Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Friday, June 21, 2013

Avon Langkawi Recognition Day


Petang 13 Jun yang lepas M dapat panggilan telefon daripada staff Avon Langkawi yang menjemput M untuk hadir menerima anugerah pada majlis penganugerahan Avon cawangan Langkawi 2013... 

Alhamdulillah ni adalah kali keempat berturut-turut M dapat anugerah Golden Circle Unit Excutive.. Untuk mendapat anugerah ni, seseorang dealer Avon perlu membuat jualan bersih sebanyak RM 5000. Pada akhir kempen 24 tahun lepas, M berjaya membuat jualan bersih sebanyak 5 ribu lebih dan melayakkan diri dahku untuk terus menjadi UE Avon.. Syukur pada Allah swt atas limpahan rezeki dan terima kasih juga pada my SIL yang menjadi pelanggan setia. Tak lupa jugak pada adik ipaq dahku yg bekerjasama membantu membuat jualan... Hope satu hari nanti dapat jadi unit manager plak ^_^

Majlis berlangsung pada 14 Jun yang lalu jam 2 petang.. Khalish? kena tinggal la jawabnya..ha ha.. M mintak my SIL tolong jagakan my Khalish sebab kalau dia ikut mmg M tak bleh join la majlis tu..macam2 la aksi dia nanti..

Nak cerita kat hangpa ni, pelbagai info penting yang M dapat tau mengenai produk Avon & marketing skill. Di samping anugerah untuk ahli Golden Circle, pelbagai aktiviti seperti hand spa demo, cabutan bertuah dan permainan yang turut menjadi selingan.. Memang happening sangat.. Lepas majlis penganugerahan selesai, mesti la ada sesi makan2 and pixca2 kannn.

Last but not least, layan ja pixca2 yg M tepek kat bawah ni yek..

Warna-warni dalam Dewan majlis.

My sweet moment

Pin & Plak Anugerah

Door gift & my lucky draw gift


Wassalam

p/s: kalau M jual barang Avon kat my blog ni, ada yg nak beli tak agaknya..hi hi ^_^


30 jejari yang tajam menaip:

ummiross said...

Waa, tahniah2x M, moga terus maju.

Rosmiza Ali said...

Wah gempak jugak jualan M.. Tahniah! Cubalah dulu jual kat blog.. Tak cuba tak tau kan.. =)

boni kacak said...

wah!! tahniah tahniah.hehehe. dah lama saya tak makan kepsi lah.hehehehe :P

the malay male said...

tahniah.


usaha tangga kejayaan.

Eca Dwinky Asha said...

wahhh.tahniah kak..akak jual je kat blog,mesti ada yg berkenan...klu akak kreatif,siap buat pakej la..jadikan barangan avon tu sebagai hadiah ke hantaran ke...mesti ada je yg nak :)

eita said...

best nyer..

tahniah atas kerajinan M...


try lah ..belom cuba belom tau

Cik Nur™ said...

wahhhh....tahniah kak...
Nur ahli avon jugak, tapi tak aktif pun, beli pakai sendiri je..

kira akak rajin..nampak kejayaannya.. :)

Chic Na said...

tahniah kak. berkat usaha akak jgk tu. teruskan ok. konfem dpt jd unit manager. ;)

Tihara said...

Alhamdulillah, tahniah M..akak memang jadi ahli avon tapi dah lama tak jengah kedai avon hee :)

Yumida Huda said...

tahniah sis mai
x sangka dh cecah lbh rm5000 jualan
moga bisnes makin berkembang lepas ni

Deqla Manjew said...

wahh.. terbaiklah M.. wakil avon rupanya..hihi.. deqla suka jugak beli barangan avon ni tau.. tahniah M.. moga terus sukses dalam bidang ni.. =)

Myra Jay said...

Wahhh tahniah ye M..
Kalau rajin pasti boleh kan :)

Riedaffya ibrahim said...

tahniah m..moga ape yg dihajati tercapai tau...da lama x singgah blog M ni..sorry ye

kyo_9 said...

wow congrats
tambah hasil mata pencarian la ek..

Nisah Idham said...

hehehe Tahniah kak, Nisah ni namanye ahli beli tak jual pon tak hehhe. akak jual la kat blog. mana tau rezeki kan..

Fiza Rahman said...

Tahniah. Cuba lah promote Avon kat blog ni. Mana tau ada yg berkenan. Saya pon pakai brand avon juga.

Jemarisuri said...

js pun kadang2 beli sekadar kegunaan utk diri sendiri je..hehe

IntaNBerliaN said...



WAH, AKTIF M YER.. SAMPAI 4X BERTURUT2.. TAHNIAH

Masha Meisters said...

fuhyooooooo! hebat seyh kak M kitow ni....hehehe
tahniah :)

BUNDA a.k.a KN said...

bunda singgah sini

~ayusleeping~ said...

ayu suka celak avon.. ^_~

Cik Gee said...

assalamualaikum cik M,

try la update kat blog. sekarang ni pon, sy banyak purchase barang through online je. kot-kot la tetiba sy jatuh hati kat Avon cik M pulak. hehe.. :P

E'in said...

tahniah kak.. psst, adik ein keje kat AVON gak... hihi

umi alya said...

akak bukan xmo beli tapi akakpn ahli avon jugak tp ntuk kegunaan sendiri jer..

apa2pn tahniah..

Mas Zull said...

assalamualaikum M....menarik juga ni...:)

baby comel said...

tahniah kak M, hebat lerr :)

Deq's Qienz said...

pngedar avon ke kak.. xtahu la pulok..tahniah kak

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum...si M,

tahniah k...moga anda sukses selalu dapat banyak hadiah,..bestnyer..

mselim3

pls: siapa nak bg mselim3 hadiah nie...hehehe

hainom OKje said...

Seronok bila dengar kawan kawan dapat anugerah macam ni...tap yelahkan...bukan mudah nak dapat apa yg SM kecapi sekarangkan...

Cik Aini said...

peeewittt
akak ku manis bergaya dgn PINK colour..cheewahhh :)