Ada pengumuman penting untuk sahabat-sahabat yang berdekatan dengan area Kota Kinabalu dan sewaktu dengannya:
BANTUAN KEMANUSIAAN #We Care
Befrienders KK bersama Akif Jaya Sdn Bhd sedang menyelaraskan kutipan barang-barang keperluan untuk para penduduk Lahad Datu yang terpaksa berpindah ke tiga pusat pemindahan sementara ekoran pencerobohan pengganas Sulu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu mengedarkan semua keperluan yang diderma ke pusat-pusat pemindahan sewajarnya.
APAKAH YANG DIPERLUKAN?
1. Baju Kemeja, Selipar, Sandal untuk kanak-kanak dan orang dewasa (baru atau terpakai, jika terpakai, sila pastikan dalam keadaan bersih dan boleh dipakai)
2. Tilam, Bantal, Selimut, Tuala (Baru)
3. Sabun mandi, sabun pencuci, syampu, berus gigi, ubat gigi
4. Tuala Wanita
5. Gula-gula untuk kanak-kanak
6.Pensel warna atau crayon untuk kanak-kanak
TEMPOH PENERIMAAN: 12hb – 15hb Mac 2013, jam 9 pagi – 5 petang (waktu pejabat)
PUSAT PENERIMAAN: Tingkat Bawah, Wisma Wanita, Jalan Tuaran, KK
PENDERMA BOLEH MENGHUBUNGI NOMBOR BERIKUT PADA MASA PEJABAT (9 PAGI-5 PETANG):
1. Cik Hanaa (Befrienders KK) : 011-26693282
2. Cik Jessie (Befrienders KK) : 016-8207561
3. Cik Frederica (Akif Jaya S/B): 014-6587853
Sila hubungi sesiapa yang bernama di atas sebelum penghantaran barang-barang.
Semua barang-barang yang didermakan mestilah didalam keadaan baik. Sumbangan wang, makanan atau minuman tidak diterima.
So kepada sahabat-sahabat yang prihatin dan ingin membantu..jom jom kita cuba bantu apa yang termampu :). Kepada sahabat blogger yang tinggal jauh dari Kota Kinabalu boleh juga share pengumuman ni..mana tau ada readers korang dari Kota Kinabalu kan? kan? kan? :)
p/s: Sama2 la kita hulurkan bantuan yang termampu..
sama2 berdoa moga keadaan kembali seperti biasa.amin
ReplyDeleteinsyaAllah...perkara yg baik akn dpermudahkan urusannya. semoga kita sama2 dpt membantu. kesedihan ereka, kesedihan kita juga.
ReplyDeletegood sharing.
alhamdulillah masih ada lagi yg sudi membantu..:)
ReplyDeletebyk cara sumbangan...ins shaa Allah..rakyat malaysia ni mmg perihatin...
ReplyDeleteterima kaseh hebahkan kak...
ReplyDeletedari nur tak tahu terus jadi tahu..
kalau dekat boleh la tolong sekadar termampu.
ReplyDeletesama2lah kita membantu mereka yg memerlukan
ReplyDeleteassalamualaikum M...marilah kita sama2 membantu mereka..;)
ReplyDeleteBarang keperluan penting yg diorang perlukan..
ReplyDeleteSama2 kita membantu
AJ doakan keaddan kembali tenang seperti biasa.....
ReplyDeleteHanya mampu menitipkan doa dari KL je...
akak , nisah sharing kat blog nisah ye...
ReplyDeletewisma wanita.....insyaallah..
ReplyDeletegood sharing m
ReplyDeleteinsyaAllah...perkara yg baik akn dpermudahkan urusannya. semoga kita sama2 dpt membantu kesedihan mereka, kesedihan kita juga.
thnk u dear sbb tlg share :)
ReplyDeletemari kita sama2 doa untuk keselamatan rakyat kita..amin
ReplyDelete=) moga cpt2 la settle smuenya. Aamiin
ReplyDeletemoga semuanya kembali pulih seperti sediakala
ReplyDeletehampir ke penghujung dah kan. alhamdulillah. :)
ReplyDelete