"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Monday, February 19, 2018
Salam 2018
Wednesday, February 17, 2016
Bye bye Chicken Pox
![]() |
| Clean n clear dah.. Alhamdulillah |
Labels:
Mirza Al-Kasyfi

Sunday, January 31, 2016
Kasyfi Sudah Makin Sembuh
Assalamualaikum
Alhamdulillah chicken pox yang menyerang my baby Kasyfi dah makin sembuh.. Bintil2 dah tak berair.. Tapi gatal2 tu tetap menganggu Kasyfi.. Semalam kesian kat my baby tak dapat tidoq nyenyak sebab gatal2 kat mata dia coz bintil2 tu keluar kat sekitar mata..nangis2 je dia... Ibu pun tumpang nangis.. Huwaaa tak menahan tengok keadaan anak..
Malam ni M tengok bintil2 tu dah matang dan 'bermata hitam' ( macam kat dalam pict atas tu). Meaning, chicken pox dah mula nak berkerak.. Lepas berkerak & berparut, chicken pox akan sembuh sepenuhnya dan pastinya parut tu ambil masa la nak hilang..
Moga Allah sembuhkan anak ibu Mirza Al-Kasyfi.. Aaminnnn...
Wassalam
Labels:
Mirza Al-Kasyfi

Friday, January 29, 2016
Apa Cerita Kasyfi?
Hari ni M nak sambung cerita pasal Kasyfi yg dijangkiti chicken pox daripada abang dia Khalish.. Khalish dah sembuh cuma ada parut2 skit..
Ni hari pertama Kasyfi kena chicken pox @ cacar air @ campak besaq orang Kedah kata.. Bintil2 mula naik, ada berair & ada yg tak berair lagi.. Belum matang agaknya.. Awal pagi kelmarin M mandikan Kasyfi dengan air daun semambu.. Then bagi minum ayaq nyok / air kelapa... Nasib baik la Kasyfi ni memang suka minum ayaq nyoq. Petua orang tua2 kata minum ayaq nyoq bagi cepat keluar campak besaq tu...
Tempat tidur Kasyfi pulak M lapik kain batik yang di alas kat bawahnya dengan daun semambu jugak..ni petua orang tua2 jugak katanya nak bagi hilang miang @ gatal campak besaq tu..
Jangan lupa doakan Mirza Al-Kasyfi cepat sembuh ye kengkawan M semua...
p/s: ada lagi tak petua2 tentang cacar air yg kengkawan amalkan? Bleh share ngan M kat ruang komen.. Tq sudi singgah my blog..
Thursday, January 28, 2016
Chicken Pox Menyerang!!!
Assalamualaikum
Lama M tak muncul tetiba malam ni nak berkongsi pengalaman anak2 M yg diserang penyakit cacar air @ omputih kata 'chicken pox' @ orang kampung kami panggil demam campak besaq baq hang..
Memula anak sulung dahku,khalish yang kena... M & asben takda experience anak2 kena cacar air @ demam campak besaq ni.. Mula2 khalish dia muntah then ada panas2 badan skit.. Lepas 2 tiga hari naik la bintil2 merah kat badan.. M ingat ruam biasa pastu makin besaq siap ada air plak dlm bintil tu.. Dalam hati rasa tak sedap dah.. Kata ngan asben, "campak besaq apa ni", asben M pun fikir yang sama...
Esoknya kami ambik keputusan jumpa doktor klinik homeopati & jumpa 'pakar demam campak' kat Langkawi ni nama pak cik tu haji Man serawa... Dia bacakan doa penawar campak dlm air mineral utk bg Khalish minum & mandi..
Alhamdulillah lepas seminggu ni Khalish dah makin sembuh & dah boleh pi sekolah..
Tapi cacar air @ demam campak yg disebabkan oleh virus Varicella-zoster ni tak terhenti kat situ saja, macam yg kita semua tau la demam campak ni memang berjangkit.. Apa yg M risaukan jadi juga. Kasyfi pun dah tunjukkan tanda2 yg sama.. Kun Fa Ya kun.. Kita memang tak boleh nak halang ketentuan Allah swt.. Mungkin ni ujian utk M & asben dalam membesarkan anak2 kami..
Mula dengan suhu badan yg naik malam ni, diikuti dengan bintil ruam kecik yg berair ( dah naik 3 biji).. Pastinya esok akan makin keluar lagi la..
Kali ni M & asben akan mula cari remedi secepat mungkin untuk Kasyfi sebab kami dah tau lebih awal berbanding masa Khalish kena minggu lepas.. Pagi2 esok nak cari daun mambu / semambu untuk buat mandian & lapik tidur untuk hilangkan gatal2 badan.. Lepastu, cari ayaq nyoq / kelapa bagi Kasyfi minum untuk keluarkan cacar air tu dengan cepat.. Cepat keluar cepat sembuh kata orang tua2.
Kemudian, nak jumpa doktor homeopati & pastinya 'pakar demam campak' akan kami kunjungi sekali lagi.. Huhuhu...
Kalau kena demam campak pemakanan kena jaga, seafood atau benda2 gatal2 kena elakkan.. M juga ada tanya encik gugel, katanya elakkan makan telur & kicap.. Takut berparut hitam nanti..
Amalkan makan minyak kelapa dara (vco) , minyak zaitun & vitamin E.. Tu untuk kuatkan imun badan dan untuk cepatkan parut tu hilang..
Sebab Kasyfi masih menyusu ngan ibu dia ni, so M pun kena turut berpantang la.. Meleleh ayaq lioq kalau tengok sotong goreng tepung lepas ni..
Doakan Kasyfi cepat sembuh ya kengkawan semua.. Syafakallah Mirza Al-Kasyfi.. Aaminn..
Monday, June 15, 2015
Mirza Al-Kasyfi Turn 1





Saturday, January 03, 2015
Salam Maulidur Rasul
JOM KITA BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW BANYAK-BANYAK HARI NI...
p/s: Ari ni besday my hubby yg ke 36
Sunday, August 24, 2014
Ahli Baru Keluarga Si Matatajam
Assalamualaikum... Nama saya Mirza Al-Kasyfi.. Tanggal 15 Jun 2014, jam 11.55 pagi, saya dilahirkan secara czer di bilik pembedahan Hospital Bukit Tekuh, Langkawi dengan berat 2.56 kg. Hari ni Saya berusia 2 bulan, 1 Minggu dan 2 hari...Salam Perkenalan Semua...
Alhamdulillah, syukur M pada Allah yg Maha Esa kerana dikurniakan seorang lagi Putera yg comel dan sihat... Boleh dikatakan Mirza Al-Kasyfi senang sangat dijaga.. Jarang2 sekali dia nk meragam.. Baik sangat anak ibu ni...
Sekarang ni, suka sungguh dia kalau di ajak bersembang... Sampai muncung2 mulut tu nk bercakap.. Makin bambam plak tu... Geram sesapa yg tengok dia.. Masa last timbang utk usia 2 bln ari tu, dah 4.8 kg... Berkat minum susu Ibu kurniaan Ilahi ^_^
Ibu doakan Mirza Al-Kasyfi membesar dengan sihat, cergas, cerdas dan menjadi anak yang baik & soleh ye nak...Aaaaminnnn...
Tu saja M nak kongsikan dgn semua pembaca my blog kali ni.. Wassalam.
P/s: teringin nk berkongsi pengalaman czer tu nanti...
Saturday, August 23, 2014
Siapa Itu??????
Saturday, February 08, 2014
Rindunya Nak Blogging
Salam Ukhuwah buat kengkawan yg masih setia jenguk my blog. Lama sungguh M x dapat nak hapdet blog ni sejak dah takda wifi kat my umah ni..
Mohon maaf yg berbilion banyaknya pada kengkawan blogger terutama sekali GSFians sebab M dah tak dapat nk bw secara aktif macam dulu2. Cuma wassap dan wechat saja tempat berbual supaya ukhuwah antara kita masih terjalin..
Rindunya detik indah berbelog dedulu... Sentiasa saling menziarahi antara blog... Bertanya khabar dan berkongsi suka duka dalam entry masing2...
M masih lagi berharap kalau pihak TM dapat atasi masalah kes kecurian kabel suatu hari nanti so dapat la M blogging lagi nanti.
Wassalam
Saturday, November 30, 2013
Terpaksa....
Monday, October 14, 2013
Selamat Hari Raya Aidil Adha
Thursday, October 10, 2013
Happy Birthday Big Boss GSF
Assalamualaikum Dan Salam Ukhuwah
Hai all GSFians...sememangnya ari ni hari yg special untuk kita coz 30 Tahun yg lepas, pada tarikh ni la our big boss lahir ke dunia ni.
So jom kita nyanyi sesama
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Arina Shamsul...
Allah selamatkan kamu...
M doakan semua impian Mama dimakbulkan Allah swt dan selamat melahirkan ur second baby nanti..
Wassalam
Labels:
Birthday GSFians,
Birthday Wishes

Wednesday, October 09, 2013
WW: Puding Roti Pisang Tabur Milo
Labels:
Resepi Si Matatajam,
wordless wednesday

WW: Macam-macam Aksi Khalish
Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^
Walaupun dah share kat my IG, tapi ari ni nak share gak kat my blog..
Magic sudu melekat kat hidung ( Memula main bawa bola dalam sudu pastu bleh plak letak sudu tu kat hidung dia )
Aksi stylo by Khalish... Feeling cam cowboy la kononnya ^_^
Wassalam
P/s: Apa kata hangpa?
Labels:
Khalish,
wordless wednesday

Friday, October 04, 2013
Alkisah ABANG Khalish
Thursday, September 26, 2013
Tetamu VIP Di Party Khalish



Sunday, September 22, 2013
Khalish's 5th Birthday Big Party
![]() |
| Special birthday cake from M n my hubby for our lil prince |
![]() |
| Ibu & Abah with birthday boy...kepala khalish baru ja lepas digondolkan petang tu..ha ha ha.. |
![]() |
| Antara juadah untuk para tetamu |
Antara sedara yang hadir..Tq uolls sebab sudi mai na...
Labels:
Birthday Wishes,
Khalish

Wednesday, September 18, 2013
WW: Gerakan Si Daun Bawang
Labels:
wordless wednesday

Monday, September 16, 2013
Khalish Celebrate Birthday Di Tadika AlFikrah




Labels:
Birthday Wishes,
Khalish





























