Petua Mengatasi Bayi Keliru Puting
Mai M nak cerita kali ni pasai Petua Untuk Mengatasi Masalah Bayi Keliru Puting..Sebelum tu, mai M nak terang dulu definisi keliru puting sebab mungkin ada pembaca kat my blog ni tertanya-tanya apa benda tu? Mesti ada kan! Kan! Kan! Ok la baca sampai abih tau..
Keliru puting adalah satu keadaan di mana bayi mula keliru antara puting semulajadi (nipple) dan puting tiruan (teat/pacifier). Ini terjadi disebabkan penggunaan puting botol dan juga pacifier. Kerana itu, ibu yang breastfeed disarankan untuk tidak menggunakan botol, sebaliknya menggunakan cawan atau sudu untuk memberikan anak susu sekiranya tidak dapat disusukan secara terus.
Tanda-Tanda Bayi Keliru Puting
Tanda utama ialah bayi akan mengamuk dan menolak apabila disusukan secara terus dan hanya mahu menyusu melalui botol. Ini kerana, aliran susu yang lebih cepat berbanding menyusu secara terus. Susu badan biasanya mengambil masa untuk mendapat 'let down' dan ini menyebabkan sesetengah bayi tidak sabar dan marah kerana susu lambat keluar.
Cara Mengatasinya
1. Cara yang paling berkesan ialah “skin to skin” contact. Maksudnya , ibu dan anak berbaring bersama di dalam sebuah bilik yang sunyi, dan tanpa memakai baju, letakkan bayi di atas dada anda, biarkan dia menghidu bau badan anda dan bermain-main dengan badan anda. Anda juga boleh merangsang mulutnya ke arah puting anda, namun jangan paksa sekiranya bayi menolak. Lakukan beberapa kali sehingga akhirnya bayi mahu menghisap dari puting anda kembali.
2.Susukan bayi anda sewaktu dia sedang mamai atau sedang tidur. Pada waktu ini bayi biasanya tidak sedar sepenuhnya dan tidak akan menolak puting anda.
3. Hulur payudara anda pada bayi sebelum dia lapar. Ini kerana, sekiranya anda menunggu sehingga bayi betul-betul lapar, bayi akan lebih mudah marah.
4. Amalkan penyusuan secara terus untuk anak anda setiap kali anda berada dengannya. Kurangkan pengunaan botol dan elakkan penggunaan pacifier. Penyusuan susu ibu bukan sekadar mengenai khasiat susu itu sahaja,malah ia juga mengenai ikatan yang terjalin antara ibu dan anak sewaktu proses penyusuan itu sendiri.
Tu saja serba sedikit yang dapat M kongsi ngan semua pembaca..Harap para ibu yang mempunyai masalah ni dapat manfaat dr tips2 kali ni..
p/s: Sama2 la kita berikan yg terbaik untuk anak2 kita wahai ibu2 sekalian
Kredit :ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
bole buat panduan bila dh kawin nti nih.kehkehkeh
ReplyDeleteadoii M..ai cari shoutbox M x jumpa..dia sembunyi kat mn eh?hahaha
ReplyDeletetips yg bagus utk ibu2 yg baby mereka keliru puting...
ReplyDeletealisha sy sblm ni bg direct.. kenal botol susu pun time dah besar... dah bercerai susu bdn.. hihi
waduh waduh.. xtau nk komen apa.. xde pengalaman lagi ni..hihi
ReplyDeletekena bookmark entry ne....nnti2 nak susukn anak,senang.hehehe :)
ReplyDeletetq kongsi mai, bagus tips ni!
ReplyDeletethanks for sharing :)
ReplyDeletewah mai tips menarik ni..tp my wanitakde pulak keliru puting..syukur
ReplyDeleteterima kasih atas info ni.walaupun belum kawin lagi, tapi penting juga utk pengetahuan di kemudian hari
ReplyDeletethanks kak kongsi perkara ni.. leh belajar.. kan bakal jd ibu.. insyaALLAH.. huhu
ReplyDeletekalau lah aku dpt tahu lebih awal ....hmmmmm
ReplyDeleteooo ada eh mcm ni. ok, belajar something hari ni. ;)
ReplyDeletenice entry kak :)
ReplyDeletesaya pernah mengalami situasi cmni. mase tu dah nak abis pantang. mak soh ajar jugak baby minum guna botol susu (stok ebm). mula2 baby tamo, tapi lama2 dia mau jugak.
ReplyDeletebby awak guna teat apa dia nak isap botol?
Deletebby awak guna teat apa dia nak isap botol?
DeleteOoo.. cam tu.. Huhu.. boleh la suruh bakal istri wa baca nanti.. Akhz!
ReplyDeleteBakal bini pon x dak lagi ha.. Haha.. Adios..
moga mereka yg bermasalah dapat sedikit info tentang ni.. nasib la anak akak terima je semua.. hehehhe time balik keja cari cap gantung... time kat rumah pengasuh cari susu lembu :)
ReplyDeletetips yg bagus ne kak M.. (^__^)
ReplyDeletegood sharing M!
ReplyDeleteHihihi..nasib baik alesya bf sepenuhnya..so takyah pening2..henehe.
ReplyDeleteBtw tips yang baik,untuk zuriat yang akan datang dear..ngeee.
Hahah thanks for sharing,
ReplyDeletesegan plak nk comment tpi alang2 dh baca..
nnti dh kahwin inshaAllah akan share dgn isteri ^^
Ini untuk bacaan ibu, bapa boleh baca gak ker?...
ReplyDeletedari mselim3.blogspot.com
bekalan utk masa depan. :-)
ReplyDeleteowh..baru saya tau.. bayi boleh keliru ye antara dua puting ni..
ReplyDeleteperkongsian yg berguna untuk ibu2...:)
ReplyDeletebagus ni. amat berguna..
ReplyDeleteblh guna tips ni bila dah berumahtangga..hihih
ReplyDeleteinfo berguna untuk bakal2 atau ibu2 ada anak kecill..nice entry
ReplyDeletetips yg bagus utk ibu2..
ReplyDeleteohhhhhh..mcm tu...mase alesya dulu oki je...
ReplyDeletebaca je tok panduan ..insyaALLAH =)
ReplyDeletedone 4 HB
tq atas perkongsian nie mai, bagus tips ni! untuk ibu2 muda...hihihi
ReplyDeletesuke tgk baby hisap susu pakai puting botol yg macam nipple tu. ;)
ReplyDeletesofia masih menyusu badan skang.memang masa umur start baru lahir sampai 6bulan keliru puting walhal dah ajar 1bulan sebelum abes pantang..huhu..masa hantar ke pengasuh umah org dia hantar alik semula lepas 3 hari jaga sbb tak sanggup nak hadap sofia dengan minum susu badan n tak mo minum susu nurul dalam botol..
ReplyDeletelastly letak kat nursery sama ngan merah siblah dapat pengasuh yang sabar last2 pujuk2 tuhpun setelah banyak puting try barulah nak..huhu mmg payah cketlah masatuh.skang okdah
alhamdulillah sue setakat ni tiada masalah bayi keliru puting, kalo tak susah juga tu..
ReplyDelete