Wednesday, March 13, 2013

Bantuan Kemanusiaan #We Care: Khas Untuk Penduduk Lahad Datu


Dari Diari Aima:

Ada pengumuman penting untuk sahabat-sahabat yang berdekatan dengan area Kota Kinabalu dan sewaktu dengannya:

BANTUAN KEMANUSIAAN #We Care


Befrienders KK bersama Akif Jaya Sdn Bhd sedang menyelaraskan kutipan barang-barang keperluan untuk para penduduk Lahad Datu yang terpaksa berpindah ke tiga pusat pemindahan sementara ekoran pencerobohan pengganas Sulu. Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu mengedarkan semua keperluan yang diderma ke pusat-pusat pemindahan sewajarnya.



APAKAH YANG DIPERLUKAN?
1. Baju Kemeja, Selipar, Sandal untuk kanak-kanak dan orang dewasa (baru atau terpakai, jika terpakai, sila pastikan dalam keadaan bersih dan boleh dipakai)
2. Tilam, Bantal, Selimut, Tuala (Baru)
3. Sabun mandi, sabun pencuci, syampu, berus gigi, ubat gigi
4. Tuala Wanita
5. Gula-gula untuk kanak-kanak
6.Pensel warna atau crayon untuk kanak-kanak



TEMPOH PENERIMAAN: 12hb – 15hb Mac 2013, jam 9 pagi – 5 petang (waktu pejabat)



PUSAT PENERIMAAN: Tingkat Bawah, Wisma Wanita, Jalan Tuaran, KK
PENDERMA BOLEH MENGHUBUNGI NOMBOR BERIKUT PADA MASA PEJABAT (9 PAGI-5 PETANG):



1. Cik Hanaa (Befrienders KK) : 011-26693282
2. Cik Jessie (Befrienders KK) : 016-8207561
3. Cik Frederica (Akif Jaya S/B): 014-6587853



Sila hubungi sesiapa yang bernama di atas sebelum penghantaran barang-barang.


Semua barang-barang yang didermakan mestilah didalam keadaan baik. Sumbangan wang, makanan atau minuman tidak diterima.

So kepada sahabat-sahabat yang prihatin dan ingin membantu..jom jom kita cuba bantu apa yang termampu :). Kepada sahabat blogger yang tinggal jauh dari Kota Kinabalu boleh juga share pengumuman ni..mana tau ada readers korang dari Kota Kinabalu kan? kan? kan? :)


p/s: Sama2 la kita hulurkan bantuan yang termampu..

18 comments:

  1. sama2 berdoa moga keadaan kembali seperti biasa.amin

    ReplyDelete
  2. insyaAllah...perkara yg baik akn dpermudahkan urusannya. semoga kita sama2 dpt membantu. kesedihan ereka, kesedihan kita juga.

    good sharing.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah masih ada lagi yg sudi membantu..:)

    ReplyDelete
  4. byk cara sumbangan...ins shaa Allah..rakyat malaysia ni mmg perihatin...

    ReplyDelete
  5. terima kaseh hebahkan kak...
    dari nur tak tahu terus jadi tahu..

    ReplyDelete
  6. kalau dekat boleh la tolong sekadar termampu.

    ReplyDelete
  7. sama2lah kita membantu mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum M...marilah kita sama2 membantu mereka..;)

    ReplyDelete
  9. Barang keperluan penting yg diorang perlukan..
    Sama2 kita membantu

    ReplyDelete
  10. AJ doakan keaddan kembali tenang seperti biasa.....
    Hanya mampu menitipkan doa dari KL je...

    ReplyDelete
  11. akak , nisah sharing kat blog nisah ye...

    ReplyDelete
  12. good sharing m

    insyaAllah...perkara yg baik akn dpermudahkan urusannya. semoga kita sama2 dpt membantu kesedihan mereka, kesedihan kita juga.

    ReplyDelete
  13. mari kita sama2 doa untuk keselamatan rakyat kita..amin

    ReplyDelete
  14. =) moga cpt2 la settle smuenya. Aamiin

    ReplyDelete
  15. moga semuanya kembali pulih seperti sediakala

    ReplyDelete
  16. hampir ke penghujung dah kan. alhamdulillah. :)

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)