Wednesday, July 04, 2012

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR



Assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua pembaca blog mymatatajam..Mai M nak cerita pasai jenis2 wajah mayat di dalam kubur...


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda
bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Syirik jangan buat main-main,dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak @ berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya.Antaranya mencuri, merompak dan melesapkan duit kawan.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.


p/s: Semoga mayat kita dalam keadaan tersenyum. Amin (^_____^)



Sumber:Asram Afzan
Diolah semula: Si Matatajam

18 comments:

  1. moga hidup dan mati ku kerana allah.. amin allahumma amin... :)

    ReplyDelete
  2. thanks M kongsi entry ni..
    tuk renungan & kesedaran bersama =p

    ReplyDelete
  3. Terima kasih sudi untuk dikongsi bersama...
    Sama2 la amalkannya...

    ReplyDelete
  4. moga kita dijauhi semua ini..kecuali yang terkahir..amin ;-)

    ReplyDelete
  5. menakutkan, peringatan untuk diri sendiri juga, salam perkenalan dear...i follow your blog

    ReplyDelete
  6. nice sharing kak..untuk renungan kita bersama :)

    ReplyDelete
  7. aminnnn. moge kita tergolong dlm org yang yg senyum.

    ReplyDelete
  8. tq for sharing akak....skrg suka tgk bnda2 cmni..hehe

    ReplyDelete
  9. sungguh ni..deqla pernah tengok wajah mayat yg no 7...sejuk hati ni tau...wajah arwah ayah deqla..subhanallah...Al-fatihah buat arwah ayah...

    ReplyDelete
  10. takutnya...masyaallah semoga kita dilindungi dr azab kubur..takot takot

    ReplyDelete
  11. Amin.. mesti semua nak yg no 7 kan. cik na pun. :)

    ReplyDelete
  12. Allahuakbar insaf ....mcam manalah amalan kita nak bawa nie...kalu "kosong"....
    Thanks because sharing....

    ReplyDelete
  13. nice sharing kak, sama-sama kita berubah ke arah yang baik :)

    ReplyDelete
  14. moga Allah swt mengampunkan semua dosa2 kita..amin...

    ReplyDelete
  15. mudah-mudahan yang baik2 saja...amin ..
    jom singgah sini
    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/07/kami-blogger-dari.html

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)