Sunday, July 08, 2012

Misteri Jenazah Berpuluh Tahun Tidak Reput

Assalamualaikum (^_^)

Mai M nak cerita kali ni pasai satu kisah misteri jenazah yang tak reput....semoga ia menjadi tauladan kita bersama.. Renung-renungkan...

“Jenazah Misteri” membuatkan tiga penggali kubur tergamam apabila menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika mereka menggali liang lahad itu untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam. Peristiwa ini berlaku di Kangar.

Mayat lelaki yang tidak dikenali itu ditemui sebaik sahaja mereka menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter. Mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur. Kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur tersebut berkata penemuan jenazah itu amat mengejutkan, kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong. keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

“Selama 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini. Sepanjang pengetahuan, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat.”

“Tergamam apabila melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia, ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru, sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama, penemuan mayat berkenaan adalah suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur.” – kata mereka. Subhanallah….

Renungan – Sepuluh Golongan Yang Mayatnya Tidak Reput Dan Busuk

Didalam hadis Rasulullah s.a.w pernah menyebut mengenai sepuluh golongan yang mayatnya tidak reput dan tidak busuk, mereka akan bangkit dalam keadaan tubuh yang asal diwaktu mati :

1. Para Nabi

2. Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama’

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah r.a. sabda Rasulullah s.a.w.: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah s.w.t. memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan dan buah buahan syurga.”Maka Malaikat Ridhwan menyeru sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah s.w.t. di dalam Surah Al-Haaqqah yang bermaksud :
(Masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan):
“Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!”

(Surah Al-Haaqqah :24)Sesungguhnya Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

“Dan (ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.”
(Surah Al-Baqarah: 237)

Wallahu’alam….

Sumber:Misteri keajaiban alam (Sumber asal:Hasnul Hadi)


p/s: kalau ada sebarang maklumat yg bercanggah dalam entry ni atau entry2 lain sila maklumkan pada M na..M insan biasa yang masih mencari ilmu dan banyak kekurangannya.. Wassalam..

19 comments:

  1. info baik..terima kasih atas perkongsian..

    salam ziarah dan folo dari waalid

    ReplyDelete
  2. subhanallah....semoga kita tergolong diantara mereka yang dilindungi ALLAH...amin..

    ReplyDelete
  3. beruntunglah mereka yang terpelihara dr azab kerana amalan kebaikan mareka..

    ReplyDelete
  4. Semua yang terjadi dengan izin-NYA...nice entry kak...untuk renungan kita bersama

    ReplyDelete
  5. subhanallah..inilah kebesaran Allah..balasan yang baik menanti org2 yg terpilih..termasuk kita..insyaallah

    ReplyDelete
  6. wani tag akak kat sini

    http://wanieysqaliefsuka-ga-contest.blogspot.com/2012/07/cik-buaya-1st-giveaway-choose-your.html

    ReplyDelete
  7. subhanallah.. alangkah bertuahkan insan yg terpilih itu..

    ReplyDelete
  8. Subhanallah.. Kuasa Allah..
    tiada yang mampu menandingiNya.

    ReplyDelete
  9. Kuasa Tuhan kan... mesti dia banyak amal ibadat kan..

    ReplyDelete
  10. bertuah jenazah tu..sempurna jenazahnye

    ReplyDelete
  11. subhanallah.. mulia sungguh arwah. :)

    ReplyDelete
  12. subhanAllah! terase jauh rasenye utk capai semua tu..
    moga kita semua mndpt husnul khatimah..
    inshaAllah :)
    cendol kelik2 sini jugak :)

    ReplyDelete
  13. kuasa tuhan kan..perkongsian terbaik..

    ReplyDelete
  14. tu baru kat dunia kan. nnt kat sane tak tahu la mcm mane pulak.

    ReplyDelete
  15. Perkongsian yang bagus M....i likes it..go ahead..k

    ReplyDelete
  16. Subhanallah. sunggu hebat kuasa Allah. perkongsian menarik sis M. :)

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)