Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Tuesday, July 31, 2012

Segmen : Kenali Komuniti Blogger




Salam Ramadhan kengkawan..M nak join satu segmen yang rasanya agak last minute gak la...
M tag 
v
v
http://bungasepet.blogspot.com/

Lawak Kepok Lekor


Sumber:Woot Media

Salam Ramadhan sahabat semua...Masa dok godek2 Woot Media, M ada la terbaca sketsa nak balik raya Lisa Dan Aaron dalam Ombak Rindu... Memang lawak la bagi M..tu pasai la M nak share ngan hangpa. Sekali skala layan lawak camni plak...Tak tahan sangat M tgk muka Lisa Surihani yang last tu...

Apa kata kengkawan semua?

Awat Khalish Malu2 Plak Ni


Salam Ramdhan semua..
Sebelum ni M ada cerita ngan hangpa yang Khalish ni memang suka bergambaq dan suka wat mimik muka macam2..Tapi kan baru2 ni kami pi Langkawi Cable Car...Khalish tetiba ja jadi malu2 dan tak mau bergambaq...Heran plak ibu ngan abah ni..Pasai apa ni Khalish..Anak ibu dah jadi pemalu plak ka...Bleh geng ngan Qalief (anak auntie Waniey) la kalau camtu..Betoi kan Waniey..

Cuba la hangpa tengok pict2 kat bawah ni..Khalish dah jadi pemalu...hu hu...
Tengok tu tak mau amik gambaq la tu

Tu dia terus tutup muka

Cak! ha ha ibu  trick kata tak amik gambaq dia..Buka2  tangan terus ja ibu snap pict Khalish..
 Anyway tu saja M nak share pasai my Khalish ngan pembaca my blog semua...
*Wassalam*
p/s: Macam2 perangai budak2 ni kan ^_^

Monday, July 30, 2012

Salam Ramadhan:Giveaway by Jemari Suri



Assalamualaikum Dan Salam Ramadhan ^_^

Jom kita pakat join GA by JS ni ramai2.. M tag semua member GSF yang tak join lagi tu...Nak tau pasai hadiah & Syarat penyertaan kena la klik banner yg sweet kat atas tu ok..

Wassalam


Juadah Iftar :Telur Bumbubali


Telur Bumbubali
Salam Ramadhan wahai sahabat M di dunia maya ni..Harap semua sihat sejahtera dan opkoz M harap semua muslimin dan muslimah yang bleh posa tu, posa la jgn memonteng plak na...Tak baik tau.. Allah murka nanti..Sapa susah, hangpa juga yang susah..
Ok la ari ni M nak share ngan hangpa satu resepi simple yang M baru ja buat tadi untuk salah satu juadah berbuka M ptg ni... Resepi ni M amik dari My Baking Workshop. Nama resepi ni Telur Bumbubali... Kalau hangpa tanya M pasai apa nama resepi ni cam unik ja... M tak dapat la nak jawab dengan jayanya.. Tapi kalau nak tau gak kena la tanya tuan empunya resepi ni Evelyn Gemina..

Ok la tak mau berletiaq panjang2... M bagi hangpa layan resepi tu kat bawah ni..
V
V
V
TELUR BUMBUBALI
Bahan2:
7 - 10 biji telur - direbus & kupas kulitnya
10 tangkai cili kering - rendam dgn air panas & blendkan dgn sedikit air
4 tbsp sos cili / sos cili thai
4 tbsp sos tomato
1 tbsp sos tiram
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 tbsp gula
Garam & serbuk perasa secukupnya
3 tbsp air
5 tbsp minyak untuk menumis

Cara2:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang yang ditumbuk hingga naik bau.

2. Masukkan cili kering yang telah diblend, gula, sos cili, sos tomato & sos tiram. Masak hingga pecah minyak. Masukkan garam & serbuk perasa. Gaul rata.

3. Kemudian, masukkan air, gaul rata & biarkan pekat sedikit. Masukkan telur yang telah dikupas kulitnya, gaul perlahan-lahan hingga rata. Matikan api, angkat & hidangkan.


Jadi sesapa yg tak dak idea nak masak apa bleh la try resepi simple ni...Selamat Mencuba^_^

*Wassalam*

Khalish Naik Cable Car



Salam Ramadhan semua muslimin dan muslimat yang sudi menziarahi my blog.. Mai M nak cerita pasai Khalish naik cable car..Hari  khamis yang lepas, abah Khalish menunaikan janji dia pada Khalish untuk bawa Khalish naik cable car..Permintaan ni sebenaqnya dah lama Khalish suarakan kat kami berdua.. Tapi abah Khalish sibuk sangat sampai tak dak masa nak bawa jejalan walaupun cable car tu tak jauh pun dari umah kami.. Jadi bulan posa ni abah Khalish free skit, so bleh la p jejalan...

Walaupun posa, tapi kami memang tak kisah nak bawa Khalish naik ke puncak Mat Cincang tu... Khalish memang eksaited sangat bila memula nak masuk ke dalam gondola tu... Tapi..bila gondola tu dah start bergerak...ha ha kecut perut Khalish tu... Tapi bila naik ke atas skit dah ok la kan...

So...tak nak cerita panjang2, hangpa layan la pict kat bawah ni k...


Khalish dan ibu kat dalam cable car..Awat malu plak si Khalish ni.

Wajah Khalish yang teruja bila sampai kat atas gunung Mat Cincang

Rehat2 sambil dok tengok gondola bergerak..
Pemandangan Mid Station
Bunga2 yang tumbuh liar kat atas gunung tu.. Cantik kan...



Bridge kat top station, ni kami tak bleh nak p sebab tengah wat maintenance..
Dah turun dah ni...Sayup ja mata memandang.. kat bawah tu Oriental Village...
Ha..selesai dah..janji pada Khalish pun dah dilunaskan...Lega rasanya...
*Alhamdulillah*

Saturday, July 28, 2012

Ketenangan Itu Milik Allah






pict:http://www.facebook.com/wanitasolehahbidadari

Salam Ramadhan wahai sahabat sekelian...

Sebagai manusia biasa, sememangnya kita akan berasa sakit hati dengan seseorang...Aku juga pernah berasa sakit hati dan menyimpan kemas perasaan itu di lubuk hati paling dalam..Namun semakin lama, perasaan itu cuma memakan diri sendiri dan luka itu semakin parah di hati ini..

Alhamdulillah...akhirnya selepas aku memaafkan insan yang telah 'menikam aku dari belakang' itu...hatiku tidak sakit lagi..perasaanku menjadi tenang..kehidupanku kembali riang...

Syukur Ya Allah kerana memberi petunjukMu kepadaku insan yang lemah dan penuh dengan kekhilafan..

*Wassalam*

p/s: Sekadar berkongsi pengalaman dan perasaan..Pohonlah pada Allah seandainya inginkan ketenangan..

GiveAway : Saya or Awak Yang Bertuah ??




Salam Ramadhan kengkawan...

Untuk GA ni M nak tag
v
v
v
Mama Mia  & Aima

CONTEST SAYA NAK KAD RAYA DARI KEDAH






SAPA NAK TAMBAH KAD RAYA??? HA! JOM JOIN CONTEST NI...
KALAU NAK JOIN ATAU NAK TAU SYARAT2NYA KLIK BANNER KAT ATAS TU..

tag:
Waniey & Banu

SALAM RAMADHAN GIVEAWAY





Salam Ramadhan kengkawan... Jom join GA Sweet Lizahanum..Kalau nak join @ nak tau Syarat2 dan hadiah untuk GA ni, klikla banner kat atas tu na..

GA ni tamat pada 31/072012

Percayalah, Hadiahnya memang super ohhssemmmm^_^

Contest MEGA2012 Hazwan Hairy


Klik SINI untuk UNDI




*Assalamualaikum*

Malam ni M nak join Contest MEGA 2012 Hazwan Hairy. 
Sesapa yang nak join gak atau nak tau tentang syarat penyertaan bleh la klik banner kat atas tu na..
Hadiah?? Memang OHHSSSEEMM sangat. Bernilai hampir RM220.00
So.. apa lagi ..Eksaited? Klik Banner pastu join la sama..




Untuk pengetahuan semua, banner M ni adalah hasil kreatif Mama Arina (big boss GSF).  Mama Arina menggunakan doodle comel bermata besaq ni bersesuaian dengan nama pena M dalam dunia blogging ni Si Matatajam. Penggunaan warna pink dan purple ni memang M suka sebab warna kegemaran M..

Bagi contest ni pemenang dipilih berdasarkan jumlah LIKE kat Personal Blog Hazwan Hairy. Jadi M amat mengharapkan undian kengkawan GSF dan semua pembaca my blog dapat undi header M ni na..
Jasa anda tetap dikenang selama-lamanya..

*Wassalam*

Friday, July 27, 2012

Giveaway Craft n Crochet 2 By Tihara





Nak join GA lagi la..Kali ni GA by Tihara..Sesapa nakjoin sama atau nak tau syarat2 penyertaan klik ja banner kat atas tu alright ^_^

Jom Join Ramai2...

Segmen: Kenangan Ramadhanku…


Nak Join Klik Banner Ok..

Salam Ramadhan Semua..
Hari ni M nak join Segmen yang dianjurkan Diena (wardahilmu.blogspot.com) aka pemilik  D Hannah Shoppe.. Tajuk Segmen tu "Kenangan Ramadhanku"..

Sebelum ni M ada pernah cerita kat hangpa satu pengalaman M masa bebudak dulu kat SINI.. Kalau yang tu kisah yg agak lucu,tapi yg ni agak memeritkan bagi M..Kali ni M nak cerita kenangan Ramadhan masa M study kat UKM dulu plak..M nak berkongsi cerita masa M di tahun pertama di situ..

Masa tahun pertama bilik M terletak kat tingkat 4 ( tingkat paling atas skali).. bilik 401, Kolej Burhanuddin Helmi..Satu bilik dua orang..  Nama roommate M, Juhaida,orang Setiawan Perak. Kiranya, makan soq (sahur), beli juadah sekaligus buka posa pun semua ngan dia la...

Satu masalah yang kami tension sangat pasal bekalan ayaq(air). Memang kerap sangat kami terputus bekalan ayaq sepanjang M study kat situ...Hangpa bayangkan la kalau terpaksa angkut ayaq dari bawah naik ke tingkat 4 sebelum ayaq tu terputus abih langsung ..Memang seksa wooo.. Alkisahnya.. kejadian ni terjadi gak pada bulan puasa.. Adoila memang teruk sangat M  ngan semua member kat tingkat 4 ni terpaksa ulang alik dari bawah ke  tingkat atas ni angkut ayaq untuk kegunaan kami.

Kalau kami tak angkut dan simpan ayaq tu, alamatnya tak mandi la.dah tu kalau kena emergency nak ke toilet, tak ka naya tu...Memang tak sanggup sangat bila ingat2 balik betapa teruknya keadaan masa tu.. dah la penat berjalan jauh balik dari kuliah dah tu  penat tak abih lagi, kena dok angkut ayaq plak..Kalau tak tahan tu ada la yang dok posa yang yok tu.. hu hu ...Masa  tu memang rasa cam nak balik kampung ja berpuasa kat umah ngan family..Hu hu..memang sedih sangat la masa tu.. Lagi-lagi bila my mak tipon..terus la meraung sakan..mengadu la konon..ha ha malu plak bila ingat2 balik.. Almaklum la first year berjauhan dari my mak.. Alhamdulillah, segalanya dah berlalu dan hanya tinggal sebagai kenangan di kotak ingatan M...

So.. tu ja la M nak cerita kali ni... Apa plak cerita hangpa?? Cuba habaq mai kat M plak na... Kongsi2 cerita ni happening skit..

*Wassalam*

Renungan Buat Semua



pict:Jomislam

SALAM RAMADHAN.. 
IKHLASKAN HATI..TINGKATKAN AMALAN..SUCIKAN PEMIKIRAN..
SEMOGA RAMADHAN PENUH KEBERKATAN



p/s: Sama-samalah kita lipat gandakan amal ibadat di bulan yg mulia ni ^_^


Fikir-fikirkan La...



pict:JomIslam

Gunakanlah Akal Yang Allah Pinjamkan Kepada Kita Sebaik-baiknya(^_^)


Pelik @ Unik?




Apa habaq kengkawan GSF dan all my readers?? Harap sihat la na..

Mai  M nak share ngan hangpa fesyen2 rambut yang ntah la M tak tau nak kategorikan pelik @ unik..

Layan la pict2 kat bawah ni dan pilih la kategori mana yang sesuai bagi hangpa..


Geli M tengok..Rasa cam lelabah tu hidup plak..




Ni kalau nak basahkan rambut masa mandi mesti susah..


Agaknya depa ni dah tak dak kerja lain dah kot...Hu Hu (^_^)

*Wassalam*

pict kredit:http:noicantbelieveit

Thursday, July 26, 2012

Perangai Baru Khalish





Habih my Khalish cerai-ceraikan mainan tu...
Salam Ramadhan kaum muslimin dan muslimat sekalian...
Apa cerita hari ni...M harap semua sihat dan tabah menjalani ibadah puasa..

Mai M nak cerita ngan hangpa semua pasai putera kesayangan M yang sorang ni.. Sapa lagi Khalish la.. Khalishla ni ada aktiviti baru yang dia giat dok jalankan.. ha ha..dah tengokkan pict kat atas tu.. tu la dia.. Skang ni Khalish suka bukak @ baraikan mainan dia. konon2 nak repair la kan.. tapi bila M suruh pasangkan semula..hu hu hu.."dah tak buleh la ibu" kata Khalish..

Dah banyak barang mainan Khalish yang dah jadi mangsa 'eksperimen'. Motor mainan yang kami hadiahkan masa besday Khalish pun dia dah 'repairkan'.Pict kat atas tu mainan yang terbaru  di'eksperimen'kan .Pastu dia minta mainan baru pulak.. Hai kopak la wallet Abah Khalish oiii..

Lepas ni tak tau la apa lagi yang Khalish nak buat plak....

*Wassalam*

p/s: Jangan la Khalish ni dok pi repair motosikal ibu plak...






Wednesday, July 25, 2012

Subhanallah...Allahuakbar






Gambar seekor labah - labah ini diambil oleh salah seorang fotografer amatur tempatan. 
Assalamualaikum sahabat maya M semua...

Subhanallah...Tersentuh hati M tengok pict ni. Ini la bukti kebesaran Allah SWT.

Apa perasaan hangpa?


Banyak lagi bukti kebesaran Allah di sini
v
v
v




Ayam Masak Serai







Salam Ramadhan kengkawan M semua..

Hari ni tetiba teringin plak nak share ngan hangpa semua menu buka posa semalam..
Actually, M baru ja try resepi ni so dengan kata lain my first try la kan..
Tapi rupa-rupanya memang sedap la..tambah2 plak kalau makan ngan nasi panas2..Perghhh! terangkat la..
My hubby ngan my Khalish pun berselera ja makan semalam..

So hari ni kalau sesapa yg tak dak idea nak masak cam M semalam, bleh la try resepi ni..
 Resepi ni M jumpa kat Fotopages Mamazieza

Ni resepinya (M copy n paste dari mamazieza)

Ayam Masak Serai
Sumber : maklang lina

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:
Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

Nota
* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam 


**Selamat Mencuba**



Wordless Wednesday




Tuesday, July 24, 2012

Apa Pendapat Anda???





Sumber:Mbmdk


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers