Monday, October 22, 2012

Petua Menjadi Isteri Terbaik


Bila M ada terbaca artikel ni kat FB, hati ni terus berkenan dan teruja nak berkongsi ngan rakan2 muslimah yang lain..Harap hangpa semua beroleh manfaat untuk keharmonian rumahtangga yek. Entry ni agak panjang, tapi rajin2 la baca sampai habis untuk manfaat diri kita jugak wahai para isteri.

1. Isteri yang cerdik - Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.

2. Pembantu dalam pengurusan kewangan keluarga - Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaj
a. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Pengurus dalam segala hal - Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘pengurus’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, dia akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami - Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak - Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri - Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Ketika suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain, maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej - Kalau suami anda nampak kacak di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik etika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua - Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.


*Wassalam*


Sumber:FB


36 comments:

  1. alhamdulillah..petua ni sgt berguna...insyaAllah kak..

    ReplyDelete
  2. nice ! nk jd isteri yg terbaik jgak..soon :D

    ReplyDelete
  3. insyaAllah...jom sesama jadi mcm ciri2 di atas.. =)

    ReplyDelete
  4. kan ke seronok jika suami hargai dgn buat kejutan ;)

    ReplyDelete
  5. amin..semoga kita mampu menjadi isteri yg baik buat suami kita ya :)

    ReplyDelete
  6. Nice entry... saya suka entry macam nie....moga2 kita dapat saling ingat mengingati ...amin

    dari mselim3.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. sbb tuhlah kalaulah ingin syurga semua di atas kita ada=)tq M berkongsi..

    skangnie dah ada 2 anak mmg kenalah pandai mcm2 masakan.hehe dulu masa bujang mmg zero tak tahu apa..hehehe

    ReplyDelete
  8. terima kasih kak M..sy bakal isteri.:)

    ReplyDelete
  9. menjaga perut suami - Mmg org sllu ingt pasal ni..since bujang lg dh sematkn kat ati.. hehehe

    ReplyDelete
  10. harapnya saya tergolong dalam salah sorang isteri terbaik ni :)

    ReplyDelete
  11. insyaallah..nak jd isteri terbaik untuk suamiku..

    ReplyDelete
  12. panduan untuk masa depan. tp errr banyaknya tanggungjawab. hukkk..

    ReplyDelete
  13. Insyaallah. bole di jadikan panduan utk saya jugak walaupun belum berumah tangga

    ReplyDelete
  14. tq share, sama2lah kita ye mai

    ReplyDelete
  15. Sangat bagus info ni...
    Thanks for sharing...

    ReplyDelete
  16. Kannn...bukan sng jd isteri yg baik ni. Tp mmg salute kt kaum isteri sbb brkdbolehan dlm plbgai bidang, bukan saja genius, tp mnjawat byk jawatan spt accountant, manager, suppoter & advisor, master chef, consultant dll.

    ReplyDelete
  17. as salam,

    nice sharing M, besar tugas isteri ni tambah lagi kalau dah ada anak..banyak perasaan perlu dibelai :)

    ReplyDelete
  18. diharap kita sentiasa tenang utk menempuhi hidup sebagai isteri...

    ReplyDelete
  19. terima kaseh sudi berkongsi.. Nur selalu bercita2 mahu jadi isteri yg baik suatu hari nanti.. :)

    harap tips ni dapat di praktikkan nanti..insyaALLAH...

    doakan nur ya.!

    ReplyDelete
  20. amboi ...info terbaik dari akak :D
    walaupun saya belum kawen , saya akan cuba jadi yang terbaik ":D

    ReplyDelete
  21. wah..bagus ni....macih...akan cuba diamalkan...:)

    ReplyDelete
  22. stuju..isteri yang baik adalah isteri yang sentiasa berada di belakang suami..hehehe..macam dah kawin je kina nyh kan...

    ReplyDelete
  23. InsyaALLAH..mudah2an kita semua ke arah itu...

    ReplyDelete
  24. Nice entry Kak M...
    Tips yang baik untuk para isteri2 dan bakal isteri2...
    Memang superb ^_^

    ReplyDelete
  25. semoga kita semua tergolong dalam isteri solehah..Insyaallah

    ReplyDelete
  26. nice tips. boleh jadi panduan ni. ;)

    ReplyDelete
  27. In Shaa ALLAH

    M, su ltak halia saja je sbb tok buang angin jgn letak byk sangat.hiris halus2 je..sbb suami bdan jenis banyak angin..huhu

    beras pulut kan..kalau tak letak sat g mau dok puas ngurut buang angin.. ;)

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)