"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Syukur Alhamdulillah pada yg Maha Esa kerana panjangkan usia my lil hero Mirza Al-Kasyfi. Hari ni 15/6/15 tepat jam 11.59 pagi tadi genap dah setahun usia my Kasyfi. Cepat sungguh masa berlalu... Besaq dah anak ibu... Dah makin cerdik, makin panjang akalnya hi hi...
Tetap bambam pipi tu.. Geram sgt.. Hari2 kena gigit ngan ibu ^_^
Pelbagai aksi yg sentiasa mencuit hati ibu... Penat ibu melayan kerenah anak ibu ni...
Alhamdulillah my Kasyfi seorang anak yang baik dan mudah dijaga, cuma agak letih sebab anak ibu ni aktif bergerak.. Ha ha ha..penat menangkap. Tengok la tu aksi my Kasyfi kat bawah ni.. Adess macam-macam ragam...ha ha ha.
Port paling best lepak---> bawah meja abang dia la
Ralit main sorang2
Ralit layan katun fav dia..UPIN IPIN
I love u muchoss my lil hero
Ibu doakan semoga sentiasa dilindungi Allah swt, dipanjangkan usia, membesar menjadi anak yg soleh & berguna pada agama, bangsa & negara.. Aaminnn
( fuhhh...fuhhh.fuhhh.. tiup habuk2, debu2 & segala sawang yang dok menempek kat my blog ni sat dulu na)
Salam Ukhuwah dari M sekeluarga... Apa habaq kengkawan semua? Harap sihat walafiat la semuanya... Rasa kekok plak nak menaip sebab lama dah tak menaip kat blog ni.. Adesss...
Straight to the point, M nak memperkenalkan ahli keluarga baru Si Matatajam kat my blog ari ni.. Rasanya kengkawan FB M dah tau la pasal ni tapi mungkin member blog ada yg tak kenal lagi...yang pastinya tetap la kena abadikan kenangan kat blog ni juga.. Untuk tatapan anak2 dahku nanti ^_^
Jeng..jeng..jeng...
Assalamualaikum... Nama saya Mirza Al-Kasyfi.. Tanggal 15 Jun 2014, jam 11.55 pagi, saya dilahirkan secara czer di bilik pembedahan Hospital Bukit Tekuh, Langkawi dengan berat 2.56 kg. Hari ni Saya berusia 2 bulan, 1 Minggu dan 2 hari...Salam Perkenalan Semua...
Alhamdulillah, syukur M pada Allah yg Maha Esa kerana dikurniakan seorang lagi Putera yg comel dan sihat... Boleh dikatakan Mirza Al-Kasyfi senang sangat dijaga.. Jarang2 sekali dia nk meragam.. Baik sangat anak ibu ni...
Sekarang ni, suka sungguh dia kalau di ajak bersembang... Sampai muncung2 mulut tu nk bercakap.. Makin bambam plak tu... Geram sesapa yg tengok dia.. Masa last timbang utk usia 2 bln ari tu, dah 4.8 kg... Berkat minum susu Ibu kurniaan Ilahi ^_^
Ibu doakan Mirza Al-Kasyfi membesar dengan sihat, cergas, cerdas dan menjadi anak yang baik & soleh ye nak...Aaaaminnnn...
Tu saja M nak kongsikan dgn semua pembaca my blog kali ni.. Wassalam.
P/s: teringin nk berkongsi pengalaman czer tu nanti...
السلام عليكم
Panggil saja M..Yang Pastinya Mai tu bukanlah nama daku..Isteri Tercinta Buat Mr.Kyn & Ibu kepada Muhammad Naufal Khalish & Mirza Al-Kasyfi
*Maaf bagi sesiapa yang tak senang dengan penggunaan AKU & HANGPA dalam penulisan blog ni coz sy org Kedah