Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Saturday, June 30, 2012

Khalish Ngamuk Nak Makan KFC



Mai M nak cerita kat hangpa apa yang terjadi petang Jumaat kemarin. M pi ke Kuah untuk amik pesanan barang kat butik kecantikan Avon Langkawi. Disebabkan my hubby keja, M bawa my mak p sama untuk bantu M jaga Khalish coz my son memang tersangat active nak habaq kat hangpa. Lepas tu sebab dah lama sangat urusan tu, mula la si Khalish tu wat perangai. Kali ni dia mengamuk nak makan KFC pulak. Padahal M dah bagi makan siap2 sebelum nak keluaq rumah.

Jadi M pun bawak la depa p KFC kat Pokok Asam Kuah. Bila sampai KFC.. punyalah panjang orang dok beratoq kat kaunter KFC tu. "Hadoi 'masak' aku kalau camni" M dok pikiaq sorang2. Khalish ni kalau nak makan memang tak bleh nak tahan dah.. Dia dok berletiaq (berleter) sakan kat kaunter tu. hu hu. Bila dah dapat makanan.. Hmmm hangpa bleh tengok la pict kat bawah ni. ha ha ha...


Tu diaa pulun sakan ngan ayam upin ipin dia tu.. Khalish panggil  ayam KFC bahagian drumstick tu ayam upin ipin .  Huh pengaruh kartun la tu..

Amboi layan baikkk punya sampai pejam2 mata. hi hi.. macam2 la anak ibu ni.



M layan snack plate ja...tu pun share ngan my mak.

First time try Krushers. Sedap sangat. My mak pun suka. M try flavour  Chipsmore..
Cuba la hangpa try plak lepas ni..


Tu  saja la untuk kali ni yek... M crita len kali plak na.
**Wassalam**

Friday, June 29, 2012

GA : Saya Nak Lipstik Kolagen

Klik Banner Cepat Kalau nak Join

 Hari ni M nak join satu GA lagi anjuran Lyafrina iaitu GA : Saya Nak Lipstik Kolagen
Jadi kalau sapa2 yg berminat gak cepat tau tarikh tutup dia 30Jun (esok la tu).

Klik banner kat atas tu untuk maklumat lanjut ok...


SEGMEN:PENCARIAN BLOGLIST JULAI HAZWAN HAIRY

Klik Banner Kalau Nak Join

Assalamualaikum kengkawan...

Hari ni M nak join segmen dari blog Hazwan Hairi.
Kekerapan berblogging setiap hari : Pagi, Tengahari, Petang, Malam.. ( Ada masa ja memang akak blogging ja )

Kalau ada sesapa nak join masih sempat lagi, sebab tarikh tutup 30 Jun
Cepat tau...

M tag semua member2 blog ni ok... Kalau berminat join la yek..

"1st GiveAway by Si Pipi Merah"

Klik Banner Kalau Nak Join Ok!

Assalamualaikum...

Hari ni M mmg teruja sgt nak join GA salah sorang follower M yg setia mengunjungi blog mymatatajam ni. Actually, M dah draf awal2 lg entry ni bila M tgk Cik Lynn kita ni anjurkan GA. Tahniah untuk Lynn sebab follower dah lebih 600 orang..

Jadi sapa2 yang berminat nak join bleh la klik banner kat atas tu yek. Wish me luck (^_^)

Thursday, June 28, 2012

Nenek Potong Tangan Cucu Umoq 8 Bulan



Apa habaq hari ni? Mai M nak crita skit pasai nenek yang memotong tangan cucu iaitu bayi yg baru berumur 8 bulan. Memang tersentak M bila terbaca tajuk berita ni kat harian metro online. Motif nenek ni wat camtu kat cucu dia memang tidak dapat dikenal pasti sebab suspek berada dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri lepas dia potong tangan cucu dia tu.
pict kredit to Harian Metro Online
Kejadian ni berlaku kat wilayah Shandong, China. Nenek tu wat masa dok jaga cucu dia bila mak bapak budak tu p keja. Kesian baby tu kan, mesti saat2 kena potong tangan tu seksa sangat. Mesti dia teriak teruk punya. Awat la yang nenek tu sanggup wat kat cucu sendiri camtu..

Kalau hangpa nak baca lebih lanjut pasai cerita ni bleh la sua jari tu klik kat >>>SINI


Sekian berita untuk hari ni..he he tetiba nak jadi penyampai berita la pulak M ni..
Wassalam ^_^

p/s: Ada yang tertanya-tanya pasai cabutan Bertuah yg M dah wat untuk GSF bleh baca kat SINI

Wednesday, June 27, 2012

Petua Untuk Otak Hebat



Mai M nak cerita kat hangpa apa yang M baca tadi.. Sebab M rasa sesuatu yang baik elok dikongsi bersama. Tak nak nak bolot sorang2... Jom kita baca pasai ciptaan Allah yang terhebat ni, OTAK....

Dalam badan kita ada satu ciptaan di mana ianya amat hebat sehinggakan mampu menguasai dunia keseluruhannya. Di sinilah terdapatnya segala ilmu, tidak kira yang baik atau tidak. Allah s.w.t. telah ciptakannya untuk kita menerima maklumat,menyimpan dan mengeluarkannya semula serta digunakan untuk membezakan perkara yang baik dan tidak baik. Inilah yang dikatakan sebagai otak. Otak adalah satu ciptaan Allah yang amat hebat buat manusia,wajib kita mengucapkan syukur. Otak dicipta untuk kita memikirkan kebesaran Allah, ini adalah yang utama.Otak bukan gunanya untuk merosakkan apa jua akan tetapi otak amat berguna untuk kita merasakan kebesaran Allah dan menyimpan ilmu Allah didalamnya.

Otak yang baik akan lahir dari manusia yang baik,pemakanan yang baik serta cara fikir yang baik. Bukan mudah sebenarnya untuk kita menjaga otak kurniaan yang Maha Esa ini. Perkara pertama yang kita perlu ambil berat adalah bimbinglah otak kita dengan akidah yang benar iaitu mengesakan Allah setiap saat.

Seterusnya kita perlu memastikan oksigen cukup untuk otak kita,apakah tanda orang yang tak cukup oksigen? Salah satunya ialah kerap sakit kepala, cepat stress dan macam-macam lagi. Salah satu cara untuk pastikan otak kita cukup oksigen ialah dengan menjaga solat kerana pergerakan sujud itu membekalkan oksigen yang banyak kepada otak. Selain itu, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari. Air merupakan pembekal oksigen yang amat baik kepada otak kita.

Juga amalkan zikir, selawat dan bacaan Al-Quran kerana dengan zikir, otak kita akan memberikan riaksi yang amat baik. Secara rohani dan fizikalnya zikir amat memberikan kesan yang positif.

Kredit to ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Tuesday, June 26, 2012

Pesan Roh Kepada Manusia


Mai M nak berkongsi ngan semua pembaca mengenai satu tazkirah bertajuk Pesan Roh Kepada Manusia. Sama2 la kita menghayatinya kerana ia berkaitan ngan kita, keluarga kita dan masyarakat di sekeliling kita.....

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.

Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila share kisah ini kepada semua saudara islam kita..

Sumber:Klik SINI

p/s: Sharing is Caring ^_^



Sejuk Hati Ibu ^_^



Ucapan terima kasih memang sangat berharga bagi M. Sebab bila ada sesiapa yg wat sesuatu untuk M, firstly ucapan ni la yg akan kluaq dari mulut M. So kalau sesiapa yg hadiahkan ucapan ni untuk menghargai apa yg M wat kat depa, seronok dan bahagia ja hati M ni bila dengaq.

Straight to the point tentang tajuk entry kali ni k. Apa yg wat M sejuk hati? Jawapannya...Bila my Khalish cakap TERIMA KASIH IBU apabila M wat sesuatu kat dia. Contohnya, M bagi food kat dia, masukkan vitamin dalam mulut dia dan belikan sesuatu untuk dia.

Kadang2 tu Khalish peluk dan cium pipi M banyak kali sambil ucap terima kasih. Emmmmm... Bangga dan bahagia sangat masa tu. Terasa diriku begitu berharga (eh! Cam iklan la plak) Segala penat lelah dok layan kerenah dia rasa cam terbang hilang camtu saja bila terdengaq ucapan terima kasih keluaq dari mulut comel anak ibu ni.

Terima Kasih Allah kerana mengurniakan seorang anak seperti Khalish dalam hidup aku ni..

Wassalam (^_^)

p/s: Semoga Khalish menjadi anak yang soleh dan dirahmati Allah dunia dan akhirat...

Monday, June 25, 2012

Menorrhagia (Pendarahan Darah Haid Yang Berlebihan)


Selamat Malam pada hangpa semua. Mai M nak cerita pasai masalah sakit puan plak kali ni.. Sharing kan caring...

Menorrhagia bermaksud pendarahan darah haid yang lebih dari 80ml setiap kitaran haid. Agak sukar untuk menentukan pendarahan berlebihan secara objektif, akan tetapi kalau pendarahan haid itu menyebabkan kualiti hidup seseorang wanita itu terjejas, ia boleh diklasifikasikan sebagai menorrhagia. Ini termasuk terpaksa menggunakan dua tuala wanita sekali gus, atau pendarahan yang hingga melimpah mengotori kain atau tilam.

Kebanyakkan kes tidak mempunyai sebab-sebab tertentu. Di antara sebab-sebab yang boleh dikenal pasti adalah:

•Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
•Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukn kanser dari selaput rahim atau serviks)
•Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara
tidak normal)
•Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
•Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid

Sebab-sebab lain:

•Akil baligh atau permulaan haid
•IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
•Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
•Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik (Hyperlink PID)
•Sindrom Polycystik ovari (PCOS)

Sebab-sebab yang jarang:

•Masalah kelenjar pituitari atau rembesan hormon prolactin yang berlebihan.
•Penyakit hati atau ginjal
•Penyakit darah
•Kanser Endometrium (kanser selaput rahim)
•T.B. endometrium (T.B. selaput rahim)

Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak seperti ubat yang boleh mencairkan darah atau kemoterapi (untuk kanser).

Diagnosa - Sejarah pesakit perlu ditanya oleh doktor supaya dapat mencari sebab-sebab pendarahan haid (seperti di atas). Anda akan ditanya berapa tuala wanita (pad) yang digunakan sehari termasuk simptom-simptom lain (seperti kekurangan darah dsb). Anda mungkin diminta mengisi satu borang carta yang boleh menolong memberi gambaran ringkas kadar darah haid yang anda alami.

Ujian darah boleh mengesan anaemia (kurang darah), yang boleh disebabkan oleh pendarahan yang banyak dan berlebihan. Ujian Ultrasound rahim boleh mengesan fibroid, polip atau kanser. Jikalau doktor anda tidak dapat mengesan sebab-sebab pendarahan, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk rawatan lanjutan.

Rawatan: Rawatan termasuk ubat-ubatan dan pembedahan.

1. Asid Tranexamic adalah ubat yang paling mujarab. Ia boleh mengurangkan pendarahan haid dan diambil pada hari-hari haid sahaja. Ia tidak mengurangkan masa pendarahan tetapi lebih mengurangkan kuantiti pendarahan. Ubat-ubat lain seperti anti-radang (Mefenamic acid - Ponstan) juga boleh digunakan. Ia mungkin kurang efektif berbanding asid tranexamic tetapi boleh mengurangkan sakit senggugut.

2. Pil perancang boleh mengurangkan pendarahan haid berlebihan, sakit sengugut dan pada masa sama menghindar mengandung.

3. Pembedahan pula termasuk pembedahan membuang rahim (hysterectomy) atau membuang selaput rahim (endometrium). Prosedur membuang selaput rahim ini dipanggil ablasi endometrium. Ablasi ini merangkumi pembakaran dengan tenaga elektrik atau gelombang mikro. Mereka yang menjalani pembedahan hysterectomy tidak akan mengalami pendarahan haid lagi, akan tetapi keperluan membuat pembedahan ini perlu diimbang kosnya yang mahal dan kesan sampingan lain.

4. Ablasi endometrium adalah pilihan yang baik jikalau pesakit tidak mahu menjalani pembedahan histerektomi. Rawatan ablasi yang menggunakan gelombang mikrowave boleh didapati di kebanyakan hospital-hospital besar di Malaysia.

Sumber:Ensaiklopedia Petua Melayu Lama

p/s: Cegah Sebelum Parah..

TQ Arina Shamsul




Apa habaq hari ni? M kat Langkawi ni sihat dan ceria.... Bertambah ceria bila terjah blog Mama Arina dapat banner percuma hasil kerja tangan beliau sendiri.. Banner ni dia buat khas untuk ahli2 GSF. Ha! Tu la untung dan istimewanya jadi member Group/Geng Segar Follower ni...

Jadi sebagai tanda ucapan terima kasih M yg tak terhingga untuk Mama Arina, entry ni dibuat khas untuk mama...Sapa2 yang belum terjah blog Mama Arina (Bunga Hati Mama) terjah cepat tau. She is so friendly and humble...Rugi tak kenal Mama kpd Nur Afeya Alesya ni..(klik wording purple tu)

Cute kan Banner kat sidebar blog ni...Jangan la segan2 nak xchange banner ngan M na. Habaq ja kat comment box. Nanti kita deal ok...

TERIMA KASIH MAMA ARINA SHAMSUL

Wassalam...

Sunday, June 24, 2012

Lubang Hidung Khalish Tersumbat




Apa habaq semua kengkawan yg setia menerjah blog M yg tak seberapa ni. Tq kat hangpa semua sebab sentiasa luangkan masa untuk baca entry2 M...

Mai M nak cerita pasai Khalish skit hari ni. Kalau baca tajuk kat atas tu mesti ada yg ingat Khalish selsema sebab tu hidung tersumbat. Tapi sebenaqnya, Khalish yg sumbat sendiri. Terkejut besaq M sampai gelabah tak hengat sebab dengaq Khalish dok teriak (menangis) sakan sambil dok korek hidung dia. Bila M pi check tengok hidung dia rupa2nya dia masukkan span nipis yang dia koyak kecik2 pastu bubuh dalam hidung dia. Bila dia rasa tak bleh nak nafas, maunya tak teriak sakan. Panic tambah sakit la tu... Ha! Buat lagi kan dah kena tak pasai2. Ibu dah pesan jgn wat camtu tapi wat juga. Sambil M tolong sambil dok berletiaq ( membebel ) kat Khalish...

M cuba korek ngan cotton bud tapi tak keluaq gak pastu M suruh Khalish nyeh (hembus) cam nak keluaqkan hingus dari hidung. Akhirnya tiga pat kali percubaan span tu keluaq gak. Fuhhh.. Lega yg amat sgt. Khalish lagi la lega. Dah berenti teriak Dan siap janji " ibu, Khalish tak wat lagi lepas ni". Tapi tak tau la janji tu ditepati ke tak. He he.. Sebab selalu ja lupa then wat balik. Isk2 Khalish..Khalish... Jgn wat dah la camtu lagi. Ibu bleh kena heart attack la Kalau selalu jadi camni..

Span tu mai Dari mana???? Ha! Kalau nak tau rupa2nya Khalish ni dia korek span dari seat basikal roda 4 dia tu la.. Khalish sendiri siap tunjuk dia amik tang mana. He he..macam2 hal la... La ni Khalish dok enjoy tengok kartun Oggy and the Cockroaches...Suka betoi dia ngan kartun tu...

Tu saja yg M nak cerita kali ni pasai Khalish. Wassalam...

Mampukah Aku?



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah....

Moga tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar....

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah....


By:Tihani Wardina



Giveaway Blog oHsemm by Eira Shamiera



Assalamualaikum to all my friends and readers...

Today I love to participating in Eira Shamiera's Giveaway....If you are interested too, please don't hesitate to clik the banner above...

The lucky person that M tagging are>>>>> Najihah & >>>>>Lya


WISH ME LUCK(^_^)

Saturday, June 23, 2012

FAKTA MENAKJUBKAN MENGENAI WUDHU




Apa habaq semua kengkawan dan pembaca blog mymatatajam??? M harap hangpa semua sihat dan sentiasa dilindungi Allah swt.. Masa M dok godek2 my FB..M ada terbaca satu entry mengenai seorang professor yang memeluk agama Islam kerana mengkaji wudhu... Mai M nak cerita apa yang M dah baca ni. Sharing is caring kan...

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.


Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma’a akhir qathr al-ma’).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih’ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.



Cara Wudhuk Rasulullah SAW

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali. Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh tangan hingga ke paras siku dua kali. Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .”

(Muslim )



Huraian

Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu’alam....


p/s: Sememangnya Kebenaran Islam Melampaui Sains Moden....Kalau ada sebarang kesalahan dalam entry ni sila maklumkan kat kotak komen na...


Sumber: Klik SINI

1st Give Away by Aliana



Assalamualaikum kengkawan...

Petang2 ni join GA pun best gak nih....GA yg M teringin nak join kali ni dari blog mylifealiana93... Tuan punya blog ni namanya Aliana Azman... Sapa2 yg nak top up free, hangpa mesti join GA ni tau... Mana la tau kot2 ada rezeki nanti, dapat la top up free. Pastu bleh la bergayut sakan dan sms sampai lebam. Ha ha...

Insan bertuah yg M nak tag kali ni>>>>>>>>Mama Arina( BHM )...


Kalau sesapa yg berminat nak join dan nak tau pasai GA ni ngan lebih lanjut klik banner kat atas tu k...Wassalam...

Friday, June 22, 2012

BENCANA TERHADAP GOLONGAN HOMOSEKSUAL DI POMPEII : BUKTI MUKJIZAT AL QURAN


Bangsa Pompeii yg ditemui menjadi batu dalam keadaan yg mengaibkan 


Apa habaq semua.. Sori lambat skit entry hari ni sebab M baru ja sampai umah ptg tadi... Semalam M p umah Mak Mentua M coz ada wat kenduri untuk arwah Pak Mentua M.. Jadi nanti M free skit,baru la M pelan2 p terjah blog hangpa semua na... Untuk malam ni mai M nak cerita pasai bencana terhadap golongan homoseksual di Pompeii..Mungkin ada yang dah tau cerita ni, tapi bagi yang tak tau lg cam M ni, mai la kita menghayati kisah yang mampu memberikan kesedaran pada kita tentang betapa murkanya Allah pada golongan tersebut...

Bagi golongan LGBT (lesbian, gay,biseksual,transgender), kisah Sodom dan Gomorrah bagi mereka hanyalah salah satu daripada bencana alam semulajadi, meskipun sebahagian daripada mereka mengamu, mereka beragama Islam. Malah terdapat usaha di kalangan puak-puak tersebut untuk menjadikan Laut Mati sebagai bukti tentang penyelewengan fakta dan sejarah yang cuba menyalahkan golongan LGBT dan homoseksual secara khususnya menerusi cerita-cerita dongeng.

Dasar Laut Mati tidak pernah dapat diselami oleh sesiapa mahupun oleh apa pun. Kepekatan air garam di laut tersebut, menjadi mustahil kepada teknologi manusia untuk melihat apa sebenarnya yang ada di dasar tasik berkenaan.

Namun Pompeii dan Visuvius adalah bukti berlakunya bencana seperti yang diperkatakan oleh Al Quran, sekaligus menjadikan kitab itu sebagai bukti dan mukjizat terbesar tentang BALA BENCANA YANG DIDATANGKAN oleh kumpulan seksual songsang dan bebas itu ke muka bumi.

Ikuti penjelasan yang diberikan oleh HARUN YAHYA tentang Pompeii dan bencana yang dijatuhkan kepada kumpulan LGBT sehingga mereka hilang dari pengetahuan dunia selama 1700 tahun sebelum ditemukan semula sebagai pengajaran kepada umat manusia untuk menolak dan menentang sesiapa sahaja yang cuba menghalalkan homoseksual dan LGBT, umumnya!

Alqur'an mengisahkan kepada kita bahwa tidak ada perubahan dalam hukum Allah (sunnatullah):

“Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sekuat-kuat sumpah; sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). Tatkala datang kepada mereka pemberi peringatan, maka kedatangannya itu tidak menambah mereka kecuali jauhnya mereka dari (kebenaran), karena kesombongan (mereka) di muka bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu” (Surah Al-Faathir:Ayat 42-43).

Begitulah, “…sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah…”. Siapapun yang menentang hukum Allah dan berusaha melawan-Nya akan terkena sunatullah yang sama. Pompeii, yang merupakan simbol dari degradasi akhlaq yang dialami kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii mirip dengan kaum Nabi Luth. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius.


Gunung Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamakan “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab. Azab yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah, yakni kaum Nabi Luth , sangatlah mirip dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii.

Di sebelah kanan gunung Vesuvius terletak kota Naples, sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu dari letusan maha dasyat gunung tersebut yang terjadi dua milenia yang lalu membumihanguskan penduduk kota. Malapetaka itu terjadi dalam waktu yang sangat mendadak sehingga menimpa segala sesuatu yang ada di kota termasuk segala aktiviti sehari-hari yang berlangsung. Aktiviti yang dilakukan penduduk dan segala peninggalan yang ada ketika bencana terjadi kini masih tertinggal persis sama seperti ketika bencana tersebut terjadi dua ribu tahun yang lalu, seolah-olah waktu tidak bergeser dari tempatnya.

Pemusnahan Pompeii dari muka bumi oleh bencana yang demikian dahsyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinahan atau prostitusi. Organ-organ kemaluan lelaki dengan ukurannya yang asli digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi; akan tetapi hendaknya dipertontonkan secara terbuka.

Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam waktu sekejap. Yang paling menarik dari peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu meloloskan diri dari keganasan letusan Vesuvius. Hampir bisa dipastikan bahwa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang sangat sekejap tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad dari satu keluarga yang sedang asyik menyantap makanan terawetkan pada detik tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya terawetkan berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan. Yang paling mengejutkan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks).Hasil penggalian fosil juga menemui sejumlah mayat yang 'terawet' dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi keterkejutan, seolah bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba.

Dalam konteks ini, terdapat aspek dari bencana tersebut yang sangat sukar untuk dimengerti. Bagaimana boleh terjadi ribuan manusia tertimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apapun?

Aspek ini menunjukkan bahwa penghancuran Pompeii mirip dengan peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Alqur'an, sebab Alqur'an secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Misalnya, “penduduk suatu negeri” sebagaimana disebut dalam surat Yaasiin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut:

“Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (Surah Yaasiin Ayat 29)

Di surat Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:

“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras mengguntur, maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.”

Kematian mengerikan penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat persis sebagaimana azab yang dikisahkan dalam kedua ayat di atas.

Walaupun telah berlaku bencana ini, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana Pompeii dulunya pernah ada. Daerah-daerah Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh berbeza dengan daerah-daerah di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat kaum homoseksual dan 'nudis' (orang-orang yang hidup telanjang tanpa pakaian) tinggal. Pulau Capri diiklankan sebagai “syurga kaum homoseks”. Tidak hanya di pulau Capri dan di Itali, bahkan hampir di seantero dunia, kerosakan moral tengah terjadi dan sayangnya mereka tetap saja tidak mau mengambil pelajaran dari pengalaman pahit yang dialami kaum-kaum terdahulu.

Semoga kita semua dapat pengajaran dari kisah tersebut... Wassalam..


p/s: Semoga kita dilindungi Allah swt dari malapetaka yang maha dasyat...... Nauzubillahiminzalik


Sumber: Muhasabah Diri

Thursday, June 21, 2012

" 1st Giveaway By Izzah Ismail "



Assalamualaikum kengkawan...

Petang ni M nak join lagi satu GA by Izzah Ismail.. M dapat tau tentang GA ni kat blog Lynn Si Pipi Merah. So sapa yang tak kenal lg ngan blog cik Lynn kita ni bleh la terjah lepas ni.

Ok la berbalik pada GA yang dianjurkan oleh adik Nurul Izzah ni, sapa2 yang rasa berminat nak join gak klik ja banner tu ok. Hadiah memang dasat!!! Sebab ramai yg sponsor untuk GA Izzah ni.. Disamping join GA tu bleh la kita tambahkan kenalan blogger sama kan... Tarikh tutup GA ni 15/09/2012 sama tarikh ngan birthday Izzah. Jadi ada masa lagi la kan pada yg berminat nak join. He he...nak tau pasal syarat, hadiah dan segalanya pasai GA ni klik cepat banner kat atas tu ok!

Wassalam

Wednesday, June 20, 2012

" 1st Giveaway by jaakechik corner"

Nak Join Klik Banner Ok..


**Assalamualaikum to my beloved readers and friends**
Kali ni M berminat sangat nak join  entry dari blog JAAkechik. Cuba baca kat bawah ni...

Nak wang tunai RM30? nak contact lens? shawl? header? banner? topup? meh sini ramai-ramai join GA jaakechik corner. syarat mudah. hadiah TIP TOP! jom la join... rugi kalo tak join...TERBUKA untuk semua blogger malaysia.
Ha! amacam berminat tak? kalau berminat cepat join tau...



Langkawi ni memang banyak tempat yang best2.. Tapi M pilih 3 tempat yang M rasa paling wajib la yek kalau mai ke Langkawi ni semua pelancong kena lawat tempat2  ni ok..


Langkawi Cable Car yang femes sangat2 ( lebih kurang 10 minit ja dr umah M) Hangpa bleh tengok pemandangan Langkawi yang indah sangat dari atas Gunung Mat Cincang ni..

Pantai Cenang (tempat beriadah paling best) Nak berkelah, nak mandi laut, nak jejalan di persisiran pantai..Ha! ni la tempat yg sesuai.. pulak tu banyak betoi aktiviti  yang ditawarkan kat sini  antaranya jet ski, parasailing, banana bot dan macam2 lagi tapi kena bayaq la..


Dataran Lang ( tempat lepak dan cari inspirasi masa sekolah dulu he he..)
Dataran Lang ni antara mercu tanda Pulau Langkawi la. Sapa2 yang mai ke Langkawi kalau tak amik gambaq kat sini  umpama tak lengkap la kedatangan hangpa kat sini. he he pandai ja M ni...

Member2 yang M tag kali ni
Si Pipi Merah
Aina
Adylia

Jadi,M harap syarat untuk GA ni dah dipenuhi ya puan penganjur. Moga2 ada la rezeki M nak menang kali ni. Insyaallah..

Untuk keterangan lanjut dan syarat2 GA ni bleh la klik banner tu ok...
 Wassalam


pict kredit : Google


Wordless Wednesday





Any Comment??

Kredit to:  http://www.facebook.com/noicantbelieveit



Wordless Wednesday

Subhanallah Hebatnya Ciptaan Allah - Iguazu Falls, Brazil
  kredit to : http://www.facebook.com/noicantbelieveit



Tuesday, June 19, 2012

' 1st Giveaway by AinaSyafiqah '


Kalau nak join Klik Banner Ok..


**Assalamualaikum**

Ni Contest kedua untuk hari ni yang M join GA dari blog adik AinaSyafiqah. M dapat tau tentang GA ni dari adik Aina melalui FB

GA ni nak kan pesertanya mengedit gambar tapi akak ni tak pandai nak edit mengedit ni dik oi... Nasib baik sunat je part ni. kalau wajib abih la akak..

Dua insan bertuah yang M nak tag kali ni

Doakan M menang ye...Wassalam..

GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger

Klik Banner Kalau Nak Join

**Assalamualaikum kengkawan**

Hari ni M nak join GA salah sorang member GSF tuan punya blog MIA DUNIAKU.
GA ni dianjurkan Izan Mama Mia dan rakan blogger seperti Fieda Rafli, Tihara, Cik Rose Cute, Mama Arina dan Ina (Intan Berlian)

Hadiah2nya pun menarik. nak tau klik SINI

Jadi sapa2 yang nak join tu bleh lagi sebab tarikh tutup GA ni pada 1 Julai 2012.. 
Ha!! Join Jgn Tak Join sebagai tanda kita support kengkawan kita gak..

~Wassalam~

p/s: Sori Izan and da gang sebab M lambat skit join...

Darjat Seorang Isteri


Mai M nak cerita pasai beberapa kategori darjat seseorang isteri kat atas bumi Allah ni..


1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

p/s: Sama2 la kita jadi isteri yang diredhai suami dan Allah swt...







Sumber:FB (dah lupa yg mana)

Monday, June 18, 2012

Ish....Rimaslah...

Assalamualaikum kengkawan...

Mesti hangpa heran apa pasai M ni pulak! Tetiba keluaq entry dok rimas. Rimas apa pulak tu? Mai M nak cerita kat hangpa apa pasai yang M dok rimas sgt ni.

Pernah dak hangpa dok kena tanya ngan orang camni...Awat yang dok terperap kat dalam rumah? Awat tak bagi anak keluaq umah? M ni asal keluaq p umah jiran nak tempah baju @ nak beli makanan atau jumpa masa ari raya @ kenduri kendara, ada saja soalan yang seumpama dengannya... Awat yg depa bz body sgt ngan lifestyle M ni. Ikut suka la M nak keluaq ka, tak keluaq ka bukannya M dok kalut ngan rumah tangga depa pun.

Plak tu yg paling tak tahan ada tohmahan yg kata M ni dok kurung anak dalam umah. Adoi sakitnya hati.. Kalau kurang iman mesti dah kena cabai dah mulut depa tu...Tapi masih ada lagi sisa2 sabaq di hati ni dan M tak nak la nak gaduh2 ngan jiran tetangga ni. Tak baik tu... Jadi dari mula M pindah ke rumah sendiri ni sampai la skang ni. M tahan ja apa yg orang kata.

Sebenaqnya, M jenis yg tak suka dok bertenggek kat umah orang hari2 macam rutin surirumah lain kat sini. My hubby pun tak suka kalau M dok p share dosa kering ngan orang lain. Hangpa faham la kan kalau dah berkumpul ramai2 dah tu dok bercerita hal org lain. Kalau betul ceritanya namanya mengata, kalau tak betul ceritanya dah jadi fitnah. Dua2 dosa tu..Ishk... Nauzubillah.... Tak nak la M. Dosa yg sedia ada pun belum tentu diampunkan Allah. Ni nak tambah lagi!! Tak mau tak mau...

Ha! Lagi satu...Bukannya M kurung anak, tapi ada masanya untuk dia bermain kat luaq umah dan ditemani ibu dia ni sebab kalau dibiarkan dia main sorang2, M ngan my hubby risau di langgar kenderaan yg lalu lalang ngan lajunya kat mini tar depan umah kami. Kan bahaya tu! Salahkah M sebab nak lindung anak sendiri? Ada pulak M dok dengaq cerita ada orang kurang siuman dekat area umah M ni. So, kena la berjaga-jaga kan! Lagipun, Khalish ni memang lebih suka main mainan dalam umah ngan layan kartun kat tv daripada dok main kat luaq umah. So nak wat camna kan. Dia dh suka camtu. Tak kan nak paksa suruh p main kat luaq pulak.

Hmmmmm... Lega rasanya dapat luahkan apa yg dok terpendam kat dalam hati jiwa dan raga ku ini.. Hu hu hu.... Tq la pada sapa yang sudi baca entry M yang agak emo skit ari ni..

Wassalam(^_^)

Sunday, June 17, 2012

40 Orang Hindu Menjadi Buta Akibat Meruntuhkan Masjid

Assalamualaikum pada semua pembaca blog mymatatajam.
Masa M dok belek2 bahan ilmiah kat tenet ni, M ada terbaca satu artikel yang sangat menarik untuk M kongsikan dengan hangpa semua.. Mai sini M nak cerita....

Ingatkah kita kepada Masjid Babry yang dirobohkan oleh orang Hindu di India. Rupanya , selepas perobohan tersebut ada peristiwa yang aneh berlaku kepada mereka yang merobohkannya rumah Allah ini.

Sekitar 40 orang Hindu yang terlibat dalam serangan keji ke atas Masjid Babry untuk merobohkannya pada tanggal 6 Desember 1992,telah mendapat buta setelah gagal diubati walaupun dirawat oleh doktor-doktor pakar terkenal di India.

Berita ini diketahui melalui laporan yang dihebahkan oleh akhbar Anshary Express yang diterbitkan di India. Akhbar itu memberitahu propaganda umat Hindu untuk merobohkan masjid tersebut turut disertai sejumlah besar orang-orang Hindu ekstrem dari berbagai pelusuk India. Mereka sebelumnya telah lama mendapatkan latihan untuk tujuan itu.
Akhbar tersebut juga menyatakan 31 orang yang buta itu tinggal di satu komplek di kota Maharinor. Sebelumnya , mereka pernah melakukan usaha merobohkan masjid tua milik umat Islam itu namun belum berhasil.

Sekarang setelah masjid ini dirobohkan, kumpulan yang buta ini bergantung hidup kepada bantuan yang diberikan organisasi-organisasi Hindu. Selain 31 orang, terdapat 9 orang lain yang merupakan anggota organisasi Gazy Boora di Atar Pradesh turut hilangan penglihatan mereka atau buta setelah terlibat sama merobohkan Masjid Babry.
Berdasarkan laporan akhbar tersebut, mereka yang buta menyesali tindakan tersebut dengan menyatakan bahwa tuhan-tuhan mereka telah murka terhadap mereka kerana telah merobohkan Masjid Babry. Menurut mereka, kebutaan yang mereka alami itu tidak lain adalah sebagai balasan dari tuhan-tuhan mereka itu .

Menurut klaim/wakil mereka, salah seorang waris dari orang-orang tersebut menyebutkan, anak lelakinya memang telah mendapatkan latihan khusus untuk turut serta dalam tindakan merobohkan masjid itu namun ia mengaku belum mengetahui identiti pihak yang telah melatih anak lelakinya itu.

Penduduk setempat terutama yang berada di kawasan sekitar Masjid Babry berkeyakinan bahawa dengan tindakan perobohan tersebut itu mereka telah melakukan dosa besar.Sebab itulah, balasannya mereka menjadi buta.

Sekali pun kejadian ini sudah lama, tetapi mudah-mudahan menjadi pengajaran. Kehilangan penglihatan mereka / buta merupakan azab dari Allah ke atas mereka.Tindakan meroboh Masjid Babry jelas sekali amat besar dosanya.

Wallahu’alam….

Sumber: Klik SINI

Saturday, June 16, 2012

KISAH MAYAT MEMBACA SURAH YASIN DI MEKAH




Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Wassalam..

Sumber:http://www.facebook.com/akuTAUBATkepadamuYAALLAH


p/s: Sama2 la kita amik iktibar dan jadikan cerita ni sebagai pedoman ye kengkawan.

Alhamdulillah Khalish Dah Sihat

Assalamualaikum semua...

Lega dan bahagia sangat M rasa bila, putera M yang sorang ni my Khalish dah sembuh demamnya, dah tak muntah2 lagi, dah berselera nak makan macam biasa dan aktif sampai tak hengat macam biasa...Alhamdulillah, syukur padamu Ya Allah atas ujian yang tak seberapa ni...

Sori ya kengkawan M tak dapat nak bw blog hangpa Jumaat semalam sebab M kena tolong family my hubby wat kenduri tahlil untuk arwah pak mentua M yang genap seminggu pemergiannya. Alhamdulillah sekali lagi, sebab semuanya berjalan ngan lancaq. Bila kita saling tolong menolong ni semua perkara dapat diselesaikan ngan mudah kan!

Sebab letih sangat bila balik umah, tu yang M tak berdaya nak bw blog kengkawan semua ni. Sampai ja umah, kemas2 umah apa yang patut. Pas tu, teruih cari bantai ( bantal ) dan zzzzzzzzzzzzzz.....Jadi hari ni, M nak balas kunjungan semua yang tak jemu2 singgah kat blog mymatatajam ni... Tunggu tau.... Wassalam...

Thursday, June 14, 2012

Khalish Demam Ibu :(

Assalamualaikum kengkawan semua, bagi yang baru kenal blog ni salam perkenalan na.Pagi ni bekfes ( sarapan ) apa? M makan roti ngan secawan kopi epal hijau Nurshifa.

Mai M nak cerita pasai Khalish lagi. Awal pagi tadi dalam kul 4am lebih2 camtu, M dengaq Khalish dok mengerang pelan..M pun mangkit (bangun) dari tidoq pastu rasa badan Khalish, Ya Allah Khalish demam panas pulak. Teruih M check suhu badan dia, mak ai tingginya sampai 39. Pastu M gerak (kejutkan) my Hubby. Dia mangkit teruih p amik ubat kat dalam peti sejuk letak kat atas meja bagi hilang dulu sejuk tu...

M pulak amik tuala kecik, basahkan dan letak kat dahi Khalish sebab Kool Fever dah abih. Lepas setengah jam, kami bagi Khalish makan ubat Panadol Syrup kat Khalish. Panadol Syrup ni memang serasi ngan Khalish berbanding ubat yang kami amik dari klinik. Lepas makan ubat Khalish sambung tdoq balik. M macam biasa la, susah nak lelap mata bila Khalish demam sebab risau kot jadi apa2.. Tapi... Kul brapa mata ni terlelap gak tak tau la. Sedaq2 dah cerah dan my hubby pun dah p keja. M rasa badan Khalish, Alhamdulillah dah kurang panas badan dia.

Pastu, M bagi Khalish bekfes ngan Koko Krunch.. Nasib baik la dah tak muntah macam semalam....Harap2 demam Khalish tak berulang malam ni. Bukan apa, yg M risau sangat Khalish ni bila demam selalu ja berulang terutamanya demam malam... Siang ok pastu malam demam balik... Sampai sini saja M nak cerita pasai Khalish untuk entry ni sebab Khalish dah minta nak makan nasi..

Wassalam...

Wednesday, June 13, 2012

Sabaq Ya Sayang Ibu...

Assalamualaikum semua,

Petang2 ni dok wat pa? M kat umah ni cam biasa la wat keja2 umah yang menjadi rutin dalam hidup M sejak 5 thn yg lepas.

Mai M nak sambung cerita skit pasai my son Khalish. Kul 11am tadi M dah bawak Khalish p klinik Ummi ( salah sebuah klinik swasta yang menjadi pilihan ramai warga Langkawi). Sebak jugak bila tengok Khalish yang aktif sesangat ni tetiba lemah longlai tak bermaya. Masa dalam perjalanan p klinik. Melentok ja dia kat badan ibu dia ni.

Lepas dah wat pendaftaran, tunggu lebih kurang setengah jam la jugak, pembantu klinik tu panggil nama Muhammad Naufal Khalish. Tot tet tot tet... Masa Sembang ngan doktor tu, dia kata Khalish ada masalah kahak. Tu sebab bila masuk ja makanan atau minuman kahak tu akan sekat kat kerongkong kemudiannya Khalish akan muntahkan semula apa yang masuk tu... Selagi kahak tu masih ada, Khalish akan rasa tak selesa untuk telan makanan. Jadi, doktor tu pun bagi ubat untuk cairkan kahak ngan antibiotik untuk Khalish.

Bila sampai kat umah, my hubby g sambung keja dia. M pulak bagi Khalish makan ubat ngan makan bihun sup sebab ondway tadi Khalish kata teringin nak makan bihun sup. Tapi kesian kat Khalish, lepas makan 1/3 dari bihun sup tu, semuanya keluaq balik... Letih dia sebab muntah teruk. Pas tu, dia tertidoq dalam keletihan dan perut kosong :'-(

Kesian kan kat Khalish... Moga cepat sembuh ya sayang ibu ni... Mak M kata maybe kahak tu terjadi sebab Khalish ni suka sangat main ayaq lama2 sebab tu peparu dia sejuk dan kemudian menggalakkan pembentukan kahak. Rasa2 hangpa la kan, betoi dak teori tu? Kalau betoi M nasihatkan semua ibu2 yang baca entri ni kawal la anak hangpa jgn sampai jadi cam Khalish na..

Wassalam...

p/s: Tq so much pada yang risaukan Khalish dan ambik berat serta yang bagi nasihat tu...

Awat Pulak Khalish Ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang baca entry ni.

M doakan hangpa semua sihat2 la na...Mulakan hari hangpa ngan Istighfar sebanyak seratus kali sebagai zikir harian untuk setiap hari Rabu. Mai M nak cerita sikit pasai Khalish anak M yang sorang ni. Dalam jam 7 pagi tadi M tak tau la pasai apa pulak tetiba dia terjaga dari tdoq pastu batuk2 muntah. Dah tu jam 8 tadi jadi balik hal yang sama. Bila M rasa suhu badan dia, rasanya tak demam. Pada member2 yang bergelaq ibu ni hangpa rasa awat na? Ada yg pernah alami.

Masa M dok taip entry ni selepas abih perenggan pertama tadi, Khalish mangkit pastu muntah lagi sekali. Ala kesian anak ibu ni. Bila M tanya Khalish,awat Khalish tak sihat ka? Hmmmmm... Jawab Khalish,pendek ja. M tanya lagi..Awat asyik dok muntah ja ni? Ada cacing kat dalam perut Khalish ka?( saja usik Khalish )... Hmmmm... Ada cacing dok makan perut Khalish..Jawab Khalish lagi. Ish2 nak tergelak pulak M dengaq jawapan si Khalish ni. Budak umoq 4 tahun la katakan. Jawapan ikut imaginasi sendiri ja la kan. My hubby pun risau dok tanya pasai Khalish kat tempat qeja. Dua tiga kali jugak la M dok wat laporan kat dia.

Harap2 Khalish tak dak masalah yang teruk... Mungkin ni ujian Allah untuk M agaknya. Alhamdulillah Ya Allah.. Moga ada hikmah di sebaliknya..Wassalam..

Tuesday, June 12, 2012

Bayi Berumur 9 Bulan Dah Belajar Berenang

Assalamualaikum..

Mai M nak cerita pasai baby girl yang dah belajar berenang pada usia yg sangat muda iaitu 9 bulan. Sapa yang tak kenal ngan Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama negara kita. Ha! baby girl tu puteri sulung beliau la. Namanya Sophea Isabella. Bayangkan baby ni bleh tahan nafas 3 hingga 10 saat dalam ayaq. Dasat kan kecik2 lagi dah belajar berenang. M ni dah besaq panjang pun dok lemaih dalam ayaq lagi. Hu hu hu...

Pada sapa yang tak tau lagi, Bella ( nama manja dia) dilahirkan secara waterbirth. Bersalin dalam ayaq la tu. Katanya, kaedah ni bleh kurangkan sakit masa bersalin. M tak tau la kan betoi ka dak. Tu kena tanya Dr. Halina la kan. Lagipun kos bersalin secara waterbirth ni agak tinggi ( tak mampu la M ). Mungkin sebab tu kot dia dah biasa ngan ayaq ni kan.

Kalau hangpa nak tau cerita lebih lanjut pasai kelebihan Bella ni bleh la baca kat Majalah Mingguan Wanita edisi Julai bil 1491. Ataupun hangpa bleh la terjah blog Dr Halina http://barelysupermommy.com/untuk tau perkembangan Bella. Seronok sangat baca entry2 menarik kat blog ni tentang aktiviti Bella....

SYAITAN DAN HIDUNG

Assalamualaikum to all my friends n readers...

Mai M nak cerita skit pasai apa kita perlu memasukkan ayaq ke dalam hidung sewaktu berwuduk. Dalam Islam setiap apa yang kita lakukan ada sebab musababnya. Bukan suka2 nak kena wat kan. Termasuklah perbuatan memasukkan ayaq dalam hidung dan kemudian kita hembus keluaq ( bukan dok sedut teruih na, pedih mampuih la).

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda:

"Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur"

(Muslim)


p/s: Itu la penting berwuduk untuk solat subuh tiap2 pagi kan!

Sunday, June 10, 2012

Tatapan Terakhir


Dah tiga hari blog mymatatajam ni tak berhapdet... Hangpa semua apa habaq. Banyak entry baru kengkawan yang M tak sempat nak baca. Rugi rasanya tak dapat ikuti perkembangan blog hangpa. Tapi M akan bw pelan2 na..

Tq pada yang ucap takziah dan sedekahkan AL Fatihah pada bapak mentua M yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Khamis yang lepas bertarikh 7 Jun 2012. Rupa-rupanya, tarikh tersebut adalah tarikh lahir my FIL. Jadi pada hari tu, genap la usia arwah yang ke 73 tahun. Walaupun arwah seorang yang tegas tapi beliau seorang yang sangat penyayang dan suka buat joke. Sebab tu la, kami sekeluarga amat terasa kehilangan arwah selepas pemergiannya. Arwah juga seorang yang sangat disenangi oleh kawan-kawannya. M dapat lihat buktinya apabila pada hari pengebumian arwah, ramai sesangat yang datang menziarah jenazah my FIL.

Walaupun M sedih dan sebak sangat tatkala menatap wajah arwah buat kali yang terakhir, M gagahkan juga hati ni untuk redhakan pemergian arwah supaya rohnya lebih tenang 'di sana'. AL Fatihah dan surah Yassin M bacakan buat santapan rohani. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Selepas 3 malam berturut-turut kami sekeluarga mengadakan majlis tahlil untuk arwah my FIL. Semua sanak saudara berkumpul dan bergotong-royong menyediakan hidangan untuk santapan hadirin hadirat yang hadir pada setiap malam tersebut. Alhamdulillah semua dah selesai dengan izin Allah. Jadi petang tadi barulah M, my hubby ngan my son balik umah kami. Bila sampai, berselerak daun2 kat laman umah siap ada pokok pinang yang tumbang dok tersandaq kat kabel elektrik sebab angin ribut yang agak luar biasa 3 hari lepas. Lepas bersihkan laman umah ngan bersihkan diri sendiri, terus la M check blog. He he.... Memang tak sabaq sungguh.

So hangpa semua tunggula kunjungan M kat blog hangpa na....Wassalam (^_^)

Thursday, June 07, 2012

Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Kita Kembali


Apa habaq kengkawan semua. Harap sihat dan sejahtera. Tatkala M menulis entry ni, M baru saja terima panggilan dari suami M yang bapa mertua M telah pulang ke rahmatullah. Jadi, M harap semua pembaca blog mymatatajam ni terutamnya yang beragama Islam dapat menyedekahkan surah Al Fatihah kepada arwah. M juga harap hangpa semua mendoakan roh arwah dicucuri rahmat dari Allah SWT. AL FATIHAH.....


Wassalam...


p/s: Hari ni dan juga esok, mungkin M tak dapat nak berblogging sebab M nak balik kg. Maaf na kl M terpaksa menyepi wat sementara waktu dan tak bw blog kengkawan semua.

Wednesday, June 06, 2012

Terjah Blog Sambil Beramal Untuk Yayan



Apa habaq member2 yang M sayang semua. Tak tau camna M nak mula cerita kali ni. Selalunya mudah ja M dok cerita kat hangpa semua. Tapi kali ni rasa sebak ja. Masa M dok belek entry kat blog Dieyna pasai adik yayan, M pun mula tepikiaq nak tolong Yayan's Mum untuk promote blog dia bagi menambah hasil tabungan untuk Yayan yang mengidap
Congenital Heart Disease. Penyakit ni sebenarnya ialah kondisi di mana terdapat masalah pada struktur dan juga fungsi Jantung ketika bayi dilahirkan. Mungkin juga masalah pada injap atau jantung berlubang dan sebagainya.

Sebelum ni, M memang selalu terjah blog http://www.yayansmum.com/, dan klik iklan untuk tabungkan yayan bagi tujuan pembedahan yayan. Tapi baru ja baca tadi kat blog YM yg dia risau pihak Nuffnang tarik balik iklan kat blog dia sekiranya depa detact berlakunya 'fraud click'. So YM cuma mengharapkan kita sentiasa mengunjungi blog dia dan menjadi pengikut setia blog Yayan's Mum.

Jadi sesapa yang belum kenal blog YM bleh la klik kat SINI. Jom kita pakat2 terjah yek...Wassalam...



Taubat Last Minute- Apa Kesudahannya?


Assalamualaikum semua...Apa habaq hari ni? Harap hangpa semua sihat la na... Masa dok belek2 my FB ada la satu entry yang M rasa patut dikongsi bersama....pasai apa agaknya? Teruskan baca sampai abih tau...

Mai M nak cerita pasai Firaun pagi ni.

Kenal tak Fir'aun??

"Fir'aun kejam!!"

"Fir'aun penindas!!"

"Fir'aun perosak kedamaian!!"

"Fir'aun angkuh! Sombong! takbur!!"

Ya.....

Apabila ditanya tentang Fir'aun, begitulah jawabnya.

Semuanya buruk!

Langsung tiada sisi positif yang dapat digambarkan.

Sememangnya kenyataan buruk itu merupakan suatu yang benar dan tidak dapat dinafikan.

Lebih-lebih lagi, kisah kekejaman pemerintahan Fir'aun banyak dinukilkan di dalam Al-Quran.

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

"Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka.

Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan." [28:4]

Fir'aun memang teruk!!

Namun....

Kita kena ingat bahawa Fir'aun juga sempat bertaubat dan mengaku beriman kepada Allah!

"Fir'aun sempat bertaubat?? Biar betul.. bila??"

Ya,memang benar!

Fir'aun sempat menyatakan keimanan dan keyakinannya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah ketika dia nazak dipukul laut dan ditenggelamkan bersama bala tenteranya.

"Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka);

hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia:

"Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". [10:90]

Persoalan besar sekarang, adakah taubat Fir'aun diterima??

Sudah pasti tidak !

Tidak akan diampunkan!

Segala-galanya sudah terlambat....

Fir'aun yang hidup dalam keadaan bongkak menderhaka sehingga mengaku diri sebagai Tuhan malah banyak melakukan kerosakan sudah semestinya akan mati dalam azab yang membinasakan.

آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

"Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan."[10:91]
(Surah Sodh 38: 46)

Itu Fir'aun.

Taubatnya sia-sia dan ditolak oleh Allah.

Bagaimana dengan kita?

Nak bertaubat seperti Fir'aun juga?

"Taubat last minute?"

Fikir-fikirkan sebelum terlambat!

Apa sudah jadi dengan kehidupan kita?

Adakah kita masih lagi mengatakan ;

"Alaa. muda hanya sekali, enjoylah!

Tua nanti baru taubat.

Allah kan Maha Pengampun!"

"Pakai tudung?? Muka aku ni cantik lagi, rambut pun sama..

Kalau pakai tudung, macam mana orang nak terpikat kat aku?

Haa. Bila dah tua berkedut nanti, aku pakailah tudung tu.."

"Solat berjemaah di masjid? Huu..come on lah..

I'm very busy bro! nak cari duit untuk family aku!"

"Belajar ilmu agama?

Fahami Al-Quran secara mendalam?

Agak-agakla. Itu bukan bidang aku!

Bidang yang ada sekarang ni pun tak settle lagi.

Busy..banyak assignment!

Mana ada masa!"

Baiklah...

Cuba renungkan kata-kata di atas..

Anda pernah keluarkan kata-kata seumpama itu?

Berhati-hatilah..

Sangat jelas menunjukkan bahawa golongan seperti itu tidak peduli akan kehidupan akhiratnya malah merasakan dirinya sempat bertaubat sebelum mati.

Bila kita akan mati?

Tidak tahu..

Tidak ada sesiapapun yang tahu bila tarikh Malaikat Maut akan mengambil nyawa kita.

Itu semua rahsia Allah.

Semata-mata untuk menguji kita, siapa yang lebih baik amalannya.

Apa yang pasti, kematian itu tetap akan datang tanpa dilewatkan mahupun dipercepatkan walau sesaat.

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." [7:34]

Oleh itu,sebelum kematian datang menjemput secara tiba-tiba, sedar dan segeralah bertaubat!

Jangan tangguh-tangguh!

Mari kita berubah menjadi insan yang selalu menghitung diri dan bersiap sedia untuk kehidupan selepas mati nanti.

Rasulullah saw bersabda:

"Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan bekerja untuk kehidupan selepas matinya."
[Riwayat at-Tarmizi]

Siapa yang hendak tolong diri kita kalau bukan diri kita sendiri?

Allah sendiri sudah berjanji tidak akan mengubah seseorang selagi mana seseorang itu tidak berusaha untuk mengubah dirinya.

..إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
[13:11]

Ingatlah, apabila nyawa sudah sampai ke kerongkongan, tiada lagi taubat dan pujuk rayu yang akan dilayan.

Lalu, kita mati katak sama seperti Fir'aun yang mati dalam keadaan tidak diterima taubatnya.

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الآنَ وَلاَ الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُوْلَـئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً

"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan :

"Sesungguhnya saya bertaubat sekarang".

Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran.

Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih."
[418]

Jangan Tau Buat....

Tetapi hendaklah kita BerTAUBAT..

Jom Bertaubat!


Sumber:http://www.facebook.com/JomIslam

Tuesday, June 05, 2012

I'm Back!!!



Apa habaq member2 blogger dan pembaca yg M sentiasa dok rindu kat hangpa semua. M baru sampai umah petang tadi. Dah tu tangan ni dok ketaq sesangat la nak blogging, check email ngan bermuka buku... Dok belek2 email..tu...dia... 222 inbox. Mampuih aku nak check sesatu nih ( dok kata dlm ati). Takpa2 aku check pelan2 ( kata dalam ati lagi). Bukak blog pulak, Alhamdulillah dah bertambah follower blog mymatatajam ni. Dah tu kena la BW blog otai GSF blog Bunga Hati Mama,sempat la rembat banner wajib untuk member2 GSF special dari Mama Arina sendiri. TQ Mama... Jadi senang la sapa2 yang tak kenal lagi GSF ni bleh klik saja banner kat side bar blog ni..

Tapi... Walaupun M dah kembali berblogging mungkin ada beberapa hari akan datang M terpaksa diamkan diri jap sebab M kena balik kampung lagi sebab pak mentua M masih lagi dalam keadaan yang sangat menyedihkan bagi kami sekeluarga. M balik umah ni pun sekadar nak bersih2 ngan kemas2 apa yang patut supaya umah ni tak la bersawang cam tak berpenghuni bertahun lamanya...

Apa2 pun tima kasih bebanyak pada semua yang terjah blog M yang tak seberapa ni dan kata2 semangat dari hangpa semua wat M rasa lebih tabah menerima ujian dari Allah yang Maha Esa.. Insyaallah M akan start bw ke blog hangpa malam ni gak...sebab.... M dah gian sangat nak blogwalking ni ha ha ha...

Wassalam(^_^)
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers