Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Sunday, January 31, 2016

Kasyfi Sudah Makin Sembuh

Assalamualaikum

Alhamdulillah chicken pox yang menyerang my baby Kasyfi dah makin sembuh.. Bintil2 dah tak berair.. Tapi gatal2 tu tetap menganggu Kasyfi.. Semalam kesian kat my baby tak dapat tidoq nyenyak sebab gatal2 kat mata dia coz bintil2 tu keluar kat sekitar mata..nangis2 je dia... Ibu pun tumpang nangis.. Huwaaa tak menahan tengok keadaan anak..


   (putih2 tu M sapu calamine lotion utk kurangkan rasa gatal sebab lotion ni sejuk ja & dapat kurangkan rasa gatal2 kesan chicken pox tu)

Malam ni  M tengok bintil2 tu dah matang dan 'bermata hitam' ( macam kat dalam pict atas tu). Meaning, chicken pox dah mula nak berkerak.. Lepas berkerak & berparut, chicken pox akan sembuh sepenuhnya dan pastinya parut tu ambil masa la nak hilang.. 

Moga Allah sembuhkan anak ibu Mirza Al-Kasyfi.. Aaminnnn...

Wassalam

Friday, January 29, 2016

Apa Cerita Kasyfi?


Assalamualaikum 

Hari ni M nak sambung cerita pasal Kasyfi yg dijangkiti chicken pox daripada abang dia Khalish.. Khalish dah sembuh cuma ada parut2 skit..


 Ni hari pertama Kasyfi kena chicken pox @ cacar air @ campak besaq orang Kedah kata.. Bintil2 mula naik, ada berair & ada yg tak berair lagi.. Belum matang agaknya.. Awal pagi kelmarin M mandikan Kasyfi dengan air daun semambu.. Then bagi minum ayaq nyok / air kelapa... Nasib baik la Kasyfi ni memang suka minum ayaq nyoq. Petua orang tua2 kata minum ayaq nyoq bagi cepat keluar campak besaq tu...

Tempat tidur Kasyfi pulak M lapik kain batik yang di alas kat bawahnya dengan daun semambu jugak..ni petua orang tua2 jugak katanya nak bagi hilang miang @ gatal campak besaq tu..


Ni la keadaan my Kasyfi hari ni. Bintil2 campak tu makin banyak yg keluar.. M tengok  kat kaki pun dah mula keluar.. Harap2 cepat la si kecik ni sembuh.. Sedih juga hati ni bila tengok my baby kecik2 dh kena campak besaq ni.. Paling tak tahan tengok bila dia terliuk-liuk gosok badan kat tempat tidoq, tergaru-garu kepala sebab gatal.. Huhuhu.. 

Jangan lupa doakan Mirza Al-Kasyfi cepat sembuh ye kengkawan M semua...  

p/s: ada lagi tak petua2 tentang cacar air  yg kengkawan amalkan? Bleh share ngan M kat ruang komen.. Tq sudi singgah my blog..

Thursday, January 28, 2016

Chicken Pox Menyerang!!!

Assalamualaikum

Lama M tak muncul tetiba malam ni nak berkongsi pengalaman anak2 M yg diserang penyakit cacar air @ omputih kata 'chicken pox' @ orang kampung kami panggil demam campak besaq baq hang.. 


Memula anak sulung dahku,khalish yang   kena... M & asben takda experience anak2 kena cacar air @ demam campak besaq ni.. Mula2  khalish dia muntah then ada panas2 badan skit.. Lepas 2 tiga hari naik la bintil2 merah kat badan.. M ingat ruam biasa pastu makin besaq siap ada air plak dlm bintil tu.. Dalam hati rasa tak sedap dah.. Kata ngan asben, "campak besaq apa ni", asben M pun fikir yang sama... 

Esoknya kami ambik keputusan jumpa doktor klinik homeopati & jumpa 'pakar demam campak' kat Langkawi ni nama pak cik tu haji Man serawa... Dia bacakan doa penawar campak dlm air mineral utk bg Khalish minum & mandi..

Alhamdulillah lepas seminggu ni Khalish dah makin sembuh & dah boleh pi sekolah..

Tapi cacar air @ demam campak yg disebabkan oleh virus Varicella-zoster ni tak terhenti kat situ saja, macam yg kita semua tau la demam campak ni memang berjangkit.. Apa yg M risaukan jadi juga. Kasyfi pun dah tunjukkan tanda2 yg sama.. Kun Fa Ya kun.. Kita memang tak boleh nak halang ketentuan Allah swt.. Mungkin ni ujian utk M & asben dalam membesarkan anak2 kami.. 

Mula dengan suhu badan yg naik malam ni, diikuti dengan bintil ruam kecik yg berair ( dah naik 3 biji)..  Pastinya esok akan makin keluar lagi la.. 

Kali ni M & asben akan mula cari remedi secepat mungkin untuk Kasyfi sebab kami dah tau lebih awal berbanding masa Khalish kena minggu lepas.. Pagi2 esok nak cari daun mambu / semambu untuk buat mandian & lapik tidur untuk hilangkan gatal2 badan.. Lepastu, cari ayaq nyoq / kelapa bagi Kasyfi minum untuk keluarkan cacar air tu dengan cepat.. Cepat keluar cepat sembuh kata orang tua2.

Kemudian, nak jumpa doktor homeopati & pastinya 'pakar demam campak' akan kami kunjungi sekali lagi.. Huhuhu...

Kalau kena demam campak pemakanan kena jaga, seafood atau benda2 gatal2 kena elakkan.. M juga ada tanya encik gugel, katanya elakkan makan telur & kicap.. Takut berparut hitam nanti.. 

Amalkan makan minyak kelapa dara  (vco) , minyak zaitun & vitamin E.. Tu untuk kuatkan imun badan dan untuk cepatkan parut tu hilang..

Sebab Kasyfi masih menyusu ngan ibu dia ni, so M pun kena turut berpantang la.. Meleleh ayaq lioq kalau tengok sotong goreng tepung lepas ni.. 

Doakan Kasyfi cepat sembuh ya kengkawan semua.. Syafakallah Mirza Al-Kasyfi.. Aaminn..
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers