Monday, November 19, 2012

Petua Untuk Mengubati Mulut Celupar


 Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar. Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

 Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.

 Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada 2 kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”. Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

 Sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfar mu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t. 100 kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?

Sumber:ePetua

44 comments:

  1. ya Allah kak.. ein perlu amalkan petua nie sbb kadang2 mulut ein agak celupar bile ngah geram... :(

    ReplyDelete
  2. nice info..
    mudah2an kite akan beringat dan sentiasa mengamalkannya.. :)

    ReplyDelete
  3. terlajak perahu boleh diundur terlajak kata??? hurm...

    nice sharing.. tqsm dear! :)

    ReplyDelete
  4. Kak M, intan suka entry ni…kadang2 manusia ni lalai dan bila baca ni juga intan juga mengingatkan diri intan juga

    ReplyDelete
  5. assalam M..terima kasih kongsi disini

    ReplyDelete
  6. Istigfar tu penting...Insya-Allah

    ReplyDelete
  7. perkongsian yg penuh informasi Kak M :)
    nak lagi ye nanti.. :)

    ReplyDelete
  8. ramai kan ada penyakit mulut mcm ni...

    ReplyDelete
  9. hahahaha...tq 4 sharing cik M..hehehe...

    ReplyDelete
  10. Petua yg sangat baik. Betul kakak jumpa blogger yg bermata tajam di sini. Syukur..

    Dtg dari blog Tihara.

    ReplyDelete
  11. thanks utk utk info..
    insyaallah akn dimanfaatkan.:)

    ReplyDelete
  12. wah wah .. nice sharing .. insyaAllah hanan berusaha untok berubah :D

    ReplyDelete
  13. TQ dear... Untuk amalan bersama :D

    ReplyDelete
  14. as salam

    bagus pesanan ni..semuanya kalimah yang bagus terutama istigfar tak boleh ditinggalkan..in sha Allah

    ReplyDelete
  15. bukan saja dapat mengubati mulut celupar bila berzikir, malah kita pun akan dapat pahala.. insyaALLAH....

    ReplyDelete
  16. nice..bagus utk semua..salam kenal..datang dari blog herba tihara..

    ReplyDelete
  17. MV tag mai http://www.ecadwinkyasha.com/2012/11/year-end-giveaway-3.html

    ReplyDelete
  18. M nak ke pisau tu?
    Pisau ni tajam dan tahan lama, asalkan jangan potong untuk bawang :D

    ReplyDelete
  19. moga dijauhkan drp smua itu...

    ReplyDelete
  20. thanks ye.. bersama kita amalkan

    ReplyDelete
  21. nice sharing kak...
    terima kasih.. ^_^

    ReplyDelete
  22. tq gd sharing ni!

    ReplyDelete
  23. thx for sharing... tima kasih awak.

    ReplyDelete
  24. satu lagi petua-cilikan saja mulut yg suka mengata org tu hehe..

    ReplyDelete
  25. nice petua mai...mulut celupar memang bahaya..

    ReplyDelete
  26. kak M thanx utk sharing ni,,pic tu comei je die tarik bibir cmtu,hihihi

    kdg2 saye ni celupar gak kak, so akn diamalkan semua cara ni,,thanx=)

    ReplyDelete
  27. amalan harian berzikir...leh lah kurang kan mengumpat....
    tapi kadang2 tu termengumpat jugak..huhuhuh

    ReplyDelete
  28. Terima kasih sudi berkongsi ilmu ini :)

    ReplyDelete
  29. mulut celupar sgt tak elokkan....

    ReplyDelete
  30. mulut celupar tu sama dengan mengumpat kan?

    ReplyDelete
  31. bagus kak petua ni...kerana mulut badan binasa...

    ReplyDelete
  32. org mulut celupar ni tak kan ramai kawan kan. mintak jauh la.

    ReplyDelete
  33. kna melatih mulut menyunyah swing gum jer..hihi..nice sharing kak..

    ReplyDelete
  34. insyaallah..
    tgh latih xmo jd mulut celupar..tp kan sis kdg2 dgn kwn2 yg mesra dh telepas..xleh nk cover maybe sbb depa pun mcm tu kan..yg pasti x smp ke hati..huhu

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)