Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Sunday, June 30, 2013

Si Matatajam Berhutang!


Apa habaq kengkawan semua? Harap sihat2 la semua na...Al Maklum la tak lama lagi dah nak melangkah ke bulan Ramadhan..that means...PUASA timeeeeee ^_^ M doakan hangpa semua sihat walafiat untuk mengerjakan ibadah posa tu nanti...In Shaa Allah..

Berbalik pada tajuk entry ni...apa yang M berhutang tu yek...bukan hutang duit hengget tau, tapi hutang bw mem'bw' ke blog kengkawan, komen mengomen di entry2 yang meleTOPs kat blog kengkawan yang setia singgah dan meninggalkan jejak kat blog dahku ni..

225 hutang yang perlu dilangsaikan o_O'
(hamiiikk ko M...sapa suh tak jenguk blog hari2)

Hadoiiiiiiii sejak akhir2 ni mood dahku asyik ke lauuuut ja... Bz ngan urusan harian lagi..hmmmm takpa2 jogging pelan2 M bagi kuruihhh skit badan tuh! Ha ha..errr jogging BW bleh kurus ka? Hik hik hik...

Ok la petang ni M nak jogging ke taman2 blog kengkawan ok..

Wassalam



Friday, June 21, 2013

Avon Langkawi Recognition Day


Petang 13 Jun yang lepas M dapat panggilan telefon daripada staff Avon Langkawi yang menjemput M untuk hadir menerima anugerah pada majlis penganugerahan Avon cawangan Langkawi 2013... 

Alhamdulillah ni adalah kali keempat berturut-turut M dapat anugerah Golden Circle Unit Excutive.. Untuk mendapat anugerah ni, seseorang dealer Avon perlu membuat jualan bersih sebanyak RM 5000. Pada akhir kempen 24 tahun lepas, M berjaya membuat jualan bersih sebanyak 5 ribu lebih dan melayakkan diri dahku untuk terus menjadi UE Avon.. Syukur pada Allah swt atas limpahan rezeki dan terima kasih juga pada my SIL yang menjadi pelanggan setia. Tak lupa jugak pada adik ipaq dahku yg bekerjasama membantu membuat jualan... Hope satu hari nanti dapat jadi unit manager plak ^_^

Majlis berlangsung pada 14 Jun yang lalu jam 2 petang.. Khalish? kena tinggal la jawabnya..ha ha.. M mintak my SIL tolong jagakan my Khalish sebab kalau dia ikut mmg M tak bleh join la majlis tu..macam2 la aksi dia nanti..

Nak cerita kat hangpa ni, pelbagai info penting yang M dapat tau mengenai produk Avon & marketing skill. Di samping anugerah untuk ahli Golden Circle, pelbagai aktiviti seperti hand spa demo, cabutan bertuah dan permainan yang turut menjadi selingan.. Memang happening sangat.. Lepas majlis penganugerahan selesai, mesti la ada sesi makan2 and pixca2 kannn.

Last but not least, layan ja pixca2 yg M tepek kat bawah ni yek..

Warna-warni dalam Dewan majlis.

My sweet moment

Pin & Plak Anugerah

Door gift & my lucky draw gift


Wassalam

p/s: kalau M jual barang Avon kat my blog ni, ada yg nak beli tak agaknya..hi hi ^_^


Thursday, June 20, 2013

Tiga Detik Kehidupan





Sumber: Sini

Tuesday, June 18, 2013

Simple GiveAway 3 Hari Bersama Blog Madah Cinta


Nak join klik banner Cik Akak kat atas ni yek

Tag:

Nyue 


Giveaway "I Love Peplum" by Nurin Aireen



Lama rasanya tak join GA..jenguk2 komen yang belum di publish tadi ada blogger ajak join GA dia.. So, jom la join ramai2 GA adik Nurin ni yek..

 Wish Me luck ^_^

Wassalam

Friday, June 14, 2013

Khalish Pun Ada Blog?


Salam Jumaat muslimin dan muslimat semua.. Mai M nak cerita skit kat hangpa..
Masa M dok bw tadi tetiba Khalish mai kat M sambil bawak kamera mainan dia tu.. 

Khalish: Ibu ready yek, Khalish nak amik gambaq Ibu ni...
nak bubuh gambaq ibu dalam blog Khalish..

Ibu:???? Speechlessssss o.O

Ha ha ha...lepas tu tergelak besaq M dibuatnya tau...
Ni la kamera my Khalish 

Amboi2 mentang-mentang la Ibu dia ni blogger, Si Anak yang baru nak masuk 5 tahun ni pun nak berbelog gak yek..kih kih kih ^_^

Hai la Muhammad Naufal Khalish yang soleh & bijaksana..Kau la racun dan penawar hati ibu...
Alhamdulillah...

Wassalam

Wednesday, June 12, 2013

WW: Skodeng Itik Bertelur

apa tengok-tengok!


p/s: pict ni M snap masa pi umah my tok sedara 

Tuesday, June 11, 2013

Jejalan Tengok Big Bike



25 Mei yang lepas, masa M balik dari makan malam di restoran favorite M kat pantai Tengah, terpandang la Fiesta Motor Besar ni kat perkarangan hotel Aseania.. Bunyi vroomm2 tu tak payah dok cerita la..memasing dok test power la katakan..tu yg buat M suruh my hubby berenti cari parking..

Teringin plak nak belek-belek motor2 yang besaq dan macam2 bentuk tu.. Nak beli untuk diri sendiri kompem tak la kan.. Hanya mampu tengok dan merasa la gak naik bertenggek kat seat motor2 tu untuk bergambaq -.-' bleh la melaram sat...

Layan ja la pict2 yg my Hubby tolong snap ari tu.. Tak banyak yg dapat dia captured sebab banyak dah booth yg tutup sebab dah lewat malam..



Terselit gak kereta yang gempak camni dua tiga bijik;

Harap-harap ada la lagi fiesta camni tahun depan..
Wassalam

Monday, June 10, 2013

Al Fatihah Buat Arwah...


Pejam celik..pejam celik dah setahun arwah pak mentua M pulang ke Rahmatullah..tak sedaq masa yang berlalu..Hari Jumaat yang lepas, keluarga mertua M ada buat skit kenduri arwah...sebagai menantu mithali lagi solehah ni -.- M kena la menghulurkan pertolongan kan..

Kali ni tak sibuk sangat la sebab my SIL (Mak Ngah Khalish) yang masak dan ipar duai yang lain termasuk M cuma tolong sediakan bahan2, bantu2 skit dan packing dalam bekas polestrin ja...lepas tu antaq kat masjid untuk insan2 yang selesai tunaikan solat Jumaat...Tak jemput sedara ramai2 cam sebelum ni pun..ala kadar dan mudah skit cara ni..

Suami Isteri yang gigih dok kacau rendang tok yang digandingkan dengan nasi hujan panas
(Masing2 wat gaya ja lebih..my hubby interframe tangan ja sebab seksi tak berbaju...muahaha)


Alhamdulillah..moga diberkati Allah swt..doakan arwah my FIL tenang disana dan ditempatkan bersama roh2 orang yang beriman..

Al Fatihah...Aaaminnn..

Wassalam

Sunday, June 09, 2013

Wedding Planner Terjun


Tak menahan Tajuk entry ni kan..ingat 'bidan terjun' ja hadoo, wedding planner terjun pun hadoo tau..ha ha..it's Me!

Ni semua sebab adik kesayangan dahku yang kawin 30 Mei 2013 yg lepas... Tu la jugak sebab musabab yg menyebabkan M tak dapat nak fokus pada my blog ni..huk huk huk... Demi adik dahku, tak kisah la..yea la kan, M ja akak yg depa ada..kami ni 3 beradik ja. M sorang ja pompuan yg ayu lagi manja ni -.-' dua lagi lelaki...

So nak habaq kat hangpa, dari pemilihan warna tema baju & pelamin, hiasan kamar pengantin, bab2 hantaran semuanya M yg uruskan.memang fenin kepala dahku ni nak settle kan sesorang....tapi puas hati sebenaqnya bila tengok hasilnya...nasib baik masa penyediaan makan beradab tu, last minute ada sorang dua sedara yang tolong...

Jom layan pict yang M dah snap2... Tak banyak sangat sebab M busy time tu. Lagipun adik M dah hired wedding Photographer...tak payah la M dok susah2 lagi kan..hu hu..

Sebelum bertolak ke rumah pengantin perempuan, Snap2 dulu la ngan Raja Sehari

Hasil tangan dahku..ok tak?

Pelamin pilihan..pink purple n white ^_^
Memang letih sesangat sepanjang majlis berlangsung..Alhamdulillah semuanya dah selesai..
Doakan adik M bahagia hingga hujung nyawa bersama pasangannya yek..
Wassalam

Thursday, June 06, 2013

Ada Yang Rindu Tak?


Fuh! Fuh! Fuh! Mai tolong M tiup habuk2 kat blog ni bleh tak? Sawang penuh dah ni >_< 
Lama sungguh tak jenguk blog..Almaklumlah bz sesangat akhir2 ni...Nanti M story mori lepas ni  yek..

M nak mohon Maaf bebanyak pada kengkawan bloggers terutamanya GSFians sebab tak sempat nak ziarah blog kengkawan semua..Tq so much pada yg setia berkunjung ke teratak maya M yang tak seberapa ni...

In Shaa Allah lepas ni M akan cuba untuk menghapdet my blog dan balas kunjungan ke banglo kengkawan okayssss ^_^


Wassalam


p/s: errrrr ..ada yang rindu kat dahku ke? Kih kih kih >_<
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers