Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, August 29, 2013

Raya Kami 2013


Firstly M nak ucapkan maaf bebanyak kat kengkawan semua sebab tak dapat nak ziarah ke blog hangpa semua..ni semua sebab tenet kat umah M problem lagi..macam biasa la cable TM dikebas lagi...Memang sawan la M bila tak bleh nak surf internet kat umah ni sejak hari raya kedua yang lepas ni...tension sangat...banyak cerita yang nak dikongsi bersama dah jadi lapuk dan basi... Hmmm Sabaq ja la kan... Dua kali buat report baru nak settle...Aduiii...

Mungkin entry ni agak basi tapi M tetap nak share sekeping dua photo hari raya M sekeluarga kat my blog ni sekadar kenangan di masa depan... Macam biasa, Syawal disambut sederhana setiap tahun..takda la grand sangat kan..bersederhana kan lebih baik ^_^ warna hitam menjadi warna pilihan kami tahun ni..

My small family sebelah M

Ibu, Abah & Khalish....Luv them both ^_^

Sukanya dia dapat wit raya dari Ibu & Abah...yang paling suka sebab duit tu dok dalam sampul Upin Ipin..

Bila dah jadi mak abah ni, kita takda la eksaited sangat kan bila time beraya ni...just seronok tengok anak happy bila beraya....bergaya ngan baju raya & jumpa sanak saudara yang setahun sekali bleh jumpa nih...masing2 nak bercerita..ha ha...meriah sungguh time tu...

Ok la tu je la M nak cerita, kalau cerita bebanyak ada yang muntah pelangi plak kan...hi hi ;p


Wassalam


p/s: tak sabaq nak sambut raya 6 hari Ahad ni.. Orang lain dah beraya, M dah ketinggalan rasanya -.-'








Tuesday, August 06, 2013

Kad Raya, Bookmark Raya & Kad Jemputan Kawen Raya ^_^


Wah! Sukanya hati ni bila encik posmen singgah my umah..dalam hati dok kata ni mesti ada kad raya untuk Si Matatajam..hi hi hi...Yes! Memang betoi pun..hati berbunga riang tetiba... Walaupun tahun ni tak semeriah tahun lepas, tapi masih ada yang sudi bagi kad raya kat M ni.. Tq so much friends.. In Shaa Allah kalau takda aral melintang, tahun depan M balas yek..


Jom tengok kad raya yang M terima ^_^


(Kiri)Bookmark raya dari Ina IntaNBerliaN..comey sangat anak2 Ina kan..
(Kanan) Bookmark raya dari Jemari Suri @ kak Maz beserta sampul raya satu set..

(Kiri) kad raya dari Cik Misi Masha..penuh tulisan dia kat dalam tu...seronok M baca ^_^
(Kanan) Kad raya dari Aima Kaim..lucu M tengok katun dekat kad tu..sampai terjelir lidah nak hadap juadah di hari raya..ha ha ha

Yang ni pulak kad raya dari blogger femes emes Hazwan Hairy..

Terima kasih yang tak terhingga dari M yek kengkawan semua..pemberian hangpa memang special sangat..suka akak ni tau..klik ja nama depa kalau nak ke blog kengkawan M ni yek.

Ops! Lupa plak ada satu lagi kad yang M terima tapi bukan kad raya tau...
Kad jemputan ke Majlis Perkahwinan member GSF Yana L... Terima Kasih Yana sebab sudi jemput akak tapi maaf la sebab tak dapat nak pi sebab my hubby kata bajet dah lari..hu hu hu.. Tapi kalau Yana mai honeymoon kat Langkawi, ada hadiah special yang menanti tau!

Wassalam

Monday, August 05, 2013

Khasiat & Keistimewaan Cuka Kurma


Salam Ramadhan to all my friends & readers

Petang tadi masa M jejalan cari makan kat bazar Ramadhan Kuah, M terpandang kat satu booth yang 
menjual produk Yusuf Taiyoob yang terkenal ngan buah kurmanya..tapi yang menarik perhatian M sebenarnya adalah pada satu benda ni yang M dah lama tercari-cari.. Nak tau apa dia? 

Cer tengok kat bawah ni 
v
v
v
Ni dia...Cuka Kurma atau dalam bahasa Arabnya Khal tamar atau pun omputih panggil date vinegarM beli sebotol (500ml) dengan harga 20 hengget..ok la kot harga tu..

Banyak khasiat khal ni sebenaqnya... Antara keistimewaan cuka kurma yang terkandung dalam kitab Al Qanun Fi Al-Tib ( Ibnu Sina) & Al-Tib Al -Nawawi ( Ibnu Qaiyyim) adalah:

Dapat melancarkan aliran darah
Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan seperti bisul dan kanser
Mengatasi proses pencernaan makanan dalam perut
Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan 
Menurunkan tahap kolestrol ( ni yang buat M bersemangat nak makan Khal ni)
Mengimbangi tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
Membakar kalori dengan cepat ( yang ni pun buat M tak sabaq nak amalkan khal ni)
Membuang toksin
Merawat masalah rahim
Merawat masalah hempedu
Memperbaiki fungsi limpa
Mengurangkan masalah panas badan
  Dan banyak lagi ^_^

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya " Sesungguhnya Khal itu adalah makanan Nabi-Nabi terdahulu sebelum Aku" . Ni menunjukkan Khal adalah minuman kesihatan Sunnah para Nabi yang 
sepatutnya diamalkan oleh semua umat Islam

Jadi, jom kita amalkan makanan yang menjadi Sunnah Nabi kesayangan kita Muhammad SAW ni yek... Apa yang Nabi amalkan pastinya terbaik buat umatnya jugak.
Wassalam

Friday, August 02, 2013

Hari- hari Terakhir Ramadhan


Salam Ramadhan to all my friends & readers

Sat ja rasa masa ni berlalu, kita dah berada di penghujung bulan Ramadhan.. Rasa macam tak cukup ja amalan yang dilakukan sepanjang Ramadhan ni kan. Belum tentu lagi nak bertemu Ramadhan yang seterusnya..


Jadi, sama2 la kita pulun sakan untuk meningkatkan amalan kita di hari2 terakhir ni.. 
Semoga Allah menerima segala amalan yg kita lakukan...
Aaminnn

Wassalam

P/s: pesanan untuk diri sendiri yang selalu leka -.-'