Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Wednesday, October 31, 2012

Terima Kasih Mama Qhayra


Ramai dah member2 GSF yang hapdet entry pasal cenderahati dari Mama Qhayra atau lebih mesra dipanggil Deq's Qienz...Walaupun agak terlewat, M tetap nak ucapkan terima kasih dalam special entry untuk DQ ni.. 

Ada lagi yang tak kenai ngan Mama Qhayra ni ka? Ha! Cepat terjah  http://mamaqhayra.blogspot.com/ untuk berkenalan ngan pemilik blog yang baik hati ni yek... Jangan malu2 sebab beliau baik dan peramah tau...Member GSF lain pun semua ramah2 tau..tak rugi berkenalan ngan all GSFians.. Terjah la depa semua kat bloglist GSF di sidebar blog M ni..

To DQ this is for u



Moga ukhwah antara kita semua kekal selamanya..

*Wassalam*

Tuesday, October 30, 2012

Bertuahnya Aku,Ada Yang Sudi Ziarah..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga M hapdet my blog untuk ari ni...Terima kasih pada insan2 yg sentiasa sudi menziarahi blog M ni..Maaf la yek, semalam dan ari ni M tak sempat nak balas kunjungan ke blog hangpa..Badan ni baru ja ok hari ni..M dok plan nak bw la ari ni tapi tak sangka yang ari ni ada seseorang yang special mai umah nak jumpa M...Terharunya dahku ^_^
Si Dia yang special tu adalah rakan blogger jugak tau..dan yang paling best beliau ni ahli keluarga GSF gak...Ok la....tak nak bagi hangpa tertanya-tanya lagi la...Beliau ni pemilik blog Cik Lavender's Stories>>> Cik Aini @ lebih mesra kami panggil dia Ai..Bila Ai sms kata nak ziarah M kat my umah,  opkoz la dahku eksaited kan..ye la nak jumpa lagi sorang rakan blogger yg melancong kat Langkawi ni bukan senang tau...kena tunggu depa mai sini tu kalau nak jumpa...rugi la kalau dahku tak nak jumpa.. 

Disebabkan M tak prepare apa pun bahan2 nak masak kat Ai, so M godek2 la barang kat dapoq tu tengok apa yg bleh M sediakan untuk tetamu special ni. Nasib baik la ada gak la bahan2 yg bleh M masak untuk Ai dan dua orang kawan dia tu...Takkan la nak jamu orang jauh minum ayaq sejuk ja kan...Kembung pulak perut Ai tu nanti hak hak hak...

Seronok berjumpa Ai dan kawan2 dia..Memang peramah sangat..Khalish yang mula2 malu pastu sampai tak mau berenggang plak ngan depa bertiga...Siap nak ikut Ai balik umah tu..Sebab Ai kata kat umah dia ada banyak mainan..ha ha jenuh gak la nak pujuk Khalish ni..kalau tak, sah2 dia ikut Ai nak balik amik mainan yg Ai kata tu..Khalish..Khalish..

Memang perkara wajib la bersnap-snap sakan bila berjumpa ngan member blogger ni kan..
Jom layan pict2 tu..


Moment Indah kami semua ^_^
Seronok bila tengok Khalish yang mesra ngan tetamu kami ari ni...errr terlebih mesra rasanya..ha ha



Betoi kata Cik Nur, Cik Ai ni memang cute sangat2 tau... Tengok tu..So Sweeettt (^_^)


Banyak pict kami di snap guna tab Cik Ai..Jadi Kalau nak tengok lebih banyak lagi, kena la tunggu Cik Ai hapdet kat blog dia nanti.. Cepat hapdet ye Ai, tak sabaq Kak M nak tengok pict kita ramai2 tu.. Nanti terjah la blog Cik Ai ni http://miszpinkies.blogspot.com/..

*Wassalam*

p/s: Tq Ai sebab sudi jumpa kak M...Agak2 lepas ni sapa la yang nak jumpa ngan M plak ek!

Sunday, October 28, 2012

Segmen "Cubit-cubit Manja"


Klik banner kawaii ni kl nk join yek..

Saja join segmen ni kerana nama segmen ni manja sangat hi hi ^_^


*Wassalam*

Saturday, October 27, 2012

Detik Indah Aidil Adha


Salam Aidl Adha buat semua kengkawan..Tentu masih ada yang bertandang ke rumah tebuka kan. tak pun buat sendiri open house tunggu orang yang mai umah hangpa..Tapi bagi M raya haji kali ni tak semeriah yang diharapkan sebab sehari sebelum raya sampai la raya pertama Khalish kena demam panas..

Lepas tu, M pun senasib pada raya pertama hingga la hari ni..M bercadang nak buat makan2 skit ari ni, tapi Allah dah takdirkan perancangan M tu tak dapat berlangsung dengan keadaan M yang agak lemah ni..Namun ku gagahi jua untuk menghapdet blog ni supaya tak bersawang..

Walau camna pun M nak abadikan juga detik2 indah berhari raya Aidil Adha kat blog kesayangan M ni..Even tak berapa sihat pun, M tetap nak bergambaq jugak tau..Ha ha tak padan ngan sakit tu.. 

Jom layanssss my ari raya picts ^_^

Lovely picts Khalish with Abah & Ibu
( Pict ni snap kat my umah)



Detik indah berhari raya di umah my parent
( pict yg tengah tu adik2 M, baju purple tu yg bongsu dan yg berbaju hijau tu adik yang tengah)


Tu saja yea..Memang tak banyak pun..Pict Khalish pun tak da masa snap2 kat umah my parent sebab Khalish tidoq..Faham2 ja la kan, masa tu dia tak sihat jadi tidoq ja la kejanya..Tapi sayang sebab kat umah my MIL tak snap2 pict pun kat sana..hu hu...

Raya kengkawan semua plak camna ek? Tak sabaq M nak beraya kat blog hangpa..Sedia kuih raya tau..M sihat nanti M nak menapak slow2 ke banglo hangpa semua..

*Wassalam*

Thursday, October 25, 2012

Khalish Demam

Dok tidoq ja la ni..Pilu ja hati ibu bila tgk anak ibu sakit...


Kesian sayang ibu demam. Maaf yea kengkawan, kl M lambat balas kunjungan ke blog hangpa.. Bebudak kl demam ni banyak ragam skit.. Doakan Khalish cepat sembuh yea.



Published with Blogger-droid v2.0.9


Salam Aidil Adha ^_^



Buat Semua Kengkawan & Pembaca My Blog

M mohon maaf seandainya ada terkasar bahasa mengguris rasa di hati anda..

Salam Aidil Adha

*Wassalam*


Please Stop Being My Mamarazzi


Talk to the hand please...



Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 24, 2012

Segmen Bloglist Pelangi Me & My Family

Klik banner &  join ramai2 yea kengkawan ^_^
Due date: 30/10/2012

Hadiah misteri menanti anda yg bertuah

WW: My Precioussssss



Noted: INSAN MURAH HATI YG BAGI HADIAH MISTERI KAT M ARI TU DAH DITEMUI AKHIRNYA...TQ KAK SHA SAPERI SEBAB SUDI BG HADIAH KAT M ^_^

Tuesday, October 23, 2012

CPUV/BE Pertama Untuk Blog Mai Nak Cerita


Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran M panjatkan kepada Allah SWT, kerana dengan izinNya penantian M untuk melihat BE @ CPUV singgah kat my Nuffnang akhirnya menjadi kenyataan..


Memang tak sangka sangat, bila M buka akaun Nuffnang tadi satu BE  iaitu DIGI Samsung Galaxy Note dah bertakhta kat my blog.Ya Allah teruja sangat2..Mungkin ada blogger yg dah terima berderet BE tak heran sangat la kan setakat satu BE tu pun nak kecoh...Tapi bagi M yg masih baru dlm dunia blogging & buat pertama kali BE singgah kat my blog, M rasa eksaited tak hengat hangpa tau >_<

Terima kasih pada team Nuffnang sudi gak bagi BE kat my blog yg tak seberapa ni.. BE ni akan jd pemangkin semangat M nak berbelog lepas ni.. Harap2 BE kedua dan seterusnya akan bertakhta plak lepas ni yek En. Nuff...Thanks again...

*Wassalam*

p/s: Mood happy tak abis lagi ni..Taip entry ni pun hati tengah senyum tau (^______^)
( Tahniah buat Ina Intan Berlian sebab dah selamat lahirkan baby keduanya..Syukur pada Allah)

Eca Year End Giveaway #1


Jom join ramai2 klik banner ni untuk mengetahui T& C GA ni ^_^


Hari ni M nak support Blogger Eca dlm GA anjuran beliau iaitu Eca Year End Giveaway #1. Dan julung2 kalinya M jadi sponsor untuk GA...

Jadi, M harap pengunjung setia blog M akan menjoinkan diri dlm GA ni..M tak paksa tau..Sesapa yg berminat tu bleh la join..Sama2 la kita support sesama blogger..

M ucapkan GOOD LUCK untuk semua peserta

 Year End's Giveaway&Contest oleh ecadwinkyasha.com ditaja oleh


Wassalam


Petua Masuk Rumah Baru


Mungkin ada yg dah tau dan mungkin ada yg belum tau tentang beberapa amalan yang perlu kita amalkan bila kita memasuki rumah baru..Jadi kali ni M nak share beberapa petua yg boleh hangpa amalkan bila memasuki dan menginap di rumah baru..

1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

2. Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

*Wassalam*


Sumber: SINI

Terima Kasih Rakan Blogger

Entry ni khas M tujukan buat rakan2 blogger yang sudi bagi hadiah kat M..
Jom tengok apa yang M terima daripada insan2 yang bermurah hati ni...
Crochet Broadband Casing 

Hadiah ni M terima dari blogger Qaseh Rania aka Cik Sue pemilik lobaksusue.blogspot.com. Cik Sue  bagi hadiah ni sebab M jawab teka2 kat blog dia..Kalau nak diikutkan, Cik Sue memang dah ada pemenangnya..dan M teka2 tu pun saja suka2 sebab M tau timing dah lepas..Tp tak sangka Cik Sue ni murah hati & tetap bagi cenderahati kat M sebab jawapan tu betoi..Hu hu..terharu sungguh dahku...

Seterusnya,

Eye Shadow Avon

Yang ni plak M terima dari blogger Myra Jay @ lebih mesra M panggil beliau MJ.
Hadiah ni M terima sebab M jadi salah sorang top commenter kat blog MJ iaitu normj1001.blogspot.com..


Sarung Lengan

Sarung Lengan ni plak M terima daripada Hijabul Azzwaa Boutique .. M dapat tau tentang Hijabul Azzwaa ni kat blog Ina Intan Berlian yang buat entry pasal sarung lengan ni...So M pun terjah la Hijabul Azzwaa Boutique ni dan ikut syarat2 yang ditetapkan...Kalau kengkawan muslimah nak jugak, kena la terjah Hijabul Azzwaa Boutique tu na..


TERIMA KASIH UNTUK INSAN2 YANG MURAH HATI NI ^_^

Wassalam

p/s: Alhamdulillah..Syukur pada Allah SWT...



Monday, October 22, 2012

Atasi Insomnia & Merawat Bisul



Petua Mengatasi Masalah Tidur

Daun salad merupakan penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur. Ia berupaya bertindak menenangkan dan melapangkan fikiran, sekali gus menghilangkan segala keresahan yang melanda. Amalkan memakannya selalu.


Petua Merawat Bisul

Pilihan 1: Ambil 2 biji bawang putih dan tampalkan ke atas bisul tersebut. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian bersihkan. Ulang sehingga nanah bisul itu terkeluar.

Pilihan 2: Ambil beberapa helai daun pandan dan di tumbuk sehingga lumat. Kalau boleh ambillah daun pandan yang telah tua. Kemudian, masukkanlah daun pandan yang telah lumat ke dalam uncang kain dan dibuat seperti bunjut. Tuam bisul tersebut dengan bunjut daun pandan itu. Lakukan seberapa kerap yang boleh.


p/s: Selamat Mencuba ^_^
Sumber: SINI

Petua Menjadi Isteri Terbaik


Bila M ada terbaca artikel ni kat FB, hati ni terus berkenan dan teruja nak berkongsi ngan rakan2 muslimah yang lain..Harap hangpa semua beroleh manfaat untuk keharmonian rumahtangga yek. Entry ni agak panjang, tapi rajin2 la baca sampai habis untuk manfaat diri kita jugak wahai para isteri.

1. Isteri yang cerdik - Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami.

2. Pembantu dalam pengurusan kewangan keluarga - Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaj
a. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Pengurus dalam segala hal - Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘pengurus’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, dia akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami - Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak - Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri - Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Ketika suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain, maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej - Kalau suami anda nampak kacak di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik etika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.

8. Menjaga keluarga mertua - Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.


*Wassalam*


Sumber:FB


Sunday, October 21, 2012

Tidur Tengahari Amalan Mulia


Klik pict untuk tumbesaran yek..hu hu..

Mai M nak share ngan hangpa pasai Qailulah kali ni.. baca sampai habih tau..Semoga kita semua Memperoleh manfaat daripada entry ni..

Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti.

Berpandukan kajian2 saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja2. Hasil daripada satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur ke atas negara2 industri dan pasca industri mendapati,
"92.5% pekerja yang berkesempatan tidur ada waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti secara keseluruhannya."

Waktu tengah hari adalah masa yang sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini dikenali sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate.

Di antara tokoh2 yang menggalakkan tidur pada waktu tengah hari adalah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. Broughtondi dalam buku mereka Sleep and Alertness juga bersetuju dengan pendapat ini.

Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit di waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap penyakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University merumuskan, tidur tengah hari selama 15-20 minit sudah mencukupi bagi mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greely, berpendapat tidur tengah hari adalah bermanfaat selama mana ia tidak melebihi 1 jam.

Secara umumnya, pakar2 berpandangan, badan kita mempunyai pusingan biologi yang tertentu yang dikenali sebagai circadian rhythm. Pusingan ini boleh dikiaskan seperti sebuah jam semula jadi bersama-sama dengan baterinya. Tenaga pusingan ini akan menurun pada waktu malam dan untuk memulihkannya kita perlu tidur. Ia juga menurun pada waktu tengah hari. Oleh itu, tidur sekejap pada masa itu dapat menjamin pemulihannya.


Berpandukan kajian2 ini, Kanada merancang bagi menggubal satu polisi yang mengizinkan pekerja2nya tidur pada waktu kerja.Sebagai langkah permulaan, satu projek dijalankan ke atas pekerja2 kereta api Canadian Pacific Railway di Calgary. Mereka diizinkan tidur seketika di waktu kerja mengikut jadual yang tersusun. Sekiranya projek ini berjaya, ia mungkin diperkembangkan kepada kesemua Jabatan Kereta Api di Kanada dan Amerika.


Wassalam

p/s: Tapi janganlah tidoq tu sampai melampau-lampau plak yek..Nanti terlepas plak waktu Zohor tu..

Sumber: Ahmad Raje
Dipetik dari Dr. Danial Zainal Abidin, Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden

Bersolat Tapi Masuk Neraka?




Inilah golongan2 orang yang masuk neraka walaupun mereka tidak pernah meninggalkan solat.

*Orang yang lalai menyempurnakan solatnya

*Orang yang riak melakukan solatnya

*Orang yang bakhil yakni tidak memberikan pertolongan kepada yang berhak mendapatkannya


Nauzubillahiminzalik....Semoga kita tak termasuk dalam 3 golongan tersebut..

Wassalam


Sumber: SINI

Saturday, October 20, 2012

Jom Join Giveaway Salam Ukhuwah !


Join cepat...klik banner ni ok..

Due date: 21/10/2012

Jom kita join ramai2 sambil eratkan ukhwah sesama blogger..

Wassalam

p/s: Doakan M yek...

Misterinya....Sapa Bagi Ni?



Patung Kayu Pengklip Kertas

Baru2 ni M ada terbaca kat blog member GSF, Deqla, ada insan misteri yg selitkan kerongsang kat punch card dia...Kali ni nampaknya giliran M plak tertanya-tanya sapakah insan misteri yang bagi patung kayu pengklip kertas kat atas tu..

Misalnya, ada member blogger atau silent readers yg hadiahkan untuk M benda ni, tolong habaq kat M yek..Seriously M tak tau sapa yg bagi ni..dah puas M cari sapa pengirim kat bungkusan yg baru M terima pagi ni..Yang pastinya pengirim ni dari Selangor ( berdasarkan setem )...At least bleh la M ucapkan terima kasih...

*Wassalam*


p/s: Tolong ngaku tau sapa yg bagi tu ^_^

Friday, October 19, 2012

Maaf :-(


Maaf yea kengkawan disebabkan line tenet yg agak tenat kat umah my Mak ni, M terpaksa menapak lambat2 kat banglo hangpa semua.. Plak tu nak wat entry baru pun ada masalah plak..asyik error ja..hu hu.. 

Maaf yea entry ni tak memberi manfaat dan hiburan untuk pengunjung blog M yg tak seberapa ni..Maaf sekali lg kalau M lambat sampai untuk ziarah hangpa na....

Wassalam

Thursday, October 18, 2012

Akhirnya Kau Ku Miliki Jua



Alhamdulillah Syukur  pada Ilahi,
Berdikit-dikit menabung setiap hari,
Berkat kesabaran selama ini,
Akhirnya 'engkau' dapat Ku miliki.

v



v



v




Putih pilihan hati


Bukan niat nak membangga diri,
Kalau bleh nak private this entry,
Tapi tak pandai jd terpaksa publish di sini,
Untuk kenangan di kemudian hari..

Nak Main Tapi Takut


Kali ni M nak sambung cerita lagi pasai Khalish masa berkelah ari tu..Kalau hangpa nak tau, Khalish ni eksaited sesangat bila M kata nak berkelah kat pantai..Pastu nak mandi laut...nak main2 kat tepi pantai dan macam2 la..Bukan apa sebab nak umpan Khalish tidoq awal malam tu..

Tapi pada hari picnic tu, Khalish jadi takut2 plak nak main kat laut tu..Asyik berdiri ja kat gigi ayaq tu sambil tunggu ombak2 kecik mai kat kaki dia...Maybe sebab Abah Khalish tak ikut kot. Sebelum ni kalau pi ngan my Hubby, Khalish mmg enjoy sakan mandi laut ngan Abah dia..hi hi..

Mai tengok aksi Khalish main ayaq laut tu..hi hi..kaki dia ja yg main ^_^


Ralit tengok bayang2 sendiri..hi hi..


Tengah tunggu ombak mai la tu..






Kaki Comel Sayangku ^_^



Kesian plak Khalish tak enjoy macam selalu...Nanti M plan nak ajak Abah Khalish pi sekali lagi..Mesti best kalau Khalish mandi sakan nanti ngan Abah dia..


*Wassalam*

Wednesday, October 17, 2012

WW: Laksa Utara Si Matatajam







p/s: Juadah wajib Di makan sekali dalam seminggu ^_^



WW: Awan Unik Di Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi



Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers