"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Wednesday, June 06, 2012
Terjah Blog Sambil Beramal Untuk Yayan
Apa habaq member2 yang M sayang semua. Tak tau camna M nak mula cerita kali ni. Selalunya mudah ja M dok cerita kat hangpa semua. Tapi kali ni rasa sebak ja. Masa M dok belek entry kat blog Dieyna pasai adik yayan, M pun mula tepikiaq nak tolong Yayan's Mum untuk promote blog dia bagi menambah hasil tabungan untuk Yayan yang mengidap
Congenital Heart Disease. Penyakit ni sebenarnya ialah kondisi di mana terdapat masalah pada struktur dan juga fungsi Jantung ketika bayi dilahirkan. Mungkin juga masalah pada injap atau jantung berlubang dan sebagainya.
Sebelum ni, M memang selalu terjah blog http://www.yayansmum.com/, dan klik iklan untuk tabungkan yayan bagi tujuan pembedahan yayan. Tapi baru ja baca tadi kat blog YM yg dia risau pihak Nuffnang tarik balik iklan kat blog dia sekiranya depa detact berlakunya 'fraud click'. So YM cuma mengharapkan kita sentiasa mengunjungi blog dia dan menjadi pengikut setia blog Yayan's Mum.
Jadi sesapa yang belum kenal blog YM bleh la klik kat SINI. Jom kita pakat2 terjah yek...Wassalam...
Taubat Last Minute- Apa Kesudahannya?
Assalamualaikum semua...Apa habaq hari ni? Harap hangpa semua sihat la na... Masa dok belek2 my FB ada la satu entry yang M rasa patut dikongsi bersama....pasai apa agaknya? Teruskan baca sampai abih tau...
Mai M nak cerita pasai Firaun pagi ni.
Kenal tak Fir'aun??
"Fir'aun kejam!!"
"Fir'aun penindas!!"
"Fir'aun perosak kedamaian!!"
"Fir'aun angkuh! Sombong! takbur!!"
Ya.....
Apabila ditanya tentang Fir'aun, begitulah jawabnya.
Semuanya buruk!
Langsung tiada sisi positif yang dapat digambarkan.
Sememangnya kenyataan buruk itu merupakan suatu yang benar dan tidak dapat dinafikan.
Lebih-lebih lagi, kisah kekejaman pemerintahan Fir'aun banyak dinukilkan di dalam Al-Quran.
إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
"Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka.
Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan." [28:4]
Fir'aun memang teruk!!
Namun....
Kita kena ingat bahawa Fir'aun juga sempat bertaubat dan mengaku beriman kepada Allah!
"Fir'aun sempat bertaubat?? Biar betul.. bila??"
Ya,memang benar!
Fir'aun sempat menyatakan keimanan dan keyakinannya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah ketika dia nazak dipukul laut dan ditenggelamkan bersama bala tenteranya.
"Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka);
hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia:
"Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". [10:90]
Persoalan besar sekarang, adakah taubat Fir'aun diterima??
Sudah pasti tidak !
Tidak akan diampunkan!
Segala-galanya sudah terlambat....
Fir'aun yang hidup dalam keadaan bongkak menderhaka sehingga mengaku diri sebagai Tuhan malah banyak melakukan kerosakan sudah semestinya akan mati dalam azab yang membinasakan.
آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ
"Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan."[10:91]
(Surah Sodh 38: 46)
Itu Fir'aun.
Taubatnya sia-sia dan ditolak oleh Allah.
Bagaimana dengan kita?
Nak bertaubat seperti Fir'aun juga?
"Taubat last minute?"
Fikir-fikirkan sebelum terlambat!
Apa sudah jadi dengan kehidupan kita?
Adakah kita masih lagi mengatakan ;
"Alaa. muda hanya sekali, enjoylah!
Tua nanti baru taubat.
Allah kan Maha Pengampun!"
"Pakai tudung?? Muka aku ni cantik lagi, rambut pun sama..
Kalau pakai tudung, macam mana orang nak terpikat kat aku?
Haa. Bila dah tua berkedut nanti, aku pakailah tudung tu.."
"Solat berjemaah di masjid? Huu..come on lah..
I'm very busy bro! nak cari duit untuk family aku!"
"Belajar ilmu agama?
Fahami Al-Quran secara mendalam?
Agak-agakla. Itu bukan bidang aku!
Bidang yang ada sekarang ni pun tak settle lagi.
Busy..banyak assignment!
Mana ada masa!"
Baiklah...
Cuba renungkan kata-kata di atas..
Anda pernah keluarkan kata-kata seumpama itu?
Berhati-hatilah..
Sangat jelas menunjukkan bahawa golongan seperti itu tidak peduli akan kehidupan akhiratnya malah merasakan dirinya sempat bertaubat sebelum mati.
Bila kita akan mati?
Tidak tahu..
Tidak ada sesiapapun yang tahu bila tarikh Malaikat Maut akan mengambil nyawa kita.
Itu semua rahsia Allah.
Semata-mata untuk menguji kita, siapa yang lebih baik amalannya.
Apa yang pasti, kematian itu tetap akan datang tanpa dilewatkan mahupun dipercepatkan walau sesaat.
"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." [7:34]
Oleh itu,sebelum kematian datang menjemput secara tiba-tiba, sedar dan segeralah bertaubat!
Jangan tangguh-tangguh!
Mari kita berubah menjadi insan yang selalu menghitung diri dan bersiap sedia untuk kehidupan selepas mati nanti.
Rasulullah saw bersabda:
"Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan bekerja untuk kehidupan selepas matinya."
[Riwayat at-Tarmizi]
Siapa yang hendak tolong diri kita kalau bukan diri kita sendiri?
Allah sendiri sudah berjanji tidak akan mengubah seseorang selagi mana seseorang itu tidak berusaha untuk mengubah dirinya.
..إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
[13:11]
Ingatlah, apabila nyawa sudah sampai ke kerongkongan, tiada lagi taubat dan pujuk rayu yang akan dilayan.
Lalu, kita mati katak sama seperti Fir'aun yang mati dalam keadaan tidak diterima taubatnya.
وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الآنَ وَلاَ الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُوْلَـئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً
"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan :
"Sesungguhnya saya bertaubat sekarang".
Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran.
Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih."
[418]
Jangan Tau Buat....
Tetapi hendaklah kita BerTAUBAT..
Jom Bertaubat!
Sumber:http://www.facebook.com/JomIslam
Tuesday, June 05, 2012
I'm Back!!!
Apa habaq member2 blogger dan pembaca yg M sentiasa dok rindu kat hangpa semua. M baru sampai umah petang tadi. Dah tu tangan ni dok ketaq sesangat la nak blogging, check email ngan bermuka buku... Dok belek2 email..tu...dia... 222 inbox. Mampuih aku nak check sesatu nih ( dok kata dlm ati). Takpa2 aku check pelan2 ( kata dalam ati lagi). Bukak blog pulak, Alhamdulillah dah bertambah follower blog mymatatajam ni. Dah tu kena la BW blog otai GSF blog Bunga Hati Mama,sempat la rembat banner wajib untuk member2 GSF special dari Mama Arina sendiri. TQ Mama... Jadi senang la sapa2 yang tak kenal lagi GSF ni bleh klik saja banner kat side bar blog ni..
Tapi... Walaupun M dah kembali berblogging mungkin ada beberapa hari akan datang M terpaksa diamkan diri jap sebab M kena balik kampung lagi sebab pak mentua M masih lagi dalam keadaan yang sangat menyedihkan bagi kami sekeluarga. M balik umah ni pun sekadar nak bersih2 ngan kemas2 apa yang patut supaya umah ni tak la bersawang cam tak berpenghuni bertahun lamanya...
Apa2 pun tima kasih bebanyak pada semua yang terjah blog M yang tak seberapa ni dan kata2 semangat dari hangpa semua wat M rasa lebih tabah menerima ujian dari Allah yang Maha Esa.. Insyaallah M akan start bw ke blog hangpa malam ni gak...sebab.... M dah gian sangat nak blogwalking ni ha ha ha...
Wassalam(^_^)