Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Tuesday, May 07, 2013

Kreativiti Perang Bendera PRU13


Walaupun PRU13 dah pun melabuhkan tirainya Ahad lepas tapi bahangnya masih lagi terasa kan..Pada tahun ni M tengok perang bendera memang hangat tau..Masing2 nak menunjukkan kreativiti merekabentuk pelbagai objek yang unik2 gitew.. 


Jom layan pict2 yang M dah snap..tapi ni cuma sebahagian ja tau..banyak lagi yang M tengok tapi tak sempat nak snap2 -.- 










Amacam kreatif tak?

Monday, May 06, 2013

05052013: PRU13, Pengalaman Pertama Mengundi.

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Tanggal 5 Mei 2013, merupakan hari bersejarah dalam hidup M sebab itulah M keluar mengundi buat kali pertama dalam pilihanraya negara Malaysia bumi tercinta...Sepatutnya ni adalah kali kedua tapi disebabkan sebelum ni tak pernah minat bab2 politik ni, tak rasa hal tu penting pun  so buat tak kisah ja..tssssk T_T rugi rasanya...

Tapi bila dah umoq ni menginjak 3 series baru terasa pentingnya dalam menunaikan hak dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui pemerintahan negara kita.. Dengan semangat yang berkobar-kobar, pagi kelmarin M pun balik ke kampung mak ayah M untuk mengundi.. Tapi disebabkan M nak pi mengundi secara berjemaah ngan Mak dan adik M so terpaksa la tunggu adik M yang bekerja shif pagi balik kerja petang tu..hu hu hu.. Sepanjang dok tunggu tu M dok tengok ja la gelagat pengundi-pengundi yang menuju ke pusat mengundi yang tak jauh dari umah mak ayah M..


Barisan Nasional dan Pas antara parti yang saling bersaing dan mempunyai pengaruh besaq di kampung M..


Di sini tercatat sejarah buat diri dahku... M kena saluran 4.. Disebabkan dah petang tak payah nak beratur panjang2... Alhamdulillah...selesai sudah tanggung jawab dahku sebagai rakyat Malaysia..


Trending PRU 13, masing2 pakat tayang jari berinai biru buat kenangan. Hi hi...


Semalam pakat dok berjaga la mata M ngan my hubby nak tengok keputusan...last2 TV yang tengok kami -.-' aduhaiii...sedaq2 tengok DS Najib dah buat ucapan sebab BN menang besaq...Semoga pemerintah negara  yang menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia dapat melaksanakan tanggung jawab dengan jujur, amanah dan prihatin terhadap masalah rakyat..Mudah-mudahan....Jangan la mensia-siakan kepercayaan yang rakyat telah bagi tu...

Wassalam

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers