Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, January 28, 2016

Chicken Pox Menyerang!!!

Assalamualaikum

Lama M tak muncul tetiba malam ni nak berkongsi pengalaman anak2 M yg diserang penyakit cacar air @ omputih kata 'chicken pox' @ orang kampung kami panggil demam campak besaq baq hang.. 


Memula anak sulung dahku,khalish yang   kena... M & asben takda experience anak2 kena cacar air @ demam campak besaq ni.. Mula2  khalish dia muntah then ada panas2 badan skit.. Lepas 2 tiga hari naik la bintil2 merah kat badan.. M ingat ruam biasa pastu makin besaq siap ada air plak dlm bintil tu.. Dalam hati rasa tak sedap dah.. Kata ngan asben, "campak besaq apa ni", asben M pun fikir yang sama... 

Esoknya kami ambik keputusan jumpa doktor klinik homeopati & jumpa 'pakar demam campak' kat Langkawi ni nama pak cik tu haji Man serawa... Dia bacakan doa penawar campak dlm air mineral utk bg Khalish minum & mandi..

Alhamdulillah lepas seminggu ni Khalish dah makin sembuh & dah boleh pi sekolah..

Tapi cacar air @ demam campak yg disebabkan oleh virus Varicella-zoster ni tak terhenti kat situ saja, macam yg kita semua tau la demam campak ni memang berjangkit.. Apa yg M risaukan jadi juga. Kasyfi pun dah tunjukkan tanda2 yg sama.. Kun Fa Ya kun.. Kita memang tak boleh nak halang ketentuan Allah swt.. Mungkin ni ujian utk M & asben dalam membesarkan anak2 kami.. 

Mula dengan suhu badan yg naik malam ni, diikuti dengan bintil ruam kecik yg berair ( dah naik 3 biji)..  Pastinya esok akan makin keluar lagi la.. 

Kali ni M & asben akan mula cari remedi secepat mungkin untuk Kasyfi sebab kami dah tau lebih awal berbanding masa Khalish kena minggu lepas.. Pagi2 esok nak cari daun mambu / semambu untuk buat mandian & lapik tidur untuk hilangkan gatal2 badan.. Lepastu, cari ayaq nyoq / kelapa bagi Kasyfi minum untuk keluarkan cacar air tu dengan cepat.. Cepat keluar cepat sembuh kata orang tua2.

Kemudian, nak jumpa doktor homeopati & pastinya 'pakar demam campak' akan kami kunjungi sekali lagi.. Huhuhu...

Kalau kena demam campak pemakanan kena jaga, seafood atau benda2 gatal2 kena elakkan.. M juga ada tanya encik gugel, katanya elakkan makan telur & kicap.. Takut berparut hitam nanti.. 

Amalkan makan minyak kelapa dara  (vco) , minyak zaitun & vitamin E.. Tu untuk kuatkan imun badan dan untuk cepatkan parut tu hilang..

Sebab Kasyfi masih menyusu ngan ibu dia ni, so M pun kena turut berpantang la.. Meleleh ayaq lioq kalau tengok sotong goreng tepung lepas ni.. 

Doakan Kasyfi cepat sembuh ya kengkawan semua.. Syafakallah Mirza Al-Kasyfi.. Aaminn..

4 jejari yang tajam menaip:

eima said...

semoga cepats embuh ..lama tak menulis ??

Mrs Velentine said...

jangan makan kicap hahah...itu yg mv ingat masa kena chicken pox masa kecik

Si Matatajam said...

Kannn mesti ramai kata camtu sb takut parut hitam

LYAfrina said...

welkem back kak M....

kesiannya.. kalo naik campak..bdn jd panas+gatal kan..
stakat ni fasya x pnh lg naik mcm ni...

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers