Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Sunday, May 26, 2013

"Duo Big Giveaway!


Jom join ramai-ramai

"Duo Big Giveaway!


Due Date 8 Jun 2012
Click Banner! 




Big Thanks To :

Nabila MedanShafawi, Mizna Online Shop, Zuwairish Shophouse Page, Easy Boutique,FizgraphicFaizah WahabNorbai'ahAddin Aisyah, Mahirah, DybaSalamah Qalish


Wish me luck ^_^v


Wassalam

Wednesday, May 22, 2013

WW: Have a break with KitKat

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, May 21, 2013

One Woman Can Beauty Contest - Mary Kay


Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contestuntuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki


Monday, May 20, 2013

Faizy Crystal Glass Blowing


Baru-baru ni M ada ikut my hubby ke Faizy Crystal Glass Blowing..Kat situ banyak sangat dijual barang2 kristal yang ohsem gitew..memang kilauan kristal tu bleh kopakkan beg duit Sesapa yang tengok..hi hi.. 

Maybe ramai yang tak tau pasal Faizy Crystal ni kalau tak jelajah Langkawi betoi2.. Ia terletak kat belakang bangunan Kompleks Kraf Langkawi.. Faizy Crystal ni bukan jual barang kristal ja tau tapi siap hangpa semua bleh tengok camna proses buat barang2 kristal tu..

Kawasan depan bangunan...

Pintu masuk ke ruang showroom..Bila melangkah masuk ja, pasti hangpa akan terpukau dengan kilauan kristal kat situ *_*

Ia beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Sabtu hingga Khamis..Kalau pi ari Jumaat sure nangis la kan..public holiday pun depa tutup gak.. Lunch break depa tutup sat..pastu bukak balik..Bleh la terjah kan..

Ok la, M nak tayang barang2 kristal yang ada kat showroom Faizy Crystal Glass
Blowing..Layan okayssss...



So lepas ni bleh la hangpa singgah ke sini kalau mai ke Langkawi yek..pelbagai cenderahati bleh sambaq kat sini..harga serendah 10 hengget..kira ok la tu kan.. Barang cantik menarik tertarik memang da booommmm...kalau hadiah kat family atau yang tersayang mesti depa lep lep kat hangpa lebih tau..

Wassalam


p/s: teringat memori masa keja kat Langkawii Crystaal Sdn Bhd dedulu ni...hmmmmm..

Thursday, May 16, 2013

Menang Tiket Wayang Dari Klips.My


Alhamdulillah..selepas beberapa percubaan akhirnya menang jugak tiket wayang dari Klips.My.. 
Ada yang tak tau lagi ka pasal Klips.My ni... Ha! Cer terjah KLIPS.MY. Lepas abih baca entry M ni la kan..hi hi...jangan la sampai punya eksaited nak menang tak sempat plak baca entry ni sampai abih.. Sedih la dahku nanti...

Nak cerita la skit asalnya M tau pasal Klips.My ni dari salah sorang rakan GSF iaitu MV. MV pun pernah menang tiket wayang dari Klips.My ni... So, M pun terjah la website Klips.My, lepas register M pun try la mana tau kot2 Ada rezeki dahku dapat Tiket wayang free..Memula tu sedih gak la kan sebab tak dapat..dah tak dak rezeki Redha ja la kan..

Namun, dengan tak disangka-sangka petang tadi masa M tengah dok layan makan laksa, M dapat call dari seseorang..Siap speaking omputih..M pun balas speaking London tak hengat la kauuu. Muahahahaaaa....Caller tu habaq kata dia dari Klips.My dan bagitau M menang dua tiket wayang 99 Kali rindu...Alaaa yang Wawa Zainal kembaq M berlakon tu...kih kih kih..sila jgn termuntah yek >_<
Teruja sungguh bila menang Tiket wayang free..terjakun seketika -.-'

Then, pihak Klips.My suh M balas email yang depa hantaq kat M beserta my details.. Tq so much Klips.My sebab sudi pilih M sebagai salah sorang pemenang...

Sesapa yang berminat nak dapat tiket wayang free macam M & MV terjah lah Klips.My yek, mana la tau  kalau ada rezeki hangpa plak lepas ni.. best of luck ^_^

Wassalam

Wednesday, May 15, 2013

Happy 24th Birthday Ayu


Alahai Mintak mahap yek Ayu, akak terlambat wish besday untuk Ayu, semalam tak sempat nak blogging.. Ada urusan keluarga yang perlu diselesaikan.. Jangan marah yek...

Anyway this is for u dear

Cute kan Ayu ni ^_^ sentiasa ayuuuu jer..
Momen indah kita berdua tak pernah akak lupakan..u r so sweet dear..

Selamat Hari Lahir yang ke 24 tahun Ayu

Semoga segala impian dan doa Ayu dimakbulkan Allah swt..
-Aaaminnn-

Wassalam


Kata hati akak: Semoga persahabatan kita berkekalan hingga hujung nyawa.. Kawen ngan Mr. Anip nanti jangan lupa jemput tau ^_^

Sunday, May 12, 2013

Tadika Al Fikrah Sport's Day

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^
(Muhammad Naufal Khalish Yang Soleh & Bijaksana)

Walaupun hari sukan ni dah berlangsung beberapa minggu lepas, M tetap nak abadikan kenangan Khalish bersukan di kompleks sukan Langkawi kat blog ni..tapi sayangnya tak banyak yang M captured sebab jarak parents duduk ngan tempat students berkumpul agak jauh terpisah.. Maybe cikgu2 risau kalau dekat nanti ada la yang nak 'bertempek' ngan mak bapak ja kan..muahaha..

Memang happening sangat tengok gelagat bebudak yang comey lotey ni beraksi..hi hi..acara perbarisan yang paling meriah dan mencuit hati..apa tak nya bila berbaris semua ok ja tapi bila dah start berjalan dan berarak beramai2 abih berterabur barisan tu ^_^

Khalish berada dalam kumpulan rumah Biru..

Khalish masuk acara lari bawak baton..tengok tu sempat lagi dok posing..hi hi..

Agak sedih dan terkilan jugak la sebab group Khalish tak menang T_T , semuanya sebab salah sorang kawan Khalish tak bersedia dan asyik nangis ja..hu hu -.-' jenuh gak la M dan my hubby dok pujuk Khalish supaya stop nangis sebab tak dapat medal...Perkara dah lepas nak buat camna kan...Tahun depan cuba lagi yek anak ibu cayang...

Wassalam

Wednesday, May 08, 2013

Happy Belated Birthday My Dear Blog

Alahai my blog rupa-rupanya dah setahun usianya...aduii camna la dahku bleh terlupa 1 April yang lepas ni T_T tsskkkk.dah sebulan terlepas birthday my blog ni..Jangan majuk yek my dear blog..Sat saja masa berlalu kan..tak terasa pun yg M dah terjebak ngan dunia blogging selama setahun...

Happy 1st Birthday Blog Mai Nak Cerita by Si Matatajam

Special Birthday Song For U


Pelbagai pengalaman pahit manis M rasa sepanjang berbelog ni..Dan yang paling best bila diiktiraf sebagai ahli keluarga GSF yang happening dan gwiyomi ahli2nya.. Hope Ukhuwah antara kita berpanjangan dan berkekalan..Bagi semua kengkawan dan silent readers yang setia berkunjung ke sini, M ucapkan bebanyak terima kasih.. Terharu dahku tau... Sayang hangpa sesangat...

Doakan M success dalam dunia blogging yek ^_^

Wassalam

Tuesday, May 07, 2013

Kreativiti Perang Bendera PRU13


Walaupun PRU13 dah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas tapi bahangnya masih lagi terasa kan..Pada tahun ni M tengok perang bendera memang hangat tau..Masing2 nak menunjukkan kreativiti merekabentuk pelbagai objek yang unik2 gitew.. 


Jom layan pict2 yang M dah snap..tapi ni cuma sebahagian ja tau..banyak lagi yang M tengok tapi tak sempat nak snap2 -.- 










Amacam kreatif tak?

Monday, May 06, 2013

05052013: PRU13, Pengalaman Pertama Mengundi.

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Tanggal 5 Mei 2013, merupakan hari bersejarah dalam hidup M sebab itulah M keluar mengundi buat kali pertama dalam pilihanraya negara Malaysia bumi tercinta...Sepatutnya ni adalah kali kedua tapi disebabkan sebelum ni tak pernah minat bab2 politik ni, tak rasa hal tu penting pun  so buat tak kisah ja..tssssk T_T rugi rasanya...

Tapi bila dah umoq ni menginjak 3 series baru terasa pentingnya dalam menunaikan hak dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui pemerintahan negara kita.. Dengan semangat yang berkobar-kobar, pagi kelmarin M pun balik ke kampung mak ayah M untuk mengundi.. Tapi disebabkan M nak pi mengundi secara berjemaah ngan Mak dan adik M so terpaksa la tunggu adik M yang bekerja shif pagi balik kerja petang tu..hu hu hu.. Sepanjang dok tunggu tu M dok tengok ja la gelagat pengundi-pengundi yang menuju ke pusat mengundi yang tak jauh dari umah mak ayah M..


Barisan Nasional dan Pas antara parti yang saling bersaing dan mempunyai pengaruh besaq di kampung M..


Di sini tercatat sejarah buat diri dahku... M kena saluran 4.. Disebabkan dah petang tak payah nak beratur panjang2... Alhamdulillah...selesai sudah tanggung jawab dahku sebagai rakyat Malaysia..


Trending PRU 13, masing2 pakat tayang jari berinai biru buat kenangan. Hi hi...


Semalam pakat dok berjaga la mata M ngan my hubby nak tengok keputusan...last2 TV yang tengok kami -.-' aduhaiii...sedaq2 tengok DS Najib dah buat ucapan sebab BN menang besaq...Semoga pemerintah negara  yang menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia dapat melaksanakan tanggung jawab dengan jujur, amanah dan prihatin terhadap masalah rakyat..Mudah-mudahan....Jangan la mensia-siakan kepercayaan yang rakyat telah bagi tu...

Wassalam

Hari Bersama Rakyat Kg. Bohor Merah


Apa habaq semua pembaca blog Mai Nak Cerita? Hope semua sihat dan sentiasa dilindungi Allah SWT.. Sori la sebab dh jarang hapdet.... Ada yang rindu ka? Muahahahaaaa perasan plak dahku ni -.-'

Cerita ni dua minggu lepas punya, tapi nak story mori gak la buat kenangan sebab ada cerita pasai my Khalish nih. Masa tu ada hari ramah mesra YB DUN Ayer Hangat dengan penduduk kampung Bohor Merah, ni kampung mak ayah M.. So, kebetulan M bawa Khalish balik sana, M pun bawa Khalish join sama aktiviti yg dianjurkan..

Jom tengok pict yang snap2 hari tu ^_^

Khalish join game bola beracun... Tiup belon tu dia tak dapat nak join sebab peserta semua besaq2 daripada dia..hi hi..sebab tu tiup belon luaq gelanggang ja..ha ha..sian Khalish... Apa2 pun enjoy kan sayang ibu..

Still berlatih lagi meniup belon..dah makin terer tu..hi hi..teruja sungguh dia bila bleh tiup belon sampai besaq camtu..

Susun puzzle ni opkoz la untuk bebudak besaq gak..Khalish merengek nak masuk game ni tapi tak layak untuk umoq dia tu... Kalau  kat umah, Khalish suka main susun puzzle ni ngan Ibu kan sayang..

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang oleh YB yang hadir..sian Khalish tengok orang lain ja amik hadiah..nasib baik akhir majlis ada souvenir untuk semua bebudak yang ada hadir..Baru la sejuk hati Khalish dapat ' hadiah' gak..

Happening majlis tu tau...majlis macam ni seeloknya dianjurkan selalu sebab dapat eratkan ikatan silaturrahim antara penduduk kampung..ya la kan skang ni ramai yang bekerja dan jarang dapat bertegur sapa -.-

Wassalam

Sunday, May 05, 2013

Selamat Mengundi Rakyat Malaysia


5 Mei 2013, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia dah tiba...
Berdebaq-debaq ja M rasa nak mengundi hari ni...
Rasanya M nak undi parti.......opppsss undi adalah rahsia ;p..
Harap2 semuanya bakal berjalan dengan lancar..
Janganlah ada rusuhan atau apa2 halangan yang melintang ketika proses mengundi tu nanti..

Kepada petugas2 di pusat-pusat mengundi, laksanakan tanggung jawab anda dengan jujur, telus dan penuh amanah..Kerana Allah SWT Maha Mengetahui setiap perilaku anda semua...

Semoga pilihan yang M & kengkawan semua buat nanti adalah satu keputusan yang bijak dan terbaik untuk agama, bangsa dan negara kita.. Tak mau la negara kita porak peranda akibat segelintir pihak yang ter 'over' taksub menyokong parti pilihan depa tu...tak mau la ada yang mencaci sesama umat Islam akibat terlalu fanatik membela parti yang disokong tu...

KITA SEMUA KENA BERSATU!

Ingat tu!

Kalau kita saling bergaduh dan pecah belah, bangsa kita akan semakin goyah..
Jangan la kita jadi hamba di negara sendiri..
Tak mau..tak mau..tak mau...tak mau macam tu tau..

Akhir kata dari Si Matatajam, 

SELAMAT MENGUNDI KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA(pada yg layak la)
undilah dengan penuh berhemah & buatlah pilihan yang bijak.

(Tetiba rasa macam wakil rakyat plak..-.-')



Wassalam


P/s: Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, Ini Kalilah ^_^v

Thursday, May 02, 2013

Adab & Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung & Bersalin


PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1.Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2.Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3.Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4.Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5.Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

♥ Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri ♥

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati.

* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.

dipetik dari : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Wednesday, May 01, 2013

WW: Kenangan ^_^



Agak2 yang mana satu M kat dalam pict tu..hi hi ^_^v