Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Wednesday, July 31, 2013

WW: Ada Gaya Model Tak?

Salam Ramadhan to all my friends & readers..



Khalish ni memang suka posing depan kamera  ^_^

Wassalam

Sunday, July 28, 2013

Ayam Masak Kicap Berempah Menjadi Pilihan

Salam Ramadhan to all my frenz & readers...Sori bebanyak yek M tak sempat nak hapdet & terjah blog hangpa semua..M balik umah my Mak, tidoq kat sana...
Berbalik pada cadangan dan pertanyaan kengkawan pada entry yang Ini, sebenarnya M buat tiga jenis masakan. Untuk Khalish M masak ayam pedas kegemaran dia. Untuk M sendiri, M buat  sup ayam untuk dimakan dengan bihun..kiranya bihun sup ayam la... dan untuk my hubby la yg buat M susah hati ari tu sebab nak wat sesuatu yg special untuk si dia... 

So, setelah membaca semua cadangan dan menggugel segigih mungkin, M telah pilih resepi dari Teratak Mutiara Kasih iaitu Ayam Kicap Berempah..Sebab M pilih resepi ni, M tengok bahan-bahan yang digunakan tu simple tapi sedap... Dan hasilnya memang sedap, sebab my hubby kata sedap ^_^   Kalau tak sedap seriously dia akan komen tak sedap..hu hu hu..
Resepi Ayam Kicap Berempah
Sumber: Lina_Pg @ Teratak Mutiara Kasih
Diolah semula: Si Matatajam 
Bahan-Bahan :

  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
  • 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu makan cili kisar/cili giling
  • 2 sudu makan kicap pekat
  •  kicap manis atau secukupnya
  • sedikit hirisan daun sup (M tak letak sebab my hubby tak nak)
  • sedikit madu/gula dan garam
  • sedikit air asam jawa 
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
  • 3 sudu makan kerisik (M tak letak sebab tak dak stok)

Bahan-Bahan Kisar :

  • 5 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia 
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai

Cara-cara :

  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam. 
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. 
  3. Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata. 
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika. 
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api.
Ni la hasilnya 

M masukkan carrot skit sebab dah ada kat peti sejuk tu.. Walaupun nampak agak suram tapi sedap tau resepi ni...kalau nak meriah bleh la tabur hirisan cili merah @ hijau dan kacang gajus... Baru nampak menarik gitu... M tak dak stok so letak apa yang ada je la..

Selamat mencuba ^_^ dan selamat berbuka puasa

P/s: Hangpa masak apa iftar ari ni? M buat ikan masak cili api...berapi tauuu... 

Thursday, July 25, 2013

Nak Masak Apa Petang Ni?


Salam Ramadhan to all my frenz and readers... Nampak tak tajuk entry kat atas tu? 
Ha!!! Sebenaqnya M nak mintak tolong hangpa bagi idea kat M nak masak apa petang ni..

M dah beli ayam kat pasar tadi..nak beli udang, mahal tak mampus...rela dahku tak makan udang walaupun meleleh ayaq lioq ni bila tengok udang tu dok panggil2 nama M suh beli dia T_T
Sabaq...Sabaq...Sabaq...

Tu pasal la M beli ja ayam..tapi last2 tak tau plak nak masak apa -.-'
So, saja ja nak M nak tanya pendapat kengkawan semua menu apa yg best untuk M masak untuk iftar malam ni..sambil2 tunggu pendapat hangpa semua, M nak mintak tolong ngan abang gugel...


Wassalam


P/s: Any Idea???

Tuesday, July 23, 2013

Mengantuk Sangat La Tuuu

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Masa driving balik umah lepas amik Khalish dari tadika ari tu, heran gak la tetiba Khalish ni senyap ja kat sebelah M..kalau tak, memang menceceh ja mulut dia tu..

Bila M toleh ke kiri ja, rupa-rupanya my prince dah tertidoq...alahai... Ngantuk sangat la tu.. Dok tengah enjoy makan honey star pun bleh tertidoq baq hang...


Alololo cian cayang Ibu ni..

Sampai kat umah, M pun terus la amik pict my Khalish buat kenangan...geram tengok..comey..

Wassalam


P/s: Otak tengah ligat dok pikiaq nak masak apa petang ni..hmmm...

Saturday, July 20, 2013

Cara-cara Si Matatajam Redakan Rasa Marah

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Masa dok belek2 pict dalam henpon M ni, terdetik plak nak kumpulkan gelagat Khalish waktu tidoq..  M ni memang suka amik gambaq Khalish waktu dia tidoq...sebab hati M rasa lebih tenang dan 'cool' bila tengok wajah Khalish time dia tidoq ni. Kalau rasa marah dan geram bila dia buat hal tu, ni la antara cara terbaik M nak redakan rasa marah..hi hi...

Selain tu, Istighfar bebanyak dan amik wudhu pun turut dipraktikkan...kalau tak reda jugak elok la solat sunat dua rakaat betoi tak!

Jom tengok aksi tidoq my Khalish...


Dan lagi


Memang terhibur la hati ni bila tengok semua picts kat atas ni... Yang tak menahan tu tidoq siap pakai spek mata..satu lagi, sambil duduk pun bleh tertidoq..ha ha ha...

Pastinya kaum Ibu yang lain pun suka tengok aksi anak2 kalian waktu depa tidoq kan!

Wassalam

Wednesday, July 17, 2013

Puding Oreo Sedap Pilihan Dato' Siti Nurhaliza


Salam Ramadhan to all my frenz and readers...Hari ni M nak cerita ngan hangpa pasai Puding Oreo yang hot kat instagram Dato Siti Nurhaliza ari tu.. Masa Tok Ti buat puding ni dan upload kat insta dia, semua pulun mintak resepi tau..he he he..M pun amik peluang Google website yg Tok Ti bagi tu dengan gigihnya...nak tau gak best sangat ka resepi tu..

So, petang semalam tetiba teringin plak M nak try buat...Nak resepi tak?.. Tengok kat bawah ni yek.

Sumber:http://ruhayurazali.blogspot.com/
Di olah semula: Si Matatajam
Resepi asal Ros HomeKreation.

BAHAN-BAHAN
Loyang Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly 
750ml air 
140gm gula
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN
  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau  dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
  3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya ) tapi M malas nak melapis-lapis ni so M belasah ja terus ha ha ha...Sori yek pemilik resepi.
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
  6. Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
  1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
  2. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..


Belum keras lagi masa ni

Puding dah keras dan sesuai dipotong untuk dihidang

Sedia untuk dimakan

Perghhh! Serious sedap nak habaq kat hangpa tau..patut la Tok Ti pun buat. Cuba jangan tak cuba tau.. M nak buat lagi petang ni..tak puas makan rasanya..

Wassalam

WW: Khalish The Tigger

Tuesday, July 16, 2013

Dia Pun Nak Memandu Jugak!


Salam Ramadhan to all my frenz n Readers.. Iftar semalam M dapat cuti masak lagi...hi hi hi...
My hubby ajak pi 'tunjuk2' makanan kat bazar Ramadhan..

On da way nak pi bazar Ramadhan tu, my Khalish ni tetiba nak dok kat Abah dia sebab dia pun nak pandu keta cam Abah katanya...ek eleh..macam la Ibu tak tau..saja nak manja2 ngan Abah la tu kan...

Layan ja la aksi Khalish driving kat bawah ni..

Memula tu fokus ja tau... Pastu malu2 plak sebab Ibu snap2 pixca dia

Nampak ka side mirror tu? Ha ha...ewah2 suka la tuuuu..

Sepanjang jalan, M ngan Abah Khalish, seronok sangat tengok aksi Khalish driving...eksaited sungguh dia tau...Alhamdulillah sampai juga kat destinasi yg di tuju dengan selamat..


Wassalam

Iftar With My Family


Salam Ramadhan to all my frenz and readers...Hari ni M nak cerita skit pasai iftar pada ari Sabtu lepas.. Ari tu adalah iftar pertama bagi Ramadhan ni M berbuka puasa ngan my family.. 

Sedih gak rasanya sebab adik bongsu M takda..dia skang blajaq kat Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim.. Hope dia baik2 ja la kat sana ^_^

Malam tu, tempat dan juadah dipilih oleh M ngan my Hubby...memula kami pilih Restoran Mangga 1 di Pantai Tengah tapi tutup plak.. depa bukak Restoran Mangga 2 ja bln posa ni...kat Lubuk Buaya lokasi restoran ni.. Tak jauh dari area Pantai Cenang... 

Antara juadah pilihan, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, sambal udang, kailan goreng ikan masin, tom yam ayam & ayam goreng tepung. Lega rasanya sebab walaupun kami tak biasa makan kat Mangga 2 tapi masakan kat situ memang sedap macam kat Mangga 1.. Resepi sama kot..

Pixca pixca skit wat kenangan..hi hi ^_^

Alhamdulillah...Masing2 puas hati ja makan malam tu. Berselera ja...
In Shaa Allah, ada rezeki lebih skit kita makan kat situ lagi yek my family..

Wassalam


Saturday, July 13, 2013

Aktiviti Lepas Berbuka Semalam


Salam Ramadhan to all my readers & friends... Mai M nak cerita skit pasai Khalish..
Semalam masa jejalan kat bazar Ramadhan, Khalish dah sambaq satu benda.. 
Punya la tak sabaq, lepas Abah ngan Ibu dia abih menikmati juadah bukak posa terus nak ajak main tau.. Cer tengok aksi Khalish ka bawah ni>>

V
V
V
V
Eksaited kemain dia masa main bunga api tu ^_^

Kalau ikut kan M ni, sayang rasanya main bunga api ni..dah macam bakaq duit ja.. Tapi kata Abah Khalish, "bahagia hati kalau tengok anak kita seronok..alaaa macam kita dulu2 pun eksaited tak hengat bila main bunga api". Hmmm...M iya kan ja la... Sekali sekala biaq pi la ^_^

Kat kawasan umah M ni dah start bunyi tembakan mercun..kat tempat hangpa apa cerita?

Wassalam

Thursday, July 11, 2013

Aduiii Jadi Lagiiiii


Frust sungguh rasanya bila tengah dok syok balas kunjungan ke blog kengkawan tetiba jadi camni

V
V
V
V

Susah la dahku nak balas jejak kengkawan yg tinggalkan komen..Sabaq ja la..
Awat la asyik jadi camni..hangpa pernah kena camni tak?

Wassalam

P/s: Yang M tau Mama Arina pun senasib ngan M..



Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.comAdd Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publishentri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35

❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00


     jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

    Wednesday, July 10, 2013

    Khalish Si Angry Bird


    Baru2 ni pi shopping baju sweater untuk my Khalish.. Tapi bila sampai saja kat Shopping Mall tu bukan sweater ja yang Khalish sambaq tapi tshirt pun dia sambaq gak... Nak dijadikan cerita my Khalish ni tak puas hati lagi tau..last2 Mak Ngah Khalish ajak Khalish pi shopping sekali lagi.. Aduhai... Kalau hangpa nak tau Mak Ngah Khalish ni mmg manjakan my Khalish ni..Sayang sungguh dia kat Khalish...

    So masa shopping2 ngan Mak Ngah Khalish, my Khalish ni sambaq dua pasang baju ala2 kostum gitew.. Sepasang tu Angry bird merah & sepasang lagi Donald duck..tak menahan sungguh bila kami tengok Khalish pakai.. Cer hangpa tengok pict kat bawah ni..


    Part ekoq tu yang M gelak sakan tau..ha ha ha

    Kostum Donald Duck tu M lupa plak nak amik gambaq.. Khalish ni kalau ajak dia shopping memang kena bawak duit bebanyak. Shopping mcm org dewasa tau..semua nak sambaq..dah la baju bebudak la ni mahai2.. Pening kepala Si Abah tu.. Sabaq je la Abah yek..

    Wassalam

    Tuesday, July 09, 2013

    Khalish Si Penggemar Laksa


    Mai M nak cerita ngan hangpa semua.. Khalish ni memang suka sangat makan laksa tau.. Kalau bleh hari2 dia nak makan laksa... Lepas ja abih sekolah terus ja ajak M pi pekena laksa kat Padang Matsirat yang tak jauh dari sekolah dia tu.. Memang kena ngan taste Khalish kot laksa yang dijual kat situ.. Lepas makan kat situ, siap bungkus bawak balik umah plak... 

    Ibu Khalish pun memang 'hantu laksa' sebenaqnya...muahahaa...so, memang tak heran la Si Anak tu pun addicted ngan laksa kannn... Tak makan nasi pun takpa... Asyik melantak laksa ja....

    Layan baikkkk punya ^_^


    Wassalam


    Marhaban Ya Ramadhan

    Esok bermula la tanggungjawab umat Islam menunaikan ibadah puasa..Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang mulia ni, M nak mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan mengguris hati pembaca my blog ni.. Moga segala amalan kita di bulan Ibadah  kali ni akan diberkati Allah swt.
     
    Ya la kan, kalau kita pulun2 beribadah pada Allah tapi selama ni ada insan yang terguris rasa dengan kita dan tersimpan di hati tu memang tak guna la jugak kan...biarlah kita menjaga hubungan baik dengan yang Maha Kuasa serta hubungan baik sesama insan.. terutamanya hubungan dengan ibu bapa tu yek...baru lah barakah....
     

    Ada yang terlupa niat puasa @ niat masa nak berbuka tu bleh la rujuk kat bawah ni yek.
    Almaklum la bulan Ramadhan setahun sekali kan...Mesti ada yg terlupa tu kan.. Ha ha cepat ngaku ;p



    Selamat berpuasa buat semua pembaca my blog yang beragama Islam.. Tingkatkan ibadah dan jagalah lidah...

    Wassalam


    Pict: FB & FB

    Sunday, July 07, 2013

    GIVEAWAY X-CLUSIF PERTAMA BY ADHIE



    Nak join sama tak? Ha! Cepat klik banner ^_^

    Wassalam

    Thursday, July 04, 2013

    CPUV Melekat Lagi ^_^

    Alhamdulillah syukur pada Allah.. saja bukak my Nuff akaun tadi sebab dah lama tak jenguk kan...
    Tengok2 bahagian earning ada 5 ketui CPUV dok tengah on going... Alhamdulillah..rezeki..rezeki..

    Tq so much Nuffnang

    Terima Kasih jugak pada pengunjung setia yang sudi singgah my blog ni yek

    Sayang hangpa semua sangat-sangat

    Wassalam
    Daisypath Anniversary tickers
    Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers