Tuesday, June 19, 2012
Darjat Seorang Isteri
Mai M nak cerita pasai beberapa kategori darjat seseorang isteri kat atas bumi Allah ni..
1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.
Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:
"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..
p/s: Sama2 la kita jadi isteri yang diredhai suami dan Allah swt...
Sumber:FB (dah lupa yg mana)

mudahan kite tidak tergolongan golongan no.4 tu ... insyaallah
ReplyDeletesmoga para ibu2 tergolong dlm golongn isteri2 yg mulia..hehe Cendol menyibok je komen2 kat hal org dewasa kikikihh ok choww..btw,nice entry :)
ReplyDeletebhoq merah AS ek .... kg belah abah aku kat gunung .... dekat dah tu ... hehehe
ReplyDeletela ni dok putrajaya ...keja cni ..... tp jrg la dpt balik utara time raya nga ngan cuti panjang je
nice entry sis :)
ReplyDeletewani nak jadi isteri siddiqin...insyaallah semga tercapai...amin :))
ReplyDeleteinsyaALLAH.. nur sentiasa bercita2 mahu isteri dan ibu yg baik pada suami dan ank2..
ReplyDeletedan nur sentiasa bdoa, moga ALLAH temukan nur dgn lelaki yg dapat mnerima sgala kekurangan nur..
InsyaALLAH..
thanks for sharing yer M..
ReplyDeletemoga mama leh jadi isteri dan mama yang terbaik buat suami dan anak..
amin
jangan la kite tergolong yg no 4 tu..jauhkan la....
ReplyDeletebersyukur dengan ape yg ada...
M..cendol tag M yeee hehe
ReplyDeleteisteri fasik.. tak mahu jadi mcm tu!!
ReplyDeletemesti semua nak jadi isteri siddiqin. cik na pun teringin. Insyaallah. :)
ReplyDeleteSama2 la kita jadi isteri yang diredhai suami dan Allah swt...
ReplyDeletesaya tidak mau berada dlm golongan isteri yg fasik.. nauzubillah..
ReplyDeletesemoga kita semua menjadi isteri2 dan bakal isteri yg baik2 belaka..aminnn
ReplyDeletemoga kita tergolong dlm isteri2 yg baik sahaja...
ReplyDeleteooo isteri2 pun ada golongan gak ek... moga kita menjadi isteri yg diredhai suami n Allah... :-)
ReplyDeletemintak jauhlah jadi isteri fasik tu kan.
ReplyDelete