follower yang bertuah tersenarai dalam 'I am number 5'. M follower ke 501. Siap promote lagi. Tq so much FR. Walaupun M baru kenal blog FR, tapi dah fofuler sat kat blog FR. Plak tu, FR bagi saguhati kat M ( tgk kat side bar) Baik sungguh hati FR ye.



So sapa2 yang tak kenai lagi blog FR bleh la terjah blog Fariz Reza ye kat *SINI*...

Wassalam...


Wednesday, May 23, 2012

Hari Gotong Royong Sedunia...

Assalamualaikum kengkawan semua^_^

Mai M nak cerita rutin M ari ni skit. Skit je la tak banyak sangat pun, he he... Dah lama gak M tunggu ari ni sebab dah lama M ngan Encik hubby tak 'turun padang' bersihkan rumah dan kawasan sekitar laman rumah kami ni. Asyik bz ngan keja lain ja. Sampai rumah dah jadi hutan simpan junior...ha ha cam pelik ja, apa la M dok merapu ni???

Hari ni masak simple2 ja. Sambal ayam ngan bergedil ayam.. Selera pulak encik Hubby makan... Sebenaqnya ni la 1st time M wat bergedil...nasib baik jadi, kalau tak menjadi alamatnya tong sampah la yang makan. Hu hu...

So, start petang tadi kami hubby n wifey pun pakat selinsing lengan la dok cakaq sampah, potong pokok bunga dan potong ranting2 pokok yang dah melebaq merata. M lebih dok tumpu semai pokok bunga kertas ngan pokok 'Ong'. Sampai la dengaq azan Maghrib, encik hubby pun ajak masuk rumah.Kalau ikutkan M memang nak semai pokok bunga lagi tapi sebagai isteri mithali( perasan la pulak), kena la dengaq cakap suami kan...

Ha! Lapang la skit hati M ni bila tengok laman rumah dah kemas skit kan... Kalau dak,nak habaq mai kat hangpa kan,semak perut sungguh M dok rasa.. Tq Uppa coz tolong M hari ni...

Disebabkan siang tadi tak sempat nak BW member blogger semua, so mlm ni bleh la M ziarah blog hangpa na.


Wassalam ^_^

Tuesday, May 22, 2012

Random Giveaway By Cik Fie






Malam ni M teringin pulak nak join GA by Cik Fie. Tajuk GA tu cam hangpa tengok kat atas tu la kan. Hadiah pun best2 gak. Tapi cam biasa la, kena patuhi la syarat2 yang ditetapkan penganjur GA kan.

So, kalau sesapa yang teringin nak join GA ni bleh la klik kat atas tu na...Harap2 murah rezeki kali ni.. Doakan M ye kengkawan..

Member2 yang M nak Tag kali ni adalah......


p/s: Mai la kita pakat2 meriahkan GA Cik Fie ni... Terjah blog dia yek (^-^) Wassalam..

Jom Terjah Blog2 Group Segar Follower

Assalamualaikum (^_^)


pict kredit: irmforsalim.blogspot.com

Hati ini berbunga keriangan sesangat... Ha! nak tau pasai apa... Jeng jeng jeng... M dah tersenarai dalam Group Segar Follower yang diterajui oleh Mama Arina ( Bunga Hati Mama ). Jumlah GSF skang dah 30 orang.

Kalau hangpa nak tau lagi, group ni ditubuhkan sebab nak eratkan lg hubungan silaturahim antara geng2 blogger group ni. Untungkan M dapat join GSF...

So, M nak ajak hangpa semua jom la terjah blog2 GSF ni sebab depa ni memang peramah n kalau hangpa follow depa n tinggalkan jejak, Insyaallah blog hangpa akan diterjah balik...Jangan malu & jangan segan nak blogwalking kami semua yek...


Dah tak sabaq nak terjah ka? Ni la senarai blogger Group Segar Follower.  Cepat terjah...


Ha..Tu dia....ada berani mau terjah...blogwalking la sampai kebas jejari tajam hangpa semua.

p/s: Sapa yg nak tambah kawan, ni la tempat jalan2..cari kawan (^__*)

Doa Pembuka 12 Pintu Kebaikan

Assalamualaikum (^__^)



p/s: Selamat beramal, Wassalam.


Sumber: http://www.facebook.com/excelqhalif

‎Merebut Pahala Yang Tak Terhitung di Bulan Rejab

Assalamualaikum (^_^)



Malam ni M nak berkongsi ngan hangpa semua pasai beberapa kelebihan beramal di bulan Rejab.
Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.

Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahanNya.

*Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

*Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka

* Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

* Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

*Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

*Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

*Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. Semoga kita semua berlumba-lumba mengejar ketiga-tiga bulan rahmat ini.
Insha'Allah.

By: Excel Qhalif

Monday, May 21, 2012

Sayyidul Istighfar Di Bulan Rejab

Assalamualaikum (^__^)

Esok hari apa. Ala semua tau hari selasa. Berapa haribulan? Bukan kalendar omputih tau tapi kalendar Hijriah yakni kalendar untuk orang2 Islam. Ha! Esok dah 1 Rejab. Jadi malam ni adalah malam 1 Rejab. Imam Syafie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun yang mana Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab.

Jadi,malam ni, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, memperbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.
Yang paling bagus sekali Istighfar yang disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari malam ni.Bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan Istighfar.

Kat bawah ni la bacaan Sayyidul Istighfar:


اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

"Allahumma anta rabbee la ilaha illa anta, khalaqtanee wa-ana ‘abduka, wa-ana ‘alaa ‘ahdika wawa’dika mas-tata’tu, a’oozu bika min sharri ma sana’tu, aboo-o laka bini’matika ‘alaya, wa-aboo-o bizambee, faghfir lee zunoobi fa-innahu la yaghfiruz-zunooba illa ant"

“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau"

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.(Riwayat Imam al-Bukhari ).
Di dalam kitab Sahih Bukhori disebutkan bahawa istighfar berikut diberi julukan sebagai sayyidul Istighfar atau Penghulu Istighfar kerana ia diberikan oleh Nabi saw. sendiri.Makna sayyid adalah orang yang melebihi kaumnya dalam hal kebaikan dan yang berkedudukan tinggi dikalangan mereka. Nabi Muhammad SAW menamainya sebagai Sayyidul Istighfar (penghulu istighfar atau raja istighfar), yang demikian itu kerana melebihi seluruh bentuk istighfar dalam hal keutamaan. Dan lebih tinggi dalam hal kedudukan.

Istighfar ertinya memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan, dan tiada seorang pun manusia yang dapat lari dari membuat dosa dan melakukan kesalahan. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk beristighfar sebanyak mungkin setiap hari
Ini adalah doa agung yang mencakupi banyak makna (taubat, merendahkan diri kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala dan kembali menghadap kepada-Nya).

Wassalam...

p/s: Semoga kita dapat sama2 beramal yek kengkawan semua(^_^)

Sumber:Google
Diolah semula: Simatatajam

Saturday, May 19, 2012

“Random Giveaway by Yana”


Assalamualaikum,

Ha ha ha.... tetiba gelak jahat cam orang kaya tamak haloba... ishk ishk mintak dijauhkan la sifat mazmumah tu.. Bukan apa mesti hangpa pakat heran awat la entry M mlm ni asyik GA saja.. Malam ni memang malam GA sedunia blog M kot... Bersemangat sungguh nak join GA...

Apa2 pun last GA M nak join malam ni adalah....“Random Giveaway by Yana”. sweet kan header dia. cute je adik ni.. tp nak wat menantu pun my son kecik lagi hu hu hu... So sapa2 yang berminat jom la join. Klik je pict kat atas tu...Terjah tau blog Yana... Hadiah best2..

Wish me luck(^___*)....Wassalam....

Special Giveaway By Aziera Adenan

                                                       

                                                                 Nak join? Klik pict ni..

Assalamulaikum (^__*)

Ha ha another GA yg M join mlm ni... Almaklum la bukan senang M nak jumpa PC coz guna benda lain ni susah sket nak copy URL pict.  Dah tu bla dah jumpa PC ni semakin gatai la tangan ni nak join GA.

Hadiah GA ni pun special gak, LOMO tu!!! Ha! sesapa yang nak join GA ni klik je kat atas tu. Follow apa yg patut pastu terserah la pada Allah. Kalau ada rezeki menang la. kalau tak, ucapkan je lah tahniah pada sapa yg menang. he he..

Untuk GA ni M nak tag >>>>>>>> wanieys 






1st Giveaway By Iena Eliena


Assalamualaikum semua...

Cantik, menarik tertarik tak pic kat atas tu. Masa M dok BW, teringin pulak M nak join satu GA by Iena Elina. Sebelum ni M just follow jer blog dia. Skang tetiba gatai pulak tangan M nak join GA dia.

Hadiah GA ni pun memang da boom gitu... So sapa2 yang nak join, bleh la klik pic @ caption kat atas tu yek.

So, member2 yg M nak tag.....jeng jeng jeng...

                                                                       v

                                                                       v

                                                                       v

                                                                 Syafiqah
                                                                  Niezza
                                                                   Adila


p/s: hope semua doakan M menang yek...Kalau nak join sama, klik ja pict kat atas tu ok..



"SAYA YAKIN DAN SAYA NAK JOIN"

Assalamualaikum,

Sedang M dok blogwalking tadi terjumpa la blog Bunga Hati Mama. Cantik blog tu. Tak macam blog M yg biasa2 aja...
Dah tu ada wat simple segmen. So,teringin plak nak join. Tuan punya blog nak cari 5 orang geng segar follower. Sesiapa nak join bleh la terjah blog ni yek.




>>>>>>>>>>>>>>>>>€>>>>>>>>>>>http://wwwmarina-arina.blogspot.com/

Pramugari VS Ulama

Assalamualaikum semua member bloggers n readers(^_^)


Masa M dok belek2 my fb ada la satu entry yg betoi2 wat M teringin sangat nak share ngan hangpa semua.. Mai dekat2 skit na, M nak cerita ni...camni kisah dia....

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri.

Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk.

Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.


Sumber:http://www.facebook.com/JomIslam




p/s: Amek kau! Berlagak sangat kan... Lain kali cakap atau tegoq la baik2 (^____*)

Friday, May 18, 2012

Rita dan Aidil Tak Jadi Bercerai

Rita dan Aidil ngan hero2 depa..Bahagia kan! (pict by google)


Assalamualaikum (^_^)

Lega rasanya bila M dapat info yang Rita Rudaini ngan Aidil Zafuan tak jadi nak bercerai. Alhamdulillah, selamat sebuah masjid yg hampir roboh.

M bukan la nak amik tau sangat pasai rumahtangga depa, tp M tumpang bahagia Kalau depa bleh kembali berdamai terutmanya Demi anak2 yg masih kecik lagi. Sememangnya keputusan Aidil nak tarik balik permohonan cerai sehari sebelum sebutan kes tu kat mahkamah memang tersangat la baguih. Tu semua sebab Adil kata dia sayang lagi kat Rita. Elok la tu dik oi... Perkahwinan ni bukan perkara yg kita bleh suka2 n wat memain ja. Tanggungjawab tu berat sangat terutamanya untuk kaum Adam yg nak bergelar suami.

Jadi, M harap keputusan ni takkan berubah pada masa akan datang. Semoga Allah sentiasa bagi kebahagiaan dunia dan akhirat pada depa sekeluarga..Amin^_^


p/s: hidup kita akan bahagia sekiranya kita sentiasa mendoakan kebahagiaan org lain..

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Assalamualaikum to my bloggers friends (^__^)

Sebenarnya entry ni dah lama dok terperap kat my draft. Tp dah ada masalah teknikal, jd tak bleh la nak post. So ari ni baru M bleh share ngan semua. Baca jangan tak baca na...


Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

p/s: Semoga entry ni menjadi pedoman buat kita semua

Thursday, May 17, 2012

Pencuri Kabel Punya Pasal :-(

Assalamualaikum to all my bloggers friends..

Rindunya M kat my blog. Kalau yg betoi2 ikut blog M mesti ada yg heran pasai apa blog ni dh lama tak update..hu hu..
Mai nak cerita kat hangpa semua pasai apa blog ni dah lima hari tak berupdate... Semua ni pasai kabel TM kat umah M dah kena kebas dek pencuri kabel la..

Untuk pengetahuan semua, M guna perkhidmatan telefon n WiFi dr TM kat umah M ni. So pagi Ahad lepas jenuh M dok kena report kat TM. Mula2 M tak tau pasai apa tak bleh nk bukak blog. Pastu check punya check ada masalah line TM. Then, bla depa mai check ja kat tiang kabel tu, rupa2nya kabel dah kena curi. Aduhai la... Ni la nasib. Tapi M redha ja. Mungkin ada hikmah sebaliknya kan. Tapi terasa cam org buta hilang tongkat la sat sb tak bleh surf internet yg jadi sumber M cari ilmu la ni...

Alhamdulillah, tengahari tadi depa dah mai pasang balik dan hasilnya blog ni dah di update horray(^_^). Tapi M risau gak takut lepas ni kes ni berulang lagi. Bila jd camni, M dok pikiaq, ada sebabnya hukum hudud tu perlu dilaksanakan. Kan kan kan....NI LA ANTARA SEBABNYA!!


Saturday, May 12, 2012

Nasihat Ustaz Azhar Idrus

Assalamualaikum (^___^)

M rasa ramai yg kenai Ustaz Azhar Idrus @ lebih dikenali sebagai Ustaz You Tube. M pun suka dengaq ceramah dia. Lawak tapi bermanfaat, penuh maksud tersurat dan tersirat... 

Jadi, M nak kongsi apa yg M baca dari page FB beliau..Buka Mata, Tajamkan Minda...




Ingat tau jgn sambut hari ibu bagi semua umat ISLAM


Semoga kita dikalanngan rang yg baik2



Harap2 lepaih ni kurang la mulut M ni dok membebel



Sapa2 yg dok mengadu kat FB tu hentikanlah yek!!

Nasihat kepada lelaki sejati..Ingat tu!!



NAK  LAGI ?????

v


v


v

Kena la buka page Ustaz Azhar Idrus ni yek...

Klik tau, jgn tak klik pulak

Sponsored Post Yang Pertama Dari Nuffnang

Assalamualaikum(^_^)

Masa M dok belek-belek account M kat Nuffnang, heran pulak tetiba ada satu icon warna putih bertulis sponsored post.Punya la pening kepala M dok fikir apa benda la pulak ni? M ni kan blogger baru, mana la M tau apa benda tu kan. Baca punya baca ( ada juga yg tak faham ), baru la tau tu pun sikit2 la ha ha...

Rupa-rupanya dia suruh M wat ulasan bertajuk 'TLC Campaign-Earnings Debit' yg dianjurkan dengan kerjasama pihak Nuffnang. Kempen ni dianjurkan untuk membantu Rumah Aman iaitu rumah anak yatim di Malaysia ni. Bagi kita yang bergelar blogger ni, kita boleh membuat sumbangan dengan cara auto debit saja dari akaun Nuffnang kita. Mudah kan. Dari nilai serendah RM 1 ringgit saja pun dah boleh di didermakan.

M rasa ni la salah satu cara kita beramal sambil berblogging. Kan ke Sharing Is Caring....

Friday, May 11, 2012

Exclusive Giveaway By Cik Bunny

Klik SINI kalau nak join


Assalamualaikum semua..

Rasanya dah lama M tak join GA.  Masa dok BW tadi terjumpa la GA kat blog Cik Bunny.
Hadiah pun best2 gak. Then tak payah nak follow bebanyak sgt. Like apa yg patut ja. He He...

Sesapa yang nak join dialu-alukan ye (^_^)


 " Giveaway ini dianjurkan oleh Inspire Bunny ditaja bersama NMA Shop, Butikpinkku, Bunny Inspired dan Heart Inspiration (boutique) "



Ini Satu Penipuan!! Berhati-hatilah

Assalamualaikum all my bloggers frenz,


Mai M nak cerita satu penipuan yang dilakukan oleh musuh2 Islam. TOLONG BACA






Ini bukan ayat Al-Quran tp Bible!!!


Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.
Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis “Surah Injilu Matay” (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa
yang tiada blog melalui e-mail.
Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda.
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga.
Tengok keseluruhan.
Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran.
Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

P/S: Saudara2 seagama ku ..Berhati-hatilah..
Sesungguhnya musuh2 islam itu tak akan pernah berhenti cuba memesongkan aqidah umat islam, mahupun secara sedar atau tidak..

Sumber: http://www.facebook.com/profile.php?id=1330277829




Pelik Dan Lucu

Assalamualaikum, 

Malam ni M tak mau nak cerita panjang lebaq.. Waktu M dok godek2 encik google, terjumpalah satu site yg banyak pict pelik2 n lucu2. So, layanssss....




Apa spesis la agaknya nih..



Uniknya Ciptaan Allah (pokok pelik kat Poland)




Abg bawa, elok2 ye..



Nak duduk pun seram



Pijak la kalau berani !!!



Cuba kira berapa kaki kambing ni




Pict kredit : Google

v


v


v


v
ANY COMMENT (^_^)


Thursday, May 10, 2012

7 Kalimat Yang Dipandang Mulia di Sisi Allah dan Malaikat

Assalamualaikum(^_^)

Mai M nak cerita pasai 7 Kalimat Yang Dipandang Mulia di Sisi Allah dan Malaikat :)

Sabda Rasulullah S.A.W :

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucapkan Bismillah semasa hendak melakukan sesuatu atau apa-apa pekerjaan.

2. Mengucapkan Alhamdulillah apabila selesai melakukan sesuatu/pekerjaan.

3. Mengucapkan Astagfirullah jika lidah terlanjur kata atau melihat perbuatan maksiat.

4. Mengucapkan Insya Allah jika ingin berbuat sesuatu di hari esok @ akan datang.

5. Mengucapkan La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu yang tidak disukai dan diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang hari tidak kira siang ataupun malam.


By: MENCARI REDHA ALLAH

p/s: Semoga 7 kalimah ni mjadi amalan kita semua (^_^)

Awat Ntah Mata Ni???

Assalamualaikum member2 blogger semua..

Tentu hangpa pakat heran dan tertanya-tanya tajuk entry ni. Mesti ada yg dok pikiaq kata mata M ada problem ka @ sakit mata ka? Ha ha tapi sebenaqnya mata M tak mau nak pejam lena la... Ntah pasai apa la mlm ni susah sgt dia nak lena. Last2 M layan Thai movie kat Astro Citra tajuk Somtum.

Crita dia pasai ada sorang tourist omputih p melancong kat Pattaya tp pasport dia kena curik pastu dia stay ngan 1 family kat situ yg dok meniaga somtum. Somtum ni sebenaqnya kerabu betik. Yang lawak sangat tu, bla dia makan Somtum teruih jadi cam incredible hulk cuma dia tak bertukaq jd warna hijau la... Tp dia teruih jadi kuat. Tu semua sebab dia tak tahan pedas. Nak tau crita selanjutnya kena la layan sendiri noo... Mesti ada ulang tayang.. Astro la katakan...kira dok ulang cerita sama ja..

ni la rupa somtum



Sambil2 dok layan movie then my son pun dah tdoq bleh la M blogging jap he he... Blogwalking balik sapa2 yang tinggal jejak kat my comment box. Tu pasai la M harap sapa2 yang jengok blog M, tolong tinggalkan jejak kat comment box. X payah komen panjang2 pun tak pe just say hi pun dah cukup. Sebab pas tu anda pasti akan terima kunjung balas dari M. Insyaallah...

Wassalam...

p/s: Have a sweet dream uollss...


(pict kredit thailandmusings.thaivisa.com)




Wednesday, May 09, 2012

Keistimewaan Solat Sunat Tahajud

Assalamualaikum my beloved bloggers friends ^_^

Apa habaq na hari ni. M harap hangpa semua sihat walafiat.. Hari ni M nak kongsi skit apa yg M baca dalam fb Ustazah Siti Norbahyah tentang kelebihan solat sunat tahajud. Mai lekaih nak cerita ni..

Saidina Umar berkata:Sesiapa yg mengerjakan solat mlm (tahajjud,qiyamulail) dgn khusyuk,nescaya dianugerahkan Allah 9 perkara.5 di dunia, 4 di akhirat.

LIMA KEISTIMEWAAN DI DUNIA:

1.Jauh daripada segala penyakit.
2.Lahir kesan taqwa pd wajahnya (ada nur di wajah).
3.Dikasihi sekelian mukmin & seluruh manusia.
4.Percakapannya mengandungi hikmah.
5.Dikurniakan kekuatan & diberi rezeki dlm agama (halal lagi berkat).

EMPAT KEISTIMEWAAN DI AKHIRAT.

1.Dibangkitkan dari kubur dgn wajah berseri-serii.
2.Dipermudahkan hisab.
3.Cepat melalui titian sirat spt kilat.
4.Mendapat buku amalan pd hari akhirat melalui tangan kanan.

MasyaAllah sahabatku sekelian.Besar sekali kemuliaan yg Allah berikan.Jadi janganlah kita semua lepaskan peluang ini.Sesungguhnya hati & jiwa kita akan menjadi sangat tenang & bahagia setiap kali kita sujud kpdNya..lebih2 lagi di waktu tgh mlm...

Sumber: http://www.facebook.com/pages/Ustazah-Siti-Nor-Bahyah-Mahamood/

(Gambar ehsan Google)

p/s: Pesan buat diri sendiri dan untuk semua, jom kita pakat2 laksanakan solat sunat tahajud na. Sharing is caring..

Tuesday, May 08, 2012

Lidah Kelu Ketika Sakaratul Maut


Assalamualaikum(^__^)

Mai M nak cerita pasai apa kita sepatutnya menghormati laungan azan..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin

By: Dunia macam-macam
pict kredit: mr. google

Bahaya Tersedak Susu

KES bayi tersedak susu sebenarnya sering berlaku. Namun keadaan ini yang boleh dikawal dengan teknik tertentu, menjadi sesuatu yang amat ditakuti berikutan meningkatnya laporan kes bayi yang mati akibat tersedak susu.

Umum mengetahui tumbesaran awal bayi bergantung sepenuhnya kepada pemakanan berbentuk cecair iaitu susu. Sebaik dilahirkan, bayi yang masih kecil perlu secara automatik menyelaraskan mulut, bibir dan lidah untuk menyedut susu.
Faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selesema, bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul. - Dr Anthony James Mansul, Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court Selepas menelannya, ia perlu diselaras pula dengan otot di belakang tekak. Semua proses itu jika difikirkan, sangat rumit bagi seorang bayi kerana ia bukan saja membabitkan satu otot sebaliknya banyak otot berbeza.

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Prince Court, Dr Anthony James Mansul berkata, bagi bayi yang masih kecil, ada saraf yang belum matang terutama bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau pra-matang.

Dr Anthony berkata, pengamal perubatan perlu berhati-hati dengan bayi pra-matang di bawah 34 minggu terutama apabila menyusu menggunakan botol atau susu badan.

“Agak sulit untuk menjelaskan kepada setiap ibu bapa mengenai penyelarasan otot ini. Jadi sebagai langkah pertama, perkara terbaik ialah usah berfikiran negatif dan anggap semua bayi yang dilahirkan tiada masalah serta secara automatik pandai menyusu.
“Ini kerana 90 peratus bayi yang baru lahir tidak menghadapi masalah ini,” katanya kepada Sihat & Selamat.

Dr Anthony berkata, faktor yang boleh mengganggu penyusuan bayi dan menyebabkan tersedak ialah gejala seperti selsema, bayi tidak cukup bulan, tidak sihat atau menyusukan bayi dalam keadaan yang tidak betul.

"Kebanyakan kes tersedak susu yang kita lihat selalunya disebabkan masalah penyelarasan seperti mungkin ketika menyusu ada sedikit mukus atau kahak yang masuk atau susu tiba-tiba terlampau laju, contohnya susu badan bagi ibu dan bayi yang baru pertama kali menyusu badan.

“Akibat tekanannya laju, kita selalu lihat bayi tersedak,” katanya.
Dr Anthony berkata, lazimnya nasihat doktor kepada ibu yang anaknya kerap tersedak ialah memerah sedikit susu dari payu dara bagi mengurangkan tekanannya ketika bayi menyusu atau periksa puting botol susu untuk memastikan lubangnya tidak terlalu besar.

“Jika bayi masih lagi tersedak, jumpa doktor untuk pastikan keseluruhan saluran udara, pernafasan, lidah dan mulut bayi tiada masalah dan tidak sakit.

“Jika semuanya baik, mungkin teknik penyusuan yang diamalkan tidak betul dan kebanyakan hospital dan bidan-bidan boleh membantu menasihati ibu mengenai teknik penyusuan yang betul,” katanya.

Apa yang kita perlu buat jika bayi tersedak - pertama sekali jangan panik sebab ibu bapa sering bimbang susu akan masuk ke saluran udara. Berikutan rekaan saluran udara manusia yang baik, jika ada sesuatu yang tidak betul, ia akan tertutup serta merta (dipanggil spasm).

Bagaimanapun, bayi akan kelihatan sedikit biru atau mungkin pucat pada permulaan. Apa yang perlu dilakukan ialah dukung bayi dan tepuk belakang badan di mana lazimnya teknik itu sudah mencukupi.

Dalam kes yang agak kurang bernasib baik, kemungkinan susu itu masuk ke dalam paru-paru sehingga pernafasan terganggu. Jika ini berlaku, bantuan pernafasan mulut ke mulut atau CPR diperlukan untuk bayi. Sehubungan itu, ibu bapa sangat digalakkan mempelajari teknik CPR kerana ia bukan saja baik untuk bayi, malah orang dewasa.

Bagi ibu bapa yang terpaksa meninggalkan bayi di pusat jagaan kanak-kanak, disaran memantau pusat jagaan terbabit sebelum menghantar anak-anak. Cuba selidik dan bertanya dengan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke pusat jagaan sama, lawat dan luangkan masa beberapa jam sambil memerhatikan keadaan kebersihan, persekitaran dan cara penjaga mengendalikan bayi dan kanak-kanak. Selain itu, pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Paling penting, pilih pusat jagaan berdaftar secara sah dan pastikan pengusaha serta kakitangan yang mengendalikan pusat berkenaan cukup terlatih serta cekap mengenal pasti bayi bermasalah. Selain itu, pusat penjagaan kanak-kanak yang memiliki sijil bantuan pernafasan mulut ke mulut adalah satu kelebihan dan pada masa sama, mempunyai pelan kecemasan terancang dan terletak berhampiran pusat perubatan.

Sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/


p/s: Sesapa yg bergelar ibu bapa jom pakat2 blajaq wat CPR cara yg betoi.



Monday, May 07, 2012

Alahai Mertua :-(

Assalamualaikum to my beloved bloggers,

Mesti ada yg pernah baca entry ni rasa heran coz lain plak ceritanya. Nak gitau ni tadi masa dok edit new entry tadi tetiba my safari got problem plak. Habis 3 entry hilang. Huwaaaaa... Dok gelabah sorang2. Bukan apa M rasa sayang sangat coz ada member2 yg tinggal jejak kat kotak komen situ dah hilang...Susah la nak jejak sapa2 yg tak klik follow.

Apa2 pun M nak cerita kat sini pasai apa M tak sempat nak blogging semalam.
Sebenaqnya M p ziarah bapak mentua M yg terlantaq sakit. Kesian sangat M tgk dia. Dari badan sasa tinggal kurus melidi.
Apa taknya, selera pun dah kurang. Dah tu menanggung sakit sebab rawatan kemo. Plak tu rawatan tu bukan dekat, letih la dia dok ulang alik dr Langkawi ke aloq staq. Mau nya tak teruk kan!

Tapi bila M ziarah dia M takkan tunjuk muka sedih tapi M akan sembang n cuba wat lawak. Sebab kalau orang sakit tu happy, kesakitan tu bleh la kurang. Jadi sapa2 yg keja nurse tu terutamanya kat spital kerajaan, tolong la senyum kat pesakit anda. Lagipun senyum tu kan sedekah. Sekurang-kurangnya anda akan mendapat ganjaran dari Allah swt. Tapi bergantung pada keihklasan anda la kan!

Jadi,M harap semua yang baca entry ni, pakat2 tolong mendoakan kesejahteraan bapak mentua M dan diampunkan dosa2nya yg lalu. Amin...


Wassalam....

Saturday, May 05, 2012

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Assalamualaikum..

Hari ni M nak berkongsi adab2 yang disunatkan dalam Islam sewaktu menyambut kelahiran bayi.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :

1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.


9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.




Sumber:http://pama.karangkraf.com/

Apa Itu ISTIDRAJ


Assalamualaikum,

APA ITU ISTIDRAJ?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain.

Tapi, hidup mereka biasa sahaja.

Ada yang susah juga. Kenapa?

Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!

Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong.

Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!

Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.

Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan.

Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya.

Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

"Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.

Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah.

Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.

Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu.

Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.

Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.

Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?

Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun.

Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta.

Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.

Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangi berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.

Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj.

Orang-orang besar, istidraj.

Jangan!

Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj.

Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.


Sumber: http://www.facebook.com/ustaznasir.

Friday, May 04, 2012

TIPUDAYA SYAITAN DARI DEPAN, BELAKANG, KANAN DAN KIRI

Assalamualaikum..



Di dalam Al Qur’an, akan kita dapati satu rakaman dialog antara Allah S.W.T. dengan iblis yang dihukum oleh Allah... Dalam dialog tersebut, iblis menyatakan untuk sentiasa menyesatkan manusia... Hal tersebut tercatat dalam Surah Al A’raf ayat 16-17 berikut ini:

“Iblis menjawab: ‘Kerana Engkau telah menghukum saya sesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka.. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (ta’at).’”... (Surah Al A’raf : 16-17)..

Dari ayat Al Quran di atas dijelaskan bahawa Iblis akan selalu menghalang kita dari jalan yang lurus. Caranya, dia akan mendatangi kita dari muka, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri kita... TETAPI, mengapa iblis tidak mendatangi kita dari ATAS dan dari BAWAH kita? Hal tersebut dijelaskan dalam sebuah tafsir Al Qur’an yang dipetik dari tafsir Al-Fakhrur-Razy berkata:

“Diriwayatkan bahawa ketika Iblis mengatakan ucapannya tersebut, maka para MALAIKAT menjadi kasihan terhadap manusia, mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, bagaimana mungkin manusia boleh melepaskan diri dari gangguan syaitan?” Maka Allah Azzawajalla berfirman, bahawa manusia masih ada dua jalan: atas dan bawah, jika manusia mengangkat kedua tangannnya dalam do’a dengan penuh rendah hati, atau bersujud dengan dahinya di atas tanah dengan penuh khusyu’, Aku akan mengampuni dosa-dosa mereka” (At-Tafsir Al-Kabir V/215)...

Dalam tafsir yang lain juga dikatakan bahawa Iblis tidak mendatangi kita dari atas, kerana rahmat Allah turun kepada manusia dari atas (Tafsir Ibnu Katsir III/394-395)...

Oleh kerana itu IMAN adalah senjata kita... BERSUJUD DAN BERDOA'LAH, disamping kita berusaha, mohon berlindung kepada Allah atas segala godaan syaitan yang terkutuk itu...

By: Ramli Joned


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers