Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar. Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”
Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.
Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada 2 kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.”. Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.
Sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfar mu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t. 100 kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan?
Sumber:ePetua
44 jejari yang tajam menaip:
ya Allah kak.. ein perlu amalkan petua nie sbb kadang2 mulut ein agak celupar bile ngah geram... :(
nice info..
mudah2an kite akan beringat dan sentiasa mengamalkannya.. :)
terlajak perahu boleh diundur terlajak kata??? hurm...
nice sharing.. tqsm dear! :)
Kak M, intan suka entry ni…kadang2 manusia ni lalai dan bila baca ni juga intan juga mengingatkan diri intan juga
tq share
assalam M..terima kasih kongsi disini
Istigfar tu penting...Insya-Allah
perkongsian yg penuh informasi Kak M :)
nak lagi ye nanti.. :)
ramai kan ada penyakit mulut mcm ni...
Muhasabah diri yg byk ckp ni..
jom berzikir. ;)
hahahaha...tq 4 sharing cik M..hehehe...
Petua yg sangat baik. Betul kakak jumpa blogger yg bermata tajam di sini. Syukur..
Dtg dari blog Tihara.
btul tu kak M..
thanks utk utk info..
insyaallah akn dimanfaatkan.:)
wah wah .. nice sharing .. insyaAllah hanan berusaha untok berubah :D
hahaha nice sharing kak..
salam...
thanks for sharing
TQ dear... Untuk amalan bersama :D
as salam
bagus pesanan ni..semuanya kalimah yang bagus terutama istigfar tak boleh ditinggalkan..in sha Allah
bukan saja dapat mengubati mulut celupar bila berzikir, malah kita pun akan dapat pahala.. insyaALLAH....
nice..bagus utk semua..salam kenal..datang dari blog herba tihara..
MV tag mai http://www.ecadwinkyasha.com/2012/11/year-end-giveaway-3.html
kekadang diam lebih baik...
M nak ke pisau tu?
Pisau ni tajam dan tahan lama, asalkan jangan potong untuk bawang :D
moga dijauhkan drp smua itu...
thanks ye.. bersama kita amalkan
nice sharing kak...
terima kasih.. ^_^
tq gd sharing ni!
thx for sharing... tima kasih awak.
satu lagi petua-cilikan saja mulut yg suka mengata org tu hehe..
nice petua mai...mulut celupar memang bahaya..
sama2lah kita amalkan... :)
nice entry dear :)
kak M thanx utk sharing ni,,pic tu comei je die tarik bibir cmtu,hihihi
kdg2 saye ni celupar gak kak, so akn diamalkan semua cara ni,,thanx=)
amalan harian berzikir...leh lah kurang kan mengumpat....
tapi kadang2 tu termengumpat jugak..huhuhuh
Terima kasih sudi berkongsi ilmu ini :)
tq kak..
mulut celupar sgt tak elokkan....
mulut celupar tu sama dengan mengumpat kan?
bagus kak petua ni...kerana mulut badan binasa...
org mulut celupar ni tak kan ramai kawan kan. mintak jauh la.
kna melatih mulut menyunyah swing gum jer..hihi..nice sharing kak..
insyaallah..
tgh latih xmo jd mulut celupar..tp kan sis kdg2 dgn kwn2 yg mesra dh telepas..xleh nk cover maybe sbb depa pun mcm tu kan..yg pasti x smp ke hati..huhu
Post a Comment