Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, January 24, 2013

Avon Double Grill Pan

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah

Sebelum ni M memang eksaited dengan pemanggang ajaib yg di war2 kan kat blog kengkawan..Kat Langkawi ni pun macam2 jenama pemanggang ajaib yg di jual kat sini...Teringin sangat nak memiliki benda alah ni.

Apabila Avon perkenalkan Avon Double Grill Pan @ ' Pemanggang Ajaib' keluaran Avon sendiri pada bulan lepas, apa lagi M terus sambaq tau. Bukan 1 tapi 3 'bijik' bak kata org utara ni..Satu untuk M, satu untuk my Mak dan satu lagi untuk my MIL..Disebabkan ada promo, tu yang sampai 3 bijik M sambaq tu..hi hi..Kalau harga biasa RM199 tapi dengan syarat pembelian yang ditetapkan, hanya RM99.90 ja sebijik..


Ni la rupa Avon Double Grill Pan

Bahan luar: Aluminium bersalut 'whitford'
Bahan dalam: XYLAN dengan 2 salutan lapisan tak melekat
Saiz: (t) 6.8cm x (p) 45cm x (L) 28cm
Berat: 1.45kg

Pelbagai hidangan bleh disediakan ngan Pan ni tau..Nak bakar kek, nak panggang ayam ka ikan ka udang ka @ seangkatan dengannya.Semua bleh...M suka wat roti bakar ngan Pan ni..senang sangat..Mudah di cuci plak tu...Bila masak tak payah guna minyak yg banyak..

Kalau berminat cepat la terjah Avon yang berdekatan skang ni sementara stok dan promo masih ada..

Wassalam


Wednesday, January 23, 2013

WW: Khalish Naik Itik

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^




p/s: Heran sungguh Ibu ni, dalam bebanyak menatang kat situ, Awat la itik yg dia pilih..hi hi
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, January 22, 2013

Giliran Abah Pulak


Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Kali ni M nak cerita pasai Abah Khalish plak yang dipaksa jadi Photographer Khalish.. Sebenaqnya aksi ni masa M ngan my family nak pi celebrate my besday.. So masa M tengah dok bersiap2,  Khalish ni sibuk ja nak berpixca sakan bila Ibu ngan Abah dah kata dia handsome sangat malam tu.. Apa lagi anak teruna kami ni kalut la panggil Abah dia suh amik pict dia..


Memula control ensem dulu

Pastu dah mula beraksi..hi hi hi..Nice captured Abah..

Tu diaaa dah siap baring tuh..Abaikan katil yg agak bersepah tu yek..Sesapa ada anak aktif cam Khalish mesti dah biasa ngan sepah2 camtu..hu hu hu..

Tergelak kami tengok aksi Khalish yg dok berposing sakan tu..tak menahan bila dia baring atas katil tu..muahahahaaaa..Aduiii geli hati Ibu ngan Abah ni Khalish oiii..Lagi satu, Khalish ni kalau nak snap pict mesti sebut 'handsome' bukan cheese atau senyum @ smile @ seangkatan dengannya tau.. Bajet ensem la tu yek cayang..hik hik hik... Macam2 la cayang Ibu ni..Mmmuahhh..

Wassalam


*Masih lagi entry auto publish*


Monday, January 21, 2013

Cerita Khalish Di Sekolah


Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Kali ni M nak cerita kat hangpa semua pasai perkembangan Khalish kat sekolah dia..Ekceli masa Memula Khalish masuk sekolah, dia nangis2 gak tau sebab tak biasa berenggang ngan Ibu dia ni..

Tapi Alhamdulillah skang ni dah ok..Bila M tinggal dia kat sekolah pun dia kata dia nangis skit ja.. Muahaahaa..So M pun kata skit takpa jangan nangis banyak2 tau..Ya jawab Khalish..Biasa la bebudak yg terlalu rapat ngan Ibu dia camni la jadinya..

Masa M tunggu Khalish masuk kelas sempat la snap2 pict wat kenangan kat blog ni..

Beratur dulu sebelum masuk ke kelas..cer cari yang mana satu Khalish..
FYI, sekolah Khalish ni dalam proses renovation untuk tumbesaran..hu hu..Jadi nampak messy la skit susun atur dalam kelas dia.. Banyak alat perabot baru belum masuk lagi..Takpa, janji belajaq elok2 dah la..


Ni la kengkawan semeja yang agak rapat ngan Khalish kat dalam kelas tu. Sempat senyum tu.Buat sementara belum dapat uniform rasmi, terpaksa la Khalish pakai baju Melayu yg biasa dan 'uniform' yang Ibu dia create sehari-hari ni dulu..ha ha...Tak sabaq nak tengok Khalish pakai uniform sekolah dia.. Kalau dapat nanti, M hapdet kat my blog..

Lega rasa bila tengok perkembangan Khalish skang ni..Yang menghappykan M sesangat bila dia dah mula praktik solat dan baca doa2 amalan dalam kehidupan seharian ni..Alhamdulillah Syukur pada Allah.. Ya Allah, terangkan lah hati anakku dan permudahkan la dia menerima ilmu pengetahuan agar dia cemerlang dalam pelajarannya..Semoga Khalish menjadi anak yang pintar dan berjaya di dunia dan akhirat..Aaaminnn Ya Rabbal A'lamin...

Wassalam


Entry Auto Publish lagiiii...

Saturday, January 19, 2013

Terima Kasih Kawan ^_^


Assalamualaikum dan Salam Ukhuwah

Hari ni M nak update pasai hadiah yang M terima..Maaf na kengkawan M lambat hapdet sebab masalah tenet yang tak dapat dielakkan..

Firstly, M terima hadiah besday daripada Cik Na..Ratu cekelat GSF
Comel kan pouch ni..bleh isi mekap, hp & sebagainya tau.Ada trademark M lagi.saya suka.saya suka.
Tq Cik Na..Cayang Cik Na sendat2.. Hi hi


Secondly, hadiah nun jauh dari Sabah tau..Ni hadiah besday daripada Miss Velentine @ MV
Coin pouch yg cute dan unik ni sayang sangat nak guna..M simpan baik2 dalam kotak khas hadiah2 yang M terima dari rakan blogger..Terima kasih yek MV..Sayang MV ketat2.. Hu hu..



Dah akhir sekali M terima hadiah dari Leeza pemilik blog http://www.santaileeza.com/
Hadiah ni M dapat sebab M Pengomen tegar blog Leeza..Tq so much Leeza..


Ahamdulillah...terharu dan bertuah sangat M bila dapat hadiah daripada ke kengkawan semua..Sayang hangpa sesangat tau..Mmmuaaahhh..

Wassalam


ENTRY AUTO PUBLISH



Friday, January 18, 2013

SAWAN..SAWAN...Aduiiiii


Apa habaq kengkawan semua..terima kasih la bebanyak sebab masih lagi setia singgah mai blog M ni walaupun entri dalam sepanjang minggu yang lepas ni hanya sekadar entry auto publish..

Banyak sangat cerita yang M nak kongsi ngan hangpa semua kat my blog ni..tapi apa kan daya, M bukan la technician TM yang bleh repair sendiri line tenet yang sedang bermasalah tahap kritikal kat ICU..hu hu hu..memang tahap sawan M tunggu depa dok 'rawat' line tenet kat umah M agar sembuh seperti sediakala dek akibat perbuatan khianat Si Pencuri cable ni..

Petang tadi M wat report sekali lagi lepas dah seminggu report pertama yg dibuat My Hubby macam tak dak tindak balas apa2 daripada pihak TM...aduii..aduii..aduii....sawan menyerang lagi..

Saat M taip entry ni, M baru ja mai umah my Parents..tumpang bertenet lagi kat sini..nak mai kerap2 dah sibuk hantaq Khalish pi dan balik sekolah & settle kan amanah yang dipertanggungjawabkan pada M sehari-hari kat my umah..Jadi hujung minggu camni ja la M amik kesempatan nak bertenet kat umah my Parents..

Kengkawan tolong doakan semoga segala urusan dipermudahkan yek..Tension sangat bila seorang blogger tak dapat blogging...hu hu hu..memang sawannnn tauuuu...nasib baik tak berbuih mulut M ni..ha ha ha..

M mohon maaf bebanyak daripada kengkawan yang masih setia singgah sini dan tinggalkan jejak..M akan cuba sedaya upaya untuk singgah ke banglo hangpa..In Shaa Allah...

Kepada kengkawan GSF...I really Miss uollssss...

Wassalam

p/s: Khalish demam lagi, doakan Khalish cepat sembuh yek..

Wednesday, January 16, 2013

WW: " Ibu..Tolong Amik Gambaq Khalish "

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah






p/s: Macam2 aksi my Khalish ni..Kemain dia request suh Ibu snap2 gambaq dia tu..hi hi..


Saturday, January 12, 2013

Dapat Kepala Baru

Ha ha Jangan terkejut plak baca tajuk tu..kepala yang M maksudkan tu header blog M ni ha... 
Perasan tak? Perasan tak? Kalau x perasan nak tembak lubang idung..ha ha..ayat sapa tu..kalau member GSF mesti dah tau sapa kan..Bagi sesapa yang tak tau, dialog tu Mama Arina Big Boss GSF yang punya tau..ha ha...
Dan header baru blog M ni pun adalah hadiah besday dari Mama Arina jugak..Mama bagi bukan satu tau tp dua header khas untuk my blog..FYI, header sebelum ni pun hadiah dari Mama gak masa M mula2 blogging n join GSF..Kalau sebelum ni, Mama tolong pasangkan header tu..Tp kali ni disebabkan lappy my Adik ada, so M manfaatkan sebaik mungkin la kan..

&



Amacam, cantik sesangat kan..Tq so much Mama...M suka sesangat...Mama ni macam tau2 ja M teringin header baru..hik hik.. Sayang Mama erat2...Mmmuahhhh..

Nak kenal Big Boss GSF yang murah hati ni tak? ha cepat terjah blog Bunga Hati Mama


Wassalam

p/s: Mama jangan nak ngada2 panggil akak yek..nanti M tembak lobang idung Mama plak..ha ha ha ha..M baru masuk sweet 13 la...hi hi hi..



Picnic2 Kat Pantai Lagi

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Petang Khamis yang lepas M sekeluarga piknik2 kat pantai..Alaaa cam biasa la venue mesti kat pantai peberet M, Pasir Tengkorak.. Kali ni, M cuma bawak badan ja..ha ha..semua my Mak ngan bakal adik ipaq M yang masak..Makan free mesti sodap kan...hi hi hi..


Sayang depa semua...mmmmuahhhh..My Hubby just buat special appearance ja sebab dia tengah keja

Amboi khusyuknya my Mak...My Ayah maintain control ensem hi hi.. My Adik bongsu pun control ensem even tengah dok pulut makan..ha ha..

Alahai Khalish sampai terlena sebab dah letih buat sand castle.. Bakal pengantin pun join Piknik gak.. My adik bongsu tu still control lg ensem tu..Senyum Mak jgn x senyum..

Snap2 sebelum balik..Amboi manjanya Khalish ngan Makngah to be..Adik2 kesayangan dahku dunia & akhirat...Nak tergelak sangat tengok aksi adik bongsu M wat aksi lompat2 tu..Macam2 la hang ni dik...ha ha..

Wassalam


Friday, January 11, 2013

Ahamdulillah..Rezeki Lagi La...

Assalamualaikum & Salam Ukhwah..

Syukur Ahamdulillah....seronok sangat bila check peti pos ada sampul khas untuk Si Matatajam..terima kasih kali ni M tujukan pada
v
v
v
Pemilik blog http://www.hazwanhairy.com/..Hadiah ni M dapat sebab M top commenter kat blog Hazwan Hairy ni..Actually hadiah ni untuk segmen anjuran HH tapi walaupun M tak jadi antara pemenangnya, M tetap dapat untuk Top Commenter..Murah hati Hery..Hadiah tersebut adalah kalendar 2013 special editor gitu dari HH..

Cantik kan!...Kalau nak kenal Hazwan Hairy ni, klik ja Link kat atas tu untuk ke blog beliau


Yang keduanya, M menang hadiah dari GA Wak Gelas..Tak sangka sangat tersenarai dalam lima peserta bertuah tu..Hadiah ni M terima petang Khamis ari tu..Abang Pos Laju yg antaq.... Memula tu terkejut gak la kan dok pikiaq sapa yg bagi sebab M xdak order barang secara on9 pun.. Rupa2nya hadiah dari Wak Gelas...Banyak tau hadiah yang WG bagi..Ada Tshirt dari Krabi, pen dari Australia, FM & Keychain dan jugak mini radio bentuk IPhone...Radio tu awai2 Khalish dah sambaq, HP dia katanya..ha ha...

Cer tengok hadiah2 tu..banyak kan....TQ Wak...Nanti buat GA Lagi yek ^_^
Jom terjah blog Wak Gelas...


Terima Kasih Hazwan Hairy & Wak Gelas

*Wassalam*

Sambutan Besday Trio Januari

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah

Syukur Alhamdulillah dapat juga M berbelog walaupun sekadar tumpang bertenet kat umah my parents..Tak betah rasanya bila tak dapat berbelog disebabkan cable tenet kat umah M 'dirampok'.. Moga pencuri tu insap suatu ari nanti..

Kita lupakan ja bab tu..M nak berkongsi ngan hangpa semua detik2 indah masa celebrate trio Januari's Birthday ( My Ayah, My Hubby n Me) malam semalam..

Memula kami sekeluarga pi makan2 kat Jai Cafe pekan Kuah..Sedap tau makanan kat sini especially Tom yam dia..sodap wooo.. Tengah kami dok pulun bersantap..Tetiba mata kami terpandang kat satu group yang masuk nak makan kat situ gak..OMG macam tak caya la rupa-rupanya...
v
v
Nora Danish la weiiii...Sweet n cute sangat dia...geramnya M tengok kulit Nora yg putih kemerahan tu..FYI, pict ni di snap oleh Farid Kamil uoolsss.Tetiba my hp ni blushing ja sebab FK dah 'touch' dia..muahahaa..ramai gak la retis kat situ sb depa ada buat shooting kat Langkawi..Tapi tak banyak M snap2 pict kat situ sebab malu la M. nanti org kata jakun plak..hu hu..Lagipun x nak ganggu depa makan..Cuma ngan Nora ni sb dah terlalu minat kat dia, so nak buat kenangan la kan..

Lepas tu kami ke taman permainan kat Kuah, Lepak2, potong kek, sembang2 n pixca2.. Khalish pun memang tak lepaskan peluang la dok main sakan kat situ... Trio Januari beraksi memotong kek..memang wajib tiap2 tahun camni..hi hi..

Tahun lepas dah layan ice cream cake BR, so this time Kek pilihan M bagi besday tahun ni dr SR..my feberet Chocolate Indulgence..Yummy...

Sekadar kenangan...Puan blog nak tempek picts ngan besday cake..disebabkan baru lepas dinner, tak dapat la nak layan kek ni bebanyak walaupun tekak ni macam dok jerit nak makan lagi chocolate indulgence tu..

Alhamdulillah, memang happening sangat semalam.Pada kengkawan yang singgah my blog semalam n wish happy birthday kat M, Tq bebanyak yek..Moga Allah makbulkan doa2 hangpa semua..Aaaminnn..In Shaa Allah nanti M balas kunjungan ke banglo hangpa semua nanti.. Wassalam...



Wednesday, January 09, 2013

Alhamdulillah..31 Sudah ^_^

Syukur pada Allah kerana dengan IzinNya, masih lagi diberi kesempatan untuk M bernafas di muka bumi Allah yang serba indah ni..
Sekejap ja rasa masa ni berlalu, dah bertambah lagi setahun usia dahku..hi hi..
Alhamdulillah..Thank You Allah ^_^
Terima Kasih pada my Mak sebab jadi insan pertama yang Wish my Besday tepat 12 tgh malam semalam..Luv u mom..

Terima Kasih jugak pada semua kengkawan yang wish2 besday M kat FB, Wassap & SMS semalam dan hari ni.. 
&
Special thanks to family GSF yang sudi buatkan entry khas untuk dahku... Sayang hangpa sesangat...mmmmuahhhh..

Tuesday, January 08, 2013

Jubah Abaya Dubai Giveaway

Nak Jubah dari Dubai? Ha! Tunggu apa lagi cepat klik banner ni.. Sampai 15 Januari 2013 ja tau




Monday, January 07, 2013

Aksi Khalish Pada Hari Ke3 Di Tadika

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^





Biar gambar ja la yg bercerita  tentang wajah2 ceria kesayangan hamba ^_^
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, January 06, 2013

Aduiii Aduiii Aduii

Tetiba guna tagline Khalish..bukan apa nak habaq kat hangpa semua.. Geram sungguh M semalam..disebabkan line tenet yg bermasalah, abih tergendala semua keja..nak berbelog x bleh, nak ziarah blog pun tak bleh...
So.. Ari ni lepas antaq Khalish pi sekolah n settle keja umah nanti, M harap2 sangat dapat berbelog macam biasa..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, January 05, 2013

Kisah Di Sebalik Ngedate


Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^
 Disebabkan busy sangat ari tu, lama plak tertangguh entry ni..
Walaupun agak basi, M tetap nak cerita kat entry ni pasai alkisah disebalik ngedate ari tu..

Memula kami sekeluarga terjah Kepsi dulu sebab perut memasing dah bernasyid kontemporari  sakan...

Kami layan set kombo ngan udang tu, untuk Khalish Snack Box ayam seketoi ngan fries & opkoz my feberet Krusher..Kali ni M try blueberry plak..Sedap sangat...

Sempat lagi suh Ibu snap2 pict dia walaupun tengah pulun ayam kepsi tu..Yang bestnya Khalish dah berjaya angkat 2 jari PEACE tu..hi hi..


Lepas tu sambung jejalan beli barang kat Teow Soon Huat Shopping Mall..Sempat lagi Khalish tu dok ngecek Ibu dia suh sponsor dia nak naik mainan bergerak setempat tu..Then pi jejalan kat bazar pekan kuah sebab Ibu nak cari minyak gamat buat souvenir untuk kengkawan GSF.. Macam biasa la memang banyak 'trap' kat bazar camtu..semua tu mengkopakkan not2 bernilai dalam wallet Abah Khalish..ha ha.. Tengok la Khalish dah sambaq satu topi bentuk buaya..Tapi dia bukan buat topi sebaliknya buat topeng sambil gerak2 mulut buaya tu..memang tergelak sakan kami tengok aksi Khalish tu..


M pun sempat sambaq baju sehelai kat butik feberet dahku ni...kalau nak diikutkan macam nak sambaq bebanyak tu..tapi sabaq2..x baik membazir.. Almari kat umah tu dah menjerit kata tak larat dok simpan baju dahku.dah nak termuntah dia...hi hi hi..

Bila tengok jam, mak ai!!! Dah kat jam 7 mlm...tu dia...cepatnya masa ni berlalu..time2 ngedate ni memang masa sangat mencemburui dahku ni..muahaha..So..lepas tu...balik umah la apa lagi...

Wassalam

Friday, January 04, 2013

Huda Syafiqah 's 1st Giveaway

Mood Ber GA sudah mariiii.Jom Join Ramai2

Klik banner cute ni untuk maklumat lanjut mengenai GA  ni..

Tag:

Wassalam

P/s: Wish Me luck ^_^




Ibu Khalish Bertemu Ibu Qalief

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Kali ni mai M nak cerita kat hangpa pasai pertemuan Ibu Khalish ngan Ibu Qalief..Actually pertemuan kami adalah sehari sebelum M bertolak ke Melaka untuk Gathering GSF ari tu.. Memula ingatkan dah tak sempat la nak jumpa...Tapi M tetapkan tekad nak jumpa gak ngan pemilik blog Its Story Time, Waniey & her family.. Walaupun kunjungan Waniey ke rumah M lewat malam, namun dahku setia menunggu Si Dia ni...Rugi la bila Waniey dah turun ke Langkawi tapi tak jumpa Si Matatajam ni kan. Muahahaha...

Waniey mai umah M ngan Suaminya, Ibunya n opkoz sweet n Ensem boy Qalief Rezza.. Seronok sangat dapat berjumpa dan bergebang ngan Waniey ni tau...Hubby ngan Ibu Waniey pun ramah tamah tau..Cuma Qalief ja yg pendiam skit, malu kot sebab baru kenal..hi hi..Terbayang-bayang ja senyuman Qalief yang sweet sesangat tu.. My Khalish tu x payah crita la, dalam dok demam2 tu pun siap dok merangkak bawah meja Jepun ala2 tengah training nak jadi tentera..hik hik hik..

Pict2 ni memang wajib la kan..Buat bukti dan kenangan sepanjang zaman ^_^
Yang bertudung coklat tu la Ibu Waniey..Baik dan ramah orangnya tau..

Tetamu VIP M malam tu, Waniey & Qalief..Alololo sweetnya Qalief..Ngantuk lagi la tu...Ibu Qalief pun cantik tau...Bertuah Abah Qalief (^_^)

Kami bersembang tak lama sangat sebab dah semakin lewat malam..Tak elok gak bebudak ni berembun tengah2 malam..Plak tu perjalanan nak balik ke hotel pun agak jauh dr umah M ni.. Anyway Tq so much dear Waniey n family sebab sudi mai umah akak ni....Hope dapat jumpa lagi ye dear n Tq untuk coin pouch comel tu..

Klik pict Waniey & Qalief untuk ke blog Waniey yek

Wassalam

p/s: Hepi Besday untuk Qalief Rezza..Dah genap 3 tahun hari ni..Doakan Qalief cepat sembuh dari demam yek kengkawan..

Thursday, January 03, 2013

Terima Kasih Sahabat GSF


Assalamualaikum & Salam Ukhuwah

Kali ni M nak cerita pasai hadiah2 yang M terima masa gathering kat Melaka hari tu.. Memang tak sangka sangat ramai yang bermurah hati nak hadiahkan something sebagai kenang-kenangan..


Tengok tu macam2 adooooo..Bertuahnya dahku ^_^v

Yang ni hadiah dari Big Boss GSF, Mama Arina..Mama bagi tudung, keychain dari Bandung dan Sabah( tempat kelahiran Mama), kepit baju cute dan kad yang comel


Ni plak dari adik2ku Cik Nur & Cik Ai...Beg pepel cute tu hadiah dari Nur dan pastinya brooch gojes tu  dari Ai

Hadiah2 ni pulak pemberian Cute Mama Lelamaisara
Bekas pink yg bercermin kat dalam tu cantik sangat, Lela sertakan jugak ketip kuku dan sebatang pen..


Walaupun tak dapat join, Dya tetap bermurah hati hadiahkan souvenir keychain dari Cameron Highland


Dan yang ni plak, hasil cabutan pertukaran hadiah..Hadiah ni dari Mama Arina..M dah siap melaram gelang2 tu Mama..hi hi..Brooch tu pun cantik tau! Rose lagi....so sweet ^_^

Alhamdulillah...syukur pada Allah...Semoga murah rezeki kengkawan semua yg sangat2 murah hati ni.. Kalau ada gathering yg kedua nanti, kita tukaq2 hadiah lagi yek kengkawan..

Wassalam



Sanah Helwah Abah Khalish




*Hari ni genaplah usia Cinta Hati dahku yang ke 34*

Semoga Allah:

Panjangkan Usia Abang
Memberkati Rezeki Yang Dikurniakan Kpd Abang
Memberikan Kesihatan Yang Baik Pada Abang
Mempermudahkan Segala Urusan Abang
Memberikan Perlindungan Kepada Abang
Memberikan Kebahagiaan Di Dunia & Di Akhirat Kepada Abang

Aaamiinn 


Wassalam

p/s: Doakan yang terbaik untuk my hubby yek..TQ ^_^