"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"
Wednesday, July 31, 2013
WW: Ada Gaya Model Tak?
Labels:
Khalish,
wordless wednesday

Sunday, July 28, 2013
Ayam Masak Kicap Berempah Menjadi Pilihan

Bahan-Bahan :
- 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka dan dicuci bersih)
- 1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
- 1 sudu makan cili kisar/cili giling
- 2 sudu makan kicap pekat
- kicap manis atau secukupnya
- sedikit hirisan daun sup (M tak letak sebab my hubby tak nak)
- sedikit madu/gula dan garam
- sedikit air asam jawa
- rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
- 3 sudu makan kerisik (M tak letak sebab tak dak stok)
Bahan-Bahan Kisar :
- 5 biji bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 1 batang serai
Cara-cara :
- Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan 1 sudu makan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.
- Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan kicap pekat dan kacau sebati.
- Kemudian masukkan ayam dan kerisik. Gaulkan rata-rata.
- Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
- Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api.

Labels:
Iftar,
Resepi Si Matatajam

Thursday, July 25, 2013
Nak Masak Apa Petang Ni?

Tuesday, July 23, 2013
Mengantuk Sangat La Tuuu
Assalamualaikum & Salam Ramadhan
Masa driving balik umah lepas amik Khalish dari tadika ari tu, heran gak la tetiba Khalish ni senyap ja kat sebelah M..kalau tak, memang menceceh ja mulut dia tu..
Bila M toleh ke kiri ja, rupa-rupanya my prince dah tertidoq...alahai... Ngantuk sangat la tu.. Dok tengah enjoy makan honey star pun bleh tertidoq baq hang...
Alololo cian cayang Ibu ni..
Sampai kat umah, M pun terus la amik pict my Khalish buat kenangan...geram tengok..comey..
Wassalam
P/s: Otak tengah ligat dok pikiaq nak masak apa petang ni..hmmm...
Saturday, July 20, 2013
Cara-cara Si Matatajam Redakan Rasa Marah
Assalamualaikum & Salam Ramadhan
Masa dok belek2 pict dalam henpon M ni, terdetik plak nak kumpulkan gelagat Khalish waktu tidoq.. M ni memang suka amik gambaq Khalish waktu dia tidoq...sebab hati M rasa lebih tenang dan 'cool' bila tengok wajah Khalish time dia tidoq ni. Kalau rasa marah dan geram bila dia buat hal tu, ni la antara cara terbaik M nak redakan rasa marah..hi hi...
Selain tu, Istighfar bebanyak dan amik wudhu pun turut dipraktikkan...kalau tak reda jugak elok la solat sunat dua rakaat betoi tak!
Jom tengok aksi tidoq my Khalish...
Dan lagi
Memang terhibur la hati ni bila tengok semua picts kat atas ni... Yang tak menahan tu tidoq siap pakai spek mata..satu lagi, sambil duduk pun bleh tertidoq..ha ha ha...
Pastinya kaum Ibu yang lain pun suka tengok aksi anak2 kalian waktu depa tidoq kan!
Wassalam
Labels:
Khalish,
Petua/Tips

Wednesday, July 17, 2013
Puding Oreo Sedap Pilihan Dato' Siti Nurhaliza

BAHAN-BAHAN
Loyang Saiz 8"persegi
1bungkus agar-agar/10gram serbuk jelly
750ml air
140gm gula
1 tin susu cair 400g
3/4 cawan Serbuk milo
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan)
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukkan susu cair hingga mendidih, kacau betul-betul ya.
- Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati
- Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk Milo dikecilkan dan sentiasa di kacau untuk elak agar2 membeku.
- Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo. Apabila permukaan agar-agar putih + oreo mengeras, diakhirkan dengan lebihan agar-agar milo. ( ada 3 LAPISAN ya ) tapi M malas nak melapis-lapis ni so M belasah ja terus ha ha ha...Sori yek pemilik resepi.
- Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais
- Selamat mencuba.
TIPS UNTUK MELAPIS
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
- Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..



Labels:
Resepi Si Matatajam

WW: Khalish The Tigger
Labels:
wordless wednesday

Tuesday, July 16, 2013
Dia Pun Nak Memandu Jugak!

Memula tu fokus ja tau... Pastu malu2 plak sebab Ibu snap2 pixca dia
Nampak ka side mirror tu? Ha ha...ewah2 suka la tuuuu..
Sepanjang jalan, M ngan Abah Khalish, seronok sangat tengok aksi Khalish driving...eksaited sungguh dia tau...Alhamdulillah sampai juga kat destinasi yg di tuju dengan selamat..
Wassalam
Iftar With My Family


Labels:
Iftar,
Jalan2 makan2

Saturday, July 13, 2013
Aktiviti Lepas Berbuka Semalam


Thursday, July 11, 2013
Giveaway 10K Followers Mialiana.com

Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
- Follow blog Mialiana.com, Add Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
- Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publishentri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00


Wednesday, July 10, 2013
Khalish Si Angry Bird
Baru2 ni pi shopping baju sweater untuk my Khalish.. Tapi bila sampai saja kat Shopping Mall tu bukan sweater ja yang Khalish sambaq tapi tshirt pun dia sambaq gak... Nak dijadikan cerita my Khalish ni tak puas hati lagi tau..last2 Mak Ngah Khalish ajak Khalish pi shopping sekali lagi.. Aduhai... Kalau hangpa nak tau Mak Ngah Khalish ni mmg manjakan my Khalish ni..Sayang sungguh dia kat Khalish...
So masa shopping2 ngan Mak Ngah Khalish, my Khalish ni sambaq dua pasang baju ala2 kostum gitew.. Sepasang tu Angry bird merah & sepasang lagi Donald duck..tak menahan sungguh bila kami tengok Khalish pakai.. Cer hangpa tengok pict kat bawah ni..
Part ekoq tu yang M gelak sakan tau..ha ha ha
Kostum Donald Duck tu M lupa plak nak amik gambaq.. Khalish ni kalau ajak dia shopping memang kena bawak duit bebanyak. Shopping mcm org dewasa tau..semua nak sambaq..dah la baju bebudak la ni mahai2.. Pening kepala Si Abah tu.. Sabaq je la Abah yek..
Wassalam
Tuesday, July 09, 2013
Khalish Si Penggemar Laksa
Mai M nak cerita ngan hangpa semua.. Khalish ni memang suka sangat makan laksa tau.. Kalau bleh hari2 dia nak makan laksa... Lepas ja abih sekolah terus ja ajak M pi pekena laksa kat Padang Matsirat yang tak jauh dari sekolah dia tu.. Memang kena ngan taste Khalish kot laksa yang dijual kat situ.. Lepas makan kat situ, siap bungkus bawak balik umah plak...
Ibu Khalish pun memang 'hantu laksa' sebenaqnya...muahahaa...so, memang tak heran la Si Anak tu pun addicted ngan laksa kannn... Tak makan nasi pun takpa... Asyik melantak laksa ja....
Layan baikkkk punya ^_^
Wassalam
Marhaban Ya Ramadhan

Sunday, July 07, 2013
GIVEAWAY X-CLUSIF PERTAMA BY ADHIE
Thursday, July 04, 2013
CPUV Melekat Lagi ^_^
