
Assalamualaikum... Nama saya Mirza Al-Kasyfi.. Tanggal 15 Jun 2014, jam 11.55 pagi, saya dilahirkan secara czer di bilik pembedahan Hospital Bukit Tekuh, Langkawi dengan berat 2.56 kg. Hari ni Saya berusia 2 bulan, 1 Minggu dan 2 hari...Salam Perkenalan Semua...
Alhamdulillah, syukur M pada Allah yg Maha Esa kerana dikurniakan seorang lagi Putera yg comel dan sihat... Boleh dikatakan Mirza Al-Kasyfi senang sangat dijaga.. Jarang2 sekali dia nk meragam.. Baik sangat anak ibu ni...
Sekarang ni, suka sungguh dia kalau di ajak bersembang... Sampai muncung2 mulut tu nk bercakap.. Makin bambam plak tu... Geram sesapa yg tengok dia.. Masa last timbang utk usia 2 bln ari tu, dah 4.8 kg... Berkat minum susu Ibu kurniaan Ilahi ^_^
Ibu doakan Mirza Al-Kasyfi membesar dengan sihat, cergas, cerdas dan menjadi anak yang baik & soleh ye nak...Aaaaminnnn...
Tu saja M nak kongsikan dgn semua pembaca my blog kali ni.. Wassalam.
P/s: teringin nk berkongsi pengalaman czer tu nanti...