Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Friday, April 13, 2012

Batang Kurma Pun Rindukan Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum all my blogger frenz. Salam Jumaat dan Salam ukhwah. Masa M dok belek2 Facebook M td, M tertarik ngan Satu entry ni. Mungkin ramai yang dah tau cerita ni, mungkin ada juga yang tak tau lagi. Jadi M nak berkongsi la Cerita pasai batang Kurma yang bersedih dan merintih kerana rindukan Rasullulah SAW. Alkisahnya..Masjid Nabi mula-mula dibuat dari batang-batang kurma. Atapnya dari pelepah kurma. Baginda bersandar pada sebatang kurma dan berkhutbah dekat batang kurma itu. Suatu hari seorang Sahabat berkata, wahai Rasulullah apakah engkau izinkan kami buatkan sesuatu untuk berdiri di hari Jumaat, agar orang dapat melihat dan mendengar suaramu? Baginda berkata, ya. Maka dibuatlah mimbar 3 tingkat. Ketika Rasulullah saw menuju mimbar, baginda melalui batang kurma yang pernah digunakannya untuk berkhutbah. Ketika Nabi melaluinya, batang kurma tersebut menjerit hingga terbelah. Mendengar jeritan tersebut RSAW turun dan mengusapnya dengan tangan hingga senyap dan tenang, kemudian Rasulullah saw kembali ke mimbar. Selepas berkhutbah dan turun dari mimbar baginda bersembahyang di tempat berdekatan dengan batang kurma tersebut. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa suara jeritan itu seperti suara rintihan unta yang sedang hamil 10 bulan.( Ibnu Majah,no.1414; Sahih Bukhari,3585). Imam Hasan al-Basri ketika menceritakan mimbar tersebut,beliau menangis sambil berkata: wahai manusia, batang kurma pun merintih merindukan Rasulullah SAW dan meminta baginda kembali ketempatnya, semestinya kita semua lebih merindukan pertemuan dgn Rasulullah SAW (Syarh al-Syifa' li al-Qari' ,3/63). Selepas M baca kisah ni, malu rasanya Kat batang Kurma tu sebab sedangkan batang Kurma pun rindukan Nabi kesayangan seluruh umat Islam ni apatah lagi kita umat Muhammad yang sangat disayangi Rasulullah SAW yang kadang2 terleka dan melupakan Nabi kerana sibuk dengan hal duniawi. Jadi, sebagai tanda kita merindui Rasulullah SAW, M menyeru semua pembaca entry ni marilah kita pakat2 berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi ni.

Sumber:www.facebook.com/Allah.Is.Always.With.Me
Cerita diolah semula oleh Si matatajam.


2 jejari yang tajam menaip:

mselim3 said...

saya suka entry nie...terima kasih si M atas ingat mengingati ini moga kita tidak lupa dari mengingati dan berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad saw k....

9n0L4 said...

setiap hari kite akan rase rasulullah bersama kite kalau kite amal sunnah baginda. :)