Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Friday, November 30, 2012

Khalish Jadi MacGyver

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Apa habaq hari ni? Hope semua sihat la na..
Hari ni M nak cerita pasal Khalish yang sibuk ngalahkan Abah dia masa nak tukaq tombol pintu umah kami semalam..

Masa Abah dia kata nak tukaq tombol pintu, dia pun sibuk la ambik peralatan nak tolong Abah..hi hi..
Anak lelaki la katakan..Apa abah nak buat dia pun nak buat..hi hi..Kalau tak bagi tolong mau dia meraung sampai Abah tak bleh buat keja tu..Ha! Lebih baik bagi.. Lagipun Abah kata, kena belajaq2 tolong Abah...

Cer tengok kat bawah ni, punya la semangat nak buat..

Tu diaaa! Skill baeekk punya..Muka bersungguh-sungguh tu. Ha ha..


Eleh! Suka la tu..

Alhamdulillah akhirnya siap jugak tombol tu dipasang..Yang paling seronok, Khalish la sebab dapat jadi MacGyver..hi hi.. MacGyver la sangat..

Wassalam

Thursday, November 29, 2012

My Lucky Seven


Wah! Sukanya M bila tengok ada triple 7 dekat Teman Si Matatajam kat sidebar my blog tadi.. 
Ni menunjukkan blog M dah ada 777 followers..
Sebenaqnya M ingat memang nak tunggu follower ke 1000 baru nak buat review tapi disebabkan nombor 7 ni sangat besaq pengaruhnya dalam hidup M ni, so M nak review gak la follower ke 777 ni.

Follower yang bertuah tu adalah

Pipey
pemilik blog http://www.julymasquerade.blogspot.com/


Serba sedikit tentang Pipey ( M copy dr blog beliau)

Hello everybody!! Anyway, I just say a few things about myself. I’m just an ordinary girl who’s started blogging on 31st August 2012. So, this is my another w0rld. I mean, blogging is so cool. You guys are awesome! Do follow my blog b'coz I always follow back.. much love ❤❤


Disebabkan M baru ja kenal blogger ni dan beliau juga blogger baru, M hanya sempat baca beberapa entry kat blog beliau..Antara entry yg M terjah dan menarik di mata M:


Sebenarnya Pipey singgah ke blog M melalui segmen Mia Liana..M harap lepas ni kita bleh jadi geng ye Pipey dan saling berbalas kunjungan untuk kekalkan ukhuwah antara kita..

Wassalam

Takziah Untuk Keluarga Nurul Hezrina


Selepas M terbaca tajuk entry blog Ina Intan Berlian kat my bloglist, terus ja M terjah nak tau sapa yang meninggal..Rupa-rupanya, ayah sahabat GSF, Wan Nurul Hezrina pemilik blog My Little Honey Dew...Ya Allah memang M terkejut dan tak sangka sangat sebab semalam masa M dok wassap2 ngan GSFians lain, Nurul habaq kata arwah ayah dia tengah koma dan mengalami pendarahan dalam kepala..Sesungguhnya Allah lebih sayangkan arwah..

Jadi, M harap sangat kengkawan yang ziarah ke blog M dapat hadiahkan Al Fatihah kepada arwah ayah Nurul yek..Semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..


Al-Fatihah


Aaminnn


p/s: Semoga Nurul sekeluarga tabah menghadapi ujian Allah..

*Wassalam*

Wednesday, November 28, 2012

Hadiah Daripada Eqbal Zack

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah

Bestnya bila M check peti pos semalam ada sampul lg yg tertera nama M.. Kali ni M dapat cenderahati drp Eqbal Zack..Ala blogger femes emes tu.. Kalau tak kenal lg, cer terjah SINI

FYI, M dapat hadiah ni sebab M join Birthday GA EZ ari tu.. Cer tengok apa yang M dapat...





Pin Badge yg eksklusif  drpd EZ


Tq so much EZ..Semoga murah rezeki lagi lepas menang 10k ari tu...


Alhamdulillah 

*Wassalam*


WW: My Sweethearts ^_^

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^



Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 27, 2012

Dari Pantai Ke Air Terjun

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Hari ni M nak sambung cerita entry yg lepas..Sesapa yang tak baca lagi bleh belek SINI dulu hokaaayy..

Masa kami santai2 kat pantai ari tu, lepas mandi laut Khalish ngamuk kata gatai pedih kulit dia..bila M check badan Khalish ada ruam patutlah dia rasa pedih bila mandi ayaq laut..hmm sian Khalish..So, my hubby pun ajak pi mandi kat Air Terjun Temurun plak supaya Khalish rasa sejuk dan selesa..


Ni la rupa Air Terjun Temurun tu..Yang kat atas tu tempat paling tinggi dan rupa sebenaq ayaq terjun tu..tapi M ngan my hubby x larat nak panjat naik tangga yang sangat tinggi tu, kami pilih port yang kat bawah ni ja la..asal ada tempat Khalish nak main2 ayaq..



Tengok la ayaq jernih ja..Sejuk tau..Kalau time hujan lagi best sebab ayaq banyak
Khalish pun happy sangat main ayaq kat situ..
Buktinya...Tengok pict bawah ni
v
v



Siap main basuh2 baju lagi..hi hi..lepas basuh letak atas kepala plak..tu yang buat M nak tergelak sangat tengok gelagat dia.. Aikkk, terselit plak pict Ibu Khalish...hak hak hak..

Lepas Khalish dah tak tahan sejuk, Abah Khalish pun ajak kami semua balik..Kesian tengok Khalish dah ketaq kot..Tangan pun dah kecut.. Tapi memang best sangat santai2 ari tu..
Ntah bila nak bleh pi lagi.hmmm...

Wassalam


♥ Birthday GA by Sharina ♥

Nak join klik banner comel ni yek ^_^

.....................................................................................................
♥ Birthday GA by Sharina sponsored by 
Lyssa,Eita,Maisarah,KinaApitShida and Atiqah ♥ 
thanks a lot :)
.....................................................................
M tag semua GSFians  ^_^


p/s: wish me luck ^_^v


Monday, November 26, 2012

Santai-Santai Di Tepi Pantai

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah ^_^

Sebenaqnya aktiviti ni kami buat pada hari Khamis lepas... Hari tu Abah Khalish xkeja..Jadi memang tak lepaskan peluang la kami nak bersantai-santai bersama.. Cam biasa Pantai Pasir Tengkorak menjadi pantai pilihan kami sebab  10-15 minit ja dah bleh sampai..

Kali ni memang betoi2 bersantai la sebab M x masak apa pun untuk makan2  masa berpiknik tu. Kami cuma beli kepsi, 100plus dan jajan skit...Tapi tu pun dah x larat makan dah..hi hi.. Cam biasa la kan, pics2 buat kenangan kena ada untuk tatapan Khalish bila dia besaq nanti..Nak tengok? Ok la Cer tengok kat bawah ni..Layanssss ^_^


(Atas)Suasana pantai dan keindahan ciptaan Allah yang maha hebat sungguh mendamaikan...
(Bawah) Juadah yang simple untuk kami ngappp..tapi keropok tu bukan untuk Khalish tau.. Khalish memang x dibenarkan makan keropok..hi hi..


Tengok la tu, happynya Khalish bleh buat istana pasir ngan Abah dia..
Bertambah happy sebab bleh main ngan Abah...
I love u  sayang ^_^


Lepas dah penat main, harus la makan..Ayam kepsi ni memang feberet Khalish tau.. Dia panggil ayam Upin Ipin ..hi hi kan dalam katun Upin Ipin tu depa suka ayam goreng terutamanya Ipin tu.. Sebab tu Khalish panggil camtu..ha ha... Tengok la tu layan sungguh sampai pejam2 mata >_< 

Lepas ni M cerita pasai kami pi bersantai kat ayaq terjun plak na... Ta Ta...Ti Ti..Tu Tu...

*Wassalam*


Sunday, November 25, 2012

Jom Layan (^_^)v

Assalamualaikum dan salam berhujung minggu..


Tetiba hari ni mood layan aiskrim time hujan la pulak..
Tekak ni teringin plak nak makan aiskrim waktu cuaca dingin camni..
Jom layan aiskrim cekelat ngan M...hu hu...sejuk ja tekak ni...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Aaron Aziz Di Blog Mai Nak Cerita


Hai..hai..hai..semua..Salam berhujung minggu... 

Cam gempak ja tajuk kat atas tu kan..Mesti Aaronators (betoi ka ejaan dahku ni) kalut ja terjah mai sini tatkala terpandang tajuk tu kan! Hak hak hak... Jangan marah yek, M cuma nak habaq kat hangpa yang CPUV/BE keempat dah selamat bertepek kat blog Mai Nak Cerita ni..

Cer tengok pict kat bawah ni


Astro Fear Factor tu la BE keempat blog ni..FYI, Rancangan Fear Factor Selebriti Malaysia yang bakal ditayangkan nanti akan dihoskan oleh pemenang Hot Guy Award (Shout!Awards 2012), 
Aaron Aziz..



Ha! Kan betoi tu Aaron Aziz singgah kat blog M.. Ha ha ha...Siap tenung2 lagi..


Alhamdulillah...Setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah yang Maha Pemurah.
Dan tak lupa juga pada Nuffnang yang baik hati bagi BE ni kepada blog M yang masih belum genap setahun lagi usianya..

Harap2 ketiga-tiga BE yang sedang bertahkta kat my blog ni dapat marathon lama2 skit..hi hi..
Terima kasih pada kengkawan yang singgah sini dan sudi klik2 iklan tu yek..Semoga Allah Murahkan rezeki hangpa semua kerana membantu insan yang memerlukan..

*Wassalam*


p/s: Tq so much Mama Arina sebab dah bagi tunjuk ajar camna nak printscreen bg IPad ni.. 
Lap u  Mama ^_^

Saturday, November 24, 2012

Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com

Klik banner untuk Join

Hari ni mood bersegmen dah mai dah..hi hi.. Kali ni nak join segmen blog Mialiana.com..best gak blogwalking di hujung minggu ni kan... Bleh tambah member di alam maya ni...I like!

Follower Blog Mai Nak Cerita
756
(Hope lepas ni bertambah lagi..hi hi..)


Mia suruh M nyatakan apa yang paling M suka pasal blog beliau...
M suka singgah blog Mia sebab MACAM-MACAM ADA..hi hi ^_^

Kalau kengkawan nak tau, kena la terjah sendiri blog Mia ni
Lagi satu sebab Mia ni tak sombong, walaupun beliau ni blogger femes emes tapi beliau tetap balas kunjungan dan komen2 kat blog M yang masih baru ni..Thanks Mia.. Hope ukhuwah di antara kita berkekalan selamanya..


Segmen ini berlangsung selama 2 minggu dan akan berakhir pada 8 Disember 2012, iaitu hari terakhir penyertaan.

Jom join ramai2...

*Wassalam*

Friday, November 23, 2012

CPUV Ketiga Blog Mai Nak Cerita

Assalamualaikum
Apa habaq kengkawan semua.. Tq sebab singgah sini...
M nak berkongsi rasa eksaited n hepi sesangat ngan hangpa semua ni.. 
Nak tau pasai apa? Cer tengok kat bawah ni..

v

v

v

v



CPUV baru dah melekat kat my blog ni..Alhamdulillah...Syukur sangat-sangat.. M baru dok berangan 19 Disember baru nak dapat BE yang ketiga ni, tapi selang dua hari dah dapat CPUV yang ketiga pulak...Tq Nuffnang sebab sudi bagi BE ketiga ni untuk M..

Kali ni giliran DIGI Prepaid Smartplan bertepek kat blog Mai Nak Cerita...Harap2 lama la BE ni 'menginap' di teratak Mai Nak Cerita.. Kiranya DIGI Prepaid Smartplan 'berkawan' dengan Colgate Total Diabetes yang tengah berlari-lari kat sini...Kawan baik2 tau...Marathon lama2 skit yek..hi hi..

M harap sangat kengkawan semua ringan-ringankan jari klik iklan2 tersebut kerana sebahagian daripada hasil berbelog ni M nak sumbangkan kepada anak2 yatim Rumah Nur Kasih di Langkawi ni.. Semoga Allah Murahkan rezeki hangpa semua kerana membantu mereka yang memerlukan..


*Wassalam*


p/s: tengah gigih balas jejak..hu hu.








Mysterious Pink Lake



Assalamualaikum dan salam Jumaat semua...

Hari ni M nak berkongsi ngan hangpa semua satu tempat unik di bumi Allah ni..




Tasik Hillier yang digelar sebagai Tasik Misteri yang berwarna merah jambu terletak di Barat Australia.. Warna  tasik tu la yang menjadi misteri kepada para saintis.. Saintis yang buat kajin ke atas tasik tu masih tak dapat kenal pasti punca kepada warna air tasik yg menjadikan ia merah jambu..




Tengok la warna ayaq tu..cam sirap bandung la..ha ha..


Pict kedit: SINI


P/s: Semuanya berlaku dengan kekuasaan Allah swt..ALLAHUAKBAR!

Thursday, November 22, 2012

Sorry...Ter'publish'!


Maaf yek kengkawan M dah terpublish entry yang belum siap tadi..
Entry tu sebenaqnya M draft untuk publish esok..
Ada yang misteri M nak cerita nanti..
So tunggu esok na.

SORRY >_<

Jom Bantu Palestin




Sumbangan BERMULA dari : 21 November 2012 hingga 12 Dis 2012
Kepada yang sudah memberi sumbangan anda hanya perlu inform Yuyu Ali (Nur Maizatul Idayu Mazlan) dan Nabiel Faan (Nabil Farkhan Radzuan) untuk GBS dan MK Syahir (013-2757252) untuk Group Apakah samada secara PM di facebook mahupun mesej/hubungi no. telefon yang tertera di poster untuk memudahkan urusan sumbangan.

Anda juga boleh menyebarkan poster ini di blog, di facebook atau dimana sahaja.. 
semoga dengan usaha kecil kita ini dapat membantu Saudara Islam kita disana..

Jom kita sama2 menghulurkan bantuan untuk mereka yang sangat memerlukan pertolongan daripada kita disana..

*Wassalam*

Thank You Deqla Manjew

Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah 

Alhamdulillah rezeki untuk M lagi kali ni... Selasa lepas M baru terima hadiah kiriman dari insan kecik molek yg lebih senang disapa nama manjanya Deqla Manjew,  pemilik blog http://norumara.blogspot.com/.. Kalau tengok orangnya mesti ada yang teringin nak tackle tapi M warning awai2 la kat kaum Adam di luaq sana sebab Deqla ni Mr. Erry yang punya tau..ha ha...Nak kena debik try la..ha ha..

Hadiah yang M terima kali ni sebab M dah menjuarai Carta Hati kat blog Deqla tu..Jom tengok hadiah apa yang M dapat..


FM ladybug merah yang comel sesangat & Deqla juga ada bagi hadiah jam tangan spiderman untuk Khalish
Tq so much yea Deqla..We love it so much..


Tengok tu, dah selamat bertepek kat peti sejuk dahku ^_^
( M memang suka kumpul FM tau )


Punya hepi dapat hadiah tu..siap suh Abah dia pakaikan pastu tugas ibu plak snap pict dia untuk tepek kat blog ni wat kenangan..Senyum sampai rapat mata tu..hi hi..

Jom ramai2 terjah blog http://norumara.blogspot.com/..kenal2 ngan Deqla yang peramah sesangat tu..
Lap u Deqla ^_^v

*Wassalam*


Wednesday, November 21, 2012

Ajari Aku.. Anuar Zain (OST:SAM)

Assalamualaikum...



Masa belek2 instagram, Nora Danish ada hapdet pasal klip Video ni..So M pun terjah you tube..Bagi M klip ni best sangat tp ending tu sedih skit la..tambah plak ngan suara Anuar Zain yg mendayu-dayu tu memang tangkap lentok la bila M dengaq..hu hu hu.....Cer layanssss...





Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu


p/s: Apa kata hangpa?



WW: Matawang Euro

*Assalamualaikum*






Rezeki My Hubby.. ALHAMDULILLAH


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 20, 2012

CPUV Kedua Blog Mai Nak Cerita

Assalamualaikum kengkawan yang senantiasa sudi singgah my blog ni..

Apa habaq hangpa hari ni? Harap semua sihat walafiat walepatliat..hi hi.. Hari ni M nak berkongsi rasa happy ngan hangpa semua...Wah!! Seronok yang terhengga dahku hari ni, bila buka my Nuffnang, ada CPUV/BE baru dah melekat kat blog M..Syukur pada Allah sebab makbulkan doa M.

Dan kali ni Colgate Total Diabetes pulak yang menyinggah kat sini..Syukur pada Allah dan terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi BE lagi kat blog M yg masih baru ni..Harap2 lepas ni bagi la lagi ^_^


Ha! Besar punya M tepek kat sini buat kenangan dan semangat berbelog setiap hari..


19 Oktober lepas dapat first BE..kali ni dapat second BE 19 November plak..
Hope 19 Disember ni ada la rezeki nak dapat BE ke3..hi hi..

M harap sangat kengkawan yang singgah kat sini bleh tolong M klik2 iklan Colgate tu yek.. 

Wassalam

p/s: Sapa yg klik gitau la M kat komen box ^_^v





Published with Blogger-droid v2.0.9

Encik Posmen Mai Lagi


Assalamualaikum to all my readers..Hope uollss sihat semua yek..
Kali ni M nak hapdet pasai hadiah yg M terima daripada member2 blogger yg sangat pemurah ni..

Pagi Ahad yang lepas encik Posmen ada mai hantaq dua sampul surat warna cekelat kat M.. Nak tau isi sampul tu dan sapa yg hantaq dak? Ok jom belek kat bawah ni yek...

Firstly dari Kak Tihara iaitu pemilik blog http://herba-tihara.blogspot.com/ & http://crochetlurve.blogspot.com/. Hadiah ni M terima sebab M jadi pemenang tempat pertama Segmen Link Blogshop bagi kategori entry terbaik..Wah!! Memang tak disangka sungguh entry M terpilih tau..



Terima Kasih yea Kak Tiha.. Cantik sangat Keychain kipas dari Cameron Highland tu dan kerongsang crochet bunga2 gitu..Kak Tiha ni kan peminat bunga-bungaan..  Kalau hangpa tak caya cer terjah blog Herba Tihara ni, banyak entry gambar bunga yang cantik2 sangat.. Jangan lupa terjah blog Herba Tihara tau...Kak Tiha sangat2 friendly..


Hadiah kedua plak, M terima dr Kak Fieda pemilik blog http://mylovely-fieda.blogspot.com/
Hadiah ni M dapat sebab M jd salah sorang top commenters blog Kak Fieda ni.. Alhamdulillah.. Sebelum ni pun M dah pernah dapat hadiah keronsang dr Kak Fieda..Kali ni Kak Fieda tambahkan lagi koleksi kerongsang M ni dan yang bestnya, hadiah untuk Khalish pun ada tau.. Cer tengok pict kat bawah ni..


Ada keychain angry bird kaler biru lagi..Khalish punya la suka sampai M nak snap pict untuk masukkan dlm entry ni pun x mau bagi..tapi lepas pujuk2 skit baru dia bagi..hi hi..Best la tu dia pun dapat hadiah gak.. Tq Auntie Fieda sb bagi hadiah ni kat Khalish ^_^



Siap gantung kat zip beg sekolah dia lagi..Suka sangat la tu..Warna pun match sangat dua2 tu kan..
Jadi sesapa yg nak hadiah dr Kak Fieda, rajin2 la terjah blog beliau dan rajin2 la komen yek.. mana tau ada rezeki hangpa plak lepas ni dr Kak Fieda.. Tapi lebih seronok kalau kita sesama blogger saling menziarahi dengan ikhlas..ops lupa plak..klik nama Kak Fieda ni untuk ke blog beliau yek..

Wassalam

p/s: Syukur pada Allah kerana sentiasa murahkan rezeki M dlm dunia blog ni..



Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, November 19, 2012

Diana Danielle Mengandung..Tahniah FK & DD ^_^

Mai M nak cerita kat hangpa semua.. masa M dok belek2 my Instagram & Twitter, M dapat satu pengkhabaran gembira dari Diana Danielle dan Farid Kamil melalui instagram depa berdua beberapa jam yg lepas..



Rupa-rupanya Diana dah pregnant la...Orang tua-tua kata ni BUNTING PELAMIN.. Ha! Bertuahnya D & FK..Alhamdulillah, murah rezeki depa berdua walaupun baru ja berumah tangga dah dapat rezeki nak menimang cahaya mata... 



M doakan semoga Farid & Diana akan lebih berbahagia dengan kehadiran cahaya mata sulung depa tu nanti.. Pada Diana, jaga kandungan tu baik2 jangan buat kerja berat2 sangat sebab kandungan tu masih awal lagi..Sama2 kita doakan yang terbaik untuk depa..
Tahniah Farid Kamil & Diana Danielle 

Petua Untuk Mengubati Mulut Celupar


 Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar. Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

 Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

 Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada 2 kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”. Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

 Sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfar mu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t. 100 kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Sumber:ePetua

Sunday, November 18, 2012

My First Quote



p/s: Quote ni M create khas buat seseorang...Harap dia mengerti..

Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya


Pict kredit: mukabuku

Walaupun M ni tak bela Kucing, tapi ramai member2 M khususnya GSFians yg pelihara haiwan kesayangan Rasulullah SAW ni kan.. Untuk hangpa semua, khasnya Nur ngan Deqla nanti bleh la praktik tips supaya kucen2 hangpa tak berak merata-rata..

1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baharu sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

3. Bau dari serai tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda jugaa boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur.

Sumber: ePetua
Petua Elak Kucing Berak Sesuka Hatinya

1. Jika anda terlihat tempat di mana kucing anda baharu sahaja berak, anda perlu membersihkannya segera. Kucing cenderung pergi ke tempat yang sama berulang-ulang kali. Oleh itu anda perlu bertindak segera. Setelah bersih, bilas dengan menggunakan sedikit air dan cuka. Cuka membantu menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

2. Sediakan kawasan yang berpasir untuk kucing dan ajarkan mereka untuk menggunakannya dengan kerap. Kebanyakan kucing mempunyai kebolehan belajar dengan agak cepat.

3. Bau dari serai  tidak disukai kucing. Anda boleh membeli beberapa produk berasaskan serai atau serai wangi di pasaraya berdekatan dan semburkan di kawasan di mana kucing sering berak di dalam rumah. Anda jugaa boleh letakkan sahaja di tempat yang strategik seperti di dalam bilik atau di dapur. Amboi ganazzzz arrr..tak baik buli kawan tau!


P/s: Suka tengok kucing tapi tak suka pegang..hu hu...

Selamat Hari Lahir MV


Sori MV, M kidnap pict ni w/o permission.jgn marah yek..

Sempena hari kelahiran member GSF yg lebih mesra kami panggil beliau MV....
this entry special for u MV.....
Selamat Hari Lahir MV..
M doakan MV murah rezeki, dipanjangkan usia untuk menambahkan amal ibadah dan berbahagia selalu dengan keluarga tercinta.. 


Jom kenal2 ngan pemilik blog All About Love