BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.
Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.
Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.
Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.
Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan.
Sumber:Sinar Harian ( kalau nak baca berita yang menarik lagi klik la link ni)
p/s: Agak2 hangpa la kan, apa punca terjadinya lubang tu? Mai pakat2 pikiaq bagi jawapan..
ada bc kat fb pg tadi..entahlah..kan main besar kan lubang tuu...
ReplyDeletemacam pasir jerlus pulak..huhu..
ReplyDeleteHanya ALLAH maha mengetahui M..
ReplyDeletesebenarnya byk lagi lubang2 besar di dunia ni.. dan yg terbaru di china ni lah...
pernah dengar x kisah yakjud dan makjud..?
Seram kalau baca kisah yakjud dan makjud tu, macam berkaitan..tapi apa2pun, hanya ALLAH maha mengetahui..
Allahu a'lam..
yeake? lubang ape la tu...takotla pulak...
ReplyDeletedah mcm cte omputeh tu,knon2 ada alien...kiki...saje bagi selingan je...hehe
tadi ada baca kat sinar. mcm terhakis air bawah tanah je kan. bahaya betul.
ReplyDeletecamner leh jadi tu..
ReplyDeletemisteri betoi lubang ni yer..
ReplyDelete