Sunday, July 28, 2013

Ayam Masak Kicap Berempah Menjadi Pilihan

Salam Ramadhan to all my frenz & readers...Sori bebanyak yek M tak sempat nak hapdet & terjah blog hangpa semua..M balik umah my Mak, tidoq kat sana...
Berbalik pada cadangan dan pertanyaan kengkawan pada entry yang Ini, sebenarnya M buat tiga jenis masakan. Untuk Khalish M masak ayam pedas kegemaran dia. Untuk M sendiri, M buat  sup ayam untuk dimakan dengan bihun..kiranya bihun sup ayam la... dan untuk my hubby la yg buat M susah hati ari tu sebab nak wat sesuatu yg special untuk si dia... 

So, setelah membaca semua cadangan dan menggugel segigih mungkin, M telah pilih resepi dari Teratak Mutiara Kasih iaitu Ayam Kicap Berempah..Sebab M pilih resepi ni, M tengok bahan-bahan yang digunakan tu simple tapi sedap... Dan hasilnya memang sedap, sebab my hubby kata sedap ^_^   Kalau tak sedap seriously dia akan komen tak sedap..hu hu hu..
Resepi Ayam Kicap Berempah
Sumber: Lina_Pg @ Teratak Mutiara Kasih
Diolah semula: Si Matatajam 
Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 2 sudu makan kicap pekat
  •  kicap manis atau secukupnya
  • sedikit hirisan daun sup (M tak letak sebab my hubby tak nak)
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa 
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 sudu makan kerisik (M tak letak sebab tak dak stok)

Bahan-Bahan Kisar :

  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai

Cara-cara :

  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api.
Ni la hasilnya 

M masukkan carrot skit sebab dah ada kat peti sejuk tu.. Walaupun nampak agak suram tapi sedap tau resepi ni...kalau nak meriah bleh la tabur hirisan cili merah @ hijau dan kacang gajus... Baru nampak menarik gitu... M tak dak stok so letak apa yang ada je la..

Selamat mencuba ^_^ dan selamat berbuka puasa

P/s: Hangpa masak apa iftar ari ni? M buat ikan masak cili api...berapi tauuu... 

25 comments:

  1. Menarik nampaknya.. Ayam kicap mmg jadi menu wajib di rumah saya tapi tak ada yg berempah mcm ni. Lain kali boleh try buat resepi ni pula

    ReplyDelete
  2. aduhaiii...peberet sy nih..kalau kt luar mmg lauk ni jgk la sy ambk...

    ReplyDelete
  3. wow!!!ayam masak kicap...fav tuh!!!!!hehehe...singgah kejap kat sineh...heheheh

    ReplyDelete
  4. sedap nampak..
    mmg simple je kan..

    Nur hari ni buat popia.. :)

    ReplyDelete
  5. wahh.. nmpk sedap la.. boleh dicuba nih.. bagusnya salijg berkongsi resepi..kalo tak pening gak kan nak masak apa..huhu..

    ReplyDelete
  6. Adeh , teringat kat masakan my daddy. Ni yg rasa cam nak balik Png berkobar2 , Jumaat ni last kerja pula. Haih...

    Sedap2!!

    ReplyDelete
  7. singgah sini baca komen deqla..skali typo daaa.. hahahaha..salijg?? adeyh.. saling ler... ;p

    ReplyDelete
  8. Rajin M masak smpi 3jenis lauk..
    nampak sedap..:)

    ReplyDelete
  9. pergh.. menarik tu lauk ayam masak kicap berempah.. rasa dia pasti menikam qolbu tu.hehehe

    ReplyDelete
  10. sedap nya..masak plak utk yg tersayang..lagi la sedap..hee

    ReplyDelete
  11. sedap...

    hari ni tak tahu nak masak apa..

    ReplyDelete
  12. ayam masak kicap...da kira menjadi yer mengugel..da makin nak habis pose ni, makin kalut nak sediakan juadah ape kan..

    ReplyDelete
  13. Wow! Nampak sedap.. Hubby Mieza suka jugak masak2 kicap nih.. Boleh try resepi ni nanti.. Nyum2! ^_^

    ReplyDelete
  14. alahai...memang jilat jari jela jawabnya. iftar orang bujang sementara cam saya ni memang beli kat bazaar jela.heheh

    ReplyDelete
  15. terima kasih mai berkongsi resipi...selamat hari raya bunda ucapkan...

    ReplyDelete
  16. sedap menu ni m!

    ReplyDelete
  17. bookmark resepi kak...
    this weekend bolegh try resepi ni ye.. hehehe

    ReplyDelete
  18. takpe nampak suram, janji sedap.. ^_^ tpi saya tengok tak nampak suram..nampak sedap tu ada la..hehehe..

    ReplyDelete
  19. sedap tgk siang2 hr bulan posa nih kak oiii hehe

    ReplyDelete
  20. nmpk pun sedap akak tmbh2 hitam mcm tu.maklum lah kalo letak kicap suma ai suka akak.hahhaha nti nk try lah

    ReplyDelete
  21. sedap nih.. cikna selalu buat jgk tp guna daging. next time nak try ayam pulak lah.

    ReplyDelete

Tq sebab sudi komen, nanti komen lagi tau (^_^)