Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Wednesday, June 06, 2012

Taubat Last Minute- Apa Kesudahannya?


Assalamualaikum semua...Apa habaq hari ni? Harap hangpa semua sihat la na... Masa dok belek2 my FB ada la satu entry yang M rasa patut dikongsi bersama....pasai apa agaknya? Teruskan baca sampai abih tau...

Mai M nak cerita pasai Firaun pagi ni.

Kenal tak Fir'aun??

"Fir'aun kejam!!"

"Fir'aun penindas!!"

"Fir'aun perosak kedamaian!!"

"Fir'aun angkuh! Sombong! takbur!!"

Ya.....

Apabila ditanya tentang Fir'aun, begitulah jawabnya.

Semuanya buruk!

Langsung tiada sisi positif yang dapat digambarkan.

Sememangnya kenyataan buruk itu merupakan suatu yang benar dan tidak dapat dinafikan.

Lebih-lebih lagi, kisah kekejaman pemerintahan Fir'aun banyak dinukilkan di dalam Al-Quran.

إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعاً يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

"Sesungguhnya Fir'aun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah-belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka.

Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan." [28:4]

Fir'aun memang teruk!!

Namun....

Kita kena ingat bahawa Fir'aun juga sempat bertaubat dan mengaku beriman kepada Allah!

"Fir'aun sempat bertaubat?? Biar betul.. bila??"

Ya,memang benar!

Fir'aun sempat menyatakan keimanan dan keyakinannya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah ketika dia nazak dipukul laut dan ditenggelamkan bersama bala tenteranya.

"Dan Kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, karena hendak menganiaya dan menindas (mereka);

hingga bila Fir'aun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia:

"Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". [10:90]

Persoalan besar sekarang, adakah taubat Fir'aun diterima??

Sudah pasti tidak !

Tidak akan diampunkan!

Segala-galanya sudah terlambat....

Fir'aun yang hidup dalam keadaan bongkak menderhaka sehingga mengaku diri sebagai Tuhan malah banyak melakukan kerosakan sudah semestinya akan mati dalam azab yang membinasakan.

آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ

"Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan."[10:91]
(Surah Sodh 38: 46)

Itu Fir'aun.

Taubatnya sia-sia dan ditolak oleh Allah.

Bagaimana dengan kita?

Nak bertaubat seperti Fir'aun juga?

"Taubat last minute?"

Fikir-fikirkan sebelum terlambat!

Apa sudah jadi dengan kehidupan kita?

Adakah kita masih lagi mengatakan ;

"Alaa. muda hanya sekali, enjoylah!

Tua nanti baru taubat.

Allah kan Maha Pengampun!"

"Pakai tudung?? Muka aku ni cantik lagi, rambut pun sama..

Kalau pakai tudung, macam mana orang nak terpikat kat aku?

Haa. Bila dah tua berkedut nanti, aku pakailah tudung tu.."

"Solat berjemaah di masjid? Huu..come on lah..

I'm very busy bro! nak cari duit untuk family aku!"

"Belajar ilmu agama?

Fahami Al-Quran secara mendalam?

Agak-agakla. Itu bukan bidang aku!

Bidang yang ada sekarang ni pun tak settle lagi.

Busy..banyak assignment!

Mana ada masa!"

Baiklah...

Cuba renungkan kata-kata di atas..

Anda pernah keluarkan kata-kata seumpama itu?

Berhati-hatilah..

Sangat jelas menunjukkan bahawa golongan seperti itu tidak peduli akan kehidupan akhiratnya malah merasakan dirinya sempat bertaubat sebelum mati.

Bila kita akan mati?

Tidak tahu..

Tidak ada sesiapapun yang tahu bila tarikh Malaikat Maut akan mengambil nyawa kita.

Itu semua rahsia Allah.

Semata-mata untuk menguji kita, siapa yang lebih baik amalannya.

Apa yang pasti, kematian itu tetap akan datang tanpa dilewatkan mahupun dipercepatkan walau sesaat.

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." [7:34]

Oleh itu,sebelum kematian datang menjemput secara tiba-tiba, sedar dan segeralah bertaubat!

Jangan tangguh-tangguh!

Mari kita berubah menjadi insan yang selalu menghitung diri dan bersiap sedia untuk kehidupan selepas mati nanti.

Rasulullah saw bersabda:

"Orang yang bijaksana ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan bekerja untuk kehidupan selepas matinya."
[Riwayat at-Tarmizi]

Siapa yang hendak tolong diri kita kalau bukan diri kita sendiri?

Allah sendiri sudah berjanji tidak akan mengubah seseorang selagi mana seseorang itu tidak berusaha untuk mengubah dirinya.

..إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
[13:11]

Ingatlah, apabila nyawa sudah sampai ke kerongkongan, tiada lagi taubat dan pujuk rayu yang akan dilayan.

Lalu, kita mati katak sama seperti Fir'aun yang mati dalam keadaan tidak diterima taubatnya.

وَلَيْسَتِ التَّوْبَةُ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السَّيِّئَاتِ حَتَّى إِذَا حَضَرَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ إِنِّي تُبْتُ الآنَ وَلاَ الَّذِينَ يَمُوتُونَ وَهُمْ كُفَّارٌ أُوْلَـئِكَ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَاباً أَلِيماً

"Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan :

"Sesungguhnya saya bertaubat sekarang".

Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran.

Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih."
[418]

Jangan Tau Buat....

Tetapi hendaklah kita BerTAUBAT..

Jom Bertaubat!


Sumber:http://www.facebook.com/JomIslam

21 jejari yang tajam menaip:

ain vanilla said...

taubat la selagi nyawa ni masih ada . :) taubat la dengan cepat

Yana Libra said...

insaf baca..

thanx for reminding~ :)

are_lin@yu said...

nice sharing dear ;-)
setiap manusai melakukan kesilapan..bertaubatlah sebelum terlambat..banyak masa Allah telah beri pada kita,,ingatan utk diri sendiri juga ;-)

~Sweet Honesty~ said...

nuazubillah.. xnk jadi mcm Firaun..

IntaNBerliaN said...

terima kasih ingatkn saya..

Masz Sidek said...

berkongsian yg baik...
thankz berkongsi....

lelamaisara said...

jauhkan la yek....setiap masa kena bertaubat sebenarnye...kite aje yg selalu lupe...YaAllah...

Wanieys said...

Bertaubat lah selagi sempat...Nauzubillah xmau jd mcm firaun..thaks kak sebab mengingati :)

Nyue said...

mginsafkan diri bc..

Salam perkenalan..nYue ahli baru gengs GSF dtg follow disini :)

Yumida said...

thanks sis mai..perkongsian yg bgs di hari rabu ni..moga kita mengambil iktibar drpd kisah firaun..thanks jgk atas pesanan n peringatan drpd mai..

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]

9n0L4 said...

nice sharing. saling beringat ni sgt bagus. ;)

Deqla manjew said...

insaf dear..huhuhu...insyaAllah akan memperbaiki diri..amin..sebnrnya taubat atau tidak se2org tu hanya Allah yg tentukan sama ada diterima ataupun tidak..jika Allah berkehendakkan taubat seseorg itu wlu cuma sekejap diterimaNya, maka lepaslah azab siksaan..tapi mestilah sebnr2 taubat, taubat nasuha...wallahualam...segala2nya mengikut kehendak Allah swt...kerana hanya Dia maha mengetahui...

Chic Na said...

ok, baru tau pasal ni. ada pengajaran yg sgt berguna disebalik cerita tu. tq M. :)

Cik Nur said...

terasa kerdil diri ini bila baca, moga ALLAH mengampuni segala dosa kita...AMIN...!

Aine Ainun said...

suka n3 ni, sgt byk pengajarannya=)))

Masha Meisters said...

astagfirullah3x...mintak dari dijauhkan...

mselim3 said...

Ingatan yang baik ini...tersentuh jugak baca entry ini...terasa banyak dosa diri ini...
siapa lah kita ini disampingNya jika kita x sempat bertaubat .....

Allahuakbar...insaf..

dyabunga said...

erm..dya pun xnk jd cm firaun..

Cik Aini Lavender's said...

taubat lah sblm telambat..
Allah stiasa menerima taubat hamba2 nya..


**ai br nk update blog GSF yg latest pnya,thanks ye M tlg ingtkan ai :)

kinara kinatara said...

umm..sangat 2 tertarik dengan entry ini..sekarang bila di tegur pasti ade yang cakap rilex r muda lagi..tua2 nanti baru tobat,xp masalahnye tahukah kita bila saatnya kita akan kembali kepadanya..
betul x?

kinara kinatara said...

umm..sangat 2 tertarik dengan entry ini..sekarang bila di tegur pasti ade yang cakap rilex r muda lagi..tua2 nanti baru tobat,xp masalahnye tahukah kita bila saatnya kita akan kembali kepadanya..
betul x?