Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Saturday, November 30, 2013

Terpaksa....



Sebelum M mulakan cerita kali ni, M nak ucapkan tahniah pada kengkawan GSFians yang dah selamat melahirkan baby termasuklah big boss GSF yang dikurniakan baby boy baru2 ni.. Alhamdulillah...

K, continue Cerita Sebenaqnya...

Lamanya tak dapat jenguk my blog ni, bukan setakat bersawang ja tapi dah siap berlumut dah pun... Haduiiii... Mintak mahap bebanyak la pada kengkawan yg singgah sini tapi tak dapat kunjungan balas dari M...
 
Semuanya berpunca daripada kecurian cable TM kat kawasan umah M yang asyik berulang akhir2 ni... Akhirnya TM amik keputusan blacklist dah kawasan tu Dan ni bermakna dah takda la WiFi dahku dan  M dah tak dapat nak bertenet sepuas hati termasuklah berbelog macam dulu..huwaaaa.. Sedihnya hati

Lepas ni pastinya dah tak dapat la M nak jadi blogger tegar & ziarah blog kengkawan terutamanya GSFians yg sangat2 dirindui  T.T i'M sorryyyyyy......

 Untuk mengelakkan M dari buta internet terus menerus, my hubby suh amik alternatif lain kalau nak bertenet, so M amik data plan Celcom untuk my hp je. Tapi nak blogging memang susah la sebab kelajuan macam siput sedut.. Setakat FB, wassap & weChat je la yg ok pun. Bleh la asalkan dapat chat2 ngan kengkawan dunia maya ni kat laman sosial tu.. Kalau nak berbelog kena singgah umah my Mak sebab kat sini ada WiFi.. Tu pun sekali sekala je la sebab jarak umah M ngan umah my Mak jauh gak...

In Shaa Allah kalau M berpeluang blogging, M balas kunjungan ke blog kengkawan yek..

Segala-galanya bukan ku rela tapi TERPAKSA!

Wassalam



P/s: Tengah pikiaq nak wat entry auto hapdet ja la lepas ni..

Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Busy sungguh hari ni, penat dahku... Almaklum la esok kan nak raya.. Memang banyak kerja yg nak diselesaikan oleh home minister cam M ni.. Nak masak, nak mengemas, nak siapkan baju raya untuk suami, anak & diri sendiri dan buat preparation untuk tetamu yang mai beraya esok.. Walaupun letih dan kurang sihat tapi tetap happy sebab....... esok hari raya..esok hari rayaaaa ^_^

Sempena raya yg akan menjelang esok hari, M nak mohon maaf bebanyak daripada kengkawan semua kalau ada salah silap sepanjang perkenalan di alam maya ni.. Bagi yang pulang beraya tu hati-hati di jalan raya tau.. Have a safe journey ^_^

Salam Aidil Adha daripada Si Matatajam sekeluarga

Wassalam

P/s: Apa menu istimewa hangpa esok yek... Hi hi saja nak nyebok ;p

Thursday, October 10, 2013

Happy Birthday Big Boss GSF

 Assalamualaikum Dan Salam Ukhuwah

Hai all GSFians...sememangnya ari ni hari yg special untuk kita coz 30 Tahun yg lepas, pada tarikh ni la our big boss lahir ke dunia ni.

So jom kita nyanyi sesama

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Arina Shamsul...
Allah selamatkan kamu...



M doakan semua impian Mama dimakbulkan Allah swt dan selamat melahirkan ur second baby nanti..

Wassalam 

Wednesday, October 09, 2013

WW: Puding Roti Pisang Tabur Milo

Assalamualaikum  & Salam Ukhuwah..

Jom layan puding kat bawah ni.. Tapi tengok ja la kan.. Gigih plak dahku berpuding malam ni.

Sebelum

Sesudah masak

Wassalam

P/s: sedap baq hang....

WW: Macam-macam Aksi Khalish

 Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Walaupun dah share kat my IG, tapi ari ni nak share gak kat my blog..

Magic sudu melekat kat hidung ( Memula main bawa bola dalam sudu pastu bleh plak letak sudu tu kat hidung dia )


Aksi stylo by Khalish... Feeling cam cowboy la kononnya ^_^

Wassalam

P/s: Apa kata hangpa?

Friday, October 04, 2013

Alkisah ABANG Khalish


Salam Jumaat wahai umat Islam...

Lama rasanya tak cerita pasai Khalish kat sini.. Hari ni M nak cerita skit ngan hangpa pasai my Khalish... Berbalik pada tajuk entry ni iaitu 'ABANG Khalish' tolong jangan salah faham yek bukan M maksudkan Abang kepada my Khalish  ( Ye la kan, Khalish ni anak sulung camna nak ada abang) tapi Khalish yang dah mula feeling2 jadi seorang Abang  ^_~  ahakss....

Al-kisahnya bermula bila Khalish jumpa satu game kat dalam my Ipad iatu Baby Care... Game tu ajar bebudak camna nak caring baby contohnya, kalau baby nangis nak susu kena bagi susu, kalau baby poopoo kena tukaq lampin, mandikan baby dan pakaikan baju. Mungkin ada yg berpendapat game ni hanya sesuai pada gegurl tapi bagi M tak kisah la kan Kalau bebudak nak belajaq caring seseorang. 
 So, suatu pagi tu, M nak kejutkan Khalish bangun pi sekolah. Kejut cam biasa takmau bangun plak. 

So, M amik la Ipad dan bukak game tu.. Bila baby tu nangis mintak susu, M pun suruh la Khalish bangun tolong jagakan adik (baby) tu.. Tetiba Khalish menjawab " Ishk! Abang ngantuk la " . Tergelak M dengaq bila dia bahasakan diri dia tu 'Abang'. Lepas tu M cakap, sian adik tu nangis, kalau Khalish ada adik nanti takkan nak biaq Adik camtu? Balas Khalish " Alaaaa.. Tu kan game saja. Kalau adik keluar dari perut Ibu, Khalish jaga betul2 la nanti". Ha! amik kau... Pandai dia menjawab tau..

FYI, akhir2 ni Khalish suka pulak ngan baby atau bebudak kecik daripada dia... Kalau jumpa mesti nak pegang baby tu. Pernah mintak nak bawak balik pun ada... Ha ha...

Alahai sabaq yek Khalish... In Shaa Allah suatu masa nanti, Allah akan tunaikan hasrat Khalish tu yek ^_^

Thursday, September 26, 2013

Tetamu VIP Di Party Khalish


Salam bersiaran kembali..chewwah macam siaran tv plak.. Hi hi hi... Minggu ni M tak sempat nak bw ke blog hangpa sebab Khalish demam tonsil lagi dan bercampoq ngan batuk & selsema... Sian anak Ibu..Sebab tu nak hapdet belog pun tak menyempat....just layan IG ngan FB ja sat2... 

Kebetulan my Mak pun stay kat umah M so M tak mau la layan blog sebab my Mak pernah tegoq M katanya "hang ni asyik dok belogggg ja, Mai la sembang ngan mak ni" ha ha ha.. So sampai skang ni kalau ada my mak memang M tak layan blog..

Sebelum, cerita jadi pekasam, M nak cerita pasai kehadiran tetamu VIP masa sambutan Birthday Khalish minggu lepas.. Tetamu istimewa yg M maksudkan tu adalah..jeng jeng..jeng..

V

V

V


Sweet Nisah Idham in da house ^_^  just ignore my biras kat belakang tu yek..ha ha ha...

Harus la ada bukti pixca bersama..hi hi...

Hadiah dari Auntie Nisah yang menjadi kesayangan Khalish

Tq so much Nisah sebab sudi mai ari tu.. Khalish asyik sebut2 ja nama auntie yg bagi hadiah besday kat dia tu...sayang sungguh Khalish kat hadiah tu tau Nisah...memang feberet dia bab2 mewarna ni..hope nanti kita bleh jumpa lagi yek Nisah...
Wassalam

P/s: Nisah, u r so kind & sweet... Best sangat dapat jumpa Nisah..

Sunday, September 22, 2013

Khalish's 5th Birthday Big Party


Wah! Pecah rekod tahun ni Khalish potong kek besday sampai 3 kali sambutan... First ngan Ibu & Abah kat umah, Second ngan kengkawan sekolah dan kemuncaknya dengan our big family...

So, kali ni M nak crita skit suasana hari lahir Khalish malam Jumaat yang lepas ni

Majlis: Hari Lahir Khalish yang kelima tahun 
Tempat: Umah my MIL ( Khalish panggil umah Tok Bukit)
Masa: 9 malam

Macam biasa menu berat disediakan oleh my kak Ipaq (Angah).. Kali ni Angah sediakan set nasi lemak (ikan bilis goreng, timun & telur serta ayam masak merah). Disebabkan ada request dari my MIL, Angah turut sediakan bihun goreng singapore. Juadah sampingan, sate ayam & daging ( ni my hubby tempah ja) & last but not least pencuci mulut hasil air tangan dahku iaitu puding laici dan puding lapis coklat oreo. Disamping tu, family sebelah M sponsor sedikit jajan...minuman plak sirap sejuk dan teh panas...so, ikut tekak memasing la kan nak minum apa malam tu^_^

Alhamdulillah, majlis malam tu berjalan dengan lancar.. Dan mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Allah swt.. Jom layan pict malam tu...
Special birthday cake from M n my hubby for our lil prince

Besday boy with his big cake

Ibu & Abah with birthday boy...kepala khalish baru ja lepas digondolkan petang tu..ha ha ha..
Antara juadah untuk para tetamu
Antara sedara yang hadir..Tq uolls sebab sudi mai na...
Wassalam
P/s:  malam tu M ada tetamu VIP tau.. Nanti M cerita dalam next entry...

Wednesday, September 18, 2013

WW: Gerakan Si Daun Bawang

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah



Tengok pergerakan mengikut urutan nombor... Itu la pergerakan daun bawang dahku dari pagi ke malam hari. Ha ha gigih tau M dok perati daun tu dok berubah-ubah..


SUBHANALLAH 

Monday, September 16, 2013

Khalish Celebrate Birthday Di Tadika AlFikrah


Selamat hari Malaysia uollss... Wah! Mesti ramai dok berjalan-jalan cuti sakan minggu ni kan..
Hari ni M nak cerita pasal sambutan hari lahir Khalish di tadika dia, Tadika Al Fikrah Padang Matsirat..

Walaupun semalam hari Ahad dan banyak sekolah yang cuti tapi sekolah tadika Khalish tetap beroperasi. Gigihkan Cikgu sekolah Khalish ni nak mengajaq students depa... So M amik kesempatan wat sambutan kecil-kecilan untuk Khalish sambut ngan kengkawan sekolah dia kali ni.. Kalau hangpa semua nak tau selama ni Khalish tak pernah celebrate besday ngan kengkawan yang sebaya ngan dia.. Biasanya kami cuma sambut ngan family kami ja.. Sebab tu la kali ni Khalish rasa happy sangat sebab kengkawan dia pun turut sama2 nyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' untuk dia..

Jom tengok suasana sambutan hari lahir Khalish kat tadika tu...

Khalish bersama kengkawan dan guru kelas dia.. Ni sebahagian ja kawan kelas Khalish, yang lain tu ada yang masih dok makan tengahari sebab tu tak sempat nak bergambaq sekali

Sukanya my Khalish kengkawan ada sesama sambut besday dia tu..

My cuwit Birthday Boy



Terima kasih la pada Cikgu2 sekolah tadika Al Fikrah Padang Matsirat terutamanya Cikgu kelas Khalish yang berikan kerjasama pada M untuk sambut besday Khalish kat sekolah yek... Jasamu dikenang wahai Cikgu...

Wassalam

Sunday, September 15, 2013

CPUV Masyukkkk Lagi


Lama sangat tak jenguk my Nuffnang akaun.. terkezut dahku rupa-rupanya berderet CPUV aka BE yang melekat... Sampaikan banyak yang dah credited..  Dan skang masih ada 4 ketoi dok melekat lagi.. Harap2 bertahan lama la skit ^_^

TQ SO MUCH NUFFNANG

ALHAMDULILLAH...SYUKUR PADAMU YA ALLAH ATAS LIMPAHAN REZEKI INI.


Wassalam


Saturday, September 14, 2013

Giveaway Set Kurus/ Diet Shaklee by Ummuhafiey



Nak join klik pict kat atas ni ok ^_^



p/s: Bab2 kuruihhh ni cepat ja aku join..ha ha ha...doakan M menang tau...




Simple Party For Khalish's Birthday


Salam berhujung minggu kengkawan semua.. Hari ni M nak cerita skit pasai Birthday my Khalish yang kami sambut pada 12/9/2013 yang lepas... Actually, just wat small 'party' ja untuk our birthday boy. Tak sempat nak wat ngan our big family lagi sebab keadaan kesihatan Khalish yang tak mengizinkan...

Untuk hepi-hepikan Khalish sempena ulang tahun kelahiran putera kami yang kelima ni, M ngan Abah Khalish plan nak wat simple surprise untuk Khalish mlm tu...M call Abah Khalish belikan choc moist cake feberet Khalish dan 'sebijik' pizza untuk kami ngappp..hi hi hi..



Sedikit persiapan untuk surprisekan Khalish



Time ni memang Khalish dah tak sabaq nak bukak mata.. Ha ha..jenuh Abah dok pujuk.


Suka sangat dia dapat potong kek... Tapi pic Khalish buka mata & happy sangat dan nyanyikan lagu takda sebab M wat Keek time tu..

Mmmuahhh Sayang anak Ibu sangat2...Jadi anak yang baik yek Sayang.

Besaq dah anak Ibu ni..

Thats all uolls....Wassalam...

Friday, September 13, 2013

Pemenang Khalish's 5th Birthday Mini GA

Assalamualaikum & Salam Jumaat

Hari ni M nak umumkan pemenang bertuah yang dipilih oleh my Khalish  bagi Khalish's 5th Birthday Mini GA...

Jom kita tengok sapa yang bertuah tu..

Eksaited tau boy nak wat cabutan tu..hi hi...Siap Bismillah lagi...



Dan Si Dia yang bertuah adalah bernombor 
V
V
V

Cepat tengok sapa yg bernombor 6 tu kat SINI

Tahniah buat pemenang sila bagi details anda pada M kat kotak komen yek..jgn risau komen anda tidak akan di publish ...

Pada yang tidak berjaya jgn sedih2 tau...Kita hanya suka2 ja...Mana tau ada rezeki nanti2 plak...

Wassalam

Thursday, September 12, 2013

Senarai Peserta Khalish's Birthday Mini GA


Jom check Link blog hangpa ada tak...

1.http://cahayacita2.blogspot.com/
2.http://miszpinkies.blogspot.com/
3.http://myboyfriendisanarmy.blogspot.com/
4.http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/
5.http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/
6.http://norumara.blogspot.com/
7.http://mulan-sahbanu.blogspot.com/
8.http://kesumaangsana.blogspot.com/
9.http://miaduniaku.blogspot.com/
10.http://coratcoretkuini.blogspot.com/
11.http://thatsomine.blogspot.com/
12.http://sayangkudinadania.blogspot.com/
13.http://shiemacma.blogspot.com/
14.http://mysweetzlife.blogspot.com/
15.http://pape-jer.blogspot.com/
16.http://msvelentine.blogspot.com/
17.http://ikhlas-atilia.blogspot.com/
18.http://norazis2908.blogspot.com/
19.http://bubukuning.blogspot.com/
20.http://atieyusoffamily.blogspot.com/
21.http://umikasum.blogspot.com/
22.http://kpopfa93.blogspot.com/


Kalau takda habaq kat M tau! Good Luck Semua...

Wassalam



Happy 5th Birthday Muhammad Naufal Khalish



Ya Allah..... Sekejap rasanya masa ni berlalu, anak yang ku kandungkan, ku lahirkan, ku susukan Dan ku besarkan dengan penuh kasih sayang rupanya dah genap 5 tahun...

Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan pada Mu Ya Rabb tuhan sekelian alam kerana mengurniakan Muhammad Naufal Khalish kepada kami berdua... Dia la racun dan dia la penawar... Dia la yang menceriakan..Dia la  buah hati Ibu dan Abah..Dia la pengikat kasih sayang Ibu & Abah... Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Semoga anakku membesar menjadi anak yang soleh, anak yang baik hati, anak yang pintar, anak yang sihat, anak yang cergas, anak yang menyayangi Ibu Dan Abah dan menjadi anak yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat..Aaaminn Ya Rabbal Alamin ^_^



Special song for u my son

We Love u so much my Sweetheart
Wassalam
p/s: Sesapa yang tak join lagi, jom join mini GA sempena besday Khalish ari ni...
 

Wednesday, September 11, 2013

Khalish's 5th Birthday Mini GA


Seperti yang M janjikan, M nak wat simple  mimple mini GA sempena Birthday my Khalish esok...

Hadiahnya takda la grand sangat, nama pun mini GA ja kan..

Pastinya cenderahati istimewa dari Langkawi..

Pemenang akan dipilih melalui cabutan yang dipilih oleh Birthday Boy sendiri..

Syaratnya mudah ja, just tinggalkan URL blog hangpa serta kata2 yang mendoakan  kesihatan dan kesejahteraan Khalish kat komen box entry ni..

In Shaa Allah, esok M akan hapdet URL peserta dan entry seterusnya M akan umumkan pemenang bertuah yang dipilih oleh Khalish...

Best of Luck ^_^


Wassalam

P/s: Join ramai2 yek...habaq la kat kengkawan lain sama... Harap sangat ramai yang akan mendoakan my Khalish nanti..

Apa Cerita Khalish?


Firstly M nak Ucapkan terima Kasih bebanyak kat kengkawan yang sudi singgah sini dan mendoakan kesihatan my Khalish... Dan M nak mohon maaf sesangat sebab tak sempat nak bw lagi ke blog hangpa semua sebab M sibuk menjaga dan memantau keadaan Khalish sepanjang dia demam kuat ni... My hubby pun dh seminggu tak pi kerja sebab risaukan Khalish ni.. Kami taknak Khalish berseorangan. Sebab suhu badan dia yang tak stabil.

Dah seminggu lebih rasanya Khalish ni demam...kebahnya cuma sekejap2 ja.. Pelbagai cara kami usahakan untuk ubatkan Khalish... dari moden, tradisional ( petua2 untuk turunkan demam panas)  hingga la perubatan cara Islam... Pernah suhunya mencapai 40.4 darjah celcius yakni tahap serius dah tu...memang kami cepat2 sejukkan badan Khalish dengan pelbagai cara... Alhamdulillah...suhu badan Khalish turun dan dia tak apa2...

Lepas beberapa kali check up, akhirnya petang semalam doktor dapat sahkan punca pasai apa Khalish demam tak kebah2 tu.. Rupa-rupanya Khalish ada masalah tonsil membengkak.  Selagi tonsil tu tak mengecut, Khalish tetap akan macam tu la keadaannya...  Jadi doktor pun bagi antibiotik yang dapat kecutkan tonsil tu beserta ubat demam dan selsema.. In Shaa Allah sehari dua lg Khalish akan sembuh.. Mudah-mudahan..Doa-doakan kesembuhan Khalish yek...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkan lah Muhammad Naufal Khalish dan berikanlah kesihatan yang baik kepadanya..Aaaminn..


Wassalam

p/s: Kesian Khalish, esok tak dapat nak celebrate besday seperti yang dirancangkan..


Nota penting: M nak buat simple mimple mini GA sempena besday Khalish nanti..Tunggu next entry ^_^

Thursday, September 05, 2013

Alahai Cayang Ibu Demam

Assalamualaikum dan salam ukhuwah

Alahai kesian my Khalish dah 3 hari demam.. Doakan Khalish cepat sembuh yek..

Wednesday, September 04, 2013

Thanks DeWanie Scarf & Shawl

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah

Sebenaqnya entry ni dah sebulan lepas lamanya terperap kat dalam draft. Terlupa plak nak publish.. Aduii apala hang ni M -.-'


M ada terima sehelai shawl yang sangat ohsem tau..my fav color plak tu..materialnya  kain chiffon berkualiti tinggi.. Lembut dan selesa dipakai..

Tapi ada satu kemusykilan di fikiran M bila terima shawl ni.. M tak tau pasai apa M dapat shawl ni.. Biasanya, barang sampai kalau M beli secara on9 ataupun M menang GA ataupun kengkawan blogger bagi hadiah untuk M..tapi kali ni rasanya M tak da order dari mana2 pihak, tak menang GA ataupun gift Dari kengkawan blogger. Tapi dah rezeki kan orang nak bagi, M terima ja la kan.. Tak baik tolak rezeki ^_^

Ni la shawl yang ohsem sangat tu

Pihak yang bermurah hati...

Tq so much yek pihak De Waniey scraf & shawl sebab hadiahkan M shawl ni..

Jom kita pakat2 terjah website DeWaniey www.dewaniescarf.com , usha2 kot ada yang berkenan dihati bleh sambaq sehelai dua nanti..hi hi..

Wassalam

Al-Kisah Raya 6


Salam Syawal kengkawan...di penghujung bulan raya ni rasanya sempat lagi M nak cerita pasai Raya 6 yang kami sambut pada Isnin yang lalu...Takda la raikan apa sangat just M masak beberapa juadah dan jemput ahli keluarga dua belah pihak makan2 kat my umah ni...

Antara juadah yang M sediakan, Nasi beriani dimakan bersama dengan ayam masak merah dan daging masak hitam (rempah masak hitam tu M order dari MamaMia), Bihun Sup Ayam, ketupat(beli je) dimakan dengan rendang ayam...

Antara yang terhidang kat atas meja makan yang dah menjadi santapan para tetamu dahku.. Masa awal tu tak sempat nak amik gambaq...bz melayan tetamu la katakan.. 
(Abaikan la kalau nampak comot2 tu yek -.-')

Antara ahli keluarga yang hadir... Tak la ramai sangat pun..wat skit2 ja..
Atas kiri: my Kak Ipaq n my Mak
Atas kanan: My MIL
Bawah kiri: my Adik yg tengah
Bawah Kanan: My Adik Ipaq

Alhamdulillah seronok rasanya bila dapat menjamu sanak saudara makan2 kat umah ni.. Terasa la meriah skit my umah bila sedara datang camni...kalau tak sunyi ja tau..hu hu..

Khalish pun hepi ja bila ramai orang dok ada kat umah dia ni walaupun ari tu Khalish demam.. Alahai sian anak ibu ni..asyik demam ja akhir2 ni..

Ok lah...adioz friends n readers

Wassalam

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers