Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka Yang Ke 55



SALAM KEMERDEKAAN DARI 
SI MATATAJAM 
UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA 




p/s: Merdekakan minda kita dari terus dijajah

Thursday, August 30, 2012

KENAPA KADANG2 KITA NAMPAK BUAYA DIAM TERNGANGA.....


Nak Join Klik Pict tu ok!

Masa blogwalking tadi terjumpa blog Sha Saperi..Puan blog ada wat teka teki...

Ni soalannya: 

KENAPA KADANG2 KITA NAMPAK BUAYA DIAM TERNGANGA?

Jawapan M:

Buaya ni bersifat sejuk...Jadi bila dia naik ke darat dia akan buka mulutnya supaya udara dingin masuk melalui mulutnya dan menyejukkan  kulit nipis dalam tubuhnya tu...Tabiat ni juga adalah satu cara buaya merehatkan badannya dan mengumpulkan kembali tenaga untuk mencari mangsa yang lain..

*Wassalam*

p/s: Harap2 betoi la jawapan tu ^_^

Alhamdulillah..Dah Dapat Follower ke 500


Assalamualaikum kepada semua pembaca dan kengkawan my blog...Alhamdulillah saat dan impian yang M dah tunggu2 sebelum ni tercapai sudah...

Mai M nak cerita ngan hangpa semua...Followers blog Mai Nak Cerita dah genap 500.. Dan M memang dah tunggu lama nak buat review blog untuk follower yang bertuah ni..

Insan yang bertuah tu adalah newbie dalam dunia blogging ni..Memperkenalkan Miss Light...


~ :: Miss Light Pemburu Mardhatillah... :: ~

Ni la Follower Bertuah Tu..Miss Light...Comel kan!

Serba sedikit pasai Miss Light

Nur Farhana Amirah...nama diberi... Lambang Kecintaan dua buah hatiku... Encik Zulkefli & Puan Zaharah.....(^^,)v 

Puteri yg dilahirkan dr sebuah keluarga yg sederhana... namun, kaya dengan Kasih Sayang yg tidak ternilai harganya.... Subhanallah...~

Aku juga...Serikandi Islam yang sentiasa memburu Mardhatillah.... Pendidik diri menjadi insan Solehah... InsyAllah, Penyejuk mata, dan penenang di hati Suami tercinta... Yang paling PASTI, aku adalah bakal JENAZAH... AllahuAkbar!! =')

( M copy dari blog profile Miss Light)
Harap Miss Light tak marah yek!

So...Jom kita terjah ramai2 ke blog Miss Light Pemburu Mardhatillah

*Wassalam*

p/s: Nak tunggu follower Bertuah yang Ke 1000 plak ^_^



Wednesday, August 29, 2012

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Nak join klik banner

Sesapa nak hadiah2 gojes dan ohsemmmm cepat join tau..

Tarikh tutup: 31 Ogos 2012

Mereka yang tersenarai bakal menerima:
*******************************************************
1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
 2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit  (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

SALE! NM04 NEW ARRIVAL BLOUSE

PROMO PRICE
RM35 ONLY!

Best kan! Jom join ramai2...

p/s: Doakan M dapat dress @ Purse tu na ^_^


Wordless Wednesday


Panjin Red Beach, China


SUBHANALLAH 
 
Sumber:noicantbelieveit

Tuesday, August 28, 2012

Kelebihan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. ‘BIS
MILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. ‘

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


p/s: Semoga Kita Semua Memperoleh Manfaat Dari Entry ni...



Sumber:SINI

Saya nak duit raya Cik Misya!!!

Klik Banner Kalau Nak Join

Assalamualaikum Dan Salam Syawal...Hari ni M nak join Contest Cik Misya..Ceritanya pasal Duit Raya..Sesapa yang berminat nak duit raya dan sampul special dari Cik Misya bleh klik banner kat atas tu ok...Hari Raya Dan duit raya memang tak bleh dipisahkan..Dulu2 masa kecik M dok dapat duit raya tapi la ni giliran M plak bagi duit raya kat bebudak...

Teringat pulak nostalgia M beraya masa M bebudak dulu..Kalau pi beraya kat umah orang tu, memang saat tuan umah bagi duit raya la yg jadi momen penting selain daripada penuhkan perut ngan kuih2 raya yang disediakan tuan umah... Sampai la ni M tak bleh nak lupa bila M p beraya kat umah sorang Mak Cik kat kampung M yang nampak 'loaded' sangat tapi last2 dia bagi 5 sen ja kat M ngan adik M.. dia kata kami ni budak2 tak bleh bagi duit banyak2.. Hu hu cam Hj Bakhil dalam Cerita Labu Labi plak ayat dia tu..

Nak tak nak kami terima saja la..ingat masa tu cam nak bagi balik ja kat Mak Cik tu suruh dia simpan ja duit tu...Tapi disebabkan tak mau kecik kan hati dia, kami amik dan terus ja pi umah orang lain...Sedih sangat masa tu...Sebab tu la bila tiba giliran M untuk bagi duit raya kat bebudak sekarang ni, M tak sampai hati nak bagi kurang dari seringgit ( kat tempat M ni seringgit kira nilai standard la).

Soalan Cepumas Untuk Cik Misya: Sejak Bila Jadi Model?

Ucapan Hari Raya: Taqqabal Allahu Minna Wa Minkum...Semoga Aidilfitri ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah sesama kita...Lupakan segala dosa, Leraikan segala Sengketa, Agar hati sentiasa BAHAGIA...

*Wassalam*


p/s: Harap2 Cik Misya tertarik ngan Crita M ni yek..Moga ada la rezeki M nak dapat sampul vogue ngan duit raya dr Cik Misya..

Saturday, August 25, 2012

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN !



Rasanya dah lama tak join segmen..so ari ni teringin plak nak join segmen Izzah..Jom Join ramai2..
Klik banner tu yek..

Follower blog Mai Nak Cerita : 479

Aksi Khalish Di Hari Raya-Part 2


Salam Syawal dari M untuk semua pembaca my blog...Seperti yang M dah janji kat SINI, kali ni M nak share ngan hangpa semua aksi2 Khalish pada hari raya yang baru ja lepas ni. Kali ni Khalish melaram baju Melayu ngan ketayap kat kepala ( mula2 la..pastu ketayap dah kelepek kat bawah) Ishk..Ishk..Ishk.. Khalish..Khalish.. Hmmm..layan ja la my Khalish ni kengkawan na...


Amboi Tajamnya renungan Khalish ni..Suka sangat ibu tengok Khalish pakai baju Melayu ni..

Dah mula landing la pulak..Boring la tu..

Cayaq Ibu tengok Khalish dok Renung manja cam ni...

Lain macam ja dia tengok ketayap tu..Ada la tu yg dia nak buat tu..

Dah  kelepek cam roti canai plak..

Ha! Betoi kan...Sampai dah lunyai ketayap tu bleh kat my Khalish ni...Tapi memang Seronok sangat bila tengok gelagat2 Khalish masa hari raya tu...Letih betoi M dok melayan kerenah Khalish...Letih mulut M dok pot pet ngan Khalish..Ya la bebudak dok tengah membesaq..aktif sesangat...Hu hu...Sabaq ja la...Tu saja untuk kali ni...
*Wasalam*

Friday, August 24, 2012

Aksi Khalish Di Hari Raya- Part 1


Salam Syawal semua...Sat saja rasanya masa ni berlalu, dah hampir seminggu kita beraya..Tapi yang pastinya, mood beraya tu mesti dok ada lagi  kan... Masih banyak lagi undangan rumah terbuka sana sini kan....Masih lagi dalam entry mood beraya, kali ni M nak share beberapa pict aksi2 Khalish di hari raya ni...Jom layanssss ^_^


Control macho la tu

Amboi gelak besaq dia na...

Ha tu dia dah terlebih happy la pulak..hi hi..


Memang geram betoi masa M nak snap pict Khalish ni..Banyak pict asyik nak tayang lidah dia saja..hi hi.. Nanti M sambung another picts kat next entry plak na...

Wassalam

Thursday, August 23, 2012

Salam AidilFitri Dari Si Matatajam

Ini Sticky Post..scroll ke ke bawah untuk new entry..
         
Salam Ramadhan Dan Selamat Menyambut Lebaran.. Ampun Maaf M harap kan Dari semua kengkawan & pembaca blog Mai Nak Cerita.Kalau ada salah dan silap M yang mengguris perasaan hangpa tolong la maafkan M na..M ni cuma insan biasa ja...Kompem tak lari dari buat salah dan silap ni..M awal2 lagi dah maafkan hangpa...Kira 0-0 la na...Hi hi..Tak elok kita pendam rasa kat dalam hati tu lama2, Allah marah nanti..

Akhir kata......Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari M sekeluarga...Raya nanti jemput mai umah M na bagi sesapa yg dok Langkawi ni..Bleh rasa biskut yg M tunjuk kat blog ni..Duit raya pun ada..untuk bebudak la..Yang dah bukan budak tu, makan2 bagi kenyang perut dah la kan.hu hu...

Wasssalam

p/s: Doodle ni dari Apit..Comel kan.kan.kan.....Tq Apit..


Wednesday, August 22, 2012

Wordless Wednesday





Potret Kenangan Di Aidilfitri 


p/s: TQ My Mak Sebab sudi jadi Photographer ^_^

Petua Mengelak Dari Berfikiran Negatif


Salam Syawal buat semua yang membaca my blog...Mai M nak cerita pasai beberapa petua yang bleh elakkan kita daripada berfikiran negatif...

1. Berhenti dari memandang keburukan orang lain. Jika seseorang itu buat sesuatu yang buruk pada pandangan mata anda, jangan menyampah dengan perbuatannya itu, tetapi biarkan sahaja dia. Itu haknya membuat apa yang dia suka.

2. Jangan pula mengumpat atau mencela, tetapi ambil pengajaran dari apa yang kita lihat, dengar dan rasa, baik @ buruk. Jika sesaat kita sudah memandang kepada yang negatif, maka seminit kita akan mula berfikiran negatif. Fikiran kita lebih menjurus kepada yang negatif.

3. Jika kita selalu berfikiran negatif, gelombang minda kita akan menarik semua yang negatif. Jika kita suka berkata tentang keburukan orang lain dan suka mengadu mengenai ketidakpuasan hati kita pada orang lain, maka apa yang kita katakan itu akan datang pada diri kita sendiri.

4. Kita perlu banyak berfikiran positif, optimis dan melihat kebaikan lebih banyak dari keburukan dalam apa jua keadaan. Kita harus bersangka baik tidak kira pada sesiapa jua, tidak kira di mana dan tidak kira bila.

5. Fikir baik di balas baik, fikir jahat dibalas jahat. Jika kita mudah berfikir yang negatif terhadap semua orang, situasi, perkara dan keadaan, negatif juga hasil yang kita akan dapat nanti.

6. Elakkan untuk berkata keburukan orang lain dan latih diri untuk sentiasa kagum pada orang lain walau sekecil mana pun kehebatan dirinya. Andai dia sekadar seorang tukang sapu, kita harus bangga pada kerajinan dirinya menyapu dan fokus dirinya pada kerja penyapuan yang dilakukannya, bukan memandang rendah pada taraf pekerjaan dan taraf sosialnya.

7. Kita perlu awasi perkataan yang keluar dari mulut kita setiap masa.


Terpulang la pada hangpa nak ikut atau tak...Ni sekadar perkongsian saja...
Wassalam ^_^

p/s: jom kita positif2 kan minda kita..

sumber: SINI

Tuesday, August 21, 2012

Kad Raya Lagi Dari Blogger

Assalamualaikum..Salam Ramadhan dan Salam Lebaran... Meriah sungguh Aidilfitri M kali ni dengan kehadiran kad2 raya yang dihantar oleh rakan blogger selain my beloved frenzzz GSF.
Jom layan kad2 raya yg special datang dr insan yg special..
Dari Hazwan Hairy yg femes emes tu
http://www.hazwanhairy.com/
(siap ada pict dia lagi..amboi dasat na hang Hairy..cam retis tu)

Ni kad dari Masz Sidek
(Simple but nice)


Ni plak dari Nurul Husna
(sweet purple..nice colour)

Dan ni plak M dapat sebab M join contest Ni


Terima Kasih Daun Keladi, Harap2 Tahun Depan Hantaq La Lagi ^_^

Ha! Memang special kan kad2 tu semua..Alhamdulillah..Raya kali ni umah M memang meriah ngan kad raya sebagai pengganti diri kengkawan semua...Harap2 esok abang posmen mai antaq lagi. Hi hi.  Kalau abang posmen hantaq lagi kad raya, M update kat my blog na.

Wassalam..




Monday, August 20, 2012

Kad Raya Dari Member2 GSF


Salam Syawal kengkawan..Apa cerita hari raya ni..pastinya semua pakat2 busy menziarahi sanak saudara dan bermaafan di hari mulia ni...M pun agak busy gak..tu yang lambat skit hapdet my blog ni..  Memang ramai blogger yg dok crita pasai kad raya pengganti diri yg diterima dari rakan blogger. M pun bertuah gak sebab dah lama tak terima kad raya, tup tup tahun ni sejak bergelar blogger, raya M tahun ni makin meriah dengan kehadiran kad2 raya yang dihantar oleh rakan2 blogger terutamanya member2 GSF..Jom layan kad-kad raya dari depa semua ni..


Kad2 yang pelbagai corak yang indah tu dari 
Wanieys ( 1st kad yg M terima ), Miss Banu, Cik Nur, Ayu, Yana L.

Dan corak katun kat bawah tu plak dari

Seterusnya
v
v
v

Kad2 yg gojes2 dan ohsem yg ni plak M terima Dari


Memang seronok sangat M baca kad2 raya dari kengkawan semua..Berjuta-juta terima kasih M ucapkan pada semua yang sudi hantaq kad raya kat Si Matatajam yang jauh di Langkawi ni...M cayang hangpa sangat2..Semoga ikatan ukhuwah yang terjalin ni akan kekal selamanya...

Wassalam ^_^

p/s: Tahun depan hantaq la lagi na.. hi hi... Lap lap u olls semua...








Sunday, August 19, 2012

My Last Project ^_^


Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog Mai Nak Cerita...Tq sebab sudi singgah ke my blog yang biasa2 ni yek.. Ari ni M hapdet pasai my last Project kuih raya yg M siap kan pada ptg 29 Ramadhan...Tak sempat nak hapdet semalam sebab suri rumah cam M ni memang busy tahap gaban la bila pokcik Mohor Besar Raja2 tu umumkan esok raya kan.....

So terpaksa la M hapdet ari ni.. Nak habaq kat hangpa last Project M ni M buat kek tiga bijik..Kek mentega warna warni ( hijau, kuning dan merah), kek mentega marble ( coklat dan kuning) dan kek coklat yg di request adik2 M..Kata depa dah lama tak makan kek yg kak buat tu.. Memang betoi tu dah 5 thn M tak buat kek Coklat kegemaran depa tu..

Asalnya resepi ni M olah dari resepi butter kek yg My Mak buat..Ni resepinya...

Kek Coklat Si Matatajam 

Seketul Buttercup
Satu cawan gula castor
5 Biji telur saiz A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (M guna jenama blue key)
Satu keping coklat masakan( cairkan dengan kaedah double boil)
1/2 cawan serbuk koko Van Houten 
Sedikit susu Ideal untuk dicairkan bersama coklat masakan
1 s/k esen vanila

Cara2 membuatnya:

Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius 
Putar gula dan mentega hingga kembang dan putih
Putar telur sampai kembang dan kemudian masukkan dalam bekas mentega dan gula tadi..
Putar lagi dan masukkan esen vanila dan putar lagi..
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil putar lagi 
Kemudian masukkan serbuk koko putar sehingga sebati
Lastly masukkan coklat masakan yg sudah dicairkan dan putar sehingga sebati..
Masukkan adunan tadi ke dalam loyang yg dah dilenser dengan mentega
Bakaq selama 50 minit atau sehingga kek masak ( M cucuk ngan lidi nak tau kek tu dah betul2 masak, kalau tak melekat pada lidi tu kiranya dah masak la tu)
Lepas dah masak biaq kek tu kat dalam loyang sat, agak2 sejuk baru keluaqkan kek dari loyang na...
Siap ^_^


Panas lagi masa snap pict ni...Abaikan rupanya yg tak berapa comel tu na..Yg pasti, semua cakap sedap. Hi hi.. Kalau nak cantik bubuh la topping kat atas kek tu..Kek yg lain tu M tak sempat nak snap pict sebab bz sangat...

Selamat Mencuba Puan2 ^_^

Wassalam 

Taqqaballahu Minna Wa Minkum









Friday, August 17, 2012

My 3rd Project



Salam Ramadhan kengkawan dan semua pembaca my blog..Entry kali ni M nak hapdet project kuih raya M yang ketiga..Biskut Makmur.Actually, my mak yang teringin sangat nak makan biskut makmur..Lepas M jumpa resepi ni terus buat la kan....tapi yang ni versi Sabah....Biskut Makmur Sabah..Hmmm Moga aman Makmur la sapa yg makan biskut Makmur yang M buat ni. Hi hi....

Resepi ni M amik Dari  blog My Baking Workshop..Cam biasa la kan..Resepi Evelyn ni memang kena ngan taste M...Memang tak menyesal la sapa yg try resepi ni..Gebu dan sedap sangat...Kalau berminat  amik resepi kat bawah ni ok..M copy paste dari blog puan empunya resepi ni..Tq for sharing this recipe yea Evelyn..

Kuih makmur

Bahan2:
A
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu
400g minyak sapi
B
500g kacang tanah, di goreng & di tumbuk kasar
200g gula kaster
C
200g susu tepung
250g gula aising

Cara2:
1. Satukan bahan A hingga menjadi doh.

2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Bentukkan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar.

3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit.

4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara.


Ni la hasilnya ^_^ Sedap tau..

Sempat lagi sesapa yang try buat resepi kuih raya ni..Hasilnya pun banyak..M dapat 1 balang besaq dan 2 balang kecik...Bagi kat my Mak satu balang..Apalagi my Mak happy sesangat la..Biskut Raya Feberet gitu... My Mak tolong M sangai tepung dan goreng kacang...So kena la mengenang jasa..hi hi...

Tu saja untuk kali ni...Project keempat??? Hmmmm..tak tau lagi..Tunggu la..kalau ada M hapdet lagi..

*Wassalam*







Thursday, August 16, 2012

Renung-renungkan....




Salam Ramadhan semua...Semoga sihat sejahtera hendaknya...Mari kita renungkan....

Syawal semakin hampir...Ramadhan makin berakhir...Namun, adakah segala amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah?..Adakah dosa kita diampunkan Allah?....Adakah segala doa akan dimakbul Allah?...Hanya Allah yang akan menentukan segalanya...

Oleh itu jangan kita leka untuk meraikan Syawal sebagai tanda kemenangan..Sedangkan Ramadhan belum lagi selesai dipenuhi amalan kebaikan..Semoga tiga hari terakhir ini dapat dimanfaatkan..Perbanyakkan doa memohon diampunkan segala dosa-dosa yang kita lakukan..Semoga Syawal ini kita meraih kemenangan...

Wassalam


Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday


(^________^)


pict kredit to http://www.facebook.com/jomdakwah

Tuesday, August 14, 2012

Tq Chic Na ^_^

Double cutey ^_^


Mai M nak cerita skit ngan hangpa semua pasai pict brooch kat atas tu.. Kedua-dua benda yg comey lote tu adalah saguhati dari Chic Na (The Coklat Blog).. Bukan bagi saja2 tau, tapi sebab M dapat teka dengan tepat kat SINI..Bukan M sorang ja, Noor Dan Sweety pun menang gak...Alhamdulillah..

Sebenaqnya M terima hadiah ni dah dua hari lepas..Lambat skit appear kat my blog ni..Tak kisah la kan, tetap nak share gak ngan hangpa semua...Untuk Chic Na, Tq so much dear sebab hadiahkan M brooch craft felt yg comel ni..Sesapa yang belum terjah blog Chic Na cepat terjah tau..Orangnya sangat berseni...Kalau nak tau terjah SINI..Mesti best dapat kenal ngan Chic Na...

*Wassalam*


p/s: Orang berbudi..kita berbahasa...Orang Memberi...Kita Menerima Dengan Gembira...

Surprise Dari Mak Dara

So Suwwwiitttt Kan!


Salam Ramadhan Kengkawan dan pembaca my blog...Semalam M kan ada join satu segmen dari blog Mak Dara....kalau terlepas, bleh baca entry tu kat SINI..Pagi tadi tengok kat Dashboard, surprise tu dah diumumkan, M pun terjah blog MD..Rupa-rupanya surprise tu adalah kad raya yg dibuat khas oleh MD untuk sesapa yg join segmen tu..

Comel sesangat kan....Warnanya pun memang my peberet pink2 gitew...Tq bebanyak na Mak Dara...My GSF fren, Dya pun dapat gak....Cantik kad raya Dya tu...Kata Dya, dia suka warna coklat...hmmm baru M tau....

*Wassalam*