Dari Mata Ku Memerhati..Segalanya Ku Patrikan Disini

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) (Al-Baqarah 2:255)"

Monday, April 16, 2012

Tips Istimewa Untuk Lelaki Yg Bergelar Suami

Isteri adalah anugerah dan nikmat istimewa yang diberikan oleh Allah untuk lelaki. Kebanyakan kita apabila bercinta amat romantik namun apabila sudah berkahwin, sifat romantik tersebut semakin padam dan hampir lenyap. Semaikan semula perasaan cinta anda agar hidup suami isteri bertambah dengan nikmat dan kebahagiaan.

Berikut adalah Tips untuk Suami.

1. Berikan bunga atau hadiah istimewa.
Boleh dilakukan pada awal bulan setiap kali menerima gaji. Hantarkannya semasa dia bekerja atau dirumah. Luahkan kasih saying anda. Hadiah dan bunga tidak perlu mahal.

2. Berikan Kad, Surat, Text atau FB message.
Tulis sesuatu yang indah untuk isteri seperti betapa cantiknya dia, rindukan masakannya (walaupun maggi) atau sekadar ucapan terima kasih kerana menjaga dan mendidik zuriat anda.

3. Ringankan beban isteri.
Cinta tidak perlu diluahkan dengan kata-kata. Ia amat bermakna apabila dipraktikkan. Tolong Isteri dengan kerja rumah yang begitu membebankan. Mengambil giliran menjaga anak atau dengan memberikannya sedikit masa (Time Out) masa untuk rehat seketika dari membuat kerja rumah (bagi surirumah sepenuh masa)

4. Luahkan kasih sayang.
Bilakah kali terakhir anda mengucapkan cinta anda kepada isteri? Ucapan ini amat bermakna. Ia sbenarnya memberikan maksud yang luas. Dengan mengucapkan cinta, anda seperti memberikan harapan dan keyakinan kepada isteri dan menguatkan semangat untuknya dalam menghadapi dunia yang penuh dugaan ini.

5. Bawa dia keluar.
Gunakan masa yang ada untuk membawa isteri anda keluar bersiar. Jika ada peluang, lakukan aktiviti bersama-sama seperti menaiki basikal, berjogging, melawat museum atau pameran atau sekadar jalan jalan cari makan.





Kredit to: http://www.facebook.com/Allah.Is.Always.With.Me
Pict kredit to http://www.facebook.com/pages/Islam-Iman-Ihsan

2 jejari yang tajam menaip:

Raz Veinz said...

Tips yang berguna dan bagus :-)

izan mama mia said...

saya kalau hubby xbg bunga pun tak per..sbb bunga akan layu,..hihihi..