Tuesday, October 09, 2012

12 Cara Membina Mahligai Di Syurga




1- Sesiapa membina masjid dengan Ikhlas serta mengharapkan Keredhaan Allah SWT, Allah akan membalasinya sebagaimana pengorbanannya terhadap Allah SWT.

2- Sesiapa memberi sumbangan untuk pembinaan Rumah Allah SWT, Allah SWT akan membina sebuah rumah untuknya didalam Syurga.

3- Sesiapa menunaikan solat sunat 10 rakaat setiap hari selain daripada solat fardhu, Allah SWT akan membina sebuah rumah didalam Syurga.

4- Sesiapa memberi ruang untuk orang lain menunaikan solat dalam keadaan kesempitan, Allah membina sebuah Rumah untuknya di dalam syurga.

5- Melalui zikruallah terbinalah mahligai disyurga. Apabila seseorang hamba berhenti dari berzikir maka malaikat berhenti membina mahligai itu. Dan apabila ditanya "Mengapa kamu berhenti membina mahligai sifulan itu?" Mereka menjawab "Perbelanjaan belum tiba lagi"

6- Sesiapa mengalah dalam sesuatu perkara sedangkan ia di pihak yang benar maka Allah membina untuknya sebuah rumah di dalam Syurga.

7- Sesiapa bergurau dengan cara benar maka Allah SWT akan membina untuknya sebuah Rumah ditempat yang paling tinggi di dalam Syurga.

لاإله إلا الله وحده لاشريك له,له الملك وله الحمد يحيي ويميت وهو ح لايموت, بيده الخير وهو على كل شيء قدير

8- Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

9- Disyurga mereka yang menghafal al-quran akan membaca hafalan mereka,setiap satu ayat yang mereka hafal mereka akan menaiki satu tingkat syurga, dan apabila habis hafalan mereka maka ada yang berkata "Jika kamu menghafal lebih lagi nescaya kami akan membenarkan kamu menaiki ke tingkat yang lebih tinggi."

10- Sesiapa berada di dalam majlis yang berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat sepuluh ganjaran, Rasulullah akan mengunjungi setiap orang di dalam Syurga dan akan membalas setiap hamba yang berselawat ke atasnya yang berada dalam majlis.

11- Sesiapa membaca tahlil di atas setiap pagi maka nilainya lebih baik daripada menderma dengan emas dan wang ringgit, dan akan mendapat pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditulis untuknya 100 pahala, dihapuskan 100 dosa dan akan dibina untuknya tembok yang menghalang baginya daripada gangguan syaitan.

12- Sesiapa menziarahi kawannya yang sakit Allah SWT akan membina untuknya rumah di dalam Syurga yang dilengkapi dengan bilik yang amat indah, sepanjang perjalanan pulang dari rumah yang diziarahi Malaikat sentiasa memujinya
.



Sumber: http://www.facebook.com/RajaLoveRasulullah

Sumber Asal: PeribadiRasulullah

29 comments:

  1. SubhanaALLAH..byk caranya..
    cuma samada kita mahu lakukan ataupun tidak je kan..

    terima kaseh sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  2. nice info m...thank untuk perkongsian tersebut..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah...indahnya syurga MU Ya Allah...

    ReplyDelete
  4. memang tajam!

    8- Sesiapa memasuki pasar lalu membaca doa di atas, Allah SWT akan menulis untuknya sejuta pahala, menghapus sejuta dosa serta membina sebuah rumah untuknya di dalam Syurga.

    tak pernah tau pasal ini. sekarang sudah tahu:)

    ReplyDelete
  5. Allahurobbi...nampak sangat mudah..tapi berat kita nak buat dan istiqamah..kan...

    ReplyDelete
  6. saya doakan agar awak juga dihadiahkan sebuah mahligai di syurga oleh Allah kerana berkongsikan sesuatu yang berguna sebegini..amin..

    ReplyDelete
  7. so sweet...
    tq for sharing dear..

    ReplyDelete
  8. singgah bace...
    bagus betol share kat sini..leh jugak tau..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...dpat info yang baik untuk diingat..insha Allah..mekasih M :)

    ReplyDelete
  10. mudah sangat nak dapatkan rumah disyurga .. tp yg mudah itu lah yg sering melalaikan kite :( insyaallah sama2 lah kita membina mahligai disyurga ..

    ReplyDelete
  11. byk nye cara nk dpt pahal n msuk syurga... thanks share ye kak..

    btw, kalo 40 pcs, mmg agak mahal aa total sumer, huhu~.. akak leh je browse craft2 lain kat fb page sy kalo b'minat, hehe.. (facebook.com/gpandacraft)

    ReplyDelete
  12. Sesungguhnya, semua org mengidamkan syurga Allah.Semoga kita sentiasa berusaha keras untuknya...:)

    ReplyDelete
  13. Untuk dijadikan amalan, thanks dear :D

    ReplyDelete
  14. Ya Allah begitu mudah nk bina mahligai di syurga..mau dgn x jer kan..atas diri msg2

    ReplyDelete
  15. ilmu yang amat berguna...moga kita semua mendapat mahligai itu

    ReplyDelete
  16. perkongsian yg bagus..

    *done klik2 utk khalish

    ReplyDelete
  17. byk caranya kan cuma kita yg x nk buat.huhu

    ReplyDelete
  18. gud sharing m..insyaallah allah permudahkan semuanya jika kita sentiasa mengikut suruhannya

    ReplyDelete
  19. indahnya islam ni. bace doa masuk pasar pun ade peluang masuk syurga. ;)

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)