Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, August 05, 2013

Khasiat & Keistimewaan Cuka Kurma


Salam Ramadhan to all my friends & readers

Petang tadi masa M jejalan cari makan kat bazar Ramadhan Kuah, M terpandang kat satu booth yang 
menjual produk Yusuf Taiyoob yang terkenal ngan buah kurmanya..tapi yang menarik perhatian M sebenarnya adalah pada satu benda ni yang M dah lama tercari-cari.. Nak tau apa dia? 

Cer tengok kat bawah ni 
v
v
v
Ni dia...Cuka Kurma atau dalam bahasa Arabnya Khal tamar atau pun omputih panggil date vinegarM beli sebotol (500ml) dengan harga 20 hengget..ok la kot harga tu..

Banyak khasiat khal ni sebenaqnya... Antara keistimewaan cuka kurma yang terkandung dalam kitab Al Qanun Fi Al-Tib ( Ibnu Sina) & Al-Tib Al -Nawawi ( Ibnu Qaiyyim) adalah:

Dapat melancarkan aliran darah
Dapat mencegah berlakunya pembengkakan pada badan seperti bisul dan kanser
Mengatasi proses pencernaan makanan dalam perut
Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan 
Menurunkan tahap kolestrol ( ni yang buat M bersemangat nak makan Khal ni)
Mengimbangi tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
Membakar kalori dengan cepat ( yang ni pun buat M tak sabaq nak amalkan khal ni)
Membuang toksin
Merawat masalah rahim
Merawat masalah hempedu
Memperbaiki fungsi limpa
Mengurangkan masalah panas badan
  Dan banyak lagi ^_^

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya " Sesungguhnya Khal itu adalah makanan Nabi-Nabi terdahulu sebelum Aku" . Ni menunjukkan Khal adalah minuman kesihatan Sunnah para Nabi yang 
sepatutnya diamalkan oleh semua umat Islam

Jadi, jom kita amalkan makanan yang menjadi Sunnah Nabi kesayangan kita Muhammad SAW ni yek... Apa yang Nabi amalkan pastinya terbaik buat umatnya jugak.
Wassalam

21 jejari yang tajam menaip:

Nour Adieb said...

first time dgr tntg cuka kurma ni. hee :D

nohas said...

Salam..banyak khasiatnya, pernah beli, tapi nak habiskan sebotol agak payah, masam sangat..

Deqla Manjew said...

cuka kurma? huish.. mcm menarik.. 1st time tau psl produk ni..nanti tunjuk la testimoni bila dah try..hihi

Cik Aini said...

bagus akak kurma madu tu.ai dah amalkan 3 bulan dah.alhamdulillah turun la wpun skit2.hehehe akak mkn dgn madu tau.sedap skit.kurma tu masam sgt.kat sini org jual harga rm17.lgkwi biasa la kan mesti up skit.hehehe

Ratu Hatiku said...

Mmg bagus cuka kurma nie,saya pun amalkan makan.

9n0L4 said...

hubby jaa pun baru amalkan ni. kak m dh upload dulu. hahaha. tapi brand lain. :)

lelamaisara said...

memang banyak khasiat nye kan kak...:)

Mieya Atiera said...

Mieya tak pernah makan cuka kurma nie.

Cik Nur™ said...

ada juga cuka apple kak...pakcik nur selalu amalkan....apple n kurma...

kat sini dia beli rm15 kot...xpun rm10..nur pun lupa.. :)

Nur pernah rasa yg apple..masamm...hehe

Myra Jay said...

Myra penah beli cuka kurma, 2-3kali minum ok, lepas tu nak minum rasa perit kat tekak, at last tak terminum :D

Myra Jay said...

Myra penah beli cuka kurma, 2-3kali minum ok, lepas tu nak minum rasa perit kat tekak, at last tak terminum :D

LYAfrina said...

lya baru tahu pasal produk ni..

Chic Na said...

boleh suggest kat mama ni. selalu mama cikna dok guna cuka epal.

Mrs Velentine said...

nnt nak try cari

Cendol said...

salam,akak...baru tahu ada cuka kurma..tak pnah dngr sblm nii

QasehnyaRania said...

thanks share ilmu ni M
tak pernah jumpa lagi la

dya bunga said...

first time dgr pasal cuka ni

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

nanti kak m review la kesan dia k :-)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.M..

Cuka Kurma? cma pernah tgk.. tp tak penah try la... ingatkan utk masakan.rupenye utk mkn camtu pun ade ye..? huhu..

lenkali nk try produk ni.. :)

Nik Yoe said...

Cara sukatan nk mnum cuka kurma ni x dinyatakan kt btol tu... bleh tlong jlskn cara pnggunaannya...

Supermom Fazlina said...

Baru beli semalam..pagi tadi minum..Allah..masam piang..hehe..
Saam ukhuwwah..jemput ke blog saya www.anjungceria.blogspot.com