"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Tuesday, July 31, 2012
Lawak Kepok Lekor
Awat Khalish Malu2 Plak Ni
Tengok tu tak mau amik gambaq la tu |
Tu dia terus tutup muka |
Cak! ha ha ibu trick kata tak amik gambaq dia..Buka2 tangan terus ja ibu snap pict Khalish.. |
Monday, July 30, 2012
Salam Ramadhan:Giveaway by Jemari Suri
Juadah Iftar :Telur Bumbubali
Telur Bumbubali |
Bahan2:
7 - 10 biji telur - direbus & kupas kulitnya
10 tangkai cili kering - rendam dgn air panas & blendkan dgn sedikit air
4 tbsp sos cili / sos cili thai
4 tbsp sos tomato
1 tbsp sos tiram
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 tbsp gula
Garam & serbuk perasa secukupnya
3 tbsp air
5 tbsp minyak untuk menumis
Cara2:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering yang telah diblend, gula, sos cili, sos tomato & sos tiram. Masak hingga pecah minyak. Masukkan garam & serbuk perasa. Gaul rata.
3. Kemudian, masukkan air, gaul rata & biarkan pekat sedikit. Masukkan telur yang telah dikupas kulitnya, gaul perlahan-lahan hingga rata. Matikan api, angkat & hidangkan.
(sumber:MY BAKING WORKSHOP)
Jadi sesapa yg tak dak idea nak masak apa bleh la try resepi simple ni...Selamat Mencuba^_^
*Wassalam*
Khalish Naik Cable Car
Khalish dan ibu kat dalam cable car..Awat malu plak si Khalish ni. |
Wajah Khalish yang teruja bila sampai kat atas gunung Mat Cincang |
Rehat2 sambil dok tengok gondola bergerak.. |
Pemandangan Mid Station |
Bunga2 yang tumbuh liar kat atas gunung tu.. Cantik kan... |
Bridge kat top station, ni kami tak bleh nak p sebab tengah wat maintenance.. |
Dah turun dah ni...Sayup ja mata memandang.. kat bawah tu Oriental Village... |
Ha..selesai dah..janji pada Khalish pun dah dilunaskan...Lega rasanya...
*Alhamdulillah*
Saturday, July 28, 2012
Ketenangan Itu Milik Allah
GiveAway : Saya or Awak Yang Bertuah ??
CONTEST SAYA NAK KAD RAYA DARI KEDAH
Contest MEGA2012 Hazwan Hairy
Klik SINI untuk UNDI
*Assalamualaikum*
Malam ni M nak join Contest MEGA 2012 Hazwan Hairy.
Sesapa yang nak join gak atau nak tau tentang syarat penyertaan bleh la klik banner kat atas tu na..
Hadiah?? Memang OHHSSSEEMM sangat. Bernilai hampir RM220.00
So.. apa lagi ..Eksaited? Klik Banner pastu join la sama..
Untuk pengetahuan semua, banner M ni adalah hasil kreatif Mama Arina (big boss GSF). Mama Arina menggunakan doodle comel bermata besaq ni bersesuaian dengan nama pena M dalam dunia blogging ni Si Matatajam. Penggunaan warna pink dan purple ni memang M suka sebab warna kegemaran M..
Bagi contest ni pemenang dipilih berdasarkan jumlah LIKE kat Personal Blog Hazwan Hairy. Jadi M amat mengharapkan undian kengkawan GSF dan semua pembaca my blog dapat undi header M ni na..
Jasa anda tetap dikenang selama-lamanya..
*Wassalam*
Friday, July 27, 2012
Giveaway Craft n Crochet 2 By Tihara
Segmen: Kenangan Ramadhanku…
![]() |
Nak Join Klik Banner Ok.. |
Renungan Buat Semua
pict:Jomislam |
SALAM RAMADHAN..
IKHLASKAN HATI..TINGKATKAN AMALAN..SUCIKAN PEMIKIRAN..
SEMOGA RAMADHAN PENUH KEBERKATAN
Pelik @ Unik?
Geli M tengok..Rasa cam lelabah tu hidup plak.. |
Ni kalau nak basahkan rambut masa mandi mesti susah.. |
Thursday, July 26, 2012
Perangai Baru Khalish
Habih my Khalish cerai-ceraikan mainan tu... |
Salam Ramadhan kaum muslimin dan muslimat sekalian...
Apa cerita hari ni...M harap semua sihat dan tabah menjalani ibadah puasa..
Mai M nak cerita ngan hangpa semua pasai putera kesayangan M yang sorang ni.. Sapa lagi Khalish la.. Khalishla ni ada aktiviti baru yang dia giat dok jalankan.. ha ha..dah tengokkan pict kat atas tu.. tu la dia.. Skang ni Khalish suka bukak @ baraikan mainan dia. konon2 nak repair la kan.. tapi bila M suruh pasangkan semula..hu hu hu.."dah tak buleh la ibu" kata Khalish..
Dah banyak barang mainan Khalish yang dah jadi mangsa 'eksperimen'. Motor mainan yang kami hadiahkan masa besday Khalish pun dia dah 'repairkan'.Pict kat atas tu mainan yang terbaru di'eksperimen'kan .Pastu dia minta mainan baru pulak.. Hai kopak la wallet Abah Khalish oiii..
Lepas ni tak tau la apa lagi yang Khalish nak buat plak....
*Wassalam*
p/s: Jangan la Khalish ni dok pi repair motosikal ibu plak...
Wednesday, July 25, 2012
Subhanallah...Allahuakbar
Gambar seekor labah - labah ini diambil oleh salah seorang fotografer amatur tempatan. |
Assalamualaikum sahabat maya M semua...
Subhanallah...Tersentuh hati M tengok pict ni. Ini la bukti kebesaran Allah SWT.
Apa perasaan hangpa?
Banyak lagi bukti kebesaran Allah di sini
v
v
v
pict kredit:http://www.facebook.com/FAKTAISLAM
Ayam Masak Serai
Salam Ramadhan kengkawan M semua..
Hari ni tetiba teringin plak nak share ngan hangpa semua menu buka posa semalam..
Actually, M baru ja try resepi ni so dengan kata lain my first try la kan..
Tapi rupa-rupanya memang sedap la..tambah2 plak kalau makan ngan nasi panas2..Perghhh! terangkat la..
My hubby ngan my Khalish pun berselera ja makan semalam..
So hari ni kalau sesapa yg tak dak idea nak masak cam M semalam, bleh la try resepi ni..
Resepi ni M jumpa kat Fotopages Mamazieza
Ni resepinya (M copy n paste dari mamazieza)
Ayam Masak Serai
Sumber : maklang lina
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
Nota
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam
Sumber : maklang lina
1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit
Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus
Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.
Nota
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam
**Selamat Mencuba**
Wordless Wednesday
Labels:
wordless wednesday
