Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Showing posts with label Jalan2 makan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 makan2. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Iftar With My Family


Salam Ramadhan to all my frenz and readers...Hari ni M nak cerita skit pasai iftar pada ari Sabtu lepas.. Ari tu adalah iftar pertama bagi Ramadhan ni M berbuka puasa ngan my family.. 

Sedih gak rasanya sebab adik bongsu M takda..dia skang blajaq kat Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim.. Hope dia baik2 ja la kat sana ^_^

Malam tu, tempat dan juadah dipilih oleh M ngan my Hubby...memula kami pilih Restoran Mangga 1 di Pantai Tengah tapi tutup plak.. depa bukak Restoran Mangga 2 ja bln posa ni...kat Lubuk Buaya lokasi restoran ni.. Tak jauh dari area Pantai Cenang... 

Antara juadah pilihan, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, sambal udang, kailan goreng ikan masin, tom yam ayam & ayam goreng tepung. Lega rasanya sebab walaupun kami tak biasa makan kat Mangga 2 tapi masakan kat situ memang sedap macam kat Mangga 1.. Resepi sama kot..

Pixca pixca skit wat kenangan..hi hi ^_^

Alhamdulillah...Masing2 puas hati ja makan malam tu. Berselera ja...
In Shaa Allah, ada rezeki lebih skit kita makan kat situ lagi yek my family..

Wassalam


Tuesday, June 11, 2013

Jejalan Tengok Big Bike



25 Mei yang lepas, masa M balik dari makan malam di restoran favorite M kat pantai Tengah, terpandang la Fiesta Motor Besar ni kat perkarangan hotel Aseania.. Bunyi vroomm2 tu tak payah dok cerita la..memasing dok test power la katakan..tu yg buat M suruh my hubby berenti cari parking..

Teringin plak nak belek-belek motor2 yang besaq dan macam2 bentuk tu.. Nak beli untuk diri sendiri kompem tak la kan.. Hanya mampu tengok dan merasa la gak naik bertenggek kat seat motor2 tu untuk bergambaq -.-' bleh la melaram sat...

Layan ja la pict2 yg my Hubby tolong snap ari tu.. Tak banyak yg dapat dia captured sebab banyak dah booth yg tutup sebab dah lewat malam..



Terselit gak kereta yang gempak camni dua tiga bijik;

Harap-harap ada la lagi fiesta camni tahun depan..
Wassalam

Monday, April 01, 2013

Jalan-jalan, makan-makan

Assalamualaikum & Salam Ukhuwah ^_^

Walaupun cerita ni minggu lepas punya, tapi M still nak cerita gak kat my Blog ni... Lepas balik ja dari tengok LIMA 2013  ari tu, kami bertiga singgah kat warung Hafiz Rojak di pantai Kok... Kalau hangpa nak tau, warung kepunyaan Abg Hafiz & Kak Hijrah ni memang tiptop makanan yg depa sediakan. Ada laksa, rojak, mee rebus, nasi lemak dan paling M suka pasemboq dia..perghhh memang mabeles kuah dia...

Tapi warung depa ni kejap ada kejap takda cam chipsmore sebab warung depa ni lori bergerak... Kalau depa tak berniaga, sekali warung pun takda la kat situ..so sesapa yang pi situ tengok takda warung kat situ, kiranya depa tak berniaga la bukan sebab warung tu tak wujud yek..hi hi..


Pemandangan yang mendamaikan..keluaq saja dari kereta..terasa nyaman ja ditiup angin sepoi2 bahasa


First layan rojak sengkuang....My hubby ngan Khalish layan nasi lemak.


Lepas tu M layan pasemboq plak..ha ha makan tak hengat lemak dah banyak bertepek kat badan ni -.-


Khalish layan laksa plak lepas tu...yang mengejutkan M dan my hubby..lepas layan laksa, Khalish layan balik nasi lemak lagi sebungkus tau..berselera betoi dia ari tu..


Tenang ja bila makan dan lepak2 kat pantai Kok ni...pemandangan cantik sangat..SUBHANALLAH..



Sesapa yang mai Langkawi, sila2 la jejalan kat Pantai Kok ni..best tau kat sini...

Wassalam
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers