Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, June 15, 2015

Mirza Al-Kasyfi Turn 1


(Fuhhhh fuhhh fuhhh tiup habuk & sapu sawang dulu)

Subhanallah... Alhamdulillah.. ALLAHUAKBAR...

 Syukur Alhamdulillah pada yg Maha Esa kerana panjangkan usia my lil hero Mirza Al-Kasyfi. Hari ni 15/6/15 tepat jam 11.59 pagi tadi genap dah setahun usia my Kasyfi. Cepat sungguh masa berlalu...  Besaq dah anak ibu... Dah makin cerdik, makin panjang akalnya hi hi... 

Tetap bambam pipi tu.. Geram sgt.. Hari2 kena gigit ngan ibu ^_^

Pelbagai aksi yg sentiasa mencuit hati ibu... Penat ibu melayan kerenah anak ibu ni...
Alhamdulillah my Kasyfi seorang anak yang baik dan mudah dijaga, cuma agak letih sebab anak ibu ni aktif bergerak.. Ha ha ha..penat menangkap. Tengok la tu aksi my Kasyfi kat bawah ni.. Adess macam-macam ragam...ha ha ha.



Port paling best lepak---> bawah meja abang dia la


Ralit main sorang2

Ralit layan katun fav dia..UPIN IPIN


I love u muchoss my lil hero

Ibu doakan semoga sentiasa dilindungi Allah swt, dipanjangkan usia, membesar menjadi anak yg soleh & berguna pada agama, bangsa & negara.. Aaminnn








17 jejari yang tajam menaip:

Chic Na said...

fuhhh fuhhh fuhhh.. cikna tolong bersihkan sekali ye kak.. kikiki.. blog cikna pun sama bersawang..

Selamat hari lahir Kasyfi.. semoga terus membesar dengan sihat & jadi anak yg soleh utk ibu & ayah.. mmg cepat je, rasa br je dgr khabar kak M bersalin aritu.. huhu..

E'in said...

happy belated birthday kasyfi.. :)

Sis_Kina said...

akak tiupkan sawang dekat blog kina sekali boleh kak..heheh..


masyaallah lamanya tak sinngah blog akak...baru berkesempatan untuk blogwalking...
dah setahun dah..means dah setahun jugak lah rasanya kina tak berblogging

Unknown said...

Jom Singgah Blog Saya blog koleksiresepiemak

Koleksi Resepi emak
http://koleksiresepiemak.blogspot.com/

mselim3 said...

Assalammualaikum... si Matatajam,

dah lama tak datang ker sini.

mselim3

Unknown said...

happy belated besday kasyfi

Unknown said...

happy belated besday
KULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP

Bunda_nora said...

Dah lama sangat rasanya Bunda tak singgah sini dan orang sini tak singgag sana....
Rupa2nya dah ada baby baru...dah setahun dah usianya pun... comel n mbam mbam pulak tu...

Salam aiduladha dari Bunda...

Si Matatajam said...

Tq chic na.. Rindu nk aktif blogging cam dulu.. Tp apakan daya dahku

Si Matatajam said...

Tq dear

Si Matatajam said...

Maaf ye dik, lama akk x berkunjung ke blog kwn2.. In Shaa Allah suatu hari nnt akk akan blogging secara aktif semula

Si Matatajam said...

In Shaa Allah dik, nnt akk ziarah ye.. Tq sudi btandang kt blog akk ni

Si Matatajam said...

Waalaikumussalam sedara.. Sy x aktif blogging skrg ni.. In Shaa Allah suatu hr nnt, sy singgah ke blog sedara mselim ye

Si Matatajam said...

Tq sis

Si Matatajam said...

Salam Aidil Adha buat bonda skeluarga, maaf ye Bunda coz M x dpt ziarah blog Bunda mcm dulu, M x dpt nk aktif blogging wat masa ni..

yaya cendana said...

salam...done follow blog ni :) nice entry bila klik sini... ^_^

sambil2 tu jom jenguk & join contest dari yaya ni..

Contest : 'Jemputan ke Majlis Pertunangan Yaya dan Anis'

http://www.yayacendana.com/2016/04/contest-jemputan-ke-majlis-pertunangan.html

tq ^_^

Hannani Ruwaidiyah Mustafar said...

eh sebaya la anak kita ye. fateh 30 nov 2014. boleh playdate la ngan kasyfi. xpun jadi paypal gtu (old-school sgt kan hahaha)

semoga mirza al-kasyfi sentiasa sihat & happy, membesar jd anak soleh & musleh insyaallah :*

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers