Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Saturday, November 30, 2013

Terpaksa....



Sebelum M mulakan cerita kali ni, M nak ucapkan tahniah pada kengkawan GSFians yang dah selamat melahirkan baby termasuklah big boss GSF yang dikurniakan baby boy baru2 ni.. Alhamdulillah...

K, continue Cerita Sebenaqnya...

Lamanya tak dapat jenguk my blog ni, bukan setakat bersawang ja tapi dah siap berlumut dah pun... Haduiiii... Mintak mahap bebanyak la pada kengkawan yg singgah sini tapi tak dapat kunjungan balas dari M...
 
Semuanya berpunca daripada kecurian cable TM kat kawasan umah M yang asyik berulang akhir2 ni... Akhirnya TM amik keputusan blacklist dah kawasan tu Dan ni bermakna dah takda la WiFi dahku dan  M dah tak dapat nak bertenet sepuas hati termasuklah berbelog macam dulu..huwaaaa.. Sedihnya hati

Lepas ni pastinya dah tak dapat la M nak jadi blogger tegar & ziarah blog kengkawan terutamanya GSFians yg sangat2 dirindui  T.T i'M sorryyyyyy......

 Untuk mengelakkan M dari buta internet terus menerus, my hubby suh amik alternatif lain kalau nak bertenet, so M amik data plan Celcom untuk my hp je. Tapi nak blogging memang susah la sebab kelajuan macam siput sedut.. Setakat FB, wassap & weChat je la yg ok pun. Bleh la asalkan dapat chat2 ngan kengkawan dunia maya ni kat laman sosial tu.. Kalau nak berbelog kena singgah umah my Mak sebab kat sini ada WiFi.. Tu pun sekali sekala je la sebab jarak umah M ngan umah my Mak jauh gak...

In Shaa Allah kalau M berpeluang blogging, M balas kunjungan ke blog kengkawan yek..

Segala-galanya bukan ku rela tapi TERPAKSA!

Wassalam



P/s: Tengah pikiaq nak wat entry auto hapdet ja la lepas ni..