Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Wednesday, July 17, 2013

Puding Oreo Sedap Pilihan Dato' Siti Nurhaliza


Salam Ramadhan to all my frenz and readers...Hari ni M nak cerita ngan hangpa pasai Puding Oreo yang hot kat instagram Dato Siti Nurhaliza ari tu.. Masa Tok Ti buat puding ni dan upload kat insta dia, semua pulun mintak resepi tau..he he he..M pun amik peluang Google website yg Tok Ti bagi tu dengan gigihnya...nak tau gak best sangat ka resepi tu..

So, petang semalam tetiba teringin plak M nak try buat...Nak resepi tak?.. Tengok kat bawah ni yek.

Sumber:http://ruhayurazali.blogspot.com/
Di olah semula: Si Matatajam
Resepi asal Ros HomeKreation.

BAHAN-BAHAN
Loyang Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly 
750ml air 
140gm gula
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)

CARA MENYEDIAKAN
  1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau  dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
  2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
  3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
  4. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya ) tapi M malas nak melapis-lapis ni so M belasah ja terus ha ha ha...Sori yek pemilik resepi.
  5. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
  6. Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
  1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
  2. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..


Belum keras lagi masa ni

Puding dah keras dan sesuai dipotong untuk dihidang

Sedia untuk dimakan

Perghhh! Serious sedap nak habaq kat hangpa tau..patut la Tok Ti pun buat. Cuba jangan tak cuba tau.. M nak buat lagi petang ni..tak puas makan rasanya..

Wassalam

39 jejari yang tajam menaip:

CtAyue said...

sedapnyer..mcm nk cuba buat juga lah..

intanfirdaus247 said...

Salam M ..Salam Ramadhan…Maaf lama sungguh x mai..kak intan pon jarang da berblog ni..banyak sgt benda yg difikir, dibuat ..huhu..wah sedapnya …terliuq aih..n yg x leh jadi n..rasa nak balik buat juga

Ibu Lala said...

sedapnye. leh try nih..

umi alya said...

Sedapnya, nanti akak nak cuba..

pstt: tgh terfikir2 nak shopping raya kt ner, ylh.. tgok kt atas tu 'tesco, isetan dsb' sdg menari2, cam berkenan jer.. akak nak survey2 jap apa yg ada kt sana..


Riedaffya ibrahim said...

M...amik resepi yer..nampak menggiurkan aje nih..

BUNDA a.k.a KN said...

memang nampak pun menyelerakan...tambahan makan untuk berbuka nanti..segar tekak..

salam ramadhan dari bunda...

Myra Jay said...

Ok, nak p cari oreo..
Suka gak :D

Nisah Idham said...

amboi kak.. ni kan kak kalo mkn sejuk2 kan kak, mesti lega je tekak kan kan ...

Chic Na said...

wahhh nampak pun sedap. nk cuba jugakkk..

alaa napa nuff xmo keluar..

Solehah Shamsuddin said...

wah mkin lama makin ramai artis yg tgk blog blogger utk tau resepi.baru2 ni pn diana amir da kongsi resepi nasi mandy dgn peminatnya :)

syuk shusuke said...

kalau dah penuh oreo mesti sedap.
:D

Rosmiza Ali said...

Manis tak? Mieza kalau manis2 sangat ni tak berapa gemar.. Kembang tekak nak menelan.. Huhu.. Kalau kurang manis ok.. =)

Cik Nur™ said...

sedap yea kak..
nanti nak cubalah buat.. :)

Adhie Sunan Saifuddin said...

salam ramadan... nampak sedap jer tu terima kasih sharing resepi ni

Deqla Manjew said...

perghhh...tgk yg belom keras tu pun dah terliur tau...

E'in said...

huwaaaaaaaaa kecuq!

aTieYusof Family said...

wah! sedapnya nampak.. kena cuba juga ni..:)

ieda immi said...

hurmmmmmmmmmmmm nampak sedapppp ;)

Mrs Velentine said...

nampak sedap tapi MV malas nak buat..hahaha...klik2...

Cendol said...

salam,akak :)
teringinnya tengokk..nak try buat jugak la..nak copy ye :)
doakan cendol berjaya ye..hihi

Masha Meisters said...

fuhyooo...pandainyer dye buat kuih hek? jealousssssssss ahhhh

lelamaisara said...

fuh..oreo...may feberet ni....

Deq's Qienz said...

compom kak m tgk kt instgram dia kan..dato ct rajin masak upenya byk mskan dia share kt situ..

psttt akk jum join contest blog dq ;)

hainom OKje said...

Menariknya jugak ni M... Boleh buat masa PIL datang rumah nanti ...hehe

Sayangku Zie said...

Wah masuk oreo memang terangkat lah

Myra Jay said...

Singgah pagi nampak puding ni lagi, harus kena buat jugak ni... sebab dah terliur..heheee

aTieYusof Family said...

Salam M..
salam singgah Jumaat:)

eita said...

nampak sedap tu...

tensen tengok makanan lagi..huhuhuh

ummiross said...

M..nampak sedap sangat tu, insyaAllah ummi nak cuba juga, tq ye berkongsi resepi.

BUNDA a.k.a KN said...

sedapp..tergoda bunda..

boni kacak said...

huyyoo.. nampak macam menarik je tu

Yumida Huda said...

sedapnye! ade oreo lg

jaakechik said...

uikkkk senang nya cara buat agar2 ni jaa pun nk cuba larrrr......

Nora Karim said...

sedapnya nampak... nak try juga lah nanti.. hehe

Cik Aini said...

perghhh
sodappp oiiii :)
meh pos mai skit sini kak M :)

Kesuma Angsana said...

mmg sedaplah ni !

IntaNBerliaN said...

ni yg rasa nk buat jugak ni

Mas Zull said...

assalamualaikum M...wah mesti sedap ni...:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kak klu buat g pos sikit nah hihi