Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, May 06, 2013

05052013: PRU13, Pengalaman Pertama Mengundi.

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Tanggal 5 Mei 2013, merupakan hari bersejarah dalam hidup M sebab itulah M keluar mengundi buat kali pertama dalam pilihanraya negara Malaysia bumi tercinta...Sepatutnya ni adalah kali kedua tapi disebabkan sebelum ni tak pernah minat bab2 politik ni, tak rasa hal tu penting pun  so buat tak kisah ja..tssssk T_T rugi rasanya...

Tapi bila dah umoq ni menginjak 3 series baru terasa pentingnya dalam menunaikan hak dalam memilih pemimpin yang bakal menerajui pemerintahan negara kita.. Dengan semangat yang berkobar-kobar, pagi kelmarin M pun balik ke kampung mak ayah M untuk mengundi.. Tapi disebabkan M nak pi mengundi secara berjemaah ngan Mak dan adik M so terpaksa la tunggu adik M yang bekerja shif pagi balik kerja petang tu..hu hu hu.. Sepanjang dok tunggu tu M dok tengok ja la gelagat pengundi-pengundi yang menuju ke pusat mengundi yang tak jauh dari umah mak ayah M..


Barisan Nasional dan Pas antara parti yang saling bersaing dan mempunyai pengaruh besaq di kampung M..


Di sini tercatat sejarah buat diri dahku... M kena saluran 4.. Disebabkan dah petang tak payah nak beratur panjang2... Alhamdulillah...selesai sudah tanggung jawab dahku sebagai rakyat Malaysia..


Trending PRU 13, masing2 pakat tayang jari berinai biru buat kenangan. Hi hi...


Semalam pakat dok berjaga la mata M ngan my hubby nak tengok keputusan...last2 TV yang tengok kami -.-' aduhaiii...sedaq2 tengok DS Najib dah buat ucapan sebab BN menang besaq...Semoga pemerintah negara  yang menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia dapat melaksanakan tanggung jawab dengan jujur, amanah dan prihatin terhadap masalah rakyat..Mudah-mudahan....Jangan la mensia-siakan kepercayaan yang rakyat telah bagi tu...

Wassalam

24 jejari yang tajam menaip:

QasehnyaRania said...

alhamdulillah ini baru rakyat malaysia..hihi

zino said...

tahniah selesai tunai tanggung jawab

Miss N™ said...

Alhamdulillah...
selesai semuanya....
tapi demam pru masin melanda..

apapun, kita dah jalankan tanggungjawab kitakan....

combi said...

combi xngundi sbb kena ciapkan aseimen :(

ewanthology said...

tahniah kerana turun mengundi :-)

mselim3 said...

Selamat mengundi k..si M..

mselim3

pls: Undi calon yang berwibawa...

kurus said...

alhamdulillah
akk kali kedua ..
dia saluran 3 ..
seronok kan ..

hurmm walau agak kecewa dgn keputusan , namun redha kerana perjalanan dan kehidupan perlu diteruskan ..

semoga kerajaan dpt berikan yg terbaik buat rakyat ..

Cikda said...

mata sure kuyu je esok paginya kan.. hahaha yg penting kita dah tunaikan tanggungjawap kita.

Unknown said...

settle sudah jalankan tanggungjawab... alhamdulillah...

Ciktie said...

alhamdulillah..

Anonymous said...

Inai KA, balik mandi lepas mengundi hilang dah cuma tinggal kesan sikit dihujung kuku

Myra Jay said...

Hheeee, samala kita inai biru di jari :D

are_lin@yu said...

moga pemimpin kita amanah jujur bertangunggjawab untuk agama bangsa dan negara.amin

Unknown said...

wah tahniah....itu lah semoga mereka melaksanakan tugas dgn penuh amanah...

hazwan hairy said...

alaa xsmpt nk snap gmbr2 dkt saluran tu...sbb g sorg ja..haha...

IntaNBerliaN said...

samala.. saya pun pestime :-)

intanfirdaus247 said...

selesai sudah..M, comel M kat pintu tu...hehe..wah inai biru..hehe

jaakechik said...

alhamdulillah selamat sudah segalanya.... cuma yg masih kedengaran ialah pelbagai isu berbangkit selepas PRU13 tu... adeh.... hot sunggoh!

LYAfrina said...

alhamdulillah..dh selesai t/jawab....

ermm..kedah dpt kat BN balik kan.. tp trg ni msh xtau gane citer..MB pon xdop lagi

Nisah Idham said...

Alhamdulillah, selesai tanggungjawab kite kan kak, semoga Pemimpin2 kte dapat memimpin kite ke jalan yang benar.. InsyaAllah...

RIZZNA said...

alhamdulillah semuanya berakhir dgn baik

mummyrinazone beauty said...

nurul masuk nie sudah 3 kali.tapi kali nie mmg tak ngundi gara2 terlambat tukar pusat ngundi..huhu rugi

Mrs Velentine said...

keputusan lambat sngt MV pun tertidur tgu

deq's qienz said...

lorr akk pon bru pestime ka??ingat dq je..huhuu

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers