Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Busy sungguh hari ni, penat dahku... Almaklum la esok kan nak raya.. Memang banyak kerja yg nak diselesaikan oleh home minister cam M ni.. Nak masak, nak mengemas, nak siapkan baju raya untuk suami, anak & diri sendiri dan buat preparation untuk tetamu yang mai beraya esok.. Walaupun letih dan kurang sihat tapi tetap happy sebab....... esok hari raya..esok hari rayaaaa ^_^

Sempena raya yg akan menjelang esok hari, M nak mohon maaf bebanyak daripada kengkawan semua kalau ada salah silap sepanjang perkenalan di alam maya ni.. Bagi yang pulang beraya tu hati-hati di jalan raya tau.. Have a safe journey ^_^

Salam Aidil Adha daripada Si Matatajam sekeluarga

Wassalam

P/s: Apa menu istimewa hangpa esok yek... Hi hi saja nak nyebok ;p

Thursday, October 10, 2013

Happy Birthday Big Boss GSF

 Assalamualaikum Dan Salam Ukhuwah

Hai all GSFians...sememangnya ari ni hari yg special untuk kita coz 30 Tahun yg lepas, pada tarikh ni la our big boss lahir ke dunia ni.

So jom kita nyanyi sesama

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Arina Shamsul...
Allah selamatkan kamu...



M doakan semua impian Mama dimakbulkan Allah swt dan selamat melahirkan ur second baby nanti..

Wassalam 

Wednesday, October 09, 2013

WW: Puding Roti Pisang Tabur Milo

Assalamualaikum  & Salam Ukhuwah..

Jom layan puding kat bawah ni.. Tapi tengok ja la kan.. Gigih plak dahku berpuding malam ni.

Sebelum

Sesudah masak

Wassalam

P/s: sedap baq hang....

WW: Macam-macam Aksi Khalish

 Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Walaupun dah share kat my IG, tapi ari ni nak share gak kat my blog..

Magic sudu melekat kat hidung ( Memula main bawa bola dalam sudu pastu bleh plak letak sudu tu kat hidung dia )


Aksi stylo by Khalish... Feeling cam cowboy la kononnya ^_^

Wassalam

P/s: Apa kata hangpa?

Friday, October 04, 2013

Alkisah ABANG Khalish


Salam Jumaat wahai umat Islam...

Lama rasanya tak cerita pasai Khalish kat sini.. Hari ni M nak cerita skit ngan hangpa pasai my Khalish... Berbalik pada tajuk entry ni iaitu 'ABANG Khalish' tolong jangan salah faham yek bukan M maksudkan Abang kepada my Khalish  ( Ye la kan, Khalish ni anak sulung camna nak ada abang) tapi Khalish yang dah mula feeling2 jadi seorang Abang  ^_~  ahakss....

Al-kisahnya bermula bila Khalish jumpa satu game kat dalam my Ipad iatu Baby Care... Game tu ajar bebudak camna nak caring baby contohnya, kalau baby nangis nak susu kena bagi susu, kalau baby poopoo kena tukaq lampin, mandikan baby dan pakaikan baju. Mungkin ada yg berpendapat game ni hanya sesuai pada gegurl tapi bagi M tak kisah la kan Kalau bebudak nak belajaq caring seseorang. 
 So, suatu pagi tu, M nak kejutkan Khalish bangun pi sekolah. Kejut cam biasa takmau bangun plak. 

So, M amik la Ipad dan bukak game tu.. Bila baby tu nangis mintak susu, M pun suruh la Khalish bangun tolong jagakan adik (baby) tu.. Tetiba Khalish menjawab " Ishk! Abang ngantuk la " . Tergelak M dengaq bila dia bahasakan diri dia tu 'Abang'. Lepas tu M cakap, sian adik tu nangis, kalau Khalish ada adik nanti takkan nak biaq Adik camtu? Balas Khalish " Alaaaa.. Tu kan game saja. Kalau adik keluar dari perut Ibu, Khalish jaga betul2 la nanti". Ha! amik kau... Pandai dia menjawab tau..

FYI, akhir2 ni Khalish suka pulak ngan baby atau bebudak kecik daripada dia... Kalau jumpa mesti nak pegang baby tu. Pernah mintak nak bawak balik pun ada... Ha ha...

Alahai sabaq yek Khalish... In Shaa Allah suatu masa nanti, Allah akan tunaikan hasrat Khalish tu yek ^_^
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers