Sunday, October 21, 2012

Tidur Tengahari Amalan Mulia


Klik pict untuk tumbesaran yek..hu hu..

Mai M nak share ngan hangpa pasai Qailulah kali ni.. baca sampai habih tau..Semoga kita semua Memperoleh manfaat daripada entry ni..

Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.

Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,
"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."

Waktu tengah hari adalah masa yang sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini dikenali sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Di antara tokoh2 yang menggalakkan tidur pada waktu tengah hari adalah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughtondi dalam buku mereka Sleep and Alertness juga bersetuju dengan pendapat ini.

Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit di waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap penyakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tengah hari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greely, berpendapat tidur tengah hari adalah bermanfaat selama mana ia tidak melebihi 1 jam.

Secara umumnya, pakar2 berpandangan, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tertentu yang dikenali sebagai circadian rhythm. Pusingan ini boleh dikiaskan seperti sebuah jam semula jadi bersama-sama dengan baterinya. Tenaga pusingan ini akan menurun pada waktu malam dan untuk memulihkannya kita perlu tidur. Ia juga menurun pada waktu tengah hari. Oleh itu, tidur sekejap pada masa itu dapat menjamin pemulihannya.


Berpandukan kajian2 ini, Kanada merancang bagi menggubal satu polisi yang mengizinkan pekerja2nya tidur pada waktu kerja.Sebagai langkah permulaan, satu projek dijalankan ke atas pekerja2 kereta api Canadian Pacific Railway di Calgary. Mereka diizinkan tidur seketika di waktu kerja mengikut jadual yang tersusun. Sekiranya projek ini berjaya, ia mungkin diperkembangkan kepada kesemua Jabatan Kereta Api di Kanada dan Amerika.


Wassalam

p/s: Tapi janganlah tidoq tu sampai melampau-lampau plak yek..Nanti terlepas plak waktu Zohor tu..

Sumber: Ahmad Raje
Dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden

31 comments:

  1. setuju jugak.. especially lepas zohor tu kan tidur sekjap

    ReplyDelete
  2. as salam

    ye lah kan, apa yang nabi buat semua ada kebaikan malahan dari teori sains mengakuinya..cth nya basuh tangan dan celah2 jari..cuit sikit garam ke mulut sblm makan mknn..dan byk algi kan cuma tak terikut

    ReplyDelete
  3. assalam M..kalau waktu cuti memang tak lepas peluang tidur..tapi masa hari2 bekerja susah sikit

    ReplyDelete
  4. zzzzzz...zzzzz....

    topik bes.

    ReplyDelete
  5. wah..terima kasih untuk perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  6. Itulah..selalu baca juga amalan tidur tengah hari ini..
    Tapi satu je la, takut terlajak..

    ReplyDelete
  7. js pun suka tido terutama time cuti..hihi..

    **pernah dengar ceramah pasal ni ...@ office js aritu..

    ReplyDelete
  8. baru tau ni. kena bagitau bos la camni. hehe.. mcm la bos tu faham. hihi..

    ReplyDelete
  9. jarang sangat dapat tido siang....

    ReplyDelete
  10. pernah dengar mengenai di dalam ceramah. tapi lupa ceramah ape..

    betul kata akak, jgnlah tido melebih2 pulakkan..hihi

    ReplyDelete
  11. Ya ka..tak tahu plak sblum nih.thnx sis..nice sharing.sy nih pon kalo ada pluang la nk tido je keja..hihii

    ReplyDelete
  12. biasa jam 1 lebih ada pernah tertidur..depan TV. Rupanya banyak hikmah disebalik tidur siang kita.

    ReplyDelete
  13. kehkehkeh..
    lps ni ada can lah nk tdo tp sblm tu kena print siap2 letak kat tepi.sng nti bila sapa2 nk gerak pastu depa tgk boleh dgn depa tdur sekali.hahaha
    boleh M?
    logik kan :)

    ReplyDelete
  14. best dapat tidur selelap.(bahasa kg.)
    jaggan dualelap..

    ReplyDelete
  15. Tidur tgh hari kadang2 boleh terlajak woooo...

    ReplyDelete
  16. erm...lepas ni boleh la tidur tgh hari banyak2...(",)

    ReplyDelete
  17. cr ada jugak tido tengah hari kalau gantuk sangat2....elok ya tido siang.....thanks info..

    ReplyDelete
  18. owh... padan la ramai kat opis ni lepas mkn tgh hari jek tdo..hahaha..

    ReplyDelete
  19. baik tp x leh lebih dr 30 minit..

    ReplyDelete
  20. nurul mmg susah nak tido siang..tgharipun sama..pasnie kenalah tido sekejabkan bg meningkatkan produktiviti kerja=)sbb tuh budak2 kat nurseri dilatih tghari jer kena tidoq..baguih noo entri nie=)

    ReplyDelete
  21. saya selalu tido kejap lepas zohor hehehhe pastu baru sambung keja :)

    ReplyDelete
  22. gd sharing mai!

    ReplyDelete
  23. Klau cuti, mmg CiM slalu tido tghari lps zohor. Dpt 1-2jam dh syok la tu, mata leh tahan smpi tgh mlm.

    ReplyDelete
  24. tengahhari kat tempat keje...huhu...selalu time cuti aje dapat tidur...

    ReplyDelete
  25. Tidur seketika sbelum zohor itu Sunnah..ada hikmah yang tersirat..

    ReplyDelete
  26. yg penting jgn lebih 1 jam. hehe. karang jadi lain pulak. ;)

    ReplyDelete
  27. eca masa sklh menengah dulu amalkan tdur tghri...sbb balik sklh da penat!.hehehe....lah ne,xkira waktu tdor..da 24jam kt uma,klu xthu nak watpe,tdor je jawabnya :P


    yg da tghri xbangkit dri tidur apa cer kak?hehehe

    ReplyDelete
  28. dulu anak masih kecik..boleh gak tido siang,..sekarang,..jgn harap...nak tido malam pun susah...

    ReplyDelete
  29. stuju sangat kak...bila kita tidur setengah jum sebelum solat..kita bangun rase bertenaga..berbanding tidur lepas asar yang memang x di galakkan 2..

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)