Wednesday, July 25, 2012

Ayam Masak Serai







Salam Ramadhan kengkawan M semua..

Hari ni tetiba teringin plak nak share ngan hangpa semua menu buka posa semalam..
Actually, M baru ja try resepi ni so dengan kata lain my first try la kan..
Tapi rupa-rupanya memang sedap la..tambah2 plak kalau makan ngan nasi panas2..Perghhh! terangkat la..
My hubby ngan my Khalish pun berselera ja makan semalam..

So hari ni kalau sesapa yg tak dak idea nak masak cam M semalam, bleh la try resepi ni..
 Resepi ni M jumpa kat Fotopages Mamazieza

Ni resepinya (M copy n paste dari mamazieza)

Ayam Masak Serai
Sumber : maklang lina

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

Nota
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam 


**Selamat Mencuba**



15 comments:

  1. wahhhh resepi tuh..mesti sedap ni

    ReplyDelete
  2. nmpk myelerakan ayam msk seraintu...skrg mmg tgh top lauk ni...kt blog n fb...nk cuba jugak nti..

    ReplyDelete
  3. menarik sgt2...
    nk cuba buat gak la..

    ReplyDelete
  4. nampak sedap...tgk mcm ala2 rendang pun ada...terliurnya...

    ReplyDelete
  5. sedap ek.. lenkali nak try gak la :-)

    ReplyDelete
  6. wah menarik. nak try juga la. tq share resepi M.

    ReplyDelete
  7. boleh try kat ayam isi daging ni ;)

    ReplyDelete
  8. wah2 sedap nye,,nak try nanti..

    ReplyDelete
  9. resepi baru ni...xpernah try lg...kena cuba pas ni hihi

    ReplyDelete
  10. nak buatlah sbb dr dulu mmg nurul suka sangat dengan makanan yang ada letak serai

    ReplyDelete
  11. letak kicap pun sodap ni. hee.

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)