Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Thursday, January 03, 2013

Hari Pertama Khalish Ke Sekolah


Assalamualaikum & Salam Ukhuwah (^_^)

Pejam celik pejam celik sat saja masa ni berlalu..Rasa macam Khalish ni baru ja lahir tapi rupa-rupanya anak Ibu ni dah besaq..dah masuk lima tahun,walaupun tak genap lagi umoq tu..And now,dah masuk sekolah dah pun..hu hu...

M dan my Hubby amik keputusan masukkan Khalish ke Tadika Al Fikrah yang terletak di Padang Matsirat..Memang la agak jauh jarak dari umah kami tapi M berminat sangat dengan sistem pembelajaran yang Islamik kat tadika tu..Walaupun jauh jaraknya, walaupun mahal ongkosnya, Ibu ngan Abah sanggup lakukan apa saja untuk berikan yang terbaik untuk Khalish..

Macam biasa sedikit kelengkapan perlu disediakan untuk Khalish ke sekolah..Ibu dan Abah sediakan sepasang kasut berserta stokin & ketayap Putih seperti yang disyaratkan pihak tadika.. Tak lupa jugak beg sekolah untuk Ibu isi sedikit kelengkapan harian untuk Khalish seandainya ada 'kes kecemasan'. Alat tulis dan alatan pembelajaran yg lain semua pihak sekolah yang sediakan..


Beg Transformers siap ngan lampu lip lap special utk Khalish


2 Januari 2013 adalah permulaan bagi Khalish menempuh alam persekolahan..Bangun seawal 7 pagi.
Pict kat atas tu, Khalish baru lepas mandi dan bersiap..Lepak sat sementara tunggu Abah ngan Ibu bersiap plak.

Dah ready tu tapi sempat lagi layan katun

Kat dalam keta..Nampak muka cam nebes plak. Cool baby coolll..hi hi.

Dalam jam 8 pagi kami dah sampai..Ni la Tadika Al Fikrah, Khalish first school.Lepas ja M hantaq Khalish masuk dalam kelas, terus ja M cabut lari sebab risau plak Khalish ubah fikiran nak ikut balik. Tak ka haru tu..hi hi.al maklum la Khalish tak pernah berenggang lagi ngan Ibu dia ni lama2..



Ibu dan Abah doakan Khalish belajar rajin2 dan berjaya dalam pelajaran.Semoga Allah terangkan hati Khalish untuk menerima ilmu pengetahuan dengan mudah..Akhirnya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat..Aaminnn ^_^

Wassalam





Wednesday, January 02, 2013

WW: Pict Khalish Berukuran Passport Yg Pertama


Published with Blogger-droid v2.0.9

GSF 1st Gathering Melaka Part 2

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Kali ni M nak sambung cerita pasai pi gathering GSF kat Melaka tu..Lepas penat dan enjoy sakan waktu petang tu, aktiviti disambung pada waktu malam ngan acara BBQ & berkarok sampai abih suara..ha ha ha..Tapi agak terkilan kerana M x dapat join sama sebab Khalish tak sihat dan meragam nak dok kat dalam bilik ja..Muntah2 ja dia..Sian anak Ibu.. So M tak dapat la nak crita apa yg jadi kan..Cuma baca kat blog kengkawan yg join ja la..

Tapi M memang tak sangka sangat, masa M dok tidoq ngan Khalish, tetiba pintu diketuk. Rupa-rupanya semua kengkawan mai berkumpul kat bilik geng Utara ( M, Ai & Nur)....Seronoknya M bila depa nak sambung aktiviti tukaq2 hadiah & penyampaian hamper bagi pemenang games kat bilik kami ni...Terus dari dok mamai jadi segaq bugaq hangpa nak tau..hik hik..


Memang tak sangka betoi bila cabut nombor utk pertukaran hadiah tu, M dapat hadiah dari Mama Arina dan dia dapat hadiah dari M..ha ha ha..spesel tau hadiah dari Mama... Nanti M cerita lain kali na... Wajah2 kesayangan hamba yang hepi sangat malam tu bila berkumpul ramai2. Sampai jam 2@3pagi kalau tak salah M  la..barulah masing2 balik tidoq..Macam2 cerita dikongsi bersama dari luahan rasa sampai bab2 hal ehwal wanita dan rumahtangga..

Keesokannya tiba saat2 yang menyedihkan bagi sesebuah pertemuan...PERPISAHAN!!!
Lepas snap2 pict buat kali terakhir, kami geng utara pun bertolak lebih awal dari yg lain sebab kami kejam masa untuk M nak naik feri balik Langkawi..Kalau terlepas last feri tu, mau dok gheyau sakan ngan Khalish kat jeti Kuala Perlis tu tau..Muahahaha.. 

Memang sedih sangat time berpisah ni..masing2 ayaq mata dah bertakung...mula2 control tahap tabah tau..tapi bila Mama Arina mai peluk M kat dalam keta, rasa sebak tu dah tak menahan T.T Ditambah plak ngan Deqla yang dok pulun pegang tangan M macam peminat JLo nak salam tangan time konsert tu, apa lagi terus berderai la ayaq mata duyung dahku ni..terhinjut-hinjut badan M dok tahan sedu sedan tu...Huwaaaaa..Sampai Khalish yg dok khusyuk main IPad tu pun heran pasai apa Ibu dia dok pulun teriak sakan tu..

Kenangan indah bersama Mama Arina, Deqla Manjew, Cute Mama Lelamaisara & Ayu
( Sayangnya, pict ngan Nyue x dak dalam HP M) Cepat upload pict yea Nyue..Akak nak wat kenangan ni..

Teman sebilik dahku Cik Ai & Cik Nur yang setia dari awal hingga akhir gathering...Bertuah sangat dapat kenal hangpa berdua...Tq sesangat sebab sanggup bersama akak time susah dan senang sepanjang 3 hari kita bersama..Hanya Allah swt saja yang mampu balas jasa Ai & Nur..

Alhamdulillah dalam jam 8 malam lebih2 tu, M selamat sampai ke Langkawi...Bahagia bila tengok kat jeti tu, cinta hati dahku dah setia menunggu kepulangan isteri dan anak kesayangannya..hi hi..

Syukur pada Allah sebab izinkan M selamat pi dan selamat balik.. tanpa izinNya, pasti M tak dapat jumpa kengkawan GSF yg ohsem2 dan gojes2 tu semua..Sayang hangpa sangat2... Moga Ukhuwah antara kita berkekalan hingga hujung nyawa..

Wassalam

p/s: Mama, nanti kita buat 2nd gathering plak na


Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers