Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Showing posts with label Khalish. Show all posts
Showing posts with label Khalish. Show all posts

Wednesday, October 09, 2013

WW: Macam-macam Aksi Khalish

 Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Walaupun dah share kat my IG, tapi ari ni nak share gak kat my blog..

Magic sudu melekat kat hidung ( Memula main bawa bola dalam sudu pastu bleh plak letak sudu tu kat hidung dia )


Aksi stylo by Khalish... Feeling cam cowboy la kononnya ^_^

Wassalam

P/s: Apa kata hangpa?

Friday, October 04, 2013

Alkisah ABANG Khalish


Salam Jumaat wahai umat Islam...

Lama rasanya tak cerita pasai Khalish kat sini.. Hari ni M nak cerita skit ngan hangpa pasai my Khalish... Berbalik pada tajuk entry ni iaitu 'ABANG Khalish' tolong jangan salah faham yek bukan M maksudkan Abang kepada my Khalish  ( Ye la kan, Khalish ni anak sulung camna nak ada abang) tapi Khalish yang dah mula feeling2 jadi seorang Abang  ^_~  ahakss....

Al-kisahnya bermula bila Khalish jumpa satu game kat dalam my Ipad iatu Baby Care... Game tu ajar bebudak camna nak caring baby contohnya, kalau baby nangis nak susu kena bagi susu, kalau baby poopoo kena tukaq lampin, mandikan baby dan pakaikan baju. Mungkin ada yg berpendapat game ni hanya sesuai pada gegurl tapi bagi M tak kisah la kan Kalau bebudak nak belajaq caring seseorang. 
 So, suatu pagi tu, M nak kejutkan Khalish bangun pi sekolah. Kejut cam biasa takmau bangun plak. 

So, M amik la Ipad dan bukak game tu.. Bila baby tu nangis mintak susu, M pun suruh la Khalish bangun tolong jagakan adik (baby) tu.. Tetiba Khalish menjawab " Ishk! Abang ngantuk la " . Tergelak M dengaq bila dia bahasakan diri dia tu 'Abang'. Lepas tu M cakap, sian adik tu nangis, kalau Khalish ada adik nanti takkan nak biaq Adik camtu? Balas Khalish " Alaaaa.. Tu kan game saja. Kalau adik keluar dari perut Ibu, Khalish jaga betul2 la nanti". Ha! amik kau... Pandai dia menjawab tau..

FYI, akhir2 ni Khalish suka pulak ngan baby atau bebudak kecik daripada dia... Kalau jumpa mesti nak pegang baby tu. Pernah mintak nak bawak balik pun ada... Ha ha...

Alahai sabaq yek Khalish... In Shaa Allah suatu masa nanti, Allah akan tunaikan hasrat Khalish tu yek ^_^

Sunday, September 22, 2013

Khalish's 5th Birthday Big Party


Wah! Pecah rekod tahun ni Khalish potong kek besday sampai 3 kali sambutan... First ngan Ibu & Abah kat umah, Second ngan kengkawan sekolah dan kemuncaknya dengan our big family...

So, kali ni M nak crita skit suasana hari lahir Khalish malam Jumaat yang lepas ni

Majlis: Hari Lahir Khalish yang kelima tahun 
Tempat: Umah my MIL ( Khalish panggil umah Tok Bukit)
Masa: 9 malam

Macam biasa menu berat disediakan oleh my kak Ipaq (Angah).. Kali ni Angah sediakan set nasi lemak (ikan bilis goreng, timun & telur serta ayam masak merah). Disebabkan ada request dari my MIL, Angah turut sediakan bihun goreng singapore. Juadah sampingan, sate ayam & daging ( ni my hubby tempah ja) & last but not least pencuci mulut hasil air tangan dahku iaitu puding laici dan puding lapis coklat oreo. Disamping tu, family sebelah M sponsor sedikit jajan...minuman plak sirap sejuk dan teh panas...so, ikut tekak memasing la kan nak minum apa malam tu^_^

Alhamdulillah, majlis malam tu berjalan dengan lancar.. Dan mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Allah swt.. Jom layan pict malam tu...
Special birthday cake from M n my hubby for our lil prince

Besday boy with his big cake

Ibu & Abah with birthday boy...kepala khalish baru ja lepas digondolkan petang tu..ha ha ha..
Antara juadah untuk para tetamu
Antara sedara yang hadir..Tq uolls sebab sudi mai na...
Wassalam
P/s:  malam tu M ada tetamu VIP tau.. Nanti M cerita dalam next entry...

Monday, September 16, 2013

Khalish Celebrate Birthday Di Tadika AlFikrah


Selamat hari Malaysia uollss... Wah! Mesti ramai dok berjalan-jalan cuti sakan minggu ni kan..
Hari ni M nak cerita pasal sambutan hari lahir Khalish di tadika dia, Tadika Al Fikrah Padang Matsirat..

Walaupun semalam hari Ahad dan banyak sekolah yang cuti tapi sekolah tadika Khalish tetap beroperasi. Gigihkan Cikgu sekolah Khalish ni nak mengajaq students depa... So M amik kesempatan wat sambutan kecil-kecilan untuk Khalish sambut ngan kengkawan sekolah dia kali ni.. Kalau hangpa semua nak tau selama ni Khalish tak pernah celebrate besday ngan kengkawan yang sebaya ngan dia.. Biasanya kami cuma sambut ngan family kami ja.. Sebab tu la kali ni Khalish rasa happy sangat sebab kengkawan dia pun turut sama2 nyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' untuk dia..

Jom tengok suasana sambutan hari lahir Khalish kat tadika tu...

Khalish bersama kengkawan dan guru kelas dia.. Ni sebahagian ja kawan kelas Khalish, yang lain tu ada yang masih dok makan tengahari sebab tu tak sempat nak bergambaq sekali

Sukanya my Khalish kengkawan ada sesama sambut besday dia tu..

My cuwit Birthday Boy



Terima kasih la pada Cikgu2 sekolah tadika Al Fikrah Padang Matsirat terutamanya Cikgu kelas Khalish yang berikan kerjasama pada M untuk sambut besday Khalish kat sekolah yek... Jasamu dikenang wahai Cikgu...

Wassalam

Saturday, September 14, 2013

Simple Party For Khalish's Birthday


Salam berhujung minggu kengkawan semua.. Hari ni M nak cerita skit pasai Birthday my Khalish yang kami sambut pada 12/9/2013 yang lepas... Actually, just wat small 'party' ja untuk our birthday boy. Tak sempat nak wat ngan our big family lagi sebab keadaan kesihatan Khalish yang tak mengizinkan...

Untuk hepi-hepikan Khalish sempena ulang tahun kelahiran putera kami yang kelima ni, M ngan Abah Khalish plan nak wat simple surprise untuk Khalish mlm tu...M call Abah Khalish belikan choc moist cake feberet Khalish dan 'sebijik' pizza untuk kami ngappp..hi hi hi..



Sedikit persiapan untuk surprisekan Khalish



Time ni memang Khalish dah tak sabaq nak bukak mata.. Ha ha..jenuh Abah dok pujuk.


Suka sangat dia dapat potong kek... Tapi pic Khalish buka mata & happy sangat dan nyanyikan lagu takda sebab M wat Keek time tu..

Mmmuahhh Sayang anak Ibu sangat2...Jadi anak yang baik yek Sayang.

Besaq dah anak Ibu ni..

Thats all uolls....Wassalam...

Thursday, September 12, 2013

Senarai Peserta Khalish's Birthday Mini GA


Jom check Link blog hangpa ada tak...

1.http://cahayacita2.blogspot.com/
2.http://miszpinkies.blogspot.com/
3.http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/
4.http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/
5.http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/
6.http://norumara.blogspot.com/
7.http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
8.http://kesumaangsana.blogspot.com/
9.http://miaduniaku.blogspot.com/
10.http://coratcoretkuini.blogspot.com/
11.http://thatsomine.blogspot.com/
12.http://sayangkudinadania.blogspot.com/
13.http://shiemacma.blogspot.com/
14.http://mysweetzlife.blogspot.com/
15.http://pape-jer.blogspot.com/
16.http://msvelentine.blogspot.com/
17.http://ikhlas-atilia.blogspot.com/
18.http://norazis2908.blogspot.com/
19.http://bubukuning.blogspot.com/
20.http://atieyusoffamily.blogspot.com/
21.http://umikasum.blogspot.com/
22.http://kpopfa93.blogspot.com/


Kalau takda habaq kat M tau! Good Luck Semua...

Wassalam



Happy 5th Birthday Muhammad Naufal Khalish



Ya Allah..... Sekejap rasanya masa ni berlalu, anak yang ku kandungkan, ku lahirkan, ku susukan Dan ku besarkan dengan penuh kasih sayang rupanya dah genap 5 tahun...

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan pada Mu Ya Rabb tuhan sekelian alam kerana mengurniakan Muhammad Naufal Khalish kepada kami berdua... Dia la racun dan dia la penawar... Dia la yang menceriakan..Dia la  buah hati Ibu dan Abah..Dia la pengikat kasih sayang Ibu & Abah... Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Semoga anakku membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik hati, anak yang pintar, anak yang sihat, anak yang cergas, anak yang menyayangi Ibu Dan Abah dan menjadi anak yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat..Aaaminn Ya Rabbal Alamin ^_^



Special song for u my son

We Love u so much my Sweetheart
Wassalam
p/s: Sesapa yang tak join lagi, jom join mini GA sempena besday Khalish ari ni...
 

Wednesday, September 11, 2013

Khalish's 5th Birthday Mini GA


Seperti yang M janjikan, M nak wat simple  mimple mini GA sempena Birthday my Khalish esok...

Hadiahnya takda la grand sangat, nama pun mini GA ja kan..

Pastinya cenderahati istimewa dari Langkawi..

Pemenang akan dipilih melalui cabutan yang dipilih oleh Birthday Boy sendiri..

Syaratnya mudah ja, just tinggalkan URL blog hangpa serta kata2 yang mendoakan  kesihatan dan kesejahteraan Khalish kat komen box entry ni..

In Shaa Allah, esok M akan hapdet URL peserta dan entry seterusnya M akan umumkan pemenang bertuah yang dipilih oleh Khalish...

Best of Luck ^_^


Wassalam

P/s: Join ramai2 yek...habaq la kat kengkawan lain sama... Harap sangat ramai yang akan mendoakan my Khalish nanti..

Apa Cerita Khalish?


Firstly M nak Ucapkan terima Kasih bebanyak kat kengkawan yang sudi singgah sini dan mendoakan kesihatan my Khalish... Dan M nak mohon maaf sesangat sebab tak sempat nak bw lagi ke blog hangpa semua sebab M sibuk menjaga dan memantau keadaan Khalish sepanjang dia demam kuat ni... My hubby pun dh seminggu tak pi kerja sebab risaukan Khalish ni.. Kami taknak Khalish berseorangan. Sebab suhu badan dia yang tak stabil.

Dah seminggu lebih rasanya Khalish ni demam...kebahnya cuma sekejap2 ja.. Pelbagai cara kami usahakan untuk ubatkan Khalish... dari moden, tradisional ( petua2 untuk turunkan demam panas)  hingga la perubatan cara Islam... Pernah suhunya mencapai 40.4 darjah celcius yakni tahap serius dah tu...memang kami cepat2 sejukkan badan Khalish dengan pelbagai cara... Alhamdulillah...suhu badan Khalish turun dan dia tak apa2...

Lepas beberapa kali check up, akhirnya petang semalam doktor dapat sahkan punca pasai apa Khalish demam tak kebah2 tu.. Rupa-rupanya Khalish ada masalah tonsil membengkak.  Selagi tonsil tu tak mengecut, Khalish tetap akan macam tu la keadaannya...  Jadi doktor pun bagi antibiotik yang dapat kecutkan tonsil tu beserta ubat demam dan selsema.. In Shaa Allah sehari dua lg Khalish akan sembuh.. Mudah-mudahan..Doa-doakan kesembuhan Khalish yek...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkan lah Muhammad Naufal Khalish dan berikanlah kesihatan yang baik kepadanya..Aaaminn..


Wassalam

p/s: Kesian Khalish, esok tak dapat nak celebrate besday seperti yang dirancangkan..


Nota penting: M nak buat simple mimple mini GA sempena besday Khalish nanti..Tunggu next entry ^_^

Thursday, September 05, 2013

Alahai Cayang Ibu Demam

Assalamualaikum dan salam ukhuwah

Alahai kesian my Khalish dah 3 hari demam.. Doakan Khalish cepat sembuh yek..

Wednesday, July 31, 2013

WW: Ada Gaya Model Tak?

Salam Ramadhan to all my friends & readers..



Khalish ni memang suka posing depan kamera  ^_^

Wassalam

Tuesday, July 23, 2013

Mengantuk Sangat La Tuuu

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Masa driving balik umah lepas amik Khalish dari tadika ari tu, heran gak la tetiba Khalish ni senyap ja kat sebelah M..kalau tak, memang menceceh ja mulut dia tu..

Bila M toleh ke kiri ja, rupa-rupanya my prince dah tertidoq...alahai... Ngantuk sangat la tu.. Dok tengah enjoy makan honey star pun bleh tertidoq baq hang...


Alololo cian cayang Ibu ni..

Sampai kat umah, M pun terus la amik pict my Khalish buat kenangan...geram tengok..comey..

Wassalam


P/s: Otak tengah ligat dok pikiaq nak masak apa petang ni..hmmm...

Saturday, July 20, 2013

Cara-cara Si Matatajam Redakan Rasa Marah

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Masa dok belek2 pict dalam henpon M ni, terdetik plak nak kumpulkan gelagat Khalish waktu tidoq..  M ni memang suka amik gambaq Khalish waktu dia tidoq...sebab hati M rasa lebih tenang dan 'cool' bila tengok wajah Khalish time dia tidoq ni. Kalau rasa marah dan geram bila dia buat hal tu, ni la antara cara terbaik M nak redakan rasa marah..hi hi...

Selain tu, Istighfar bebanyak dan amik wudhu pun turut dipraktikkan...kalau tak reda jugak elok la solat sunat dua rakaat betoi tak!

Jom tengok aksi tidoq my Khalish...


Dan lagi


Memang terhibur la hati ni bila tengok semua picts kat atas ni... Yang tak menahan tu tidoq siap pakai spek mata..satu lagi, sambil duduk pun bleh tertidoq..ha ha ha...

Pastinya kaum Ibu yang lain pun suka tengok aksi anak2 kalian waktu depa tidoq kan!

Wassalam

Tuesday, July 16, 2013

Dia Pun Nak Memandu Jugak!


Salam Ramadhan to all my frenz n Readers.. Iftar semalam M dapat cuti masak lagi...hi hi hi...
My hubby ajak pi 'tunjuk2' makanan kat bazar Ramadhan..

On da way nak pi bazar Ramadhan tu, my Khalish ni tetiba nak dok kat Abah dia sebab dia pun nak pandu keta cam Abah katanya...ek eleh..macam la Ibu tak tau..saja nak manja2 ngan Abah la tu kan...

Layan ja la aksi Khalish driving kat bawah ni..

Memula tu fokus ja tau... Pastu malu2 plak sebab Ibu snap2 pixca dia

Nampak ka side mirror tu? Ha ha...ewah2 suka la tuuuu..

Sepanjang jalan, M ngan Abah Khalish, seronok sangat tengok aksi Khalish driving...eksaited sungguh dia tau...Alhamdulillah sampai juga kat destinasi yg di tuju dengan selamat..


Wassalam

Saturday, July 13, 2013

Aktiviti Lepas Berbuka Semalam


Salam Ramadhan to all my readers & friends... Mai M nak cerita skit pasai Khalish..
Semalam masa jejalan kat bazar Ramadhan, Khalish dah sambaq satu benda.. 
Punya la tak sabaq, lepas Abah ngan Ibu dia abih menikmati juadah bukak posa terus nak ajak main tau.. Cer tengok aksi Khalish ka bawah ni>>

V
V
V
V
Eksaited kemain dia masa main bunga api tu ^_^

Kalau ikut kan M ni, sayang rasanya main bunga api ni..dah macam bakaq duit ja.. Tapi kata Abah Khalish, "bahagia hati kalau tengok anak kita seronok..alaaa macam kita dulu2 pun eksaited tak hengat bila main bunga api". Hmmm...M iya kan ja la... Sekali sekala biaq pi la ^_^

Kat kawasan umah M ni dah start bunyi tembakan mercun..kat tempat hangpa apa cerita?

Wassalam

Wednesday, July 10, 2013

Khalish Si Angry Bird


Baru2 ni pi shopping baju sweater untuk my Khalish.. Tapi bila sampai saja kat Shopping Mall tu bukan sweater ja yang Khalish sambaq tapi tshirt pun dia sambaq gak... Nak dijadikan cerita my Khalish ni tak puas hati lagi tau..last2 Mak Ngah Khalish ajak Khalish pi shopping sekali lagi.. Aduhai... Kalau hangpa nak tau Mak Ngah Khalish ni mmg manjakan my Khalish ni..Sayang sungguh dia kat Khalish...

So masa shopping2 ngan Mak Ngah Khalish, my Khalish ni sambaq dua pasang baju ala2 kostum gitew.. Sepasang tu Angry bird merah & sepasang lagi Donald duck..tak menahan sungguh bila kami tengok Khalish pakai.. Cer hangpa tengok pict kat bawah ni..


Part ekoq tu yang M gelak sakan tau..ha ha ha

Kostum Donald Duck tu M lupa plak nak amik gambaq.. Khalish ni kalau ajak dia shopping memang kena bawak duit bebanyak. Shopping mcm org dewasa tau..semua nak sambaq..dah la baju bebudak la ni mahai2.. Pening kepala Si Abah tu.. Sabaq je la Abah yek..

Wassalam

Tuesday, July 09, 2013

Khalish Si Penggemar Laksa


Mai M nak cerita ngan hangpa semua.. Khalish ni memang suka sangat makan laksa tau.. Kalau bleh hari2 dia nak makan laksa... Lepas ja abih sekolah terus ja ajak M pi pekena laksa kat Padang Matsirat yang tak jauh dari sekolah dia tu.. Memang kena ngan taste Khalish kot laksa yang dijual kat situ.. Lepas makan kat situ, siap bungkus bawak balik umah plak... 

Ibu Khalish pun memang 'hantu laksa' sebenaqnya...muahahaa...so, memang tak heran la Si Anak tu pun addicted ngan laksa kannn... Tak makan nasi pun takpa... Asyik melantak laksa ja....

Layan baikkkk punya ^_^


Wassalam


Friday, June 14, 2013

Khalish Pun Ada Blog?


Salam Jumaat muslimin dan muslimat semua.. Mai M nak cerita skit kat hangpa..
Masa M dok bw tadi tetiba Khalish mai kat M sambil bawak kamera mainan dia tu.. 

Khalish: Ibu ready yek, Khalish nak amik gambaq Ibu ni...
nak bubuh gambaq ibu dalam blog Khalish..

Ibu:???? Speechlessssss o.O

Ha ha ha...lepas tu tergelak besaq M dibuatnya tau...
Ni la kamera my Khalish 

Amboi2 mentang-mentang la Ibu dia ni blogger, Si Anak yang baru nak masuk 5 tahun ni pun nak berbelog gak yek..kih kih kih ^_^

Hai la Muhammad Naufal Khalish yang soleh & bijaksana..Kau la racun dan penawar hati ibu...
Alhamdulillah...

Wassalam

Sunday, May 12, 2013

Tadika Al Fikrah Sport's Day

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^
(Muhammad Naufal Khalish Yang Soleh & Bijaksana)

Walaupun hari sukan ni dah berlangsung beberapa minggu lepas, M tetap nak abadikan kenangan Khalish bersukan di kompleks sukan Langkawi kat blog ni..tapi sayangnya tak banyak yang M captured sebab jarak parents duduk ngan tempat students berkumpul agak jauh terpisah.. Maybe cikgu2 risau kalau dekat nanti ada la yang nak 'bertempek' ngan mak bapak ja kan..muahaha..

Memang happening sangat tengok gelagat bebudak yang comey lotey ni beraksi..hi hi..acara perbarisan yang paling meriah dan mencuit hati..apa tak nya bila berbaris semua ok ja tapi bila dah start berjalan dan berarak beramai2 abih berterabur barisan tu ^_^

Khalish berada dalam kumpulan rumah Biru..

Khalish masuk acara lari bawak baton..tengok tu sempat lagi dok posing..hi hi..

Agak sedih dan terkilan jugak la sebab group Khalish tak menang T_T , semuanya sebab salah sorang kawan Khalish tak bersedia dan asyik nangis ja..hu hu -.-' jenuh gak la M dan my hubby dok pujuk Khalish supaya stop nangis sebab tak dapat medal...Perkara dah lepas nak buat camna kan...Tahun depan cuba lagi yek anak ibu cayang...

Wassalam

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers