Tuesday, May 08, 2012

Lidah Kelu Ketika Sakaratul Maut


Assalamualaikum(^__^)

Mai M nak cerita pasai apa kita sepatutnya menghormati laungan azan..

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.


Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin..amin

By: Dunia macam-macam
pict kredit: mr. google

22 comments:

  1. perkongsian yang baik. syukron kak :)

    ReplyDelete
  2. Tq... Yang baik jd teladan, yg jauh buang kat sempadan...he he..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kongsi info ni...seram pula mambacanya..hehe

    ReplyDelete
  4. terima kasih ingatkan
    minta dijauhkan lah
    harap, bila kita dah nak hampiri ajal, nak mengucap tu bagi lah senang


    belog ni, amal tengok tak ade HEARTBEAT
    HEARTBEAT tu macam nuffnang, boleh dapat duit even dengan blog
    meyh tengok tuto yang amal buat
    http://sayacikamal.blogspot.com/2012/05/cara-daftar-heartbeat.html

    ReplyDelete
  5. @QH: tq, SERAM? Bagus la tu... Lps ni mesti sentiasa beringat

    ReplyDelete
  6. @cik Amal: semoga kita dimatikan dalam iman.. Amin..

    ReplyDelete
  7. thx kak , mmg betulpun kene diamkan diri walaupuun sekejap kan.. contoh nya td masa sy kat kedai makan , azan berkumandang tetapi org di belakang saye sibuk berborak , kuat pulak tuh . dlm hati saya berkata mmg x tahu menhormati azan lansung . (: ape-2 pun entry yg bagus utk di kongsi .

    ReplyDelete
  8. Nice entry,sharing is caring.Dulu selalu gak pot pet pot pet tym azan.Skrg ni,insyaAllah nda sudah..Moga Allah ampunkan dosa saya,amiiin

    ReplyDelete
  9. @budakChoco: sebenaqnya mmg ramai yg tak alert hal ni... Tak pa, kita cuba ingatkan baik2 pada org terdekat ngan kita.

    ReplyDelete
  10. @cik adieb: dulu M pun sama. Harap Allah terima taubat kita yek...Amin....

    ReplyDelete
  11. Ya Allah semoga perkara ini di jauhkan..mari sama-sam kita diam bila time azan dilaungkan...=))))

    ReplyDelete
  12. 101% kompem tak jejas BE kak

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum, salam ukhwah. info yg menarik..tq sharing:)

    ReplyDelete
  14. semoga menjadi peringatan kpd kita semua...

    ReplyDelete
  15. nice sharing....da follow akk balik...thank(:

    ReplyDelete
  16. Terima kasih,saling ingat mengingati sesama umat

    ReplyDelete
  17. Salam M.
    Jangan ambil mudah.Nice info...tq for sharing.

    ReplyDelete
  18. @miza kimbum: tq dear ..keep in touch ^_^

    ReplyDelete
  19. @ainnorani: sesama, ya betoi tu...
    @nozie hany: sharing is caring kan ^_^

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)